12/9/2011
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pengumuman kenaikan pangkat lebih 30,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat lans koperal kepada koperal secara berperingkat mulai hari ini, diterima baik rata-rata penjawat awam itu.
Lans Koperal Adli Md. Isa, 51, menganggap kenaikan pangkat itu sebagai satu kepercayaan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua golongan tersebut dengan amanah.
"Semangat untuk bekerja semakin bertambah apabila diberikan tanggungjawab dan saya rasa lebih dihargai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagi Lans Koperal Jackson Numpang, 28, pula, dia menyifatkan langkah itu secara tidak langsung boleh menarik minat orang ramai menyertai pasukan polis.
"Kenaikan pangkat itu akan turut meningkatkan pendapatan dan dapat menarik minat golongan muda untuk bersama menyertai pasukan polis," katanya.
Lans Koperal Syamsuriani Hamzah, 32, berharap kenaikan pangkat tersebut dapat membakar semangat golongan itu untuk berkhidmat lebih cemerlang dan menjalankan tugas dengan integriti yang tinggi.
Lans Koperal Mohd Azlan Lokman, 20-an, berkata, kenaikan pangkat itu sebagai langkah kerajaan untuk membantu mengurangkan beban hidup rakyat khususnya warga PDRM.
"Kenaikan pangkat bermakna kenaikan gaji, jadi ia sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan anggota dan secara tidak langsung mengatasi taraf hidup yang semakin meningkat," katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan kenaikan pangkat 30,000 anggota berpangkat lans koperal kepada koperal setelah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Polis saja rasa nyaman
BalasPadaminikah yang dinamakan keadilan?
BalasPadamPolis dapat... Lepas ni tentera dapat... Pastu Doktor dapat.. Pastu cikgu dapat... Pastu patah balik polis dapat lagi... dan seterusnya... Jawatan selainnya... tak payah harap la... Takdak saper nak pandang...
BalasPadamPA gred N1 bila nak rasa naik pangkat..tak adil la,polis berkhidmat 5 tahun dah boleh naik pangkat,gred N1 kena tunggu 15 tahun berkhidmat baru boleh naik pangkat,tak adil... kerajaan tak prihatin
BalasPadamkeadilan parti barisan nasional tiada tolok bandingnya. saya bangga dengan prihatinnya pemimpin barisan menjuangkan polis. polis sentiasa susah sangat kerja, mahu tangkap jahat lagi, ronda pun seslalu juga. undi nanti sudah tentu pilihan segala rakyat akan undi barisan nasional. tahniah lah semua pihak yang menjayakan kenaikan elaun kami. polis gembira, rakyat bahagia
BalasPadampolis terseksa, seremban
Matlamat kenaikkan ini sebenarnya adalah untuk mengurang kadar rasuah di kalangan anggota polis. Namun adakah matlamt ini akan berjaya. Mungkin di bandar-bandar kecil ianya tidaklah ketara tetapi bagaimana pula kadar rasuah anggota polis di kawasan bandar utama.
BalasPadamSaya juga ingin tahu adakah rasuah ini hanya membabitkan agensi seperti polis sahaja atau cerita disebaliknya ialah mengurangkan beban kehidupan anggota polis. Tetapi bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang lain adakah mereka bergaji lebih tinggi daripada anggota polis. Semenjak zaman Tun Mahathir lagi anggota polis ini akan menerima berita baik setiap kali belanjawan. Kenaikkan gaji sehingga 35 peratus melebihi kakitangan kerajaan yang lain.Zaman Pak Lah , apatah lagi habuannya. Ini Zaman Najib pun dapat lagi...fuyoooo.Jika dibanding seorang kerani N17 dengan kontstable polis secara kasarnya kerani N17 akan dapat sekitar RM1100 manakala kontasble biasa akan mendapat sekitar RM 1550 sebulah.Adakah ini adil. Saya banyak juga rakan-rakan polis dalam kalangan konstabel tetapi hidup mewah . Balik kampung bawa duit berketul-ketul. Bila ditanya di mana dapat , jawabnya...biasalah hidup di KL katakan. Jadi imformer pun ok pendapatannya.....Kepada kerajaan dan JPA bersikap adillah terhadap kakitangan kerajaan yang lain. Bukannya polis sahaja yang perlu diberi perhatian tetapi kami juga perlukan perhatian kerana kos hidup yang meningkat saban hari .Kami bukannya cemburu tetapi terasa dipinggirkan diibarat tidak penting....istifharlah najib dan JPA....
kenapa mesti ada sikap dengki antara satu sama lain yerr??? x paham la korang ni...bila polis naik pangkat sakit hati...bila guru naik gaji sakit hati...bila tentera naik gaji pun sakit hati jugak....tapi bila diri sendiri dapat senyap jer x berbunyi..cubalah tanam kan sikap bersabar..insyaAllah akan ada rezeki masing2
BalasPadamBukan dengki tapi biarlah kenaikan pangkat atau gred itu seragam untuk semua PA yg semuanya memainkan peranan untuk pembangunan negara dan rakyat jelata.
