11 Januari 2012

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBERI BORANG BARU

Berita Harian
2012/01/11



SERDANG: CUEPACS menggesa semua ketua jabatan yang sebelum ini mendesak kakitangan menandatangani borang penerimaan tawaran Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), diberikan borang baru untuk ditandatangani semula.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ia membabitkan kakitangan awam yang menandatangani skim berkenaan sebelum 30 Disember lalu yang kebanyakannya tidak diberikan penjelasan dan pemahaman jelas berhubung skim yang ditawarkan. “Mereka yang dipaksa menandatangani borang tawaran tanpa tidak meneliti skim itu perlu diberikan borang baru dan menandatangani semula opsyen berkenaan. Sebelum ini, mereka diminta menandatanganinya secara terburu-buru dan tidak melihat skim serta diberikan formula kenaikan gaji yang tidak tepat. “Jadi, kita minta ketua jabatan terbabit memberikan borang baru yang menyatakan dengan jelas lampiran skim kenaikan gaji dan gred (SPBA) supaya mereka boleh menandatangani semula kerana tempoh penerimaan skim dilanjutkan hingga 15 Januari ini ,” katanya selepas Majlis Transformasi dan Ikrar Integriti Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Katanya, tindakan meminta kakitangan awam menandatangani tawaran tanpa mendapat maklumat jelas bukan saja tidak mengikut prosedur, malah ada kakitangan awam yang mendakwa ketua jabatan tidak faham serta tidak dapat memberikan penjelasan berhubung kemusykilan yang dikemukakan ketika sesi taklimat.

Beliau berkata, pihaknya mengakui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang bertungkus lumus membuat semakan semula skim berkenaan bagi memastikan semua pihak berpuas hati, namun meminta pihak berkenaan memberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Omar berkata, JPA memberikan tempoh tiga bulan sehingga 31 Mac ini bagi membuat semakan semula dan CUEPACS akan memberikan semula taklimat berkenaan penambahbaikan dan semakan itu sebaik disiapkan oleh JPA.
Sementara itu, CUEPACS turut meminta pengurusan lima IPTA penyelidikan, iaitu UPM, Universiti Malaysia (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) supaya menaik taraf jawatan Pembantu Makmal kepada Penolong Pegawai Sains bagi memastikan jawatan itu setanding dengan taraf universiti penyelidikan.

Katanya, jawatan Pembantu Makmal sudah tidak relevan dengan taraf universiti penyelidikan kerana ia tidak mencerminkan tahap IPTA berkenaan.

Beliau berkata, ketika ini ada kira-kira 700 daripada kira-kira 2,000 Pembantu Makmal yang masih belum dinaikkan taraf sebagai Penolong Pegawai Sains di IPTA berkenaan.

27 ulasan:

  1. KAMI PENJAWAT AWAM SOKONG SBPA, KPPA, JPA DAN PTD.TAHNIAH ATAS PENGGUBALAN SBPA...KAMI SOKONG SBPA

    BalasPadam
  2. rasanya isu SBPA dah selesai...semua dah senyap baik dalam media atau perbualan di warung kopi....dulu masa SSB ke SSM pun camni..mula2 bising..last2 semua setuju

    BalasPadam
  3. SBPA sememangnya bermasalah, golongan yang menaip komen sokong SBPA ini adalah golongan upahan atau golongan yang tak sabar mempelahap dengan rakusnya manfaat dalam SBPA walaupun dengan menindas penjawat awam pangkat rendah, menjahanamkan perkhidmatan awam pun mereka tak peduli, dasar tamak haloba.

    Penjawat awam sebenarnya ramai yang makin marah, makin geram, dan bertambah meluat dengan SBPA ini, macam gunung berapi pendam, tunggu masa saja nak meletus. PRU 13 pihak kerajaan akan mendapat masalah besar kalau tidak mengkaji dan memperbaiki SBPA ini secara menyeluruh demi keadilan kepada penjawat awam serta demi menyelamatkan perkhidmatan awam dari dirosakkan oleh skim gila seperti SBPA ini.

    Kasim.

    Kasim.

    BalasPadam
  4. Tak pe....buat la pekak badak atas segala keluhan PA
    .....teruslah berada di zon selesa....

    terbaik....

