Bernama
27/1/2012
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Jan ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Jan.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
-- BERNAMA
Kasihani lah penjawat awam yang telah menunggu kenaikkan gaji mereka tahun ini. Dari bulan Januari ke bulan Februari tiada berita tentang kenaikkan gaji. Bilakah kenaikkan gaji ini akan bermula. Harap ada pihak yang faham kesengsaraan penjawat awam yang berpendapatan rendah. Terima kasih.
BalasPadamTentera dah pakai gaji sbpa januari ni apa....tak caya tengok pay slip kawan2 tentera korang
BalasPadamalah... kesiannya kami ni.. kami menanti kenaikan gaji..huhuuhhu..
BalasPadamPanel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,
BalasPadam1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA TAK NAMPAK PULA Pembantu penilaian yang ada sijil Inspen tetapi nampak PELUKIS PELAN bagi J3-1 yg tiada sijil kemahiran,buatlah kajian,bukan bagi dengan tidak adil.
2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.
Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,
BalasPadam1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA kepada kami BAGI W3-1 kpd PELUKIS PELAN yang tiada sijil kemahiran.
2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.
kesian linda...
BalasPadammenanti gaji SBPA..
bagi la cepat, setuju jer apa yang dia orang mintak, tak rugi apa pun,
aku simpati dengan semua penjawat awam ni, susah senang dia orang anak beranak kita juga.
terima kasih.