14 Januari 2012

SBPA DISEMAK SEMULA SECARA KESELURUHAN, KATA NAJIB

Bernama
14/1/2012




PARIT BUNTAR, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula berdasarkan keseluruhan skim berkenaan.

Beliau berkata semakan semula itu akan turut mengambil kira pandangan pihak yang tidak berpuas hati.

"Kita tidak usah pre-empt (buat tindakan awal) dulu. Apa keputusan kita akan tengok semula, di mana kita akan tengok berdasarkan pada skim keseluruhannya dan kita akan mendengar kalau ada mana-mana pihak yang rasa tak puas hati.

"Sama ada jumlah kenaikan terlalu kecil atau 'parity'(setara) dengan kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di sini hari ini.

Khamis lepas Najib mengumumkan SBPA akan disemak semula bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilaporkan berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Pasukan itu, yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April, untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sebanyak 600,000 penjawat awam sudah menandatangani surat tawaran skim SBPA sebelum ini.

Terdapat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

-- BERNAMA

87 ulasan:

  1. Kpd Panel Penilai Baru SBPA :
    Mohon semua cadangan PA sama ada secara perseorangan, melalui kesatuan / persatuan dilihat secara menyeluruh.
    Semua dokumen ini hendaklah dibukukan.
    terima kasih .

    BalasPadam
  2. Takut PA kena tipu je. Tangguh -tangguh sampai PRU.
    Bila dh menang TAK NAIK GAJI(PRU14 lambat lg)
    Bila menang sikit. TAK NAIK GAJI(PA tak balas budi)
    Bila kalah. LAGI TAK NAIK GAJI (duit dh habis Pakatan baru xde duit)

    BalasPadam
  3. SAYA MENCADANGKAN BUAT SEMULA JADUAL GAJI SEPERTI TAHUN 2007 NAMUN PERATUS DIPERBETULKAN MENGIKUT YG SESUAI...tak pening2 nak kira kedudukan gaji berbanding jadula gaji sbpa yang agak tak releven ..senioriti gaji dah sama dgn junir

    BalasPadam
  4. Terima Kasih kepada Perdana Mentari kerana Perihatin anda. Saya setuju jika dibuat Pelarasan Gaji seperti 2007 dan Peratus dinaikkan. Barulah adil. Tidak akan ada sungutan lagi. Peratus Kenaikan dari L17 ke bawah biarlah lebih sikit. Barulah matlamat Perdana Menteri untuk mewujudkan negara Berpendapatan Tinggi tercapai. Yang pasti sekarang PA dari gred 17 ke bawah ni kebanyakan terpaksa membuat kerja sambilan untuk cari rezeki lebih. Kalau yang bekerja suami isteri lainlah. Kalau seorang saja bekerja, memang gawat. Tak percaya , tanyalah PA semua....

    BalasPadam
  5. PERTEGUHKAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DENGAN MENAMBAHBAIK
    SKIM GAJI BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN IMEGRESEN,KASTAM,KPDNKK,
    DAN PENGUAKUASA TEMPATAN AGAR TIDAK TERUS DPERLEKEH OLEH MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN PADA MASA KINI.

    penguatkuasa dihormati,undang undang dipatuhi,kerajaan disegani.

    BalasPadam
  6. PERTEGUHKAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DENGAN MENAMBAHBAIK
    SKIM GAJI BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN IMEGRESEN,KASTAM,KPDNKK,
    DAN PENGUAKUASA TEMPATAN AGAR TIDAK TERUS DPERLEKEH OLEH MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN PADA MASA KINI.

    penguatkuasa dihormati,undang undang dipatuhi,kerajaan disegani.

    BalasPadam
  7. minta kakitangan kontra pun tidak ditinggalkan...

    BalasPadam
  8. sudah2 lah tu...pelarasan gaji...97 langsung tak adil...menguntungkan pihak sokongan sahaja...sukalah awak ...yang jadi mangsa kumpulan PnP juga....

    BalasPadam
  9. Kepada Penilai Baru SBPA.

    Saya tetap tidak boleh terima kenaikan yang melampau Pada Gred 54, JusaC/VK7, JusaB/VK6, JusaA/VK5 dan turus. CONTOHNYA
    P1T1 54 dari RM5100 > RM7100
    P1T1 JusaC/VK7 RM6595 > RM 12,000

    Tolong kekalkan kekananan. Semoga panel baru ini tidak membuat kesilapan dan kegagalan seperti yg dibuat oleh PTD di JPA. Sungguh memalukan apabila diarah kaji semula oleh Kabinet Malaysia.


    TYT

    BalasPadam
  10. Takut PA kena tipu je. Tangguh -tangguh sampai PRU.
    Bila dh menang TAK NAIK GAJI(PRU14 lambat lg)
    Bila menang sikit. TAK NAIK GAJI(PA tak balas budi)
    Bila kalah. LAGI TAK NAIK GAJI (duit dh habis Pakatan baru xde duit)

    ----------------------------

    ada kemungkinan juga !!

    BalasPadam
  11. skim pembantu kemahiran H4-3 dengan H4-1 tak banyak beza tangga gaji..macam mana perkiraan gaji yang di buat jpa..yang tak kanan lagi banyak naik gaji dari yang kanan...

    BalasPadam
  12. Semak lahhh. Jgn tak semak. Umum PRU13 dok semak lg. Lepas menang PRU13 bg tau kerajaan bukan cetak duit bg rakyat percuma. Makan gaji yg ada udah leee. Semua terkena

    BalasPadam
  13. cuma 600 ribu org jer yg dah sain..? mana lagi 800 ribu org..?????? nampaknya lebih daripada separuh pa tak setuju dgn sbpa.. hahahaha...

