Bernama
Oleh Ravichandran D.J Paul
15/11/2011
Bekas Ketua Unit Pemantauan Akhbar dan Wartawan G. Perumal (Peruji Perumal) mengupas dengan ringkas pemikiran Tan Sri Sidek Hassan dalam mentransformasi perkhidmatan awam.
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasport Malaysia kini siap dalam dua jam, kad pengenalan yang hilang diganti dalam sehari, saman trafik disemak online dan pelbagai borang dapat dimuat turun di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Apa yang tersirat di sebalik semua ini membuktikan adanya penambahbaikan dalam kualiti penyampaian khidmat awam, walaupun masih terdapat ruang untuk lebih banyak ke arah itu.
Penulis adalah anggota birokrasi veteran, dengan perkhidmatan hampir empat dekad dalam sektor awam, dan telah mengharungi sendiri arus perubahan dalam perkhidmatan awam khasnya daripada segi penyampaian khidmat.
Perkhidmatan awam di Malaysia menempuhi perubahan secara berterusan selaras dengan peredaran masa untuk memenuhi aspirasi rakyat dan kerajaan yang memerintah.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, dan mereka yang sebelum beliau, telah banyak mendorong proses transformasi ini.
Bagi Sidek, untuk berada dalam barisan depan penyampaian khidmat bermakna penjawat awam perlu menerima perubahan paradigma dalam budaya kerja mereka dengan inovasi menjadi teras perkhidmatan.
Desakan dan aspirasi pemegang kepentingan yang menilai penyampaian khidmat awam sentiasa berubah dan dengan itu juga memerlukan perubahan berterusan dalam sistem penyampaian.
PERANAN LEBIH BESAR
Sejak mengambil alih teraju khidmat awam negara pada 2006, Sidek berusaha dengan aktif pelbagai perubahan dalam penyampaian khidmat dan dalam memastikan pelaksanaan berkesan dasar-dasar pembangunan negara.
Sebuah perkhidmatan awam yang berkesan dan cekap adalah asas penting dalam memastikan pentadbiran yang baik dan memastikan kejayaan dasar-dasar pembangunan negara termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebenarnya menjadi kayu pengukur GTP.
Sebahagian besar daripada kejayaan GTP bergantung kepada kekuatan kolektif lebih 1.2 juta kakitangan awam.
Memandangkan manusia adalah aset birokrasi paling penting, Sidek percaya kepada perlantikan orang yang sesuai ke jawatan yang sesuai.
Dan peluang untuk turut serta dan meningkat dalam jawatan di sektor awam haruslah berdasarkan kepada merit, kemahiran, budaya kerja yang baik, rendah hati dan pengalaman.
Sidek menambah kata, bakat, kreativiti, pengetahuan dan integriti sebagai ciri-ciri perlu dalam meningkatkan kualiti khidmat untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Bakat tanpa integriti pastinya akan mencetuskan masalah dan apa yang paling penting adalah kakitangan awam tidak perlu khuatir akan perubahan, kerana tanpa perubahan pastinya tiada kemajuan.
Dalam satu daripada ucapannya ketua perkhidmatan awam itu berkata; "Kita tidak boleh berdiam diri dan serahkan hala tuju masa depan kepada takdir. Kita perlu tetapkan sendiri hala tuju masa depan."
HALANGAN
Dengan pelbagai penambahbaikan itu, masih terdapat masalah dalam perkhidmatan yang belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun pelbagai usaha diambil.
Contohnya, rasuah, pelbagai langkah diambil untuk memeranginya.
Masalah rasuah ini tidak terhad kepada Malaysia sahaja, ia satu masalah manusia merentasi seluruh dunia.
Bagi Sidek, meningkatkan gaji tidak semestinya dapat mengatasi rasuah. Persoalannya sekarang berapa banyak yang cukup dan mana satu yang menjadi keutamaan - kepentingan diri atau kepentingan umum?
Sebab itulah Sidek percaya bahawa pembentukan peribadi yang baik adalah tugas yang tiada penghujungnya. Peribadi yang menentukan kesesuaian, kelayakan dan penerimaan dalam khidmat awam.
Seseorang harus dinilai berdasarkan kepada kemampuan dan merit, dan bukan berdasarkan kepada asal-usulnya, termasuk kumpulan etniknya.
Tatalaku teladan kakitangan awam pastinya sangat bernilai.
Dalam mewujudkan satu perkhidmatan awam dengan hati nurani Sidek berkongsi kata-kata Ibu Theresa; "Ia bukan berapa banyak yang kita sumbangkan tetapi yang penting ialah berapa banyak kasih sayang yang disumbangkan. Berkhidmat dengan penuh kasih sayang pastinya lebih berkesan".
-- BERNAMA
.. saya masih ingat perkataan"saya malu / segan jumpa PM".
BalasPadam.. yg lain 'pemikiran' ok jer .. KPI dan KIP tercapai? Perlu dibaca bersama dgn Laporan Audit....
ye, saya pun masih ingat ungkapan itu..."malu...."
BalasPadamini yg dikatakan seorg ketua yg baik? malu berjumpa PM demi menyuarakan hak kakitgn awam? bagus ditukar kpd KSN yg lebih wibawa.
dr anti-kapitalis
Malu....malu......malu itu lah KSN yg ada s,kang.
BalasPadamBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul..bukan memudah untuk memuaskan hati semua penjawat awam (PA)..lebih2 lagi dalam merubah pemikiran dan budaya kerja PA..ketegasan dan meritokrasi antara pendekatan yg digunakan beliau sedikit sebanyak dapat mengejutkan PA daripada lena yg panjang..
BalasPadamsiapa yang lena panjang? bz dgn money jerr yg terbuai2 mimpi!!
BalasPadamKSN sepatutnya mengambil tau hal kabajikan kakitgn. Itu tanggungjawab utama beliau!!! bukan cuepacs sahaja.
faham?
by anti-kapitalis
betul tue beb..!! jgn nak berdolak-dalik dgn 1.2 juta PA.. natijahnya lu fikirlah sendiri..!!
BalasPadam