28/11/2011
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.
Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.
Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).
Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.
Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.
Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.
Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.
ermmm x leh nk komen..sbb x de details lg .. Lepas ni x de la jawatan Jusa dan Turus didominasi oleh PTD lagi.. Lepas ni untuk jawatan atasan, PTD kene compete dgn pekerja swasta especially non malay..agaknya nk buat mcm unit Pemandu semua tenaga pakar dari sektor swasta.....Kenapa agaknya kerajaan buat keputusan mcm nie ??..tak bagus ke PTD2 ni..lagaknya mengalahkan CEO company.. Bljr tinggi sampai MASTER dan PHD yg yurannya ditanggung sepenunhya oleh kerajaan dan bergaji penuh..siap pegi Program Cross Fertilization di badan berkanun n GLC..takkan tak competent lagi kot ..huhu renung-renungkanlah...
BalasPadambagus la...mesti ada idea lebih dlm memacu kemajuan negara...
BalasPadamAku pernah bertugas di bawah seorang Ketua Jabatan yang datang dari swasta @ politician.
BalasPadamFirst time datang..masyaallah! terkejut beruk kitorang..itu nak buat, ini nak buat.
Contoh :
1. Paksa staf datang kerja hari Sabtu dan Ahad
2. Selagi dia tak balik, pegawai tak boleh balik
3. Mesyuarat start pukul 12 malam hingga ikut suka hati dia nak berhenti. Apa dia ingat, staf dia semua tinggal di Putrajaya ke!
4. Mesyuarat boleh mula dari pukul 8 pagi sampai suka hati dia non stop (kecuali nak solat)
5. Pegawai-pegawai on-call 24 hours. Kalau tak jawab telefon, kena show cause. Nak tdo pun tak senang beb! Macam ni cita-cita kerajaan nak capai 70 juta orang susah la nak dapat bro!
6. Ikut suka hati mak bapak dia nak telefon bila-bila masa. Kalau cakap berhemah tak per jugak..ini maki hamun jer..maklumlah kat swasta/politik dulu mana ada amalkan nilai-nilai murni perkhidmatan awam, tonggak 12. Telefon berjam-jam sampai batery habis! esok meengadap kena maki, pasal dia ingat kita hang up telefon
7. Kerani yang Gred 17 pun boleh dipanggil mengadap dia kalau dia tak percaya dengan pegawai-pegawai. Terkebil-kebil la kerani tu nak menjawab. Pastu dia makin tak puas hati. Panggil semula pegawai mengadap
8. Bila dah suruh orang buat kerja overtime macam nak gila baru dia tahu, pegawai-pegawai kerajaan gred 41 ke atas tak boleh claim.
9.Gred sokongan punya claim pun tak berbaloi dengan usaha diorang yang kerja sampai bersengkang mata sampai terabai anak bini.
10. Ikut suka hati dia nak beli apa. Dia ingat jabatan kerajaan boleh keluarkan duit macam syarikat swasta nak beli apa. Dia tak tau langsung prosedur perolehan kerajaan. Last2, cara mudah kitorang, tulis surat kat Treasury mintak kelulusan untuk benda-benda pelik yang dia mintak. Bila kelulusan lambat diperolehi, kitorang tadah telinga je la kena maki dengan dia.
11. Seboleh-boleh dia nak vendor tu, kontraktor tu supply barang, buat kerja. Bila semak, semuanya ada hubungkait dengan company lama dia
12. Dia boleh la upah orang gaji, driver, tukang kebun, tukang masak dan bibik nak jaga anak-anak dia. Bini dia pun tak kerja. So bolehla dia fokus pada kerja.
13. Dia dapat jawatan ni pun sebab bapak dia dulu orang kuat Gomen, swasta dan politik. Kira macam tumpang tuah bapak dia jugak la.
14. Biasalah, orang yang lahir mengikut pepatah orang putih "born with golden spoon" tak tahu kepayahan orang biasa macam kami ni.
