09 Januari 2012

GAJI DOKTOR JUNIOR LEBIH TINGGI

Utusan Malaysia
9/1/2012




PAKAR PERUBATAN TERKILAN
Kuala Terengganu



Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA, yang telah diumumkan baru baru ini.

Sebagai penjawat awam yang setia, kami secara 'paksa rela' menurunkan tandatangan persetujuan di atas skim gaji baru ini walau pun terkilan dengan kadar kenaikan gaji yang ditawarkan.

Sebenarnya ramai kakitangan kerajaan yang senior tidak mendapat kadar kenaikan gaji yang sama seperti yang dinikmati oleh penjawat yang lebih junior. Skim gaji SBPA hanya menguntungkan golongan tersebut.

Mereka mendapat longgokan kenaikan gaji yang mendadak dari tangga gaji skim lama ke tangga gaji baru SBPA di mana mereka diletakkan tangga gaji permulaan sebaris dengan mereka yang telah lama berkhidmat.

Golongan penjawat awam yang paling terkurang kenaikan gaji dalam skim baru ini adalah mereka yang telah berada di penghujung tangga gaji skim lama.

Saya adalah pegawai perubatan pakar yang telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sejak tahun 1995 dan menjawat jawatan pakar pada tahun 2003 dengan tangga gaji UD41.

Kebanyakan daripada kami mengambil masa enam hingga tujuh tahun sebelum dinaikkan pangkat ke UD54 sekarang, berbanding dengan pakar pakar junior yang hanya mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum di naikkan ke tangga UD54 berdasarkan promosi 'tempoh perkhidmatan' atau 'time based' pada tahun 2010. Kenaikan pangkat yang mendadak ini telah meletakkan pakar perubatan senior sebaris dengan pakar perubatan junior.

Ramai di antara pakar pakar senior ini juga melanjutkan latihan di bidang sub-kepakaran masing masing. Walau pun saya dan rakan sejawat mempunyai skil sub-kepakaran dan penambahan bidang tugas yang lebih khusus, ini sebenarnya tidak menambahkan peluang kami untuk kenaikan pangkat atau tawaran gaji yang lebih baik, apatah lagi dengan system SBPA ini yang menyukarkan kenaikan pangkat lebih tinggi seperti Jusa.

Dalam sistem SBPA, semua pakar akan diberi kenaikan gaji bermula dengan tangga UD1-T1 kecuali mereka yang berada di peringkat Jusa dengan kenaikan gaji yang berlainan.

Berdasarkan laporan media dan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kenaikan gaji kakitangan awam adalah sekitar tujuh hingga 13 peratus sahaja. Ini adalah tidak tepat kerana bagaimanakah hendak menjelaskan situasi seperti berikut: Kami golongan pakar yang senior yang telah berada di penghujung skala gaji lama hanya menikmati kenaikan sekitar 3.9 peratus sedangkan ada kakitangan yang jauh lebih junior menikmati kenaikan gaji melebihi 30 peratus.

Bagi golongan Jusa ada yang mencecah 70-80 peratus daripada gaji asas mereka. Contoh yang ketara adalah seorang pakar junior yang berada di tangga gaji lama RM5,465.42 (P1T2). Selepas Januari 2012 ini, gaji beliau akan bermula di skala UD1-6T1 RM7,061 iaitu lebih 30 peratus kenaikan. Bagi kebanyakan kami yang berada di P1T8 kenaikan gaji sebenarnya tidak melebihi RM300 .

Kami tidak menyimpan sebarang perasaan irihati terhadap rakan rakan sejawat yang lebih junior yang telah menikmati kenaikan pangkat yang lebih cepat dan kenaikan gaji yang lebih lumayan. Tetapi perasaan kecil hati, terkilan dan merasai khidmat kami yang bertahun-tahun setia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya tetap ada.

Tidak dinafikan ada di kalangan kami yang telah atau akan meninggalkan KKM kerana tawaran yang lebih lumayan di luar sana, namun masih ramai lagi golongan pakar senior ini yang ingin meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

Malah kami juga memikul bertanggung jawab melatih dan menyelia pegawai perubatan, pegawai perubatan siswazah, terlibat dalam aktiviti aktiviti penambahbaikan perkhidmatan seperti ISO, akreditasi, KPIs, projek kualiti, penyelidikan dan sebagainya.

