21 Oktober 2011

PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI

Bernama
21/10/2011



KANGAR, 20 Okt (Bernama) -- Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

Bantuan di bawah inisiatif meringankan kos sara hidup itu akan turut dinikmati penjawat awam yang berpendapatan rendah, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu berharap premis itu bukan saja dapat memberi keselesaan kepada pelanggan tetapi juga kepada 83 petugasnya.

Bangunan berharga RM25.5 juta itu mula dibina pada 5 Mei 2006 dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2008, bagaimanapun LDHN hanya memulakan operasinya di bangunan baru tersebut pada 25 Nov lepas.

Md Isa juga menyifatkan Wisma Hasil Kangar itu sebagai simbol pertumbuhan LHDN kerana sebelum ini agensi tersebut beroperasi selama 21 tahun dengan menyewa di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan lagu rasmi baru LHDN bertajuk "Hasil Berjasa" menggantikan lagu "Nada Hasil".

-- BERNAMA

21 ulasan:

  1. Tahniah atas usaha membantu rakyat. Tapi janganlah mengharapkan balasan rakyat terhadapbantuan yang diberi.

    BalasPadam
  2. Cuma diharapkan jangan ada keciciran dalam bantuan ini, dimana orang yang sepatutnya dapat tetapi tercicir. Boleh jika melalui LHDN...tetapi perlu mekanisma yang betul-betul mudah, kerana bukan semua rakyat bawahan berdaftar atau berurusan dgn LHDN.

    BalasPadam
  3. Ambil tindakan tegas sekiranya terdapat golongan cuba menipu. Paal duit orang sangguip lakukan apa saja.

    BalasPadam
  4. yg belum kahwin layak x???

    BalasPadam
  5. aku kaya..ha..!!ha..bonus dpt.. duit RM500 dpt..gaji pun dapat.. bedal la duit kerajaan apa lagi ooii..

    BalasPadam
  6. Dah dapat RM500 tue jangan lupa pulak bayar hutang, boleh cover sikit hutang sebulan...

    BalasPadam
  7. ingin bertanya... adakah kelayakkan ini berdasarkan gaji hakiki utk penjawat awam.... terima kasih

    BalasPadam
  8. atau adakah dikira pendapatan bersih isi rumah? pendapatan kasar banyak tp kalu tgk kat slip gj potg hutang rumh n bnk rkyt byk mana la sgt yg tggl.

    BalasPadam
  9. ye lah...depa kira lagu mana ya? kira gaji hakiki ka gaji bersih...? kalau kira gaji hakiki tahun 2011 kira selamat lah aku...huhu...kalau start Jan 2012....habis lah....tak merasa RM500....harap kira gaji bersih lah

    BalasPadam
  10. Najib guna LHDN untuk kutip cukai selepas beri imbuhan, jangan percaya Najib....

    BalasPadam
  11. Undi pakatan Rakyat duit tetap sapu

    BalasPadam
  12. APASAL BANYAK SANGAT SYARAT2 NI.SURUH JE YB2 KETUK JE PINTU RUMAH AND THEN BAGI JE 500 SUSAH KE? TAK PAYAH NAK KIRA MISKIN ATAU KAYA. BAGI JE. INI BARU ADIL.TAKKAN TIME NAK PILIHANRAYA JE KETUK PINTU RUMAH..LAGIPUN PENDUDUK2 DARI JAUH PEDALAMAN TERPAKSA BERBELANJA BERATUS2 UNTUK PG KE LHDN.LEPAS DAPAT DUIT TERUS DIPAKE TAMBANG BALIK JE.APALAH GUNANYA.HAH?

    BalasPadam
  13. gula-gula untuk kanak-kanak.

    ekekee

    BalasPadam
  14. PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI

    _________________________________

    SEDAP JE SEBUT PENDAPATAN BAWAH RM3,000... KALAU KERAJAAN NAK TAHU BANYAK LAGI ISI RUMAH YANG PENDAPATAN TAK LEBIH RM1000 SEBULAN SEBENARNYA....

    BAIK PEMBERIAN TERSEBUT DIBERI SPEKFIKASI SEDIKIT.

    PENDAPATAN RM3000 KE BAWAH TETAPI LEBIH RM2000 KE ATAS DAPAT = RM500

    PENDAPATAN RM2000 KEBAWAH TETAPI LEBIH RM1000 KE ATAS DAPAT = RM700

    PENDAPATAN RM1000 KEBAWAH TETAPI LEBIH RM500 KE ATAS DAPAT = RM1000

    LEPAS TU PELAJAR UNIVERSITI SAYA BAGI PENDAFATAN BROADBAND PERCUMA

    PELAJAR SEKOLAH MENENGGAH/RENDAH SAYA BAGI AKAUN ASB RM100.

    .......AMACAM OK KE BAJET KERAJAAN HANYUT

    BalasPadam
  15. PA yg gaji bawah RM3k bakal bergembira utk dpt tambahan lagi RM500 selain drpd bonus 1/2 bulan gaji.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah. Rezeki tuhan.

    BalasPadam
  17. 6 ahli keluarga aku layak, RM500 kebas la..!! lepas tu ape lagi joli sakan la..jgn sampai masa tak da pulak..nahas kau org PRU-13 nie..

    BalasPadam
  18. Setahu saya, pendapatan bwh rm3000 ni di kira pndapatan kasar. Maknanya gaji pokok + elaun2 = bwh rm3000. X pcaya, tnya org kewangan..

    BalasPadam
  19. TAK ADA KE PERANAN JKKK UNTUK MENAPIS HANYA KELUARGA YANG MENYOKONG BN SHJ YAN LAYAK DAPAT BANTUAN.INI BARU ADIL.BUAT APA NAK BAGI KEPADA ORANG YANG AK SOKONG PARTI KITA YANG MULIA,SOPAN,TAK TERCELA INI.PEMBANGKANG JAHAT DAN PENIPU.kITA PARTI YANG "MACAM bagus"

    BalasPadam
  20. gaji + elaun tetap + gaji pasangan + elaun tetap pasangan....
    agak agak layak ke?

    BalasPadam
  21. ribuan terima khasih pada pm...gods giving...kita sepatutnya berasa bangga untuk lahir di malaysia...

    BalasPadam