08 Oktober 2011

KAWAL KENAIKAN HARGA BARANG EKORAN BONUS, KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NGO

Bernama
7/10/2011


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta mengambil langkah mengawal peningkatan harga barang yang mungkin berlaku susulan pengumuman kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng berkata jika perkara itu tidak dikawal, matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung penjawat awam tidak tercapai.

"Dengan kenaikan gaji ini, saya amat berharap kerajaan memberi penekanan kepada pengawalan harga barang keperluan harian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.

Lok turut menyambut baik bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

"Ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan di samping mengekalkan prestasi kerja mereka," katanya.

Mulai 2012, kerajaan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang pengajian peringkat ijazah sarjana dan 500 doktor falsafah (PhD) kepada penjawat awam yang layak termasuk guru dengan peruntukan RM120 juta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Najib berkata SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sementara itu, Lok yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta kerajaan menimbang pemansuhan kutipan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya cadangkan agar kerajaan memansuhkan kutipan yuran PIBG kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini dapat mengurangkan beban keluarga yang masih dalam kategori pendapatan rendah," katanya.

Pada masa yang sama beliau gembira kerana Perdana Menteri memberi perhatian kepada profesion perguruan apabila memendekkan tempoh kenaikan gred.

Berdasarkan skim baru mengikut 'time-based', seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke lapan dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah 'time-based' lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pula berkata sudah sampai masanya guru mendapat kenaikan pangkat mengikut kaedah 'time-based' berikutan bilangan guru yang besar iaitu mencecah 400,000 orang.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan lain, bilangan guru di negara ini adalah ramai menyebabkan peluang kenaikan pangkat terhad.

"Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.

"Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, (guru) boleh dinaikkan pangkat," katanya kepada Bernama di sini.

Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.

Di KUCHING, Kesatuan Guru Sarawak (STU) menganggap Belanjawan 2012 sebagai belanjawan prorakyat terutama sekali membabitkan sektor pendidikan.

Presiden STU William Ghani Bina berkata penghapusan bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, akan mengurangkan beban kewangan ibu bapa sekali gus memastikan semua kanak-kanak di negara ini terutama di kawasan pedalaman mendapat akses pendidikan.

"Ini akan membawa impak positif kepada sektor pendidikan terutama sekali peluang pendidikan yang kini akan dinikmati semua," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kenaikan pangkat guru berdasarkan 'time-based' juga boleh menjadikan sektor pendidikan lebih berkualiti dan berdaya saing.

-- BERNAMA

16 ulasan:

  1. gaji tak naik lagi tapi harga barang² kat pasar malam pun dah naik mencanak..

    BalasPadam
  2. Tuan-tuan yang menyalahkan kakitangan sokongan adalah tidak berperikemanusiaan.. Kami kakitangan sokongan adalah manusia biasa dan punya perasaan. kami hanya tiada peluang dan kemampuan untuk belajar seperti tuan. jangan lupa tanpa kakitangan sokongan yang menyediakan pelbagai khidmat sokongan anda tidak selesa seperti sekarang. apa yang kami minta hanya keadilan dan pertimbangan dari JPA. Anda tidak berhak dan mengutuk dan memperkecilkan sumbangan kami selama ini.jangan lupa roda itu bulat. tunggu masa tuan pencen.. siapa kawan-kawan anda kalau anda ketika ini penuh dengan perasaan bongkak dan tinggi diri..

    BalasPadam
  3. Tuan-tuan yang menyalahkan kakitangan sokongan adalah tidak berperikemanusiaan.. Kami kakitangan sokongan adalah manusia biasa dan punya perasaan. kami hanya tiada peluang dan kemampuan untuk belajar seperti tuan. jangan lupa tanpa kakitangan sokongan yang menyediakan pelbagai khidmat sokongan anda tidak selesa seperti sekarang. apa yang kami minta hanya keadilan dan pertimbangan dari JPA. Anda tidak berhak dan mengutuk dan memperkecilkan sumbangan kami selama ini.jangan lupa roda itu bulat. tunggu masa tuan pencen.. siapa kawan-kawan anda kalau anda ketika ini penuh dengan perasaan bongkak dan tinggi diri..