    BalasPadam
  5. saya dah antar dan borang sbpa arini..walaupun tak puas ati tp terpaksa aper leh buat..sakit hati dgn gaji yg tak adil ni..dok rasa sbpa punca ramai kakitangan kerajaan yg menyokong pembangkang pada pru13 nanti termasuklah saya

    BalasPadam
  6. asyik kena isi borang semula saja.pastu tangguh plk...bila mau dapat gaji baru daaaaaaaa...

    BalasPadam
  7. Mohon naikkan gred W17 kepada Gred W19

    BalasPadam
  8. Majoriti PA tidak berpuashati dan hanya minoriti PA yang bersetuju. Itu hakikat yang diakui.

    JPA dan Cuepacs dah stuju bincang/kaji SBPA dlm masa 3 bulan (hngga 31 Mac 2012).
    Kita tengok APA penyelesaiannya.

    Ramai PA yang tidak berpuashati namun oleh kerana PINTU RUNDINGAN sdg berjalan .. kami berdiam diri dulu dan MEMERHATI perkembangannya.

    Walaubagaimanapun, saya tetap SOKONG Kasim. Beliau berani dan mewakilli kumpulan PA Bottom Billions.

    BalasPadam
  9. Assalamualikum..

    Saya rasa tertekan dan moral saya betul2 down kini..

    kenapa perlu ade kluster kenaikan dalam SSM ke SBPA??Maksud saya himpunan tangga gaji dlm SSM sblom dipinda kepada JGS??

    Makanya,tangga gaji paling senior didalam himpunan tangga gaji tersebut mendapat kenaikkan yang paling sedikit berbanding junior dalam kumpulan yang sama.

    misalnya,jika P1T13 naik 128.00,yang P1T10,T11,T12 akan naik lebih lagi!!Xcukup dengan itu beza kenaikan KGT pula hanya dipisahkan hanya 3-4bulan jer...

    kenapa and apa rasionalnya perlu ada grouping dlm setiap tangga gaji tersebut??Xrasa menganiaya org ker??

    Ada yang baru keje 3bulan,boleh sama gaji dengan org yg dh servis 8tahun pun ada..

    YaAllah..sesungguhnya hambamu ini terasa amat benar teraniaya oleh puah2 YAHUDI ini!!!!

    Sesungguhnya doa orang yang dalam kesusahan/teraniaya ini adalah mustajab disisi Than...Ameeeeennn

    hamba Allah yang teraniaya dan ditindas!!!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..

    Saya rasa tertekan dan moral saya betul2 down kini..

    kenapa perlu ade kluster kenaikan dalam SSM ke SBPA??Maksud saya himpunan tangga gaji dlm SSM sblom dipinda kepada JGS??

    Makanya,tangga gaji paling senior didalam himpunan tangga gaji tersebut mendapat kenaikkan yang paling sedikit berbanding junior dalam kumpulan yang sama.

    misalnya,jika P1T13 naik 128.00,yang P1T10,T11,T12 akan naik lebih lagi!!Xcukup dengan itu beza kenaikan KGT pula hanya dipisahkan hanya 3-4bulan jer...

    kenapa and apa rasionalnya perlu ada grouping dlm setiap tangga gaji tersebut??Xrasa menganiaya org ker??

    Ada yang baru keje 3bulan,boleh sama gaji dengan org yg dh servis 8tahun pun ada..

    YaAllah..sesungguhnya hambamu ini terasa amat benar teraniaya oleh puak2 YAHUDI ini!!!!

    Sesungguhnya doa orang yang dalam kesusahan/teraniaya ini adalah mustajab disisi Tuhan...Ameeeeennn

    hamba Allah yang teraniaya dan ditindas!!!

    BalasPadam
  11. mungkin SPRM kena masuk siasat JPA...kot2 ada penyelewengan dana awam dalam memberi gaji yg tak terjangkau dek akal kpd pihak jusa/ptd yang terlibat dlm menggubal sbpa ni...

