16 September 2011

KERAJAAN SOKONG PENUH SKIM KOPSYA BAGI BANTU KAKITANGAN AWAM YANG BERHUTANG KEPADA BANK

Bernama
16/9/2011


PETALING JAYA, 15 Sept (Bernama) -- Kerajaan menyokong penuh penubuhan Skim Koperasi Syariah (Kopsya) bagi membantu kakitangan awam membebaskan diri daripada hutang bank seterusnya diisytiharkan muflis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kementerian menyokong sistem itu ditubuhkan bagi membantu pegawai dan kakitangan kerajaan membuat pinjaman, seterusnya melangsaikan hutang mereka kepada bank.

"Jika kita membiarkan mereka ini (kakitangan kerajaan) terus dibelenggu hutang, maka mereka boleh diisytiharkan muflis dan implikasi dari perkara ini amat besar.

"Menjadi tanggungjawab kepada koperasi untuk membantu ahli yang berdaftar untuk membayar hutang mereka balik kepada bank, dan peminjam akan membayar pinjaman tersebut melalui sistem Kopsya ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidil Fitri di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya.

Beliau berkata kakitangan kerajaan akan membayar semula kepada koperasi dalam jangka masa yang ditetapkan melalui potongan gaji.

"Lagi kita biar, lagi bunga akan melambung tinggi, jadi kita perlu selesaikan dengan segera," katanya.

Ismail Sabri berkata buat masa ini, ia masih di peringkat awal kerana skim itu akan mula beroperasi dua bulan lagi dan dengan bantuan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) serta kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), perkara ini dijangka mudah.

Beliau berkata peruntukan akan diumumkan selepas mendapat data lengkap daripada Cuepacs, dan peruntukan awal dianggarkan kira-kira RM10 juta, bergantung kepada jumlah peminjam.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada empat bakal jemaah haji Orang Asli Pos Betau, Kuala Lipis, Pahang iaitu sebanyak RM1,500 bagi tiap seorang.



-- BERNAMA

13 ulasan:

  1. GOLONGON BERPENDAPATAN RENDAH BERKATA:

    SAYA RASA BUKAN DENGAN MEMBERI HUTANG BOLEH MENYELAMATKAN KAKITANGAN AWAM BERPENDAPTAN RENDAH UNTUK LARI DARI MASALAH KEWANGAN, KERAJAAN SEHARUSNYA MEMBERI SKIM GAJI YANG SETIMPAL DENGAN KEADAAN SEMASA. JANGAN POLIS DAN GURU JA YANG DINAIKKAN GAJI..KAKITANGAN AWAM LAIN PUN ADA KELULUSAN AKADEMIK YANG SETARAF DENGAN MEREKA NI TAPI DIBAYAR GAJI RENDAH..MANA KEADILAN NI? MEMAMANG TAK PANDAI MENGHARGAI KAKITANGAN LAIN LANGSUNG...

    BalasPadam
  2. Kerajaan perlu selaraskan gaji PA dengan SEGERA! Ini lebih penting dari mengumpan PA selesaikan hutang dengan peluang berhutang! Sekiranya ini berlaku, PA akan dihimpit masalah hutang seumur hidup! Gaji PA dilihat tidak relevan dengan peningkatan harga barangan runcit sehinggakan menjurumus kelembah hutang yg kronik!

    Adakah Kerajaan melihat PA lain tidak penting sehinggakan acapkali hanya memberi perhatian pada golongan polis, tentera, doktor & guru??? Kami sama2 hidup di dunia yg sama serta membelanjakan barang keperluan di tempat yg sama tetapi masih tidak dipedulikan. Saya merasakan penyelarasan gaji harus diutamakan. Sekurang2 nya peningkatan 30%-50% mengikut gaji dan gred!

