06 November 2011

DAP MAHU KURANGKAN PENGUASAAN MELAYU

Utusan Malaysia
6/11/2011



KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin hasrat DAP mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam bukan disebabkan faktor ekonomi semata-mata.

Sebaliknya tegas Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, ia merupakan agenda politik untuk mengurangkan pengaruh orang Melayu dalam sektor kerajaan.

"DAP ada niat tersirat di sebalik hasrat mereka itu. Kita kenal siapa DAP dan dakwaan bahawa ia demi kepentingan ekonomi hanyalah sandiwara semata-mata," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, hasrat DAP itu merupakan ugutan terhadap kakitangan awam.

"Ini merupakan satu bentuk politik ugutan terhadap kakitangan awam. Justeru, saya menyeru semua penjawat awam supaya menolak kumpulan politikus berkenaan yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa," jelasnya.

Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah tidak terkejut dengan hasrat DAP itu kerana percaya memang wujud gerakan halus seperti berlaku Pulau Pinang.

"Saya pasti ini strategi DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa serta membentuk legasi pemerintahan khususnya di Pulau Pinang," jelasnya.

l DAP ambil langkah ke belakang ingin kurangkan penjawat awam - CUEPACS - muka 15

9 ulasan:

  1. Yang ni aku stuju. DAP lihat tiada 1 Malaysia di jabatan tertentu.
    Minta kaum lain sertai Tentera dan PDRM ...

    BalasPadam
  2. Apa yang DAP utarakan tu memang betul. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.

    Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.

    BalasPadam
  3. mula-mula buang PA yang ramai Melayu bumiputra, lepas tu tentu ada banyak masalah pentadbiran,

    jadi tambah semula PA tapi mesti kuncu kuncu mereka dan konon kononnya mengambarkan satu Malysia . itulah yang akan dilakukan.
    Yang jelas terdapat penindasan dan penganiayaan terhadap pihak tertentu.

    BalasPadam
  4. UMNO dan BN bari datuk rasis!

    BalasPadam
  5. Sudah la ape yg DAP ucapkan sama dgn Skim SBPA 2012. Kalau DAP perintah dia akan tambah lagi kaum Melayu di dalam Perkhidmatan Awam kerana desakkan kaum cina yg tak mahu lihat orang Melayu jadi kaya dan mewah. Kaum Cina suka orang Melayu jadi gomen kerana senang berkira tak macam LKY yg kat seberang tu, "strait nak mapus".

    BalasPadam
  6. ni PESAKAI yg cakap lepas tu CUPAK sokong... hehehehehehehe

    BalasPadam
  7. Memuatkan ini dalam blog CUEPACS? Agak kepartian. MTUC yang dilabel pembangkang(PR) tu pun tak buat cam ni

    BalasPadam
  8. kalau dh penjawat awam bumiputera ni dibuang kerja, mcm mna nasib mereka???jd kuli kontraktor cina ke cmne???

    BalasPadam