Berita Harian
Oleh Azhar Abu Samah
azharaz@bharian.com.my
2011/12/20
Pelbagai penambahbaikan skim baru penjawat awam masih samar, tiada hitam putih
BUDAYA mengugut seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya 1.4 juta kakitangan awam ‘menandatangani borang kosong’ opsyen penerimaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh dua minggu, mulai 16 Disember lalu perlu diselesaikan segera kerana ia bukan perkara mudah seperti dianggap JPA.
Kekecewaan diluahkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman sehingga mahu mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini, khususnya mengenai kelemahan skim baru berkenaan seharusnya membuka mata kepada pelbagai pihak, khususnya Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Mekanisme pelaksanaan skim pemisah atau exit policy dalam SBPA bagi mereka yang menerima markah kurang daripada 70 peratus bagi tiga tahun berturut-turut selepas penilaian dibuat pegawai mereka, sekali gus boleh dibersarakan awal berbanding 50 peratus ketika Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kegagalan JPA menyediakan jadual tangga gaji SBPA untuk diteliti kakitangan awam menjadi isu pokok yang dipertikaikan CEUPACS.
Ini belum lagi membabitkan soal kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki. Paling janggal apabila JPA tidak memanggil langsung wakil CUEPACS ketika merangka SBPA, sedangkan ia membabitkan masa depan 1.4 juta kakitangan awam.
“Saya yakin Perdana Menteri tidak tahu wujud kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab (JPA) menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham masalah kami.
“Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim itu sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata Omar ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM), tiga hari lalu.
SBPA diumumkan Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada Oktober lalu bagi menggantikan SSM mulai awal tahun depan, menawarkan pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam melalui skim pencen, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
Matlamat murni SBPA mahu mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi pada masa depan pastinya akan menempuh onak dan duri jika pada peringkat mahu dilaksanakan lagi menimbulkan pelbagai persoalan, selain mendapat bantahan kesatuan yang memayungi perkhidmatan awam.
“Ini hanya mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar minum bersama pegawai di kantin pejabat supaya mereka dinilai dengan markah yang baik setiap tahun,” kata Omar.
Sama ada sedar atau tidak, JPA seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang perlu ditanggung kerajaan, terutama ketika kepemimpinan negara di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sedang rancak menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.
Mahu atau tidak, perlu diakui, Parlimen Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran kerajaan amat memerlukan sokongan kakitangan kerajaan yang ketika ini menjadi 90 peratus daripada pengundi di kawasan itu. Paling menarik, 90 peratus daripada pengundi di situ adalah daripada kumpulan sokongan.
Hakikatnya, kakitangan awam adalah penyokong kuat kerajaan dan sewajarnya suara hati mereka didengar dan diberikan perhatian. Mereka bukan meminta di luar kemampuan kerajaan, sebaliknya mengharapkan kerajaan membela hak atau sekurang-kurangnya mendengar dulu masalah mereka. Ini peluang terbaik bagi kerajaan, khususnya JPA mendengar rungutan mereka sebelum PRU-13 datang.
Pilihan raya umum pada 1999 menyaksikan Terengganu di bawah kepemimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ‘terlepas’ daripada BN ke tangan PAS kerana ‘gelombang hijau’ begitu ketara dalam kalangan kakitangan awam. Pendekatan ‘Acu Ubah Sekali’ berjaya menguasai minda kakitangan awam yang akhirnya mengundi pembangkang, selain faktor ‘cah keting’ dalam kalangan kepemimpinan UMNO negeri ketika itu.
Keprihatinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menghargai usaha CUEPACS mahu menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA memperlihatkan komitmen beliau yang mahu isu ini diselesaikan segera.
“Tujuan kerajaan ialah membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi jika mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan supaya perkara itu boleh ditangani,” katanya sekali gus menggambarkan ruang perbincangan antara JPA dan CUEPACS masih terbuka luas.
Kita berharap ‘kata dua’ Abu Bakar sebelum ini hanya penjawat awam yang mempunyai alasan munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh 31 Disember ini seperti sakit atau berada di luar negara dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama, sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan dikaji semula demi mendapatkan keadaan ‘sama-sama menang.’
Dasar pemisah atau exit policy yang ketika ini menjadi isu utama SBPA sewajarnya diteliti semula bagi mengelakkan pandangan kononnya dasar itu sama seperti mahu dilaksanakan pembangkang, terutama DAP bagi mengurangkan jumlah kakitangan awam jika berjaya menguasai Putrajaya.