    BalasPadam
  3. saya syorkan juga selaraskan gaji kakitangan kerajaan sebab penyelarasan gaji pokok wajar dipertimbangkan setelah kenaikan gaji pokok penjawat awam pada 1 Julai 2007 dan pendekatan ini wajar diusulkan untuk pertimbangan bagi gaji pokok yang setimpal kepada setiap kategori dan lapisan serta kepelbagaian gred perjawatan awam serta diselaraskan kepada semua perkhidmatan, bukannya perkhidmatan yang tertentu. Tambahan pula faktor eokonomi turut menyumbang kearah kelangsungan kos sara hidup yang memerlukan gaji pokok yang setimpal. Justeru KOPSYA hendaklah berperanan bukan sekadar perintis penyelesaian masalah kewangan penjawat awam bahkan diusulkan sebagai titik permulaan dalam membentuk struktur tabungan yang kukuh kepada jaminan masa hadapan penjawat awam dalam pengurusann kewangan peribadi jangka panjang yang bukan sahaja memanfaatkan penjawat awam bahkan nilai tambah kepada ANGKASA dan CUEPACS. Saya cadangkan CUEPACS mengadakan kerjasama dengan ANGKASA menubuhkan KO-AWAM sebagai nilai tambah kepada KOPSYA dengan setiap penjawat awam tanpa mengira batasan gred mencarum secara bulanan pada kadar bertepatan dengan amalan syariah secara perkongsian keuntungan sepertimana konsep TAKAFUL yang saling memberikan perlindungan kepada pencarum dan koperasi.

    BalasPadam
  4. makan ramai PA percaya dakyah pembangkang lalu tergamak meminta kenaikan gaji. Pastinya mereka terlalu bodoh dan tertipu setelah membaca buku sesat Jingga Pakatan tu. Hanya Barisan Nasional akan menyelesaikan masalah Ummah

    BalasPadam
  5. PERLU TANYA?

    TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

    PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

    JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

    Syarat Lantikan:

    Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred J17

    KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

    Syarat Lantikan :

    Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

    SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..

    elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27 iaitu E27 dengan E27(www.spa.gov.my)

    ..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

    mana adil..sijil sama gred berbeza.

    cuba bgtau?
    klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

    INI TIDAK ADIL

    BalasPadam
  6. saudara ismet ulam raja @ herannnnnn
    - dah kalau korang tak puas hati kenapa duk dalam jawatan tu lagi. letak jawatan pastu minta jawatan yang kau nak sangat. ingat!!! rezeki allah dah tentukan.

    BalasPadam
  7. heran aku tgk si heran ni....letak jwtn j17 dan blaja smpai diploma dan mohon j27.jgn menyalak2 kat sini la.byk benda lagi kitorg nak perjuangkan.

    BalasPadam
  8. Saban tahun, saban bulan dan saban hari kita dengar kenaikan gaji guru, askar, polis dan doktor...inilah profesion kerjaya yang paling top bab-bab naik gaji, naik elaun, naik pangkat, naik gred...

    Logiknya, apabila kakitangan awam lain mendapat kenaikan gaji melalui pelarasan gaji...mereka tersebut juga akan ikut dinaikkan gaji lagi sekali...maka berkali-kalilah mereka itu naik gaji...sedangkan kakitangan awam lain hanya merasa kenaikan gaji (pelarasan gaji) antara 6, 7 tahun ke sepuluh tahun...inilah hebatnya JPA mengurus cara kenaikan gaji kakitangan awam....berat sebelah...

    BalasPadam
  9. saya sokong tanpa nama Selasa, September 20, 2011 6:46:00 AM.. Kerajaan sendiri menganjurkan puak-puak, tu la BN pun banyak puak.. kalo termasuk golongan puak anak tiri ini la kita PA langsung tak di hiraukan.. tapi kalo bagi penyelarasan gaji tetap juga polis guru yg akan memdapat lonjakan gaji impak maksima.. kalo penyelarasan gaji untuk polis, ngan guru dorg saja dapat PA tak.. tapi kalo penyelarasan gaji PA Polis ngan guru pun turut serta.. apa ni??

    BalasPadam
  10. kami ada berhutang RM 150 ribu.. boleh tolong ka.. laksanakan cepat kami nak mohon langsaikan hutang kami..

    BalasPadam
  11. kopsya, projek lubang mampus..ha..!!ha..!!