    BalasPadam
  14. Panel Penilai Baru SBPA :
    Apa yang saya cadangkan agar perbezaan gaji janganlah terlampau ketara sangat. Sebab terasa golongan sokongan (pelaksana) ini ditindas. Even sistem piramid yang ditunjukan pun, dah terasa sebegitu. Kumpulan sokongan hanyalah 1 level sahaja.

    Selain dpd itu, janganlah disekat apabila kumpulan sokongan hendak smbung belajar. Kalau di lihat secara teliti, hanya boleh sambung belajar di institusi yang menjalankan Kemahiran Malaysia shaja, Berapa banyak institut yang menjalankan Kemahiran. Biarlah kakitangan yang hendak sambung belajar ke DIPLOMA atau IJAZAH diberi gaji penuh tanpa sebarang peraturan seperti mana kumpula PnP.

    BalasPadam
  15. Buatlah yang terbaik ..memuaskan hati semua PA.

    BalasPadam
  16. BERAPA BESAR PUN GAJI YANG DITERIMA, ZAKAT PENDAPATAN DILUPA JANGAN

    BalasPadam
  17. smlm sya ke kedai beli brg terkawal dan tak terkawal,tauke kdai cina brkata..u ape krja?saya goment bwahan jer 17,knp?i mau naik itu harga barang la,sbb itu goment sudah naik gaji,u naik gji,i msti la mau naik hrga brg,bru adil maa..,mcm ni lah nsib org bwahan,naik gaji rm50,parti pmerintah tk boleh ke nk jga rakyat..?!!?

    BalasPadam
  18. Tlg le lihat gred Hakiki 22 ni. KUP 22 pun sama taraf dgn hakiki. Mcmana cam tu. Tak lulus PTK boleh jadi sama. Buat kerja tugas yang lama.tak bnyk tanggungjawab.Naik pangkat takperlu temuduga lak tu. Lihat2 lah kami ini.

    BalasPadam
  19. 1.boleh tak cuepacs kemukakan gaji matrik sbpa yang dikatakan lebih baik dari yang dibuat oleh Jpa...takut cakap saja bedegaq-degaq..suruh draf...hampas..
    2.Macammana cuepaq nak selesaikan masalah kekananan dan kesarjanaan senior dan junior...tolong tunjuk draf dulu...baru bincang dengan panel semakan semula sbpa.
    3.Takut omar osman ni masuk bincang dengan panel yang terdiri dari kementrian keewangan,peguam negara,JPA....angguk saja nanti...bila keluar baru berani nak bersuara.

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama berkata...

    cuma 600 ribu org jer yg dah sain..? mana lagi 800 ribu org..?????? nampaknya lebih daripada separuh pa tak setuju dgn sbpa.. hahahaha...

    ====================================
    600 ribu yg dah sain bukan makna setuju tapi setuju protes, aku lagi teruk tak sain di sarakan jawatan jumud, memang dasar manusia bertopengkan firaun jusa ptd jpa ni, kalau nak sapu duit raayat tu berpada padalah, nama je jusa tapi otak mereng

    BalasPadam
  21. kita syorkan report pada sprm kalau ada berlaku peryelewengan dalam agihan SBPA ni?? nampak sangat tak adil

    tq PM for your consern

    BalasPadam
  22. Salam; Mohon disemak dan diberi penjelasan ttg Elaun Khidmat awam gred JA3-1, knapa rm115, gred 3-1 lain semua dapat rm160.

    Terimakasih:

    BalasPadam
  23. Sokong sangat2 kalau kaji semula. Jangan lupa ingatkan balik janji DS Najib semasa bajet 2012 di mana guru dijanjikan kenaikan pangkat secara time based daripada DG44 ke DG48 pada tahun ke 16 perkhidmatan. Bila keluar SBPA, dah lain jadinya. Apasal CAKAP TAK SERUPA BIKIN...PM pun mau tipu ka ?

    BalasPadam
  24. -N22 tak sesuai jadi penyelia kenaikan tahunan SBPA RM115.00 (Gred sangat rendah)Bagi lah kepada gred yang lebih tinggi jadi penyelia N27/32

    -Buang niat nak jadi penyelia kerana gaji JM U24 (tak jadi penyelia pun) kenaikan tahunan RM120

    -Berjuanglah untuk dinaikan gred PT setanding dengan jawatan NT dan J

    BalasPadam
  25. Semak ke, kaji semula ke aku x kesah dah.....pru13 akan menjadi penentu!

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama berkata...

    cuma 600 ribu org jer yg dah sain..? mana lagi 800 ribu org..?????? nampaknya lebih daripada separuh pa tak setuju dgn sbpa.. hahahaha...

    ====================================
    600 ribu yg dah sain bukan makna setuju tapi setuju protes, aku lagi teruk tak sain di sarakan jawatan jumud, memang dasar manusia bertopengkan firaun jusa ptd jpa ni, kalau nak sapu duit raayat tu berpada padalah, nama je jusa tapi otak mereng

    Ahad, Januari 15, 2012 2:51:00 PM

    --------------------------

    kerja peg khdmt planggan. tak sain sbpa. dikatanya jawatan DIJUMUDKAN. Habis tu .. aku kena ditamatkan perkhidmatan. ZALIM-ZALIM.
    aku dok negara mana niih??

    BalasPadam
  27. cuma 600 ribu org jer yg dah sain..? mana lagi 800 ribu org..?????? nampaknya lebih daripada separuh pa tak setuju dgn sbpa.. hahahaha...