Pemindahan Gaji JUSA C
BalasPadam>>>>SSM>>>>>>SBPA>>>>Kenaikan
T1 6595.99 12000.00 5404.01(81%)
T2 7236.46 12645.00 5408.54(75%)
T3 7939.12 13345.00 5405.88(68%)
T4 8710.01 14115.00 5404.99(62%)
T5 9480.90 14885.00 5404.10(60%)
Ini adalah sifir pemindahan gaji SSM ke SBPA bagi JUSA C. Kenaikan gaji mereka antara 60% - 81%. Sumber daripada rakan saya di bahagian gaji. PA yang lain apa komen anda.
SBPA diteruskan, terima sajelah. Nak harap ceupacs perjuangkan, nampaknya ceupacs tak bacapun komen2 yang diberikan sebelum ni.
BalasPadamSalam Dato,
BalasPadamHarap jangan lupa gred FT. Yang banyak dalam info cerita pasal gred Kastam, imigresen,pembantu tadbir aje. Kami pun golongan yg teraniaya walaupun ada sijil politeknik.
Eh kau ni Omar, rasa penat pulak aku sokong kau. Bertambah la penat bila fikirkan aku sia2kan cuti Ahad aku berhimpun utk kau kat Chan Sow Lin tempohari. Komen kat sini pun buat aku bertambah tambah penat. Semuanya sia2! Aku rasa kau dgn geng Cuepacs bkn baca pun keluhan orang kat sini, hanya ikut naluri dengan kepala hotak kau aje. Dah kita katakan suruh highlight pasal ketidakadilan kenaikan gaji serta kehilangan seniority tu masalah utama selain exit policy; alih2 exit policy tu jugak yg kau bawa ke hulu ke hilir. Dah la tu, hampir semua gred bermasalah; yg gred tertentu jugak kau gi sebut! Kesudahannya semangat mcm panglima perang; alih2 perlanjutan tempoh opsyen SBPA tu aje yg kau megah2kan...Yg naik 100% tetap tersenyum lebar! Seminggu kau lantang dengan kitorang ni turut temankan kau berjuang; cuma dalam 3 jam aje tempoh diperlukan JPA utk buat kau terlentok & mengangguk! Entah2 kau tu yg markah selalu bawah 70. Dah la golongan bawah ni diperbodoh bodohkan; yang jadi wakil pun sekarang dah jadi bangang...Apalah nasib!
BalasPadamAzhar Abu Samah, wartawan Berita Harian ni lagi bagus daripada si Omar tu. Orang macam ni yang sepatutnya jadi Presiden Cuepacs!! Yang Omar tu pun aku pelik, entah faham ke tidak dia sebenarnya dengan kemelut yg PA rungutkan berkenaan SBPA ni. Lain yang kita bising terutamanya pasal gaji, benda lain pulak yang dia sensitif lebih. Jangan harap kau boleh jadi ahli Parlimen la Omar, jangan mimpi la!!!
BalasPadamcakap pun tak guna lagi...
BalasPadamcuepacs pun tak boleh bela nasib kita..
kekananan dah takda lagi...
tengok je la barang naik tahun depan...
kita makan nasir ngan telur je la.....beli ayam dh tak mampu....
golongan 41 ke atas je la boleh...
ikat perut sambung degree pun bukan boleh naik pangkat automatik macam cikgu...tak pa la...
tu la malaysia..dah nak sama macam negara india ada kasta2.....
yang gred 41 ke atas kasta kaya ...yang bawah ni papa kedana...
sain aje la...walaupun gaji mati naik 300 saja.........
bersyukur memang la bersyukur...tapi sbpa ni manusia yang buat tak lari dari rasa tamak penggubalnya....betul tak..
yang kata pangkat atas tanggungjawab berat....pernah ka kita dengar gred depa ni kena surcaj atau penjara?
based on audit negara punya report banyak orang atas sepatutnya kena...
tapi ada yang kena ka...diam sahaja....ingat lagi ka anda semua...
tapi kalau kita pembantu tadbir p/o kat jabatan...
silap skit nak kena surcaj padahal final check and approve adalah responbility gred 41 dan ke atas....tapi dieorang selalu lepas...
ye la kan kita mentimun depa durian....
lagi satu dalam sbpa ni..pembantu operasi yang kelulusannya pmr pun gaji dah nak sama dengan kami....macammana ni...
hari tu pembantu tadbir rendah(PTR),TUKANG MASAK,PENGAWAL KESELAMATAN dan OMPD DIJUMUDKAN JAWATAN DARI GRED ASAL DINAIKKAN KE GRED N17....PT PO N17 YANG ASAL DAPAT APA?TERNGANGA SAJA....PADAHAL YANG MENGURUSKAN SEMUANYA DI JABATAN ADALAH PT PO...