15. Last-last lepas setahun baru dia sedar, gaji pegawai dalam kerajaan kecik sahaja nak banding dengan swasta, gred sokongan lagi la tak payah cerita.
16. Disebabkan gaji yang kecik, tak mampu nak mengupah bibik dari Indon so ramai yang keluar dari jabatan tersebut atau minta ditukar ke negeri lain asalkan bukan di Putrajaya.
17. Last-last dia pun pencen, dan kami pun happy! Alhamdulillah, sekarang jawatan tersbut diisi semula oleh orang kerajaan.
18. Dari segi repo dengan politician, biznes dia memang bagus tapi pegawai/staf terseksa
18. Kesimpulannya, orang-orang swasta/politik yang nak masuk gomen kena diberi kursus dulu. Tak boleh pakai redah je masuk. Especially kursus berkenaan prosedur kewanagn, perolehan, berhemah, kursus agama dan kaunseling pun kena bagi jugak
19. Kat gomen ni ada kelulusan PMR, SPM, takder kelulusan pun ader. So berhemah la bila deal dengan diorang ni.
20. Kat gomen bukan cam swasta yang kita boleh pilih untuk jadi staff kita. Apa yang JPA/SPA bagi terima jer la seadanya.
Our PTD officers tak berkesan ke? adakah kualiti mereka semakin teruk sampai perlu panggil swasta untuk menerajui jabatan kerajaan???
BalasPadamAdakah mereka faham budaya kerja kerajaan? Memang la cara kerja kami slow tapi kami berhati-hati maklumlah nak belanja duit rakyat maaa..
Salah sikit jer, Audit report masuk, SPRM masuk..
aku rasa ada bagusnya.... org swasta jd KSU dia akan pentingkan output dan kualiti.
BalasPadamkalau PTD yg memang asal dr gomen berkulat masuk swasta blom tentu die berjaya.
but hopefuly jawatan yg di isi tu bukanlah dari kalangan anak2 saudara saudari dari pok menteri dan sekutu.makin hancur lah jawabnye gomen.
aku rasa ada bagusnya.... org swasta jd KSU dia akan pentingkan output dan kualiti.
BalasPadamkalau PTD yg memang asal dr gomen berkulat masuk swasta blom tentu die berjaya.
but hopefuly jawatan yg di isi tu bukanlah dari kalangan anak2 saudara saudari dari pok menteri dan sekutu.makin hancur lah jawabnye gomen.
syukurlah. kemungkinan dalam masa 10 tahun lagi kita akan ada PAP yang naik sampai ke pentadbir. PTD dah x leh harap, pegawai biasa pun x leh pakai, kerani langsung laa.. cuma PAP sahaj harapan dan kebanggaan semua PA untuk mengisi jawatan atasan.
BalasPadamPas ni PTD yg gred jusa C ke atas akan "panas punggung". Jawatan bukan lagi TETAP. Tidak le boleh memandai - mandai macam dahulu
BalasPadamPencapaian (KPI) diutamakan; program transformasi gomen nampaknya gagal dilaksanakan sepenuhnya dan perubahan drastik perlu dilakukan di tahap kepimpinan tertinggi. Lihatlah laporan Audit Negara yg berulang2 dan tindakan disiplin/surcaj yg gagal diambil ke atas pegawai yg melakukan kesalahan/kesilapan. Saya sudah menjangkakan kemasukan pegawai swasta dlm gomen setelah fertilization program (mcm pilot test) dilaksanakan.Malaysia perlu modal insan terbaik utk mendapat keputusan yg cemerlang!
BalasPadamdasar sebegini akan meningkatkan risiko pengurusan awam dan menambahkan kroni2 yang menunggu habuan utk mengaut segala kekayaan kerajaan!! tunggulah! the next failure policy!!!
