27 Oktober 2011

TINDAKAN PROTES KENAIKAN HARGA BARANG HAK PERIBADI - SUBRAMANIAN

Bernama
27/10/2011


MELAKA, 27 Okt (Bernama) -- Tindakan melakukan protes terhadap kenaikan harga barangan bergantung kepada pilihan dan keperluan individu masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

"Rakyat akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing. Beli atau tidak sesuatu barangan itu terpulang kepada hak individu dan mereka yang akan membuat keputusan secara sendiri.

"Oleh itu piket atau tidak piket, boikot atau tidak boikot, rakyat yang akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya sempena perayaan Deepavali di Kampung Attap di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan yang menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barangan jika kenaikan itu berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

Subramaniam berkata kenaikan harga barangan merupakan isu yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti permintaan dan pembekalan.

"Ada faktor-faktor yang di bawah kawalan kita dan ada juga di luar kawalan. Kalau faktor kenaikan di bawah kawalan kerajaan, kita memang mengambil tindakan untuk memastikan bahawa ia tidak dinaikkan sewenang-wenangnya tetapi ada juga faktor di luar kawalan kita seperti dikawal oleh harga pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedaya upaya mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan berharap rakyat memahami serta menyedari langkah dan bantuan yang diberikan untuk meringankan beban rakyat.

"Salah satu langkah untuk membantu menghadapi kenaikan harga barangan tersebut adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2012 di mana keluarga yang mempunyai pendapatan yang kurang dari RM3,000 akan diberi ganjaran RM500," katanya.

Katanya kerajaan juga masih memberikan subsidi kepada beberapa barangan keperluan asas walaupun jumlahnya sedikit berkurangan.

Sementara itu, Subramaniam berkata penggubalan undang-undang untuk menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta ke 60 tahun dijangka siap pada Disember depan.

Beliau berkata proses penggubalan undang-undang baru itu melibatkan pelbagai pihak serta isu yang perlu dipertimbangkan dan perhalusi sebaik mungkin sebelum dibentangkan.

-- BERNAMA

23 ulasan:

  1. manjang naik je...tak penahnye turun2...apalah nak jadi sekarang ni...makan pun kena catu...adoiiyyaaiii....

    BalasPadam
  2. TINDAKAN PROTES KENAIKAN HARGA BARANG HAK PERIBADI - SUBRAMANIAN
    _____________________________________

    MEMANG BETUL TINDAKAN PERIBADI..TAPI IANYA JUGA PERLU TINDAKAN KERAJAAN..BUKAN DIPIKUL PENGGUNA SEMATA-MATA.KERAJAAN DAN RAKYAT PERLU SAMA-SAMA BUAT TINDAKAN.

    BalasPadam
  3. Disarankan kerajaan menyediakan kedai seperti KR1M atau menaiktaraf KR1M dimana bekalan makanan asas dan basah seperti ayam, ikan, daging, beras, gula, minyak dll diambil terus dari pengeluar tanpa melalui pemborong/orang tengah sekaligus mengurangkan kos dari pemborong. Pembekal pula perlu terdiri dari pembekal yang sentiasa boleh dipantau oleh kerajaan seperti mewujudkan ladang ternakan yang dikawal oleh kerajaan.

    Jika kerajaan mewujudkan satu pusat barangan keperluan asas yang dikawal oleh kerajaan bermula dari pengeluar hingga penjual, harga barang dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Penjual/Pemborong/pengeluar lain tidak akan berani menaikkan harga barang kerana terdapat saingan daripada pengeluar yang dimiliki oleh kerajaan

    Just cadangan :-)

    BalasPadam
  4. TINDAKAN PROTES KENAIKAN HARGA BARANG HAK PERIBADI - SUBRAMANIAN
    _____________________________________

    MEMANG BETUL TINDAKAN PERIBADI..TAPI IANYA JUGA PERLU TINDAKAN KERAJAAN..BUKAN DIPIKUL PENGGUNA SEMATA-MATA.KERAJAAN DAN RAKYAT PERLU SAMA-SAMA BUAT TINDAKAN.

    Khamis, Oktober 27, 2011 3:22:00 PM


    -------------------------

    betul tu.. setuju.. barulah peniaga kecut perut..

    BalasPadam
  5. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..

    Mengambilkira teori ekonomi, apabila ada permintaan byk, kos pengeluaran pun terpaksa ditingkatkan yg menyebabkan kenaikan harga mendadak. Gunakanlah kuasa Pengguna, dgn kurangkan permintaan (boikot), maka pengeluaran yg berlebihan terpaksa dijual dgn harga rendah mengikut pasaran.