    Ahad, Januari 15, 2012 12:19:00 AM

    ----------------------------

    hari ni aku di hbgi oleh HR .. tanya bila nak serah opsyen sbpa ?

    jawabku .. itu kena tanya sama hud-hud (lagu m.nasir punya).

    Entah ler .. tanya KSN lah bodoh !!

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama berkata...

    PERTEGUHKAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DENGAN MENAMBAHBAIK
    SKIM GAJI BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN IMEGRESEN,KASTAM,KPDNKK,
    DAN PENGUAKUASA TEMPATAN AGAR TIDAK TERUS DPERLEKEH OLEH MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN PADA MASA KINI.

    penguatkuasa dihormati,undang undang dipatuhi,kerajaan disegani.
    Sabtu, Januari 14, 2012 9:20:00 PM

    -----------------------------------

    Sokong kenyataan di atas, macam lencana PDRM 'Integriti Amalan Kita', kerajaan perlu kuatkuasakan undang-undang untuk mengelakkan orang ramai besar kepala mengganggu penjawat awam buat tugas, kesian polis trafik bila saya lihat dimarahi ditepi jalan kerana nak kuatkuasakan undang-undang, malahan ada lagi kurang ajar lempar duit kepada petugas samada polis trafik, dan di kaunter kononnya dia banyak duit, buat undang-undang untuk penjarakan dan beri 10 sebatan sebagai pengajaran kepada golongan kurang ajar seperti itu.

    Kasim.

    BalasPadam
  29. berapa juta gaknya kos bawa balik bangkai kapal selam ke Malaysia

    BalasPadam
  30. KUP sepatutnya mempunyai bidang tugas yg sama. KUP dapt gaji yg sama dgn penyelia 22.KUP sepatutnya diberi elaun Khas KUP supaya dapt menjimatkan buget kerajaan. Apabila KUP bersara mereka patut menerima gaji 17 baru adil sebab KUP tidak diberi tangungjawab yg sama dgn 22.

    BalasPadam
  31. Saya menyokong penuh supaya kerajaan mengkaji semula gaji bagi N22 (Pem. Tadbir Kanan) & N 22 (KUP). N22 Kanan diberi lebih tanggungjawab dan tugas menyelia sedangkan org yg menerima gaji KUP tidak perlu ditemuduga dan tugas sepertimana biasa. Harap kerajaan dapat mengerakkan gred gaji N22 Kanan kepada yang lebih tinggi berbanding N22 (KUP).

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama berkata...

    Kepada Penilai Baru SBPA.

    Saya tetap tidak boleh terima kenaikan yang melampau Pada Gred 54, JusaC/VK7, JusaB/VK6, JusaA/VK5 dan turus. CONTOHNYA
    P1T1 54 dari RM5100 > RM7100
    P1T1 JusaC/VK7 RM6595 > RM 12,000

    Tolong kekalkan kekananan. Semoga panel baru ini tidak membuat kesilapan dan kegagalan seperti yg dibuat oleh PTD di JPA. Sungguh memalukan apabila diarah kaji semula oleh Kabinet Malaysia.

    jangan lihat daripada satu sudut.
    Yang bergred 54 ni berapa orang di setiap jabatan? Umur berapa?

    BalasPadam
  33. Tlg le semak gred Hakiki J22 ni. J17 & KUP 22 pun sama taraf dgn hakiki. Mcm mana bole jadi cam tu. Naik pangkat tak perlu temuduga..tak perlu lulus PTK. Lihat2 lah kami ini..sblm dpt naik pangkat bermati2an kena lulus PTK..bila dh lulus...dpt jawatan..tiba2 sama gred dgn yg tak penah amik exam...klu ya pun timbang2la sikit penat lelah kami semasa di SSM dulu...jgnla buat kami mcm ni...

    BalasPadam
  34. mohon semak jugak laluan kerjaya bagi PPT yg tlh lulus KPSL N41 atau mempunyai ijazah pertama. Dimanakah hala tuju mrk spt yg diwar-warkan?

    BalasPadam
  35. cuma 600 ribu org jer yg dah sain..? mana lagi 800 ribu org..?????? nampaknya lebih daripada separuh pa tak setuju dgn sbpa.. hahahaha...
    -----------------------------
    yang dah sain tu pun 'PAKSA-RELA'! rasanyer yang paling excited nak sain adalah kumpulan JUSA/PREMIER DAN KUMPULAN BOS-BOS esp yang Junior!

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum Datuk,




    Harap tolong tengok dan kaji nasib lulusan Sijil Pertanian Semenanjung Malaysia dalam Skim E (JAWATAN PEMBANTU EHWAL EKONOMI) agar lulusan Sijil Pertanian ini dapat menikmati kenaikan Gred sepertimana rakan-rakan kami di Skim G yang berjawatan Pembantu Pertanian.




    Adil kah begini Datuk?, Belajar dulu sama, dapat sijil yang sama dan mohon jawatan menggunakan sijil yang sama tetapi dalam SBPA gaji tak sama, sedangkan dalam SSM, gaji kami adalah sama tak kira di Skim E atau Skim G. 
    Kenapa lulusan sijil ini yang berada dalam skim G sahaja di naikkan ke Lapisan Gred Baru sedangkan dalam skim E lulusan sijil ini dilupakan?
    Untuk makluman, Sijil Pertanian ini telah diiktiraf pada 1999; rujuk pekeliling bil10 tahun 1999.




    Sekian, adalah diharapkan ianya mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Datuk.




    Terima kasih.

    BalasPadam
  37. Betul ke ada kedengaran bahwasanya penangguhan atau semakan SBPA tidak melibatkan kumpulan Primear..