Perasaan yang sama juga diluahkan oleh sebahagian besar golongan kakitangan bawahan seperti jururawat, pembantu perubatan, pembantu kesihatan dan gologan sokongan yang lain.

Saya berharap pihak berwajib mengkaji semula cara pelaksanaan SBPA dan mengharap keadilan untuk semua peringkat golongan kakitangan kerajaan tidak kira di kementerian mana pun mereka berada.

25 ulasan:

  1. KENAIKAN GAJI SBPA TIDAK ADIL, JPA PENIPU!!! KALAU TUANNYA PENIPU, ORG SURUHANNYA IKUT PENIPU!!! UNDI PR, PRU13!!!TUMBANGKAN PENIPU!!!

    BalasPadam
  2. apa yg saya lihat..susunan tangga gaji lintang pukang...mcm dibuat secara terburu tanpa memikirkan tahun berkhidmat (senioriti)nilah koja buat org yg mengaku pandai tapi sebenarnya bodoh sombong..pendapat org tak mau diambil kira..BRAVO JPA

    BalasPadam
  3. takp payah la tuan doktor..tuan tu dah gaji banyak dan..keta besar rumah besar..kalo nak gaji besar pergi la hospital swasta..baik jpa kaji balik gaji kakitangan pelaksana yg kais pagi makan pagi kais malam makan esok

    BalasPadam
  4. saya turut berasa sungguh tidak adil...spa harus kekalkan tngga gaji selama ini kami menikmati yang sejajar dengan tahun khidmat..dan beri kenaikan gaji pada setiap tangga..bukan memutar belit cam sekarang...dimana ada yg berasa gembira and ada yang bersa tidak adil...KAMI NAK KEADILAN YANG SAMA RATA..TAK KISAH GRED 10 KE OR GRED TINGGI...

    BalasPadam
  5. Mohon naikkan gred W17 kepada Gred W19

    BalasPadam
  6. Jagan merasa iri hati..padan la dengan gaji..pada pendapat saya, padan la gaji DR mahal lebih dr PA lain..DR menyelamat nyawa..kerja xtentu masa..stanby..mmg patut pn merasa..bukan semua org yg cerdik boleh jadik DR..ada faham!

    Sgt setuju pendapat DR, mari menilai utk semua skim..utk kebaikan semua PA

    BalasPadam
  7. antonio gonzales bercakap berdasarakan emosi tanpa pemahaman yang jitu mengenai skim dan pergerakkan tangga gaji. Kalau itu hujah antonio, suruhlah saja yang bergaji jusa itu tak diberi naik gaji langsung. Nak lebih pergi ke swasta - ada logik?

    BalasPadam
  8. antonio gonzales bercakap berdasarakan emosi tanpa pemahaman yang jitu mengenai skim dan pergerakkan tangga gaji. Kalau itu hujah antonio, suruhlah saja yang bergaji jusa itu tak diberi naik gaji langsung. Nak lebih pergi ke swasta - ada logik?

    BalasPadam
  9. orang yang berfikiran seperti antonio ini tidak akan menyumbang kepada kemajuan negara. Isunya bukan gaji pelaksana itu sikit, isunya ialah peralihan gaji dari ssb dan sbpa itu lintang pukang tanpa dasar yang jelas. Kelam kabut maka perlu diperbaiki. Itulah sebanya JPA benarkan cuepacs kaji semula utnuk memperbaiki agar semua bahagia.Apa masaalah antonio?

    BalasPadam
  10. Ya. Itu dalam KKM. Dalam kementerian lain pun sama tidak ketinggalan, kami yang dalam KPM. Kami DG 48, statik bertahun-tahun. Gaji SBPA sama dengan gaji junior, sedangkan tugas lebih berat daripada junior kerana dikatakan berpengalaman dan banyak ilmu pengetahuan. Disamping itu bertugas membimbing junior. Kenaikan gaji kami hanya 4.03% sahaja. Ya, bukan dengki dengan junior, biarlah gaji kami beberapa tahun di hadapan junior (mengikut bilangan tahun kami statik). Jika kaedah ini diikuti, junior tidak rugi apa-apa dan senior tidak untung sangat kerana gaji junior terus bergerak sedangkan gaji kami banyak tahun statik. Junior boleh statik di tangga gaji terakhir sedangkan senior, tidak dapat menghabiskan tangga yang ditambah walaupun bekerja sampai umur 60 tahun. Diharap CEUPACS membawa cadangan ini dan cadangan rakan-rakan yang statik dalam kementerian-kementerian lain ke JPA. Terima kasih.