BalasPadamdari anti-kapitalis
TAK PAYAH AMBIL SWASTALAH SEBAB YG DARI KERAJAAN SENDIRI PUN BERLAMBAK DOK TUNGGU NAK NAIK PANGKAT KE JUSA DAN TURUS
BalasPadamThis is actually very good ! Should apply for all goverment jobs ! Barulah ada semangat nak berusaha dan berjaya ! Kalau tak dok macam tu aje !
BalasPadamI really like this policy ! Keep up the good job JPA and SPA !
Biar ada perubahan sikit dalam kerajaan dalam kerajaan ! Yg tak mahu buat kerja diberhentikan !
Good !
xpayahlah salleh bin man nnti menyusahkan kau saja.. nnti semua jwtn kau hina... puiihh
BalasPadammat kopratasa mahu dibawa masuk ganti kami .. ptd?
BalasPadam... cuma perlu diingatkan, mat kopratasa nii jenis orang atas kayangan dan dewa2 yg tak makan saman. idea bnyk & giler trlampau.
mat kopratasa perlu diantar kursus induksi terlebih dulu .. biar dia org tau rakan sekerja dia siapa .. jenis spesis bibit ke jenis bangla ke .. jenis mat indon ke .. atau jenis spesis semacam dia jugak !
Lepas ni boleh la Datuk Omar Presiden Cuepacs minta jadi KSU mana2 kementerian. Kami akan sokong Datuk Omar. Hidup Datuk Omar Presiden Cuepacs (132000000x)
BalasPadamDah macam2 cerita pasal SBPA ni, bilalah pekeliling JPA nak keluar, hari tu janji lepas Bajet Lulus. Ni dah lebih 2 minggu. apa citer ni. JPA sendiripun nampaknya tak bersedia.
BalasPadamtipu
BalasPadamsabar.tunggu 1 disember 2011.khamis ni jam 12.00 tengah hari.cakap tu jaga sikit.cili kan.... baru tau
BalasPadampatutla kau org ni...susah sangat nak terima perubahan.belum apa2 pun lagi.....dah macam-macam kata kat kerajaan.....ubah lah sikap tu.walaupun aku kerja kerajaan.tapi.....aku tak terimaa bulat2 apa yang dikhabarkan oleh kerajaan.hati2 dan jaga mulut.tunggu dan lihat...ok.maafkan saya.sekadar menegur.sokong dasar berpada-pada.buat jahat jangan sekali2.
BalasPadambagi saya tidak masalah ksu dari golongan korporat,tetapi biarlah kepakaran dan pendirian mereka ini bebas dari politik....tak kisahlah mereka dari korporat kfc ke petronas ke..janji bebas politik...baru kementerian boleh maju
BalasPadamapa macam kalau ksu diambil dari golongan ahli politik...yb-yb yang ada phd...hehehe....
BalasPadampaling baik ambik ksu kontrak dari pakar2 luar negara..seperti indonesia,myanmar dan sebagainya...fffuuuhh...baru pengurusan ok
mmg semua PTD bajet mcm bagus..tapi hampehhh...tambah2 PTD yg dok jadi ADO kat pejabat daerah..terutama ex ADO daerah kerian, perak bernama firdaus farid mamak...mcm gampang...
BalasPadamjgn nanti politician plak yg jadi jusa dan turus
BalasPadamIni pun sudah bagus... dibuka lagi untuk swasta gred 41 sampai 17.lepas ini gred 17 dan 41 dibuka untuk swasta mana-mana gred 17 dan 41 boleh letak jawatan
BalasPadamaku rasa lagi bagus kalau bos aku daripada swata... mana-mana staf yang lembab boleh diberhentikan..yes.. satu transformasi ini..cepatlaa sokong aku!..
BalasPadampenilaian prestasi bos dan pekerja dinilai berdasarkan prestasi... mana-mana pekerja lembab... diberhentikan... transformasi kepada swasta..yes! aku sokong SBPA
BalasPadamPM dan TPM juga harus berhenti dan diganti dengan sesiapa calon pilihan hasil undian semua PT dan PAP. Barulah keadilan akan terlaksana.
