12 Januari 2012

MINDA PENGARANG: PELARASAN PENCEN BUKTI KERAJAAN TIDAK LUPA JASA TENTERA

Berita Harian
2012/01/12




SEBAGAI kerajaan yang sentiasa mengenang budi, nasib anggota tentera yang sebelum ini menyahut panggilan berkhidmat untuk negara, tidak pernah dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antaranya mengumumkan sumbangan sekali bayar sebanyak RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang semuanya berjumlah hampir 62,000 orang. Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup mereka berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Selain sumbangan itu, pesara tentera ini juga tidak dilupakan apabila kerajaan melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Di bawah SBPA ini, pesara tentera bersama-sama lebih 600,000 pesara awam lain, akan menikmati pelarasan pencen yang membabitkan peruntukan RM600 juta. Pelarasan itu yang akan bermula bulan depan bakal dinikmati lebih 100,000 penerima, termasuk waris seperti balu dan anak pesara tentera yang layak. Akhbar ini, dalam laporan eksklusifnya kelmarin melaporkan kenaikan yang bakal dinikmati itu ialah sekitar 8 peratus menjadikan pencen bulanan minimum bagi pesara tentera sebanyak RM777.60, berbanding RM720 sebelum ini.

Selain itu, seperti diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2012, mulai tahun depan, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. Anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan tanpa pencen turut tidak dilupakan. Golongan ini yang seramai 175,000 orang menamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat kurang daripada 21 tahun. Akibatnya, ada antara mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup dalam usia yang masih boleh bekerja. Bagi meringankan beban golongan ini, kerajaan menyediakan program latihan khusus bagi mereka untuk menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Usaha terbabit dan pelbagai usaha lain sebelum ini, membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan golongan yang sudah menabur bakti kepada negara ini. Kerajaan sentiasa mengambil berat nasib mereka yang banyak berjasa ini, bagi membolehkan seluruh rakyat hidup tenteram tanpa bimbang keselamatan negara diancam. Kita berharap usaha murni kerajaan ini bukan hanya dapat memanfaatkan mereka yang sudah bersara, tetapi turut menjadi dorongan kepada generasi muda untuk memilih bidang ketenteraan sebagai satu kerjaya demi menjaga keamanan negara daripada ancaman musuh.

6 ulasan:

  1. Jasa tentera memang tidak dapat dilupakan,memerangi komunis sehingga Negara mendapat kemerdekaan.Disamping dalam perlembangaan juga tertakluk bahawa skim Gaji ATM mesti melebihi perkhidmatan Awam lain.tetapi perkara ini masih tidak berlaku sebaliknya PDRM yg mendapat gaji lebih sehingga elaun.

    Apabila darurat mesti PDRM dihantar dulu bagi membuat risikan dan benteng hadapan,jika musuh dapat tembus barisan hadapan baru bertemu dengan ATM.Strategi baru perlu supaya dapat melihat semangat juang pasukan PDRM berhadapan dengan musuh dan juga gaji yang diterima adalah setimpal.

    Kita jangan ingat ATM goyang kaki semasa aman.Diperbatasan Atm banyak membantu dalam mencegah penyeludupan PATI,Dadah,senjata api,agen perisikan dll.Ketua perkhidmatan ATM adalah Yang Dipertuan Agong.Jadi kita sama-sama fikir-fikirkan

    BalasPadam
  2. MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

    GRED 11-16 GUNA SPM
    GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
    GRED 27-40 GUNA IJAZAH
    GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

    BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.
    ===================================

    isu ni tak de la penting sangat....jadi tak perlu disegerakan...tolong jangan paste lagi isu paling bodoh ni.

    Kena pilih apa isu yang utama untuk diselesai dulu....salah satu kreteria untuk menilai orang itu bodoh ke cerdik.

    Kau duduk diam...jangan bawa lagi isu BODOH NI..ULANG BODOH NI.

    BalasPadam
  3. jgn membodohkan org kalau diri anda bodo....terserlah kebodohan anda hehehehe

    BalasPadam
  4. Tak perlu nak gertak dan nak uji PDRM yg sudah berusia 205 tahun. Tak payah nak timbul pasal penyeludupan, PATI, dadah, senjatapi, risikan keselamatan dan lain-lain, PDRM dari dulu lagi sudah terlibat dan merupakan sebahagian dari tugas mereka.

    Memang betul pemerintah tertinggi PDRM bukanlah yg dipertuan agong, tapi tahukah kita bahawa seorang konstabel PDRM sekali pun, kuasa yg ada padanya untuk dijalankan adalah kuasa daripada yang Pertuan Agong. Boleh fikir ke?. Fikir-fikirlah.

    BalasPadam
  5. Tahukah kita rakyat Malaysia bahawa sudah berapa lama pasukan PDRM dianaktirikan???. Jangankan nak mintak apa-apa bagi kemudahan2 untuk anggota PDRM!!!!. Gaji ke atau kemudahan lain!!. Nak mintak apa2 pun (logistik) bagi menjalankan tugas pun susah hendak diluluskan.

    Terima kasih pada cuepacs yg memperjuankan apa2 kemudahan utk kakitangan awam (tidak termasuk ATM yg sudah dpt keistimewaan) yg akhirnya tempias sama dapat dinikmati oleh anggota PDRM. Boleh dikira dengan jari, dan jarang sangat diluluskan semata2 diatas permintaan dari PDRM itu sendiri???.

    BalasPadam
  6. Tahukah anda, rakyat Malaysia (bukan anggota PDRM yg sememangkan sudah tahu hal ini)dikejutkan dengan dengan kenyataan Dato Najib yg ketika itu menjadi Menteri Pertahanan. Apakah katanya???. Katanya... Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera adalah lebih baik dari Skim Perkhidmatan Awam lain. Kalau ada yg lebih baik, tentu ada yg lebih buruk dari Skim Perkhidmatan awam lain. Siapa dia?Kalau nak tahu siapa pulak yg lebih buruk???. Tentulah PDRM!!!. Kalau otak masih kelabu, ambil saja satu yg senang untuk ditanya. Berapa lama perkhidmatan seseorang itu berkhidmat pada kerajaan hingga boleh bersara dengan mendapat pencen separuh dari gaji (sifir dulu la)?. Bukankah sekurang2nya 25 thn atau 300 bulan kena berkhidmat?. Tahukah kita, anggota ATM cuma perlu berkhidmat 21 tahun sahaja atau 252 bulan sudah dapat pencen dengan separuh gaji. Inilah satu kebaikannya yg dikatakan oleh Dato Najib. Kalau nak tahu lagi apa yg baik pd ATM dari Jawatan Awam lain dan sebab apa pula PDRM jadi buruk dari jawatan awam lain, sila lihat contoh ini. Skim gaji disini sebagai contoh sj kerana gaji sebenar tidak ingat:-

    Contohnya:
    Kakitangan awam lain diambil bekerja dengan kelulusan SRP/SRP dengan diberi gaji mula Rm 160.00.
    Konstabel PDRM diamil dengan kelulusan sama, gaji mula Rm 140.00.
    Pada tahun yg sama, prebet ATM masih diterima sijil darjah 6. Tapi gaji mula Rm 180.00.
    Dengan contoh ini, memang ATM lebih baik dari skim perkhidmatan awam lain. Dan PDRM lebih buruk dari perkhidmatan awam lain. Fikir2 la.

    BalasPadam