BUKAN NAK BERLAGAK TAPI KAMI NI BOLEH KATA KAMI NI BACK BONE SESUATU JABATAN ATAU AGENSI...
KAMI TAHU GRED 41 KE ATAS PENTING TAPI KAMI PUN PENTING JUGAK...
KAMI PUN ADA KELULUSAN YANG SAMA CUMA REZEKI TAKDA LAGI... PM PUN KATA NAK TENGOK GOLONGAN PELAKSANA BERPRESTASI TINGGI...
KALAU TAKDA KAMI GOLONGAN PELAKSANA YANG ADA DIPLOMA ATAU DEGREE HOLDER NI...SAPA NAK BUAT SLAID OR PAPERWORK BOS2..DIEORANG TAU SAIN DAN MERASMIKAM MAJLIS SAJA....
kasihanila kami gred pembantu tadbir gred n17 perkeranian dan operasi NI...
sewajarnya jika kerajaan ikhlas nak kurangkan jurang kemiskinan maka peratusan kenaikan gaji tahunan yang tinggi perlu diberikan kepada penjawat awam kumpulan pelaksana berbanding dgn kumpulan atasan yg telah dikayakan dengan berbagai elaun dan gaji yang tinggi... peratusannya sewajarnya 13% utk pelaksana (diploma ke bawah)dan 7% kumpulan PA berijazah... barulah seimbang untuk menangani kenaikan kos yg meningkat...
BalasPadampada pendapat saya SBPA ini ada baiknya dan ada banyak yang perlu diperbaiki dan di tambah baik skim nya. Memang sebagai Penjawat Awam kami amat menghargai apa yang telah di umum kan dalam Budget 2012khusus untuk penjawat awam mendapat perhatian daripada Kerajaan Malaysia. Walaubagaimana pun, penambahbaikan yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui saraan baru perkhidmatan awam ini hanya memihak kepada golongan tertentu.Saya akui saya adalah golongan pelaksana, bila SBPA ini mula dilaksanakan terutamanya golongan pelaksana ramai yang tidak berpuas hati atas sebab ketidak adilan dari segi pelaksanaan nya yang melibatkan dahulunya dari aras T3 menjadi aras sebaris.Bagi saya kakitangan yang mendapat aras yang lebih tinggi dalam SSM mempunyai kebolehan dari segi pengatahuan sebab melapasi tahap kecekapan, bila SBPA sebolehnya hargai lah mereka seperti ini. Kenapa golongan Gred 10 ke bawah boleh di tambahbaik tetapi golongan Gred 17 ke atas tidak di perbaiki..Sewaktu saya mendengar taklimat pertukaran perlantikan skim Pembantu Laut di Kota Kinabalu Sabah, pada masa tu YG Bhg Datin telah menyatakan gred yang lain akan mendapat perhatian, tetapi sampai sekarang dan dah bertukar SBPA tidak mendapat sebarang perubahan.Apa yang memeranjatkan saya dahulunya kelasi gred A1 di tukar ke A17 dan sekarang pula sudah di tawarkan ke gred A22, jadi bagaimana gred 17 yang memang di lantik mengunakan kelayakan yang sebenar?..Saya bertugas sebagai pembantu tadbir kewangan W17, tanggungjawab saya adalah seperti Ketua Bahagian kerana semua gred N32,A41,M44 dan A54 merujuk kepada saya untuk melakukan kerja..sedangkan saya baru sahaja 11tahun berkhidmat dan berada dalam gred yang rendah..Berbalik kepada persoalan asal dan keadaan yang saya alami menunjukkan gred golongan pelaksana ini amat diperlukan untuk melakukan kerja dan golongan P&P hanya golongan pembuat keputusan setelah golongan pelaksana buat kerja. Saya faham SBPA ini di rangka ole JPA dan yang membuat nya semua golongan P&P dan ke atas..dan saya harap semua golongan yang membaca artekal saya ini akan faham maksud saya..Terimah Kasih.
BalasPadam