    BalasPadam
  38. Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilaporkan berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
    -------------------------------------

    why cant u see them before? in fact when d questions pointed out to d mammoth rice of d top gun groups...u dismissed them? now u try to a ride with d civil servants.....ho..hoo..hoo what a pathetic man u...u must lauded for ur good lips service...ha..haa...!

    BalasPadam
  39. Kesian kumpulan sokongan asik kena buli, tulah belajar tingi-tingi biar tak kena buli, ini tidak ilmu sejemput tapi hendak gaji selori mana boleh, ukur baju badan sendiri beb, ini takat diploma dah heboh satu kampung mengaku diri pegawai, tapi bila tengok gaji ciput buat bising. haa ..haa..haa...

    BalasPadam
  40. Yang buat SBPA mereka terdiri dpd pegawai atasan saja cubalah tak payah pening kepada buatlah kenaikan gaji PA itu macam PM umumkan 7-13% aja setiap PA semua orang puas hati dan tambah saja keperluan ataupun kebajikan PA siapa yg rajin belajar dpt DIPLOMA, IJAZH dan mempunyai prestai yg cermelang atau baik berilah peluang kenaikan pangkat dan mereka yg berperistai ststik ditamatkan dgn diberi pencen mengikut akta pencen kerajaan.

    Ini tidak peluang yg diberi oleh PM kepada perancang2 kenaikan gaji dan pangkat PA disalahkan gunakan oleh pihak tertentu dan menyebabkan pemerintah Najib tergugat bukan mengembirakan PM dan PA.

    Pada pendapat saya SSM dahulu pun lebih baik dan mengembirakan PA cuma kita perbetulkan kelemahannya seperti gaji kita naikan ikut cakap PM 7-13% dah cukup dan buat perubahan dinaikan tangga gaji setiap gred semua PA senang hati mansuhkan PTK gantikan dgn yg baru rebih baik lagi dari yg lama.

    BalasPadam
  41. Tlg le lihat gred Hakiki 22 ni. KUP 22 pun sama taraf dgn hakiki. Mcmana cam tu. Tak lulus PTK boleh jadi sama. Buat kerja tugas yang lama.tak bnyk tanggungjawab.Naik pangkat takperlu temuduga lak tu. Lihat2 lah kami ini
    _________________________________

    sokong... macamana nak menyelia kalo gred sama? tlg kasi up sikit gred / gaji kami baru senang nak menyelia.

    BalasPadam
  42. Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf jawatan Juruteknik dari SPM ke STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.

    BalasPadam
  43. Perlu diselaraskan kenaikan gaji, kenapa perlu ada perbezaaan dari segi gred gaji. Kita ni ibarat anggota badan, jika sakit 1 anggota semua badan susah bekerja walaupun sekecil sebatang gigi. Begitu juga dalam perkhidmatan kita.. Sama-sama fikirkan..

    BalasPadam
  44. Dicadangkan Kumpulan Pelaksana(Guna Sama / Bukan Gunasama)yang telah lulus PTK IV tidak perlu tunggu sampai 15 tahun lagi untuk dinaikkan pangkat secara hakiki / KUP. Minta CUEPAC bantu kami yang sudah lulus PTK IV. Kalu tidak, JPA buat tak tau saje!

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama berkata...
    Kepada Penilai Baru SBPA.

    Saya tetap tidak boleh terima kenaikan yang melampau Pada Gred 54, JusaC/VK7, JusaB/VK6, JusaA/VK5 dan turus. CONTOHNYA
    P1T1 54 dari RM5100 > RM7100
    P1T1 JusaC/VK7 RM6595 > RM 12,000

    Tolong kekalkan kekananan. Semoga panel baru ini tidak membuat kesilapan dan kegagalan seperti yg dibuat oleh PTD di JPA. Sungguh memalukan apabila diarah kaji semula oleh Kabinet Malaysia.


    TYT

    ======================

    sokong

    BalasPadam
  46. PADAN MUKA... PA2 SEMUA... TIDAK BERSYUKUR SANGAT.... PADAN MUKA... KALAU DAH TAU BONGOK, KENAPE NAK GAJI BERJUTA2 LEMON.... PADANLAH MUKA... REZEKI DEPAN MATA, DIHINA2, TIDAK CUKUPLAH... TIDAK ADILLAH... SUJUD KEPADA ALLAH, TAPI "RM" JER YANG DIA NAMPAK....

    BalasPadam
  47. Salam....
    Jangan la marah Azzim kat atas.
    Tapi kadang-kadang ada betulnya. Pelik kerana sijil CIPUT tapi nak gaji selori. Berpada-pada lah....Tak kan Gaji Arkitek atau Doktor di Hospital beza RM500 je dengan kerani lulusan SPM. Lagipun group SPM tersangat la ramai.
    Yang kumpulan tertinggi/premier pun jangan la nak naik melampau, bankrap negara. PTD di JPA pun ambil lah iktibar kesilapan, kelemahan anda hingga Kabinet arah semak semula. Malu la PTD hampehh bila buat kerja.....
    Hidup secara besedarhanalah, rumah, kereta, pakaian dll sesuai dgn pendapatan. Bila tak sesuai dan melebihi kemampuan MULA LAH nak GASAK CUEPACS agar kerajaan naikkan gaji pada peratus yg tinggi, nak cover style hidup....

    oleh
    Bengkekkk hi hi

    BalasPadam
  48. salam..
    azzim mana boleh ckp mcm tu..hang pun mcm menghina..hang pon bongok jugak la..ingat tuhan sikit..kadang2 rezeki yg allah bg tu adalah bahagian masing2..kumpulan pelaksana xsemestinya spm ada yg lebih tp biasa la rezeki beb..so ada yg kerja x menggunakan kelulusan tertinggi mereka dlm keadaan kerja yg semakin payah..kita menilai sbpa nie hanya menguntungkan ptd yg buat keja nie..kalau tanpa org bawah..kau pon x boleh hiduplah..