    BalasPadam
  12. cmne plak ngn rakyat yg ditimpa malang? kne buang kje atau rugi berniaga dlm mase yg same hutang keliling pinggang? hanya org kje gov saje ke yg ditolong..yg kje lain tak tolong ke? apekah org yg tak bernasib baik tadi bukan rakyat malaysia?

    BalasPadam
  13. Salam khusus kepada semua orang yang membaca ini sekarang juga!

    Saya ingin memulai dengan mengucap syukur kepada allah atas anugerah kehidupan.
    Nama saya Yusi Retnowati dan saya ingin berbagi cerita bagus tentang bagaimana Nyonya Ana Michael dari Guaranty Trust Loan membuat hidup saya menjadi manis.
    Saya mengalami kesulitan keuangan untuk beberapa lama dan saya harus boorow dari teman-teman saya karena saya berharap untuk membayar mereka kembali setelah menerima gaji saya.
    Dan saat itulah hidup saya berubah menjadi yang terburuk, saya dipecat dari pekerjaan dan kehilangan ayah saya bulan berikutnya. Setelah pemakaman ayahku, teman-temanku mulai meminta uang mereka kembali.

    Saya sangat hancur karena keluarga saya menderita dan saya tidak punya uang untuk membayar hutang saya. Jadi, saya memutuskan untuk pergi ke bank saya, BCA meminta pinjaman tapi saya menolak pinjaman karena saya tidak punya pekerjaan. Jadi saya menjadi sangat ingin mendapatkan uang untuk membayar hutang saya. Kemudian saya memutuskan untuk memeriksa situs web jika saya akan melihat pemberi pinjaman pribadi yang dapat saya pinjam. Sebenarnya, saya melihat begitu banyak cerita bagus secara online dan saya pikir hidup saya akan berubah untuk selamanya tapi saat itulah menjadi sangat buruk sehingga saya hampir menghabiskan hidup saya karena saya diminta membayar begitu banyak biaya hanya untuk saya agar tidak menerima pinjaman. .

    Tapi saat kupikir hidupku sudah berakhir, saat itulah allah menggunakan temanku yang kutemui di bank untuk membantuku. Teman saya Pak Harun, saya menceritakan kisah saya kepadanya dan bagaimana saya dipecat dan pinjaman online yang tidak berhasil. Jadi, dia mengatakan kepada saya bahwa seharusnya tidak khawatir bahwa dia akan mengenalkan saya kepada pemberi pinjaman yang dapat dipercaya yang dipinjamnya.

    Jadi, setelah dia memberi tahu saya bagaimana dia mendapatkan pinjaman dari Guaranty Trust Loan, saya memutuskan untuk menghubungi informasi kontak Guaranty Trust Loan yang dia berikan kepada saya yaitu: anamichaelguarantytrustloans@gmail.com.

    Setelah itu proses persetujuan kredit saya selesai dan saya menerima surat persetujuan dari perusahaan yang menyatakan bahwa saya harus memberikan rincian bank saya. Saya menerima pemberitahuan dari bank saya bahwa rekening bank saya dikreditkan dengan jumlah pinjaman yang saya minta.
    Begitulah hidup saya berubah dan saya akan terus membagikan berita sehingga setiap orang bisa melihat dan menghubungi perusahaan yang baik yang mengubah situasi saya.

    Anda bisa menghubungi Guaranty Trust Loan via email: anamichaelguarantytrustloans@gmail.com
    Anda juga dapat menghubungi saya jika Anda membutuhkan bantuan saya atau Anda ingin bertanya kepada saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya. Inilah email saya: yusiretnowati06@gmail.com

    Dan di bawah ini adalah rincian akun saya yang dikreditkan dari Securedy Trust Loan,
    Nama Bank: Bank BCA

    Alamat bank: jln.dr.setiabudhi bandung

    Nama akun: Yusi Retnowati

    Nomor akun: 2330142840:

    Tipe akun: tahapan BCA

    Segera setelah saya membayar biaya dokumen, saya menerima pinjaman saya tanpa penundaan dan hari ini saya bebas dari biaya finansial dan sekarang saya memiliki bisnis pribadi saya. Berkat Allah atas anugerah-Nya atas hidupku.

    BalasPadam