Bernama
9/10/2011
  RAWANG, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk  melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Jumaat.
"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan  melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya  buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh  kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan  Belanjawan 2012.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas  menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang, di  sini Sabtu.
Katanya kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.
Mengenai Belanjawan Bayangan Pembangkang berjumlah RM220 bilion yang  berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8  bilion, Najib berkata soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan  pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan  kepada pembangkang.
"Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang  tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat  dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi  tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.
Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  bahawa  pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan  anggota parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh  anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.
Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang  mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang  berkata sebaliknya.
Anggota-anggota Parlimen pembangkang apabila berjumpa dengan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan  anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sering meminta supaya  kerajaan mempertimbangkan kajian semula elaun wakil rakyat.
Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan negara yang  dibentangkan tidak realistik, Najib berkata Belanjawan Negara dibuat  berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan  banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan,  Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut  dibentangkan daripada segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan  kerajaan, katanya.
"Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila  pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya,  kata beliau.
Kalau dikatakan tidak realistik maknanya "kita tidak mungkin memenuhi  janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya  saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya.  Itu akan menjawab segalanya," kata Perdana Menteri.
Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang  berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan  kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung  kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing.
"Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui  rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk  menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang  munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya.
Najib juga berkata tiada kenaikan cukai rokok pada Belanjawan 2012  kerana kadar penggunaan rokok haram kini terlalu tinggi, iaitu 40  peratus dan jika harga rokok meningkat peratusan mereka yang menghisap  rokok haram ini akan meningkat.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan  cukai atau harga rokok pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.
Mengenai perkembangan jentera Barisan Nasional (BN) Selangor selepas  konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin  bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin  bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk  meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.
Sebelum itu semasa berucap di Majlis Mesra Rakyat, beliau mengumumkan  bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung  Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos  RM4.2 juta.
Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk  sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit  berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km.
Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang  mengendalikan Lebuhraya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan  Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh  raya itu ke Kundang.
Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang  ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh  raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang  dari Lebuhraya Latar.
-- BERNAMA
kenapa tak naikkan skim juruteknik dulu?
BalasPadamOmar Osman tak percaya dia masih jadi PRESIDEN hingga 60 tahun!!!!
BalasPadamtime base utk PA yang lain?? jangan mimpi lah..time base khas utk guru-guru sj.ingat keja guru ni senang ka?belum cuba belum tau cabarannya. kalau tau kamu PA yang gred rendah,kenapa pohon keja tu dulu?kan ke banggang namanya.dulu x nak belajor tinggi2 skrg baru myesal nak mampus..x de gunanya...
BalasPadamLAKSANAKAN KENAIKAN SKIM JURUTEKNIK YG DAH 20 TAHUN LEBIH TERTANGGUH TU DULU
BalasPadamTahniah sekiranya kerajaan mampu melaksanakan bajet 2012. Cuma ada keraguan tentang kenaikan dg 44 ke 48 pada tahun ke16 perkhidmatan.Tempoh yg diambil utk memproses sesuatu kenaikan dg biasanya terlalu lama dan lambat. Minta tlg menteri yg bertangunggjawab pantau perkara ini. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan bagi pa yg berkaitan.
BalasPadamhmm...pasal kenaikan tahunan, syukur la sbb ada kan...tp bila mengingatkan cerita kiri kanan kt tpt keje saya sblm pembentangan bajet 2012 mmg hangat cerita ttg kenaikan gaji paling kurang pun 15%,tggu punya tggu rupanya indah khabar dari rupa.sedih juga tgk sorang member sama opis ni,dh 4 tahun berkhidmat x mampu beli keta hatta sebuah kancil pun,pabila ada angin bertiup mengatakan bahwa gaji akan diselaraskan gembira sungguh teman,niat d hati nak beli kancil 2nd hand,tetapi x menjadi niat sbb takder apa2 kbr ttg kenaikan gaji...(bkn niat nak mengaibkan sesama insan) cuma sbg renungan kita bersama bhwa kita PA govt keje jer mcm best tp xder apa2 pun.Org kt luar sana hnya mampu menilai hakikatnya kita yg tahu.Kami semua PA berharap agar kerajaan dgr lah suara kami...sesungguhnya "saya yg menurut perintah"akan melaksanakan tugas n tggjwb negara dgn ikhlas,kami kump sokongan lah yg melaksanakan tugas2 d jbtan kerajaan tanpa mengira masa.
BalasPadamberadablah dalam berbahasa,
BalasPadambahasa menunjukkan bangsa,
bahasa juga boleh menunjukkan kebangangan kita.
jangan merendahkan pekerjaan lain ,
apa hak tanpa nama untuk mengatakan time base HANYA untuk guru?
saya terkejut kalau betul anda seorang guru boleh menggunakan bahasa yang sebegitu..
harap anda bukan guru.
selain bijak IQ,Kebijaksanaan EQ juga diambil kira untuk kata orang itu layak atau tidak untuk dikata bijak.
setiap orang berhak beri pendapat walaupun dia berpangkat rendah...terpulang pada kebijaksanaan pihak atasan untuk menilai.
sekiranya semua orang pankat rendah tak berhak beri pendapat,kita menyekat potensi mereka untuk menunjukkan bakat,lebih lebih lagi dalam sistem penilaian baru yang menggantikan PTK.
Kesimpulannya, semua orang mempunyai peranan yang tak boleh diperkecilkan.
Mereka berhak menuntut Time Base sama sperti yang dicadang untuk guru.
sebenarnya saya seorang DG 48, dan saya tiada hak untuk menutup rezeki orang lain.Saya tak kata kerja saya lebih mulia atau lebih susah dari PA lain.
saya bermula dari bawah,saya asal dari keluarga susah,kawan kawan saya ramai dari golongan miskin,
malah ada juga kawan saya Dato yang ternama.
Semua ada peranan asing masing.
Terpulang kepada kemampuan kerajaan untuk menilai time base untuk RAKAN RAKAN SAYA DALAM PRKHIDMATAN YANG LAIN.
SAYA CUKUP MALU DENGAN BAHASA TANPA NAMA YANG MENDAKWA TIME BASE HANYA UNTUK GURU.HARAP ANDA BUKAN GURU.MALU KAMI....GURU GURU SELURUH MALAYSIA.