    BalasPadam
  12. Rasanya mmg tak adil betul skim baru ni.. macam orang bawahan dan pangkat rendah ni selalu tertindas. Kenaikan gaji yang diberi hanya setakat itu saja sedangkan orang atasan yang asyik menyuruh kita buat itu dan ini beribu ringgit naiknya!

    bukan nak kondem sesapa, tapi fikirlah dalam zaman yang serba "MAHAL" nak berjimat pun masih payah jg kalau ada tanggungan. Bila kita cari kerja diluar tak dibenarkan, tapi tgklah berapa sgt. Pekerja lain saya tak tahulah diorg kerja bagaimana, tapi macam kami ni kena kerah kerja bagai nak pecah kepala, balik rumah badan dah letih, Gaji masih ditahap macam tu jg.
    Nak kata kita ni tak berusaha, tgklah sapa yang buat kerja,sapa yang kena OT? Gaji ni biarlah adil, rasanya terima SKIM SBPA ni macam SSM jugak. Tetap macam nilah nasib golongan bawahan.

    BalasPadam
  13. Sapa suruh malas belajar dulu?sekarang bising pulak.berbuih cikgu suruh belajar tinggi,yang hangpa dok tak dengar apa hal?Suruh anak hangpa belajar sungguh2,supaya tak jadi mcm hangpa.bagus hangpa kerja kerajaan dpd tak kerja langsung.bersyukurlah dan ukur baju di badan sendiri.

    BalasPadam
  14. Tak nak kerja,berhenti je.bg orng kerja.asyik nak ugut kerajaan...jadi orng bawahan pilihan anda sendiri,sapa suruh malas dulu.skrng dengki pula dengan orang atasan.tak nak jadi kuli,sambung belajarlah.dpd bising tak puas hati,sesal dulu pendapatan,sesal emudian tarak guna la.

    BalasPadam
  15. Tak suka sbpa jgn terima.bukan susah pun....bukannya paksa terima.

    BalasPadam
  16. gred 11-16 PMR
    gred 17-26 SPM
    gred 27-40 STPM/SIJIL POLI/DIPLOMA
    gred 41 ke atas DEGREE/MASTER/PhD

    PMR MASIH RELEVAN

    BalasPadam
  17. MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

    GRED 11-16 GUNA SPM
    GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
    GRED 27-40 GUNA IJAZAH
    GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

    BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.
    ---------------------------------

    MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

    GRED 11-16 GUNA SPM
    GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
    GRED 27-40 GUNA IJAZAH
    GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

    BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.

    BalasPadam
  18. JURUTEKNIK J17(ssm) JA3-1(SBPA)

    3-1 UNTUK STPM,
    SIJIL POLTEKNIK XSETARAF STPM MOHON KAJI,KALO X BERCELARU LA SKIM2 LAIN TERMASUK N27 DAN J29

    BalasPadam
  19. Kepada comenter yang tulis "Sapa suruh malas belajar dulu? sekarang bising pulak. berbuih cikgu suruh belajar tinggi, yang hangpa dok tak dengar apa hal? Suruh anak hangpa belajar sungguh2,supaya tak jadi mcm hangpa.bagus hangpa kerja kerajaan dpd tak kerja langsung bersyukur lah dan ukur baju di badan sendiri.yang kta kenapa tak belajar."

    Ini jawapan balas dari saya. Ang ni bodoh ke bengap? Klu ada penjawat yang tunjukkan ijazah sekarang ang rasa boleh ke kerajaan naikkan dia ke skim PnP. Aku rasa ang ni puak PnP yang tak sedar diri. Ingat ang tu dah hebat sangat ke? Fikirlah sebelum tulis tu wahai si bodoh........

    BalasPadam
  20. MAAF CKP LA..PRESIDEN NI TAU CKP JE..SY YG URUSKAN SBPA AWAL2 LG DH FHM SBPA NI MCM MN..JGN LA SUSAHKAN STAF MCM KAMI NI DATO PRESIDEN..INGAT SENANG KE NK URUSKAN BORANG2 SBPA NI..BYK LG KRJA KAMI NK BT.ULANG ALIK PUTRAJAYA.

    BalasPadam
  21. PA yg byk kutuk SBPA ni sbnarnya golongan yg tamak dan tk sggup trima kyataan..golongan munafik dan tk tahu brsyukur.tkpyh nk ugut2 pasal pilihanraya.klu tk suka brhnti krja kerajaan.g cari krja swasta.tgk swasta blh ikut ckp korg tk.