    BalasPadam
  6. bagaimana nak boikot?
    bermula dgn diri, kemudian klrga ..
    usah salahkan kerajaan ..salahkan pegawai2 pihak2 penguatkuasa yg di amanahkan tetapi ternyata tidak kompiten...

    BalasPadam
  7. MUNGKIN MAKSUD PROTES TU "IKAT PERUT KOT" HEHEHEHE LUCUH..CONTOHNYA MAK BELI AYAM,HEEE TAK BOLEH BELI AYAM KITA PROTES...

    MAK BELI BERAS, HEEE TAK BOLEH BELI BERAS KITA PROTES..

    MAK BELI IKAN,HEE TAK BOLEH BELI IKAN KITA PROTES...

    MAK BELI GULA, HEEE TAK BOLEH BELI GULA KITA PROTES...


    GILOO..JADI KITA NAK MAKAN APA..SEMATA-MATA PROTES TAPI PERUT KELAPARAN.. BETTUUULLLL TAK....ORANG SENANG BOLEH MAKAN BAIK PUNYA..KITA ORANG SUSAH BUAT PROTES IKAT PERUT...PEEEEE....TAK MASUK AKAL LANSUNG...BENGONGG...LU FIKIRLAH SENDIRI..

    SEBAB TU RAKYAT MAHU TAK MAHU TERPAKSA JUGA BELI...KECUALILAH KERAJAAN BUKA KILANG MAKANAN MENTAH UNTUK RAKYAT..BARU PENIAGA TAK BOLEH BUAT APE...

    BalasPadam
  8. "Salah satu langkah untuk membantu menghadapi kenaikan harga barangan tersebut adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2012 di mana keluarga yang mempunyai pendapatan yang kurang dari RM3,000 akan diberi ganjaran RM500," katanya.

    BERMAKNA, KENAIKAN HARGA BARANG TELAH DIJANGKAKAN,DAN DENGAN 500 ITU, MEREKA BOLEH MENYERAP KENAIKAN BARANGAN SELAMA SETAHUN.

    BIJAK...BIJAK....

    BalasPadam
  9. ini semua cakap orang politik dan org besar-besar, mereka senang-lenang, ribu-ribu masuk.. yg kau org protes bagai nak rak ape kau org dpt.. habuk tarak.. last-last kena beli juga barangan makanan walaupun mahal.. yang kaya makin kaya, manakala yang miskin makin papa-kedana.. ha..!!ha..!!

    BalasPadam
  10. subramanian tu mau kisah apa... gaji besar.. kami ni kakitangan gred bawahan gaji dlm 1k apalh sangat pada tahun 2011 ni... mau tak mau terpaksa juga beli...

    BalasPadam
  11. hamboi hamboi.....kalau protes barang naik..dok demo sana sini tu di namakan HAK PERIBADI la erk? kalau demo minta pilihanraya bersih tu pun hak peribadi lah patutnye...cakap tak supe bikin le...apo lah...!!kenaikan barang ni kerajan lah yg kena kuatkuasakan..macam mana kerajaan guna kuasa utk halang demo BERSIH ari tu..apo le..!!!

    BalasPadam
  12. sebulan makan ayam 2 kali sudah la..yang pi makan 3kali seminggu buat pa..
    ikut kata sudin 'hari-hari makan tulang buat sup'

    BalasPadam
  13. SKIM SBPA
    Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

    BalasPadam
  14. Jumaat, Oktober 28, 2011 7:35:00 AM
    makan tulang berkata...
    sebulan makan ayam 2 kali sudah la..yang pi makan 3kali seminggu buat pa..
    ikut kata sudin 'hari-hari makan tulang buat sup'

    ___________________________________

    mak oii..orang besar2 makan ayam hari2..engkau nak rakyat makan ayam 2 kali sebulan...papa kedana sangat ke rakyat ni....entah-entah penyokong orang besar makan ikan masin je...bos dia makan sodap kat hotel...peeeee.....hak rakyat kembalikanlah...hapuskan penyelewangan....laporan audit juta-juta hilang...takkan nak jadi ghadaffi..hehehehehe

    BalasPadam
  15. mak oii..orang besar2 makan ayam hari2..engkau nak rakyat makan ayam 2 kali sebulan...papa kedana sangat ke rakyat ni....entah-entah penyokong orang besar makan ikan masin je...bos dia makan sodap kat hotel...peeeee.....hak rakyat kembalikanlah...hapuskan penyelewangan....laporan audit juta-juta hilang...takkan nak jadi ghadaffi..hehehehehe
    ___________________________________

    yang kau nak ikot orang besar makan ayam hari-hari buat apa. keputusan ada ditangan kita. habis tu kau nak makan ayam hari-hari, sanggup nak ikot songlap duit juga. jangan ikut rentak mereka, kita bikin rentak sendiri. lagi pon kalau tak makan ayam pon bukan berdosa. bumi allah ni banyak makanan halal lain. makan ayam bukan kira status kita ni hebat.