    BalasPadam
  11. PA yang telah bertahun-tahun statik, di semua kementerian hendak keadilan. Tak kira apa-apa jawatan. Jika gaji jawatan bawah bertambah, gaji jawatan besar pun mesti bertambah. Gaji senior di hadapan gaji junior. Baru adil. Ada PA yang bergaji besar, akan menderma besar untuk golongan yang memerlukan. Yang penting, naik pada kadar yang sama.

    BalasPadam
  12. Jangan salahkan PM, salahkan JPA. Buat pelarasan untuk kepentingan poket sendiri, diaorg ingat penjawat awam yg lain ni bo_d_h! JPA dah buat sistem pada skim pdrm dulu, tapi hanya melibatkan satu skim, jpa buat tak tau je lah. X belajar drp kesilapan. Sebagai penjawat awam, saya mempersoalkan intergriti JPA, tambah pulak mereka berada sangat dekat dengan KPPA, juga KSN.

    BalasPadam
  13. Bukan sahaja jawatan doktor, kami yang di bawah skim kejuruteraan pun sama. Gaji junior dah nak hampir sama dengan gaji senior. Berpatut-patut le sikit. Kami dah berkerja berbelas2 tahun yang junior masih setahun jagung. Satu lagi, Gred J17, J22, J36 semua tangga gaji ambik sebijik-sebijik Gred J17. Tak ada langsung perubahan. Tak puas hati langsung.

    BalasPadam
  14. Dear dr senior pls grow up and stop crying like a baby

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes you all (senior doctors) always say "those days during my time... this la that la... complain and complain all the time... now its ur turn to feel what its like to taste your own medicine. Before all of u take some biased stance on current junior doctors let me remind u that times change and always will. If u are rigid and expect to get VIP treatment for the rest of your natural lives. Please kindly admit that You are delusional. Treating your subordinates and juniors under you poorly speaks volumes about your character. So stop saying " during my day. Or oh those days la... last time all like this and that... " just stop the crap. Tq. P/s one day u will be coming to us for treatement when you are old and senile... remember that. Karma comes and goes around forever

      Padam
  15. Di dalam KKM Jawatan Pegawai Perubatan (doktor) , Pegawai Farmasi & Dr. gigi adalah kumpulan anak emas yg dijaga oleh KKM , Jawatan selebihnya di dalam KKM adalah sokongan semata-mata dibelakang tabir yg jauh dipinggirkan. sebagai contoh Time base yg diberikan berkhidmat selama 12tahun sudah memiliki Gred tertinggi dalam PA .
    Sepatutunya Golongan ini bersyukur dgn kurnian dari Allah berbanding dgn jawatan yg lain , biarlah kerja itu ihklas, jujur ketika melihat pesakit & Ingatlah ilmu yg dimanfaatkan itu adalah bekalan kita ke Syurga.
    Amin.

    BalasPadam
  16. Ya , saya sokong dengan ulasan Bersyukur dengan apa yg ada & lihat kebawah seketika .Elaun Keraian pun dah cukup utk bersamaan dengan gaji kakitgan bawahan . Krjaan menghabiskan wang rakyat untuk membayar Elaun2 yg tidak sepatutnya diberikan .

    BalasPadam
  17. Dalam jabatan lain pun lebih kurang sahaja, kalau orang lama / kanan jabatan amat rugi dari segi kenaikan berbanding orang baru bagi gred bawahan. Elok dikaji semula untuk keadilan semua

    BalasPadam
  18. SBPA memang tidak adil...guru-guru senior sama gaji dengan yang dah berkhidmat 3 tahun lebih lama dari mereka. Kalau nak tambah gai biarlah adil dan memuaskan hati semua pihak...beri aje kenaikan 30 % ikut gaji semasa, pasti semua orang akan suka. Dulu dah buat silap, bila ada kenaikkan 25 % dan 15 %. Takkan nak buat silap lagi...jangan penjawat awam silap pangkah nanti...