BalasPadamkita mulakan diperingkat atas dahulu lepas ini akan turun ke bawah sampai gred 1.. dibuka untuk swasta pula...hehehe. Bagus gak transformasi ini.. aku sokong sgt inilah masanya..kehkehkeh
BalasPadamdulu sibuk tibai cikgu..ni sekarang dok tibai ptd..hahaha..manusia memang macam tu..
BalasPadamAt last JPA and SPA did a good job ! SBPA is a good policy whereby the private sector being pulled into gov sector ! Its nice to work under a private sector boss who regconize hardwork and not bodek ing !
BalasPadamJust one issue with SBPA I think PTK should be maintained and not PROSPEK just like private sector ! People who work hard and who is knowledgeable get pay rise and promotion ! I think PTK is wise for the development of Public servants like us ! Please continue with PTK and not PROSPEK please !
pegawai PTD tak boleh harap, hanya tahu duduk dalam ofis sejuk beku sahaja.
BalasPadambila turun bersama orang ramai, tak pandai cakap malah berlagak jer lebih.
PTD tak ubah seperti "pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar".
persoalannya, pandaikah PTD?
bodoh sudah pasti!
aku suka si monte berkata...
BalasPadamAku pernah bertugas di bawah seorang Ketua Jabatan yang datang dari swasta @ politician.
First time datang..masyaallah! terkejut beruk kitorang..itu nak buat, ini nak buat.
ada kebenarnya... memanglah kita nak kurangkan PTD berkuasa tapi jgn sampai keluar dari mulut RIMAU, malut mulut NAGA... hahahahaha... kena bagi taskirah dulu kat org SWASTA yg masuk GOMEN... jgn main redah nak tukar sistem ikut SWASTA.... bagus gak kalau boleh tingkatkan produktiviti ikut sail SWASTA tapi GAJI PUN KENA IKUT SWASTA... OT LAYAK UTK SEMUA KECUALI Gred 48 ke atas sbb dia org dah byk elaun.... OT naitkan ke 1.5/ jam utk waktu kerja biasa dan 2.0 utk sebelah malam.... hujung minggu Sabtu Ahad 2.25/jam... Public holiday 3.0/jam... baru boleh lantak mcm SWASTA... hahahahahahahaha
ini wayang ja ni ... mana jusa , turus yang x ngam ngan gomen(BN) akan babai . lantik ikut sukahati aku walau dia dulu pelacur / peliwat janji performance ok ngan link ngan BN baik pasti ditarik . tgkle nt .
BalasPadamSetuju benar dengan keputusan tersebut.. PTD skg ni berlagak je lebih.. keja ntah ape2..
BalasPadamTERUS BERJUANG....
BalasPadamdemi menggalakkan PA sambung belajar,PA yang dilantik ke jawatan baru secara lantikan mohon diberi kebenaran membawa faedah kelayakan cuti tahun dalam jawatan lama ke jawatan baru...
terus berjuang....kami harapkan Ceupacs
aku cadangkan para cikgu buat buat keliru dengan cadangan ini macam isu cikgu kena kerja 9 jam tu....untuk mengelakkan cikgu keliru, terus dimansuhkan percubaan cikgu kerja 9 jam tu....lagi bagus kalau cikgu cadangkan jusa/turus tu amik dari kalangan cikgu je....kan cikgu ni anak emas......kan gaji cikgu tu tak cukup lagi....kereta bukan nasional tu pun belum beli lagi...hehehehe...
BalasPadamha3.ada org dengki sama itu guru ke?tu la....dulu cikgu suruh baca buku......tidur dlm kelas.