    ----------------------------------

    betul tu.. saya pun kakitangan sokongan.. dulu lepas spm niat hati memang nak sambung belajar.. dah dapat tawaran daripada u pun.. tetapi disebabkan masalah kewangan niat di hati dipendamkan saja.. mau masuk u pun perlukan duit.. nak harapkan ptptn, 2 - 3 bulan baru dapat... sekarang nak sambung belajar pun komitmen terhadap keluarga tinggi & niat di hati dipendamkan saja...

    BalasPadam
  4. haih korang ni...cikgu2,polis2,dan semua PA lain tak perlu la nak berebut2 mintak perhatian...cuba ikut aku ni,tak kira siapa pun jawatan korang aku gali sama je ukurannya tepat2 ikut saiz badan korang,dalam pun sama lbih kurang 4 hasta..ada tak aku mintak apa2 dari korang?takda kan?oleh itu, saya sbg wakil semua penggali kubur seluruh Malaysia memohon agar tuan PM buat satu skim jawatan kami dalam Perkhidmatan Awam dan ada skel gaji ikut gred kelayakan..what say you?

    BalasPadam
  5. bismillah...saya PAP pejabat jer... aper2 pun aku bersyukur kpd ALLAH dgn ape yg dapat dr belanjawan 2012.. kte semua kene la bersyukur kepd ALLAH kerana rezki ALLAH yg beri.. bnyk mane kite dpt kalu x brsyukur n x de keberkatan x kan cukup... kita ingat la kalu kite susah ade org lg susah.. kalu kite ingin kan gaji besar kene la berusaha n sentiasa berdoa minta di murahkan rezki... kte jangan hanya menuding jari kepada org lain... cermin2kan lah diri kite.. yg penting bnyk2 la beroa, berusaha, bersyukur, dan melakukan pekara kebaikan.. insyallah dengan brkatNYA kite kan peroleh kejayaan d dunia n akhirat.. renung2kanlah... assalammualaikum..

    BalasPadam
  6. kakitangan awam dari gred 1 ke 54 tidak sewajarnya mengikut telunjuk pembangkang....mereka hanya untuk mencari faedah politik sahaja.. nanti kalau dah dapat kuasa.kita juga akan diperkudakan sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.. oleh itu awasilah diri anda supaya tidak seperti Pak Pandir, ayam menang kampung tergadau... dan jangan biarlah diri anda menjadi alat kepada pihak yang ingin menghancurkan orang-orang melayu di Tanah Melayu kita sendiri..

    BalasPadam
  7. jgnlah mengamuk suma. ini sikap org kita. tunggulah jpa buat kenyataan baru boleh komentar. jgn buat andaian. nanti lain jadinya. buat kerja seperti biasa. ingat rezeki tuhan dah tentukan. kita perlulah berusaha.

    BalasPadam
  8. jgnlah mengamuk suma. ini sikap org kita. tunggulah jpa buat kenyataan baru boleh komentar. jgn buat andaian. nanti lain jadinya. buat kerja seperti biasa. ingat rezeki tuhan dah tentukan. kita perlulah berusaha.

    BalasPadam
  9. tak ada makna nya gaji naik......

    BalasPadam
  10. Saudara saudari semua, byk2kanlah bersabar.Jgnlah menyalahkan antara 1 sama lain. Masing2 mempunyai rezeki spt mana dijanjikan allah swt sbgaimana setiap anak2 itu ada rezekinya masing2. Tdk perlu lah memaki hamun diatas kelebihan yg diperolehi oleh guru.tdk perlu diungkit2 perihal guru yg negatif krn bkn smua guru brsikap sedemikian. Klu budget trdahulu,anggota polis mndpt habuan,kali ini guru pula.Insyaallah akan tiba giliran rezeki saudara saudari. Tdk perlu menghina sesama kita krn itu hanya melambangkn krendahan intelektual dan tdk beradab.Apapun,samada gov. yg skrg mahupn pembangkang yg bakal menang nanti itu tdk mjadi prkr pokok krn kita ada periuk nasi n kluarga yg harus diberi kesejahteraan. Bersabarlah.

    BalasPadam
  11. A. Farmasi
    Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 3 tahun
    Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 4 tahun
    dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 4 tahun
    Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

    B. Pergigian @ Perubatan
    Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 2 tahun
    Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 3 tahun
    dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 3 tahun
    Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

    C. Polis
    Dari Konstabel kpd Lans Koperal => tiga tahun
    Dari Lans Koperal kpd Koperal => lima tahun

    D. Pendidikan
    Dari Dga 29 kpd DGA 32 => 10 tahun
    dari DGA 32 kpd DGA 34 => 10 tahun
    Dari DG41 kpd DG44 => 10 tahun
    Dari DG44 kpd DG 48 => 10 tahun

    DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
    Gred Khas C = 72 guru .
    DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
    DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
    JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..
    Guru di M'sia = more than 400 000..