    BalasPadam
  49. Cuepacs tak buat pengumuman. Semua pengumunan oleh berita harian ? Apa lagi masalah PA dibuat oleh berita harian kepada JPA bukan oleh CUEPACS ?

    BalasPadam
  50. cuepas tolong lihat skim s ( Pegawai kebajikan masyarakat ) Kerja kami jaga kebajikan orang kami. kami kerja malam siang, berlaku bencana kami kerja. malam siang pun kerja, hari minggu pun kerja. Cupepas tak nampak beban kami.... kerja siang malam tanpa dibawah elaun lebih masa... cuepas tolong pejuang hak kami... harap menteri pandai beri kerja sahaja. tiap minggu menteri buat menteri......

    BalasPadam
  51. cuepas tolong lihat skim s ( Pegawai kebajikan masyarakat ) Kerja kami jaga kebajikan orang kami. kami kerja malam siang, berlaku bencana kami kerja. malam siang pun kerja, hari minggu pun kerja. Cupepas tak nampak beban kami.... kerja siang malam tanpa dibawah elaun lebih masa... cuepas tolong pejuang hak kami... harap menteri pandai beri kerja sahaja. tiap minggu menteri buat menteri......

    BalasPadam
  52. Kpd Y. Bhgia Datuk Farida :

    Kpd rakan2 tlg Stop dan sila betulkan aku jika aku salah bro.,
    gini, :

    1. SBPA ambilkira kelayakan syarat asas sbg kelayakan utk masuk ke skim perkhdmatan berkenaan?
    Betulkannn?
    2.okey, apa syarat kelayakan asas yang ada dlm skim perkhidmatan skrg dlm SPA ? kita ambil yg spm ke atas bro.,

    a. spm shj.
    b. spm + sijil
    c. stpm
    d. stpm + sijil
    e. diploma
    f. diploma + sijil
    g. ijazah
    h. ijazah + sijil
    i. sarjana
    j. sarjana + sijil
    k. PhD (macam kita semua ler agaknya)
    l. PhD + sijil

    LIHAT ada 12 (DUABELAS) kelayakan.

    Baik kita pi tngk Kumpulan dlm SBPA

    Kumpulan 1-1 : 1-6 :Ijazah - PhD + sijil.
    Kumpulan 2-1 : 2-6 : Diploma dan diploma + sijil
    Kumpulan 3-1 : 3-5 : spm + sijil, Stpm, stpm + sijil, diploma, diploma + sijil
    Kumpulan 4-1 : 4-5 : spm

    Amacam bro.? line clear ?

    cuba lihat Kumpulan Tuan/Puan /Sdr Sdri.

    .... Di mana Kumpulan tuan/puan? betul ke tak betul PEMBAHAGIAN ???

    Kalau tak betul kita mintak Y. Bhgia Datuk Farida tengok-tengok ... bantulah kumpulan Pelaksana ini. Kami cuma mencari REZKI yang HALAL utk klrga ... salam. - Ingat namaku Mr. Y - {Kepak}

    BalasPadam
  53. Kpd Y. Bhgia Datuk Farida :

    Kpd rakan2 tlg Stop dan sila betulkan aku jika aku salah bro.,
    gini, :

    1. Bajet 2012 YAB PM DS Najib maklum kenaikan gaji 7-13% dlm SBPA.

    Kita tngk Gred dlm SSM pulak sblm ke SBPA.
    Kita lihat SPM ke atas Bro.,

    1. Gred 17
    2. Gred 19
    3. Gred 22
    4. Gred 26
    5. Gred 27
    6. Gred 29
    7. Gred 32
    8. Gred 36
    9. Gred 38
    10 Gred 40
    11. Gred 41
    12. Gred 42
    13. Gred 44
    14. Gred 45
    15. Gred 48
    16. Gred 52
    17. Gred 54
    18. Jusa C (macam kita semua agaknya ler ..)
    19. Jusa B
    20. Jusa A
    21 Ntah ler aku tak reti daa...

    Boleh tunjuk Gred mana yang dapat 7%, 8%, 9%,10%,11%,12%,13% ???

    Amacam bro.? line clear ?

    cuba lihat Tuan/Puan /Sdr Sdri dlm agehan gaji SBPA !

    .... Brape % tuan/puan? betul ke tak betul PEMBAHAGIAN ???

    Kalau tak betul kita mintak Y. Bhgia Datuk Farida tengok-tengok ... bantulah kumpulan Pelaksana ini. Kami cuma mencari REZKI yang HALAL utk klrga ... salam. - Ingat namaku Mr. Y - {Kepak}

    BalasPadam
  54. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  55. EN. CUEAPACS.. TOLONGLAH SELESAIKAN MASAALAH KAMI NI... KAMI NAK JGK MERASA KENAIKAN GAJI SBPA NI... TP JABATAN KAMI DAH NAK DI SWASTAKAN... KLU BLH KAMI TAK NAK JOIN.. TK KAMI TKDE PILIHAN.. KAMI TELAH DIPAKSA...

    BalasPadam
  56. Aku cadangkan klau kumpulan pelaksana samada gred 3/4/5
    contoh kalau 17, 22KUP, 22hakiki dan 26 dicadangkan:
    4-1 = 17, 4-2 22KUP (15tahun di 17) 4-3 22 hakiki, 4-4 26KUP (10 tahun di 22) 4-5 26 hakiki.