BalasPadam..gua syor yang Kump. Sokongan ni pon dibuka pada swasta...baru dia tau tinggi rendahnya langit... ramai lagi yg gaji kecik kat swasta bagus2 kat luar sana....jgn sibuk nak naik gaji kerja lebih sikit merungut....kalau nak jadi boss mintaklah...kalau x dapat x layaklah tuh.... itu tanda ko tak bagus sebab banyak cakap dari kerja...heheheh
BalasPadamkami kumpulan sokongan ada ijazah dan master, mcm nie boleh mohon jusa beb..!! kau org tak bagi taulah nasib kau org PRU-13 nanti.. Pegawai tadbir diplomatik dan Pegawai tadbir negeri.. boleh bla..beb..!! kau orglah punya kekalahan bn kepada PR..
BalasPadamPRU-13 nie..
bukan senang nak mengubah dasar2 perkhidmatan awam....walaupun sbpa sebagai dasar akan datang...namun perkhidmatan awam boleh mengubah dan minta ceupacs mengkaji atau mengubal sekiranya terdapat dasar2 yang tidak releven dan boleh menjejaskan kedudukan perkhidmatan awam...walaupun setiap dasar2 baru akan diperkenalkan...namun perkhidmatan awam sentiasa diberi ruang untuk memberikan cadangan dan bantahan sekiranya ada dasar2 yang tidak sesuai...
BalasPadammacam juga ssm tidak semestinya kekal, kini telah diubah kepada sbpa 2012....namun adakah dasar sbpa ini akan berkekalan hingga tahun2 akan datang, mungkin juga tahun 2013,2014 ada lagi dasar2 baru yang kita tidak pasti, terpulang kepada pandangan dan cadangan ceupacs dalam membela nasib perkhidmatan awam..
walaupun dasar2 sbpa diamalkan, per.Awam berhak memberi pandangan andai ada dasar2 yang tidak sesuai,terpulang kepada kredebiliti dan pandangan yg lebih kritikal suara2 per.awam dalam ceupacs.
apapun tq ceupacs kerana banyak perjuangan per.awam.tanpa batasan putus asa.ini namanya PERJUANGAN.
kena buat transformasi dlm gomen...bos kena orang swasta, mana-mana staf lembab..pecat!
BalasPadambos tidak boleh dari orang swasta..kerana ada dasar swasta yang tidak sama dalam kerajaan...mohon ceupacs tengok betul -betul dan kaji perkara ini...sistem kerajaan ni bukan boleh main-main atau lantak suka hati je...perlu ikut dasar dan ilmu pengetahuan yang sejajar dalam perkhidmatan awam
BalasPadamingat sistem kerajaan ni ikut suka hati ke...kau suka kau ambik jadi ksu tak suka ambi orang lain...sistem kerajaan bukannya sistem kilang...ceupack perlu kaji benda ni..jangan hanya fikir nak buat tranformasi tapi tak signifikan....perlu kajian dan pandagan majoriti dalam perkhidmatan awam...
BalasPadamAPAPUN....
BalasPadamKALAU DIRENUNGKAN DALAM-DALAM
(RUJUK AL QURAN )...
JANGAN KITA MELETAKKAN SESEORANG ITU BUKAN PADA TEMPATNYA..KEMUNGKINAN IA BUKAN MENGELOKKAN KEADAAN TETAPI MAKIN MEROSAKAN/MENJAHANAMKAN SESUATU YANG ELOK...RENUNG RENUNGKANLAH SEBELUM TERLAMBAT..
saya bersetuju dengan cadangan kerajaan agar jawatan tersebut tidak lagi dimonopoli oleh golongan PTD. Penguasaan golongan PTD dalam jawatan utama kerajaan menyebabkan sebahagian besar mereka berada dalam zon selesa menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Buktinya lihat sahaja saban tahun laporan audit negara mengenai kepincangan yang berlaku terutamanya dalam pembaziran wang rakyat dan adanya unsur-unsur rasuah dengan pembelian barangan pada harga yang tidak munasabah berbanding harga pasaran. Begitu juga dengan skandal NFC.