    BalasPadam
  16. kenyataan menteri BN yang tidak peduli denyut nadi rakyat. Fikir-fikirkanlah PR13 makin hampir.

    BalasPadam
  17. selepas kenaikan gred semua PAP ke gred N41, adalah dijangkakan semua PA akan bekerja dengan lebih yekun lagi demi mencapai wawasan 2020. Diharap cuepacs meletakkan sasaran utama agar semua PAP dilantik ke N41 sebelum 2013, demi memertabatkan tugasan kami yang sangat mencabar minda dan memerlukan daya intelek yang tinggi.

    Sesungguhnya hak PAP tidak dapat disangkal lagi betapa ianya tunjang negara dan tiang seri sesuatu jabatan. 99% jabatan akan lumpuh tanpa PAP, dan PAP pula mampu menggerakkan jabatn kerana memiliki kepakaran tersendiri setelah selalu diarah membuat kerja pegawai dan kerani. Bila2 masa saja kami bersedia memangku tugas2 mereka.

    Sokongan PAP pada Barisan Nasional dan Umno juga amat kuat, malahan ramai PAP penggerak Umno di tempat masing2. Jadi, besarnya jasa dan pengorbanan PAP pada kemajuan negara wajib dibalas dengan kenaikan ke N41.

    BalasPadam
  18. harga ayam naik..harga bab! turun.. tak hairan la kalo semua makan bab!

    BalasPadam
  19. Jumaat, Oktober 28, 2011 2:09:00 PM
    makan tulang berkata...
    mak oii..orang besar2 makan ayam hari2..engkau nak rakyat makan ayam 2 kali sebulan...papa kedana sangat ke rakyat ni....entah-entah penyokong orang besar makan ikan masin je...bos dia makan sodap kat hotel...peeeee.....hak rakyat kembalikanlah...hapuskan penyelewangan....laporan audit juta-juta hilang...takkan nak jadi ghadaffi..hehehehehe
    ___________________________________

    yang kau nak ikot orang besar makan ayam hari-hari buat apa. keputusan ada ditangan kita. habis tu kau nak makan ayam hari-hari, sanggup nak ikot songlap duit juga. jangan ikut rentak mereka, kita bikin rentak sendiri. lagi pon kalau tak makan ayam pon bukan berdosa. bumi allah ni banyak makanan halal lain. makan ayam bukan kira status kita ni hebat.

    __________________________________

    tak kira sekarang ni bukan soal makan semata-mata...tapi soal harga ayam naik....kenapa naik??jawab...barang2 keperluan harian naik...kita nak kerajaan jawab..kenapa nak suruh pengguna protes...kenapa kerajaan tak protes....bukannya kita import ayam tu dari luar negara...ayam ternak di malaysia pun boleh naik...betul tak....beras tanam di malaysia pun naik..gula tanam tebu kat malaysia pun boleh naik ke..ape ni semua...saya cakap untuk rakyat...untuk orang yang susah...

    BalasPadam
  20. belumpun gaji naik 7-13%, harga barangan dah naik lebih 50%, bertambah beban le gamaknya, Ini menteri pun mahu belit juga, cakap ikut sedap aje. Patutnya sokongl.ah Cupek ni, Macam takk sokong je.

    BalasPadam
  21. dok sohor bagi ganjaran 500 tapi sekali seumur hidup bukan setahun sekali

    BalasPadam
  22. Apa GUNA wakil rakyat ... Kita pilih dia untuk BANTU Rakyat. Lain kali kalau wakil rakyat turun padang jgn kompang dia, jamuan pun beri ubi rebus ajer ...

    BalasPadam
  23. subramanian tu mau kisah apa... gaji besar.. kami ni kakitangan gred bawahan gaji dlm 1k apalh sangat pada tahun 2011 ni... mau tak mau terpaksa juga beli...

    ..............................................

    Subra are u sleeping ? Just dont care the ppl is suffering ! U as a minister what hv u done ? U and the MIC are the one who should be shown the exit door !

    BalasPadam