    BalasPadam
  57. Semak sekali Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 1990 para 2.1 (b) dan (c)..ada jawatan yang layak tetapi tidak menggunakan pakaian yang dibekalkan atau tidak membuat pakaian tersebut untuk diguna semasa bertugas. Jika mahu diteruskan, satu peraturan yang kuat dan telus perlu di kuatkuasakan di setiap Kem/Jab/Agensi dll.....tq(hanya tulis pandangan org lain)

    BalasPadam
  58. PADAN MUKA... PA2 SEMUA... TIDAK BERSYUKUR SANGAT.... PADAN MUKA... KALAU DAH TAU BONGOK, KENAPE NAK GAJI BERJUTA2 LEMON.... PADANLAH MUKA... REZEKI DEPAN MATA, DIHINA2, TIDAK CUKUPLAH... TIDAK ADILLAH... SUJUD KEPADA ALLAH, TAPI "RM" JER YANG DIA NAMPAK....

    ........................................

    Betul cakap saudara di atas !

    Kalau nak mintak kenaikan gaji mesti ikut kelulusan dan pangkat lah kan ! Takkan lah gaji kerani beza RM 100 aje dari gaji Doktor (Pnp ) ! Tak logik lah kan ! And kenaikan gaji premier juga mesti berpada pada lah ! Jgn melambung tinggi ! Kan ke bagus semua gred naik gaji RM 500 dan kekalkan SBPA punyai kenaikan gaji tahunan ! Kekalkan juga PTK ! Semua pihak berpuas hati ! Tak payahlah yg pompuan kena pakai mekap tebal bodek boss nak naik pangkat ! Kami lelaki nak mekap camane ye?

    BalasPadam
  59. Mohon Yb Datuk Farida Mohd Ali buat kajian dan penambahbaikan jawatan penjaga jentera elektrik selaras dengan program transformasi kerajaan tentang mutu kerja perkhidmatan awam..Diharap Pelaksanaan SBPA tidak merugikan mana-mana penjawat awam..

    BalasPadam
  60. Kami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap.

    Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
    Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
    Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hatia ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.

    Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.

    Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...

    Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
    Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.

    Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPS, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya

    Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia....dia dah laa kerja tip top walaupun senior tak pernah berkira apa2 pun....tapi bila jadi keadaan mcm ni mana KEADILAN untuk dia dan penjawat yang senasib dengannya...
    Kalau nak kira kenapa perlu saya bising2..sebab hal ini saya yang untung....tapi apa guna gaji mahal tapi keadilan tak de...lagipun sure dalam hati dia atau penjawat awam yang senasib ngan dia ada perasaan tidak puas hati.....saya sendiri pun rasa segan dengan dia....dia banyak ajar saya...
    memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......

    pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
    mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
    tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?

    GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan

    Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

    BalasPadam
  61. Assalamualaikum,

    Saya adalah salah seorang penjawat awam gred N17 yang mempunyai kelayakan Diploma dan mengikuti perkembangan SBPA sejak dari mula ia diperkenalkan. Disini ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan dan diharapkan agar pihak JPA sendiri meneliti isu ini dengan lebih mendalam.

    1. Gaji penjawat awam Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 masih ditakuk lama dan hanya menerima kenaikan sedikit sahaja berbanding penjawat awam yang lain. Bagi penjawat awam N17, kami berasakan ianya tidak adil, jika dilihat pada perspektif menyeluruh dan antara kerja-kerja yang dilakukan oleh kami, ternyata kebanyakkan kerja pentadbiran adalah tugas kami sebagai contoh Pengurusan Fail, Inventori, Harta Modal termasuk juga pengurusan surat menyurat awam yang mana ianya diberikan sepenuhnya kepada kami. Pembantu Tadbir (P/O) seolah-olah dipinggirkan.

    2. Ramai penjawat awam yang memegang jawatan Pembantu Tadbir (P/O) mempunyai kelayakan Diploma. Malah banyak agensi kerajaan yang menerima Pembantu Tadbir berkelayakan Diploma berbanding kelayakan SPM. Tidak menjadi masalah sekiranya kami diberikan hak gaji setaraf Diploma. Ini kerana jawatan Pembantu Tadbir (P/O) tidak semestinya mempunyai kelayakan Diploma Pentadbiran Awam sahaja, malah, ada antara kami yang mempunyai kelayakan Diploma dari pelbagai bidang. Contohilah syarikat swasta yang mana kakitangan yang mempunyai kelayakan Diploma diberi gaji setaraf Diploma.

    3. Perdana Menteri ada mengutarakan yang beliau ingin kesamarataan dalam kenaikan gaji, tapi, Skim baru yang diusulkan oleh JPA tidak melambangkan kesamarataan. Disini saya ingin memberikan pendapat peribadi saya, sepatutnya, gred N1-17 dinaikkan gaji sehingga RM300.00 berbanding RM80.00 yang diwar-warkan baru-baru ini dan semakin tinggi gred, semakin kurang kenaikan gaji yang diberikan. Disitu baru kita dapat lihat kesamarataan yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.

    4. Negara kita belum lagi mencapai sebuah negara yang berpendapatan tinggi, walaupun skim SBPA telah diperkenalkan. Sekiranya JPA masih ingin teruskan skim SBPA seperti yang diperkenalkan baru-baru ini, negara kita tidak akan mencapai 'target' negara berpendapatan tinggi. Apa yang saya lihat, gaji gred 1-17 masih lagi dibawah RM1000.00, dan ia tidak melambangkan negara berpendapatan tinggi. Mungkin disini pihak JPA boleh usulkan yang gaji minimum kakitangan awam adalah RM1,000.00.

