Bernama
15/12/2011
KANGAR, 14 Dis (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-pekerja Felda (KPF) akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung isu cuti Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab.
Setiausaha agungnya Dr Faudzuli Jaafar berkata, pihaknya sedih dengan arahan bercuti selama sembilan bulan itu kerana Zulkifli mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman di sini, Faudzuli berkata kesatuan itu tidak pernah dimaklumkan mengenai arahan itu.
"Kami tidak tahu arahan cuti itu daripada siapa dan mengapa. Apa yang kami tahu bilik Pengarah Besar Felda kini dikosongkan," katanya.
Sehubungan itu, KPF akan berjumpa Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda untuk mendapat gambaran jelas mengenai arahan itu.
Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs turut terkejut dengan arahan bercuti itu ketika perkhidmatan Zulkifli masih diperlukan oleh Felda.
"KPF akan mengutus surat kepada Datuk Seri Najib melalui Cuepacs berhubung perkara ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata, Cuepacs bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu.
-- BERNAMA
Kakitangan FELDA dan PENEROKA FELDA masih dan amat memerlukan Khidmat Dato ZUL..kita semua sayangkan Dato Zul..kerana beliau seorang yang amat prihatin terhadap PENEROKA dan semua kakitangannya tidak kira dari peringkat bawahan hingga atasan..kami sanjung Dato Zul..HIDUP DATO ZUL..HIDUP FELDA..
BalasPadamamin yarobbalalamin..