    BalasPadam
  22. GRED 11-16 GUNA SPM
    GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
    GRED 27-40 GUNA IJAZAH
    GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

    Klo gred masok guna mcm nih..br keja efisen..klo tgk skrng byk sgt ketidakadilan berlaku..JT naik ke J3..CC N4..CC dan EO dh besa mengurus staf tetiba jd pekerja bawahan/ sama level..dah la tanggungjawab besar..TA @ gred 29 yg keja berat perah otak buat itu ini disama gaji dan KGT dgn JT..mmg x patot org yg biasa buat kerja TA disama taraf dengan JT..sorang TA 5-6 JT..mcm2 kerja kena buat..patot guna skim lama jer..tapi ubah syarat kelayakan masok spt diatas..

    GRED 11 - GAJI SPM N4- PEMBANTU OPERASI
    GRED 17 - Gaji SIJIL N3/J3 - Kerani/JT
    GRED 22 - Gaji DIPLOMA N2/J2 - CC/ketua JT
    GRED 29 - Gaji Ijazah N1/J1 - Penolong Pegawai
    GRED 41 - Gaji Master N1-2/J1-2 - Pegawai


    Klo macam ni xdak keja main passing-passing suh gred 40 kebawah jer buat..dah la gaji besar..pas tuh x reti buat kerja..masa meting suh gred 40 kebawah g..adil ke camtuh??

    Dgn Gred spt diatas xde masalah
    JT tinggi dari CC..
    EO setaraf JT..
    Gaji TA setaraf JT..
    Kecelaruan penyeliaan..
    Ketidakadilan kadar upah dengan beban kerja (TA, EO, CC dgn JT,Kerani..)

    BalasPadam
  23. Ko ni bodoh apa? Master phd tu optional bangang

    BalasPadam
  24. GRED 11-16 GUNA SPM
    GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
    GRED 27-40 GUNA IJAZAH
    GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

    Klo gred masok guna mcm nih..br keja efisen..klo tgk skrng byk sgt ketidakadilan berlaku..JT naik ke J3..CC N4..CC dan EO dh besa mengurus staf tetiba jd pekerja bawahan/ sama level..dah la tanggungjawab besar..TA @ gred 29 yg keja berat perah otak buat itu ini disama gaji dan KGT dgn JT..mmg x patot org yg biasa buat kerja TA disama taraf dengan JT..sorang TA 5-6 JT..mcm2 kerja kena buat..patot guna skim lama jer..tapi ubah syarat kelayakan masok spt diatas..

    GRED 11 - GAJI SPM N4- PEMBANTU OPERASI
    GRED 17 - Gaji SIJIL N3/J3 - Kerani/JT
    GRED 22 - Gaji DIPLOMA N2/J2 - CC/ketua JT
    GRED 29 - Gaji Ijazah N1/J1 - Penolong Pegawai
    GRED 41 - Gaji Master N1-2/J1-2 - Pegawai


    Klo macam ni xdak keja main passing-passing suh gred 40 kebawah jer buat..dah la gaji besar..pas tuh x reti buat kerja..masa meting suh gred 40 kebawah g..adil ke camtuh??

    Dgn Gred spt diatas xde masalah
    JT tinggi dari CC..
    EO setaraf JT..
    Gaji TA setaraf JT..
    Kecelaruan penyeliaan..
    Ketidakadilan kadar upah dengan beban kerja (TA, EO, CC dgn JT,Kerani..)

    _______________

    porak peranda sistem dlm kerajaan kalo ko yg jd penggubal dasar,pttla ko xdpt jd bos/peg sbb otak mmg xlayak..apa pun tak boleh..

    BalasPadam
  25. 5 universiti saja ke nak semak pembantu makmal naik penolong pegawai sains? universiti lain? jangan le gitu..tanggungjawab sama je universiti mana pun...jangan buat kecoh pak omar...berjuanglah untuk semua pembantu makmal..

    BalasPadam
  26. cdgan tangga gaji sbpa.. sebenarnya semua gaji naik tapi bagi PA yang naik sikit harap JPA beri satu kenaikan kepada golongan itu, ini barulah ADIL

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah, pegawai perubatan diberikan jugak sedikit penghargaan. Kami tahu dari mana kami datang, dari keluarga susah, kami takkan keluar ke swasta walaupun bulan dan bintang yang dijanjikan.

    BalasPadam