    5. Saya sebagai rakyat Malaysia amat menyayangi kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri kita, sekiranya pembaharuan dan lontaran pendapat dari kami kumpulan sokongan C tidak dipertimbangkan, saya bimbang ia akan menjejaskan karier politik UMNO. Malah jika dilihat secara keseluruhannya, kakitangan Kumpulan C lebih ramai berbanding Kumpulan A & B.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  62. manyak pining wooo...manyak kena maiki wooo..

    BalasPadam
  63. minta semak baiki gaji G27,32 n 36..masuk jawatan dgn diploma. tapi bila sbpa gaji mau sama mcm sijil.
    panel, cuba tengok g2-1 sama ga3-1..apa beza gaji tu??? tengok pula g2-1 sama g1-1.. cuba kira math sikit. satu beza 145 sepanjang hayat dan satu lagi dr >350 hingga >1790.
    Jpa pakai sifir mana ek?? Bagi tengah2 la sikit..atas ada beza 7-8 ratus, bawah pun sama macam la. Baru fair n square...

    anak melayu

    BalasPadam
  64. betul la anak melayu.. ga3-1 mula 1410 hingga 4185, g2-1 mula 1555 hingga 4330, beza 145 selama 20 tahun. tapi g1-1 mula 1920 hingga 6215..beza dari 365 hingga maxima 1885. Betul gak tu..jpa guna sifir mana utk kira bagi kumpulan g2-1 tu?? x jadi duk tengah2 cam tu

    BalasPadam
  65. Kenapa la dok bagi kenaikan dengan anak panah kesana kesini naik atas turun bawah... pegi kanan... kenapa nak buat yang sampi gitu susah sekali ... bagi naik ikut peratus... habis cerita... pembaharuan perlu kepada yang lebih baik... bukannya kepada yang lebih sukar... tak payah pakai anak panah pun tak pe...semua lapisan pun blh pandai kira gaji sendiri..penat kerja... ini ke ganjarannya...

    BalasPadam
  66. kenapa la dok minta gaji lebih sikit... semua orang nak gaji lebih... gaji ikut keputusan la.. kalau nak setara dengan yang gaji tinggi... sambung belajar le...malu la sikit wahai kakitangan gred yang nak nak lebih tu... kerja lebih tak de pulak orang minta...

    BalasPadam
  67. azzim berkata...
    PADAN MUKA... PA2 SEMUA... TIDAK BERSYUKUR SANGAT.... PADAN MUKA... KALAU DAH TAU BONGOK, KENAPE NAK GAJI BERJUTA2 LEMON.... PADANLAH MUKA... REZEKI DEPAN MATA, DIHINA2, TIDAK CUKUPLAH... TIDAK ADILLAH... SUJUD KEPADA ALLAH, TAPI "RM" JER YANG DIA NAMPAK....

    ============================

    Rasenyer kata - kata ini sesuai kepada yang membuat SBPA nie..
    Nak gaji lebih, tapi tak pikir panjang. Ingat PA bawahan fail matematik ker!! silap besau lah yob

    BalasPadam
  68. Memang perlu disemak semula..sbb guna SIJIL POLITEKNIK sama level dengan STPM x masuk akal langsung..guna SIJ POLI boleh terus lompat ke DEGREE ke...still kena ambil DIPLOMA.., STPM boleh..yang geng juruteknik sekarang yang ade DIPLOMA, apa hal x mintak jd penolong jurutera je guna DIP korang 2..x releven langsung..
    dan yang pemting sijil IKM, KOLEJ KOMUNITI, ILP, dulu mungkin ada SKM tahap berapa2 TAPI sekarang GUNA POINTER..silibus pun dah banyak berubah..dan ade kos yang diiktiraf JPA..harap JPA DAN MARA perlu bincang semua tentang SIJIL yang dikeluarkan olehnya berkualiti..bukan hanya pada pratikal, sebenarnya sama naik je dengan akedemik...dan syarat kemasukan untuk jawatan tukang mmg x releven guna PMR...itu zaman bila..

    BalasPadam
  69. cuepas tolong lihat skim s ( Pegawai kebajikan masyarakat ) Kerja kami jaga kebajikan orang kami. kami kerja malam siang, berlaku bencana kami kerja. malam siang pun kerja, hari minggu pun kerja. Cupepas tak nampak beban kami.... kerja siang malam tanpa dibawah elaun lebih masa... cuepas tolong pejuang hak kami... harap menteri pandai beri kerja sahaja. tiap minggu menteri buat menteri......

    -----------

    jangan lupa jawatan S yang lain juga..mesti semak semua gred "S"

    BalasPadam
  70. Mohon supaay Elaun wilayah x di tambat bawah SBPA,x ada kelebihan kerja di semanjung jika di tambat.jgn tarik keisitmewaan sabah/sarawak yg berkhidmat di semanjung.

    BalasPadam
  71. subasSemua jawatan diwujudkan oleh kerajaan sama2 penting diharap PANEL PENILAI BARU SBPA lebih peka kepada kebajikan PA terutama kepada pA yg berusaha mahu memajukan diri supaya dapat mencapai kelulusan akedamik yg tinggi sekurang2 Ijazah
    Bagi meringankan beban atau menggalakkan mereka berjaya lagi diharap PA ini diberi peluang dahulu dilantik ke jawatan lantikan gred 41 dinilai melalui pengalaman prestasi kerja,

    BalasPadam
  72. SALAM. MOHON DIKEKALKAN LALUAN DAN JAWATAN GURU CEMERLANG...TQVM

    BalasPadam
  73. SBPA

    Gaji mati Pembantu Tadbir N17 RM2780.00

    Gaji mati Pekerja Awam R1 dan Pemandu
    R3 RM2390.00

    BEZA RM390.00

    Semakin hari samakin malang untuk N17

    BalasPadam
  74. Assalamualaikum,

    Saya adalah salah seorang penjawat awam gred N17 yang mempunyai kelayakan Diploma dan mengikuti perkembangan SBPA sejak dari mula ia diperkenalkan. Disini ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan dan diharapkan agar pihak JPA sendiri meneliti isu ini dengan lebih mendalam.