BalasPadamha3.ada org dengki sama itu guru ke?tu la....dulu cikgu suruh baca buku......tidur dlm kelas.
BalasPadamRabu, November 30, 2011 4:15:00 PM
-------------
cikgu tu yang tido dlm kelas sebab malam sibuk buat tuisyen....kumpul duit tuu....
sembang bagai nak rak...tapi sampai sekarang pun sbpa tak diumumkan secara rasmi...takkan tipu kot? benda semudah ini pun ambil masa bertahun2 ke nak diumum? heheheheheeeee...
BalasPadamsaya dengar KUP 15 tahun akan mansuh dlm SBPA ini. Bagaimana yg mereka telah lama dan masih menunggu pengesahan sejak tahun lepas hingga sekarang padahal mereka layak sebelum SBPA diumumkan lagi.
BalasPadamKelebihan backdated selama setahun akan hilang jika pilih SBPA dan tiada kenaikan KUP?
JPA seolah-olah berteka-teki untuk siarkan pekeliling SBPA ni. Dulu janji lepas bajet lulus. Ada udang sebalik batu ke ke !!!
BalasPadamIdea yang paling mengarut!!!!!! Aku benci!!! Marahkan nyamuk kelambu dibakar...marahkan PTD korang sumer sanggup gadaikan PA tempat korang cari mkn!!! Sanggup susu kan kera di hutan..bersoraklahhh kerana slps ni kampung korang akan tergadai..ini idea PEMANDU.. Korang tau tak.. jgn mudah tergula-gula mcm budak2...nasib baik lah Bang Omar pandang sejuta kali kdepan drp korang..ada juga bantahan drp x dak langsung ...serah tengkok nanti nk kena sembelih..korang yg tak pernahkerja dgn swasta jgn nak memandai nk mengomen...siapa yang xpernh kerja sekaki dgn orgpolitik pun sama..jangan nakmengandai itudan ini...bila depa masuk dan jadik bos korang..hang baru tahu langit tinggi rendah...
BalasPadamaku paling setuju kalau JUSA diubah masukkan swasta.. kwn2 yang PA patut sokong ini satu cadangan yang bagus untuk kepentingan kita juga... Lepas ini PA pun diganti dgn pekerja swasta, lagi aku setuju.. kena sokong cadangan bagus nie..hehehe. Kita kena mulakan daripada atas lepas tu akan merebak ke bawah termasuk Gred 41 dan kebawah...Sokong laa wei
BalasPadamSaya menyokong langkah tersebut kerana selama ini jawatan Jusan dan turus dikuasai oleh satu kelompok skim iaitu PTD. Hal ini sudah lama dipertikaikan oleh penjawat awam dari skim lain. Golongan PTD naik pangkat dari M41 ke M44 dalam masa 3 tahun.. kerja dalam 10 tahun dah naik ke M48 atau M52. Tetapi penjawat awam dari skim lain 10 tahun belum tentu dapat naik 44.. Sudah tiba masanya jawatan jusa dan turus dibuka kepada mereka yang berkelayakan dan berpengelaman dari skim-skim lain seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam, guru, akauntan, dan sebagainya termasuklah dari swasta bagi mewujudkan persaingan. Selama ini golongan PTD terlalu selesa dengan menguasai jawatan jusa dan turus dengan pantas sehinggakan mereka terlibat dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan.
BalasPadamIni satu lagi kat atas..hayunn..orang cakap jawatan jusa nak bagi pada swasta dia cakap pasal bagi pada skim lain.. Apa korang dengki sangat dengan PTD.kalau dah korup..usahkan PTD..cikgu ke..dokter ker..lowyer kerr..akauntan ker..enjineer ker..sama saja...sebab mata dan kepala asyik pikir nak naik pangkat dan gaji lebih saja.mentaliti buruk penjawat awam!!! Masih nak susukan kera di hutan ker?
BalasPadam