12/12/2011
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 11 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kakitangan awam supaya tidak tergesa-gesa menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai SBPA selepas mengadakan bengkel dan kongres untuk membincangkan perkara berkenaan pada 14 Disember ini.
Beliau berkata, buat masa sekarang, semua kakitangan awam perlu bertenang dan berfikir semasak-masaknya sebelum menerima tawaran itu dan tidak perlu mengikut pandangan mana-mana pihak.
“Sebelum ini wakil CUEPACS memang mengadakan perbincangan dengan kerajaan sebelum SBPA dilaksanakan tetapi ia tidak mewakili semua ahli kesatuan ini.
“Kita ada pelbagai sektor dalam kesatuan. Jadi perkara ini harus dibincang terlebih dahulu dengan semua ahli dan mendapat persetujuan dengan mereka sebelum kita membuat sebarang keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS di Wisma Persekutuan di sini hari ini.
Omar berkata, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.
“Kita minta semua kakitangan awam agar tidak terburu-buru, fikir dulu semasak-masaknya atau tunggu kenyataan rasmi daripada kongres sebelum menandatangani surat tawaran ini.
“Rujuk kepada ketua jabatan, JPA atau wakil CUEPACS terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” jelasnya.
Sementara itu, CUEPACS berharap kerajaan melantik seorang wakil daripada golongan pekerja sebagai senator supaya suara mereka didengar di Dewan Negara, katanya.
“Dahulu pekerja ada wakil di Dewan Negara melalui bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Zainal Rampak tetapi sekarang tidak ada.
“Seniman dan orang kelainan upaya (OKU) ada wakil dalam Dewan Negara. Jadi kita berharap ada senator yang mewakili suara 11 juta pekerja di negara ini,” tegas beliau lagi.
JADUAL GAJI SEBARIS SBPA NI SEBENARNYA MENGUNTUNGKAN ORANG ATAS SAHAJA....
BalasPadamCUBA TUAN2 BAYANGKAN BILA KITA NAK BELI BARANG KEPERLUAN KAT KEDAI DIEORANG TAK TANYA PUN KITA GRED APA?.....BRAPA GAJI...SEMUA BARANG SAMA HARGA...BETUL TAK...
SO...BILA ORANG GRED 41 DAN KE ATAS NAIK GAJI TERLALU BANYAK ......BARANG PUN NAIK TERLALU BANYAK....DAPAT KE MENAMPUNG KENAIKAN GRED N17 YANG SKIT NI.....MACAM OPSYEN SSM TAHUN 2002 DULU...KALAU SESEORANG PA TU BERADA DI TANGGA GAJI P1T10 DI SSB BILA SIGN JE OPSYEN SSM TETAP P1T10.....
ITULAH SEPATUTNYA DILAKUKAN DALAM SBPA NI....
KITA IKTIRAF KELAYAKAN DAN KEPAKARAN ORANG ATAS NI...TAPI KAMI YANG BERDA DI GRED BAWAH JUGA ADA KEPAKARAN DAN KEMAHIRAN....
BERSAMALAH KITA LENGKAP MELENGKAPI.....
CUBA BAYANGKAN BILA BERADA DI GRED ATAS...DAH LA GAJI BESAR...ELAUN PUN BANYAK.....DAPAT LAGI BANTUAN SARA HIDUP...LOGIK KER......
TOLONGLA PERTIMBANGKAN KEMBALI OPSYEN SBPA UNTUK KUMPULAN PELAKSANA DAN OPERASI NI......
KITA HANYA MANUSIA.....HANYA KITAB AL QURAN SAHAJA YANG PALING SEMPURNA......
manusia akhir zaman macam ni la.yang susah jd lagi susah.yang kaya jadi lagi kaya.apa2 pon allah yang maha mengetahui walaupon ada yang tersembunyi.