    BalasPadam
  19. minta di kaji sbpa lebih detail berkenaan dgn gaji n time base utk warga sokongan kkm klu bole jgn smpi 15 thn dlm perkhidmatan.minta dikurangkan seperti guru kpd 8thn.

    BalasPadam
  20. SEBAGAI PENJAWAT AWAM YANG SETIA DAN TIDAK BERJEMU MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KERAJAAN SELAMA 33 TAHUN, ALANGKAH SEDIHNYA APABILA SPBA ANAK TIRIKAN ANGGOTA KANAN. TIADA KEPERIKEMANUSIAN LANSUNG!!!!
    KEANAIKAN TANGGA GAJI DULU RM 95 DI GRED N22 DAN SEKARANG HANYA RM115 SHJ. KENAIKAN HANYA RM20. UNTUK MENIKMATI TANGGA GAJI AKHIR DIDALAM GRED INI KENA TUNGGU 15 TAHUN LAGI!!!! KPSL YANG TELAH MENJANJIKAN PERKEMBANGAN KERJAYA BAGI PEMBANTU TADBIR TIDAK DIIKTIRAF LAGI DIDALAM SPBA. MANA ADA KEADILAN???? DAH SUSAH PAYAH DAPAT KELULUSAN DALAM PEPERIKSAAN KPSL SEKARANG SIA-SIA SHJ. JANJI JPA TIDAK DITUNAIKAN. UMUR HANYA TINGGAL 2 TAHUN DAN 5 KALI HADIR INTERVIEW PPT TAPI SUSAH BAGI JPA MENIKMATI BAKTI ANGGOTA KANAN. PENGAMBILAN PPT ANAK MUDA BERDIPLOMA ,UMUR 23 TAHUN - TIADA PENGALAMAN LANGSUNG , TIDAK TAHU BEZA DIANTARA KURSUS/SEMINAR/BENGKEL: PT N22 KENA TUNJUK AJAR STEP BY STEP SEMUA KERJA!!!!! SEKARANG HANYA TINGGAL 2 TAHUN LAGI SEBAB SEKATAN UMUR PADA 54 TAHUN. JANJI JPA MACAM JANJI POLITIK - CAKAP TAPI SUSAH BIKIN!!!! SUDAH LAMA MENUNGGU MENIKMATI CUTI BERGAJI PENUH UNTUK SAMBUNG PELAJARAN TAPI UNTUK GRED PELAKSANA HANYA CBP UNTUK KURSUS KEMAHIRAN SAHAJA....BOLEH TAK SEDAR SIKIT , BUKAN SEMUA DI GRED PELAKSANA NAK CEBURI DALAM KEMAHIRAN DAN GRED INI MAMPU JADI PROFESIONAL JUGA JIKA DIBERI PELUANG SAMA SAKSAMA.MOHON PIHAK CUEPACS/AUEGCAS BANTU MENYELESAIKAN PERKARA TERSEBUT DAN BANGKITAN SUARA HATI PENJAWAT SENIOR. TERUSKAN CABARAN.

    BalasPadam
  21. SPBA AMAT TIDAK MEMBERIKAN MOTIVASI DAN MENGHAMPAKAN PENJAWAT AWAM. GANJARAN INIKAH YANG MENIMPA ANGGOTA KERAJAAN YANG TELAH MEMBERIKAN KHIDMAT DENGAN PENUH DEDIKASI SELAMA INI????? ANGGOTA LAMA DIANAK TIRIKAN.

    BalasPadam
  22. KEPUASAN PELANGGAN JPA 200% MEROSOT
    SEBAB SPBA. BAGI MENGATASI ISU INI ELOK MENUKARKAN SEMUA PEGAWAI YANG TERLIBAT DIDALAM SUATU SKALA GAJI YANG MEMBUKTIKAN SEGREGATION. YANG KAYA AKAN TERUS KAYA DAN YANG MISKIN TERUS MISKIN. DAH LAH ELAUN GRED ATASAN MELAMPAUI SEHINGGA 2-3 KALI LEBIH DARIPADA GAJI BULAN KUMPULAN PELAKSANA!!!!TIDAK ADIL, TIDAK ADIL, TIDAK ADIL.

    BalasPadam
  23. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    BalasPadam