BalasPadamtahniah semua polis. ini semua jasa BN, jika bukan pemimpin BN maka sorang pun x merasa nak naik gaji dan pangkat
BalasPadamlah.....tembirang jah..dah dua tahn pyelarasan gaji tak dbuat....janji2 je
BalasPadamjgn terperdaya......dah dua thn tak dbagi penyelarasn daji..ckp tak serupa bikin
BalasPadamkita x perlu pikir panjang. tunggu sampai berjanggut pun haprak x dapat. sekarang kita boleh pilh alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
BalasPadamPA anda mampu mengubahnye..
BalasPadamHarap Pihak CUEPACS boleh fight dengan JPA untuk gred kumpulan sokongan dan lain-lain gred dalam kumpulan sokongan sebagai contoh gred N17,W17,E17 dan lain lain supaya dibuat kenaikan pangkat berdasarkan kepada pendidikan.Sebagai contoh mereka yang sedang berkhidmat gred N17 yang berkelulusan SPM berniat untuk sambung belajar peringkat diploma,secara automatik mereka akan diberi peluang untuk jawatan gred N27 dan apabila mereka ingin menyambung pelajran ke peringkat ijazah,secara automatik mereka boleh diserapkan ke jawatan gred N41 tanpa perlu mengisi borang permohonan baru..sepertimana yang dilakukan oleh PA dalam skim DGA32 atau DGA34 diserapkan secara automatik ke gred DG41 dengan syarat menyambung pelajaran ke peringkat Degree.Begitu juga dengan polis,mereka dari pangkat koperal yang kelulusan Diploma poleh pergi secara automatik ke inspektor dengan syarat jika mereka sambung ke peringkat degree..Tetapi untuk gred kumpulan sokongan yang lain,agak sukar diberi peluang begitu...harap pihak cuepacs dan pihak JPA dapat berbincang mengenai hal di atas untuk keadilan semua PA kumpualan sokongan.
BalasPadamapela nasib pemb.am pejabat N1..asyk tgok jer org lain dpt kenaikan pangkat..tp kami????kami nie bkn kerja ngn swasta smpi nasib kami xterbela????polis makan nasi,kami pn mkn nasi jgk..xde bezanya..polis guna duit,kami pn gne duit utk berbelanja..fikirla skit wahai kerajaan..kami bknlah berniat nak dengki ataupun tidak bersyukur..at least dengarlah pendapat kami dan laksanakan lah tanggungjawab kerajaan dalam menjaga kebajikan setiap penjawat awam..bkn hye dlm jawatan2 tertentu sje..kerja kami pn bknye senang,malah lebih payah dari N17..segalanya kami yg kne wt..ape yg kerajaan prihatin pasal kami??mana perginya slogan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan????????dengarlah rintihan setiap penjawat awam..masing2 bikin kerja..
BalasPadamNaik Pangkat???? naik Angin ada la kot!!!!! Kami ni PA Gred 1 - 16 asyik kat situ jer la sampai pencen. kt nk naik tp polis yg naik dulu..cth PAP N1 - N4 br ada 15k lebih org jer dh masuk 2 tahun kata nk naik pangkat tp??????? polis yg 30k org lebih dapat dulu...adil ke????? kami ni dh mcm anak tiri terbuang....x de ke sesiape yg boleh tgk2 kan nasib kami ni????????tolongggggggggggggggggggg
BalasPadamGred 1-16 pun nak gaji berapa? RM2000? padan ke dengan kadar produktiviti kamu tu? kalo ikut kadar sebenar, bawah RM600 je sampai pencen kecuali beberapa org yg benar2 rajin dan x suka bersungut serta mengular
BalasPadamlain kali bljar la rajin2. mak bapak antar sekolah suruh blajar x mhu...anggota polis tu, dia pengambilan temuduga pon dah susah nk lulus.anggota polis tu, gaji diorang je guna nk byar informer, bg mkn nk cri mklumat. penjawat awam lain ade ke informer...kerja gov, tp nk jatuhkan majikan sendri, ape citer ni.....rasa x puas hati keje sndiri lerrrrrr..
BalasPadamutk PTD Cerdik & x bernama (klu ye ler) tp rasa nyer bukan.... psl klu cerdik, x kuar kenyataan banggang mcm ni!!!!! klu polis pangkat rendah bole naik pangkat dan gaji kami ni x bole ker? kami ni bukan PA juga ke? kt rakyat didahulukan.....dn utk PTD CERDIK....rasa nyer dia faham klu dh jadi org atas ni.....mcm mana jd org gred 1-16 ni...beli barang kt kedai ikut gred kot????klu gred bawah mcm kami ni dapat harga murah dan kami ni x pandai isi minyak petrol ke??...klu gred PTD harga mahal...mcm tu ke? dan utk x bernama...jgn nk bohong la polis dapat gaji utk bg kt informer....cr maklumat.....kerajaan x suruh pun bg...dia org sendiri pn x cukup makan lg nk bg kt org. itu bukan mengajar rasuah ke?? fikir la sendiri.....
BalasPadampolis je ke..kesian kat polis bantuan gred KP11....gred 11 lain semua dah jumud..tiggallah gred KP 11 terkontang kanting..takda sapa pon nak perjuangkan ... mintak tolong cuepacs jeling jeling sama noooo
BalasPadam