BalasPadamPerpindahan gaji JUSA A,B,C SSM ke JUSA A,B,C SBPA adalah mengikut tanggagaji tahun ke tahun.Jika pegawai Jusa C SSM berada di T5 @ RM9480.90 akan ke T5 SBPA @ RM14,885 pada 1.1.2012. Kenaikan gaji sebanyak RM5404.10(itu baru jusa C yg atas lg bnyk)...Bagi kakitangan gred 54 ke bawah perpindahan gaji adalah diberi 1 kenaikan gaji SSM dan dipilih yg = atau lebih tinggi yg terdekat di tanggagaji SBPA...Cth gred SSM N27 P1T9 @ RM1736.95 akan diberi satu pergerakan gaji ke SSM P1T10 @ RM1803.50..GAJI SBPA yg terdekat yg lebih tinggi dari RM1803.50 ialah N3-1(SSM N27) T4 @ RM1845.00...jadi GAJI BARU SBPA pada 1.1.2012 yg diterima ialah RM1845.00(T4SBPA).Kenaikan gaji ialah sebanyak RM1845.00(SBPA) - RM1736.95(SSM) = RM108.05..Misalan klu N27 P1T9 SSM lompat mcm kaedah gaji JUSA maka akan pegi ke gaji SBPA N3-1 T9 @ RM2570(tapi kaedah ini tidak digunakan untuk gred 54 ke bawah.Hanya JUSA C keatas saja ada keistimewaan perpindahan gaji ini untuk mengkayakan lagi org yg sudah kaya)
BalasPadamNota : Banyak cantik korang punya peraturan yang JUSA ke atas yg gaji dah besar blh pula korang terus lompat gaji SBPA pegi tahun yg sama dengan SSM sedangkan yg bawah gaji ciput kau bagi cara perpindahan gaji satu kenaikan gaji SSM yg terdekat dengan SBPA..igt kami yg gred 54 ke bwh ni lembu ke tak blh pikir.klu nak wat pekeliling pun biar la logik....ni nmpk sgt ..jgn benda ini smpai jadi isu politik pula nanti.. pilihanraya dah nak dekat ni...huhu
Kesimpulan : yg naik gaji ni bukan setakat penjawat awam malah menteri-menteri juga..sb tu mereka luluskan usul ini(undang2 perbekalan)jd yg makin tinggi rankingnya makin tinggi naik gaji.Sedangkan KSN pun gaji dah 50,000 x masuk elaun takkanlah menteri-menteri & bos menteri gaji lagi rendah kot..u pikirlah sendiri
KEPADA YANG BERLAGAK KATA KUMPULAN PELAKSANA TAK DA SIJIL INGAT2LAH....
BalasPadamHIDUP NI BERPUSING IBARAT RODA....
KALAU SEMUA PA KUMPULAN PELAKSANA KERJA PEGAWAI SAPA NAK BUAT KEJA2 RUMIT BOSS LIKE ABM,PAPER WORK,PAKEJ AND ETC.....
DAH ADA DIPLOMA NAK SAMBUNG DEGREE BUAT PJJ BUKAN MURAH ...PALING2 TIDAK RM 23000 TU PUN KAT ITM LA.....
LEPAS GRADE BUKANNAY MACAM CIKGU BOLEH TERUS PROMOTION TAK PAYAH MOHON BARU MACAM KAMI KUMPULAN PELAKSANA NI...
KENA FIGHT PULAK DENGAN BUDAK2 FRESHIE...
KALAU DAPAT PUN GAJI DIA AMBIK YANG TERHAMPIR JER.....
MASA SAYA KEJA KAT SWASTA DULU...LEVEL EXECUTIVE DAN KE ATAS MAKNANYA KALAU DALAM GOMEN NI DG/M41 DAN KE ATAS AKAN DIKURANGKAN KEMUDAHAN DAN ELAUN SEBAB GAJI DAH BESAR.....
TIAP BULAN KENA BUAT SUMBANGAN MASA SEKURANG2NYA 10 JAM....
TAPI BILA SAYA MASUK DALAM GOMEN DAH TERBALIK PULAK....
ORANG ATAS DAPAT ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG BETUL2 BANYAK.....
SAMAPAI ELAUN SARA HIDUP PUN BOLEH DAPAT SEKALI.....BAYANGKANLAH....
TAPI APA NAK BUAT SAPA YANG BUAT DASAR KAN.....
KALAU KAT SWASTA NAK UBAH SESUATU DSAR KENA PANGGIL UNION/KESATUAN SEKERJA....IDEA ORANG BAWAH BOLEH PAKAI JUGAK LA.....
KALAU SWATA NI DIEORANG MEMANG BETUL2 PENTINGKAN PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN......
NI BILA SKIM SBPA PENGALAMAN MACAM DILUPAKAN TERUS......
BUAT JPA TENGOKLAH LA BALIK SKIM KUMPULAN PELAKSANA NI.....
ORANG KAT LUAR SEMUA DAH BERCAKAP TENTANG KEAIKAN BESAR GAJI KAKITANGAN AWAM...
TAPI HAKIKATNYA YANG DAPAT BANYAK HANYALAH GRED DG41 DAN KE ATAS.....
UNTUK EXIT POLICY PULA ELOKLA DISARAKAN GOLONGAN ATASAN NI YANG FAILED BILA DIAUDIT OLEH AUDIT NEGARA....
SBPA - MACAM ORG NAK KAWIN;SEBELUM JADI KAWIN ADA MCM2 HALANGAN;YG TU,YG NI LA; YG PENTIG SIGN DULU; LEPAS TU KITA KIRA KEMUDIAN. KAWIN DULU.
BalasPadamsiarkan jadual gaji untuk tatapan umum....
BalasPadam