    Terima kasih PM kerana prihatin kepada masalah guru.

    BalasPadam
  12. Sebelum ini....

    A. Farmasi
    Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 3 tahun
    Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 4 tahun
    dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 4 tahun
    Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

    B. Pergigian @ Perubatan
    Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 2 tahun
    Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 3 tahun
    dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 3 tahun
    Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

    C. Polis
    Dari Konstabel kpd Lans Koperal => tiga tahun
    Dari Lans Koperal kpd Koperal => lima tahun

    D. Pendidikan
    Dari Dga 29 kpd DGA 32 => 10 tahun
    dari DGA 32 kpd DGA 34 => 10 tahun
    Dari DG41 kpd DG44 => 10 tahun
    Dari DG44 kpd DG 48 => 10 tahun

    DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
    Gred Khas C = 72 guru .
    DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
    DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
    JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..
    Guru di M'sia = more than 400 000..

    Terima kasih PM kerana prihatin kepada masalah guru.

    BalasPadam
  13. benarlah sabda Rasullullah,bahawa anak adam itu sekiranya diberi satu gunung emas pasti dia akan meminta satu lagi gunung emas.yang pasti manusia tidak pernah puas kurniaan Allah,meminta dan minta, tidak pernah pernah melahirkan rasa syukur,seolah-olah kekayaan itu hendak dibawa bersama kedalam lubang kubur,kumpul kekayaan pun tidak bercita2 untuk melakukan lebih banyak ibadat.

    BalasPadam
  14. Gali lubang tutup lubang.... maaaf yea....lama x komen2 nih...tp apa yang nyata terima kasih kepada kerajaan barisan di atas kenaikan , bonus dan sebagainya... bersyukur dengan apa yang ada... na lebih kena la usaha lebih...maaf la kepada guru2. .tp bukan semua mcm yang saya nak perkatakan kan..suatu masa dulu cikgu2 pakai kancil je kan...dtg sekolah...anak 5-6 orang larat sara...skrg ni dah grade je...jd cikgu...paling buruk pun toyota vios.... lapas ni naik gaji lg la... altis pulak kot...heehe..renung2 la...bersyukur...dengan apa yang ada....dah lebih berbelanja...gaji banyak mana pun x cukupkan.... tuisyen lagi..hmmm....

    BalasPadam
  15. Untuk makluman semua, kump teramai dalam sektor awam ialah kumpulan sokongan. Dan mereka majoritinya menyokong dan mengundi BN.Sementara PnP, Jusa, Primearke adalah golongan penyokong pembangkang tak caya tengok kat Universiti2 walaupun mereka ada degree, master, PHD yang dibiayai oleh kerajaan BN.Oleh itu demi keselamatan BN kerajaan mestilah mendengar, membantu kumpulan sokongan ini yang menjadi penyokong BN tegar. Usah layan Jusa2 tu tah-tah kertas undipun dia tak kenal. Kerajaan akan bantu golongan yang ramai walaupun mereka ibarat lidi penyapu tetapi ada gunanya....

    BalasPadam
  16. Yang aku faham SBPA ni ialah menyusun semula gaji. Tapila ni dah tersalah susun tu yang lingkup tu. siapa tukang susun semula gaji ni bukankah kump. PNP, JUSA, Father of JUSAkan. Inikah yg dikatakan orang JUSA adalah pandai dan layak diberi gaji lebihhh bukankah mereka ade degree, master PHD? Orang yg bijak tak bagi bunga pd beruk!!atau suruh tikus baiki labu. Sebab depa ni otak pembangkang. Nak martabatkan Islam tapi menentang Sultan dan Raja, serta kepimpinan negara. Apakah tidak cukup Islam ke Malaysia ni. Tapi bila Dato Hassan Ali nak tegakkan Islam dgn rampas arak dijual dikawasan melayu takdapun puak yang nakkan Islam didaulatkan menyokong bahkan kutuk lagi dan nak buang parti lagi. YB Dato Najib aku sokong penuh kepimpinan anda dan inilah anugerah Tuhan yang sebenarnya. saya nak gi tidur..

    BalasPadam