    1. Gaji penjawat awam Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 masih ditakuk lama dan hanya menerima kenaikan sedikit sahaja berbanding penjawat awam yang lain. Bagi penjawat awam N17, kami berasakan ianya tidak adil, jika dilihat pada perspektif menyeluruh dan antara kerja-kerja yang dilakukan oleh kami, ternyata kebanyakkan kerja pentadbiran adalah tugas kami sebagai contoh Pengurusan Fail, Inventori, Harta Modal termasuk juga pengurusan surat menyurat awam yang mana ianya diberikan sepenuhnya kepada kami. Pembantu Tadbir (P/O) seolah-olah dipinggirkan.

    2. Ramai penjawat awam yang memegang jawatan Pembantu Tadbir (P/O) mempunyai kelayakan Diploma. Malah banyak agensi kerajaan yang menerima Pembantu Tadbir berkelayakan Diploma berbanding kelayakan SPM. Tidak menjadi masalah sekiranya kami diberikan hak gaji setaraf Diploma. Ini kerana jawatan Pembantu Tadbir (P/O) tidak semestinya mempunyai kelayakan Diploma Pentadbiran Awam sahaja, malah, ada antara kami yang mempunyai kelayakan Diploma dari pelbagai bidang. Contohilah syarikat swasta yang mana kakitangan yang mempunyai kelayakan Diploma diberi gaji setaraf Diploma.

    3. Perdana Menteri ada mengutarakan yang beliau ingin kesamarataan dalam kenaikan gaji, tapi, Skim baru yang diusulkan oleh JPA tidak melambangkan kesamarataan. Disini saya ingin memberikan pendapat peribadi saya, sepatutnya, gred N1-17 dinaikkan gaji sehingga RM300.00 berbanding RM80.00 yang diwar-warkan baru-baru ini dan semakin tinggi gred, semakin kurang kenaikan gaji yang diberikan. Disitu baru kita dapat lihat kesamarataan yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.

    4. Negara kita belum lagi mencapai sebuah negara yang berpendapatan tinggi, walaupun skim SBPA telah diperkenalkan. Sekiranya JPA masih ingin teruskan skim SBPA seperti yang diperkenalkan baru-baru ini, negara kita tidak akan mencapai 'target' negara berpendapatan tinggi. Apa yang saya lihat, gaji gred 1-17 masih lagi dibawah RM1000.00, dan ia tidak melambangkan negara berpendapatan tinggi. Mungkin disini pihak JPA boleh usulkan yang gaji minimum kakitangan awam adalah RM1,000.00.

    5. Saya sebagai rakyat Malaysia amat menyayangi kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri kita, sekiranya pembaharuan dan lontaran pendapat dari kami kumpulan sokongan C tidak dipertimbangkan, saya bimbang ia akan menjejaskan karier politik UMNO. Malah jika dilihat secara keseluruhannya, kakitangan Kumpulan C lebih ramai berbanding Kumpulan A & B.

    Sekian, terima kasih.

    Selasa, Januari 17, 2012 1:27:00 PM
    ___________________________________

    Patut la dpt keje N17 je, ade sdikit bengong r, awak ade "kelulusan" diploma, bukan "kelayakan" diploma.

    Kalu dh ade diploma, knapa minta kerja N17, mintalah N27, baru setara dgn kelulusan yg ade.

    Memang padan r keje N17 jeeeer.

    BalasPadam
  75. ami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf jawatan Juruteknik dari SPM ke STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.

    BalasPadam
  76. Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf jawatan Juruteknik dari SPM ke STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.

    BalasPadam
  77. SBPA sangat sesuai untuk negara berpendapatan TINGGI/MAJU DI AFRIKA 2020

    BalasPadam
  78. Tuan Pengerusi
    Tolong semak juga kekananan, tempoh perkhidmatan dan senioriti. 3/4/5 tahun beza perkhidmatan disamakan dengan satu kelompok semasa sistem SSM. Idea siapa ini?Hati ikhlas bekerja tetapi rasa tidak puas hati tetap ada. Tolonglah janganlah diulangi kesilapan ibarat pisang berbuah dua kali.

    BalasPadam
  79. Dapat menegak,melintang,lulus PTK aras IV pun takkan beza perkhidmatan gaji sampai lima tahun naik pangkat serentak DG 44 ke DG48 dalam SSM. Tak logik sungguh.! Cuba lihat guru lantikan 1990/1991 disamakan dengan guru lantikan 1994/1995 dapat DG44 tahun 2005 serentak semua.

    BalasPadam
  80. Memang perlu disemak semula..sbb guna SIJIL POLITEKNIK sama level dengan STPM x masuk akal langsung..guna SIJ POLI boleh terus lompat ke DEGREE ke...still kena ambil DIPLOMA.., STPM boleh..yang geng juruteknik sekarang yang ade DIPLOMA, apa hal x mintak jd penolong jurutera je guna DIP korang 2..x releven langsung..
    dan yang pemting sijil IKM, KOLEJ KOMUNITI, ILP, dulu mungkin ada SKM tahap berapa2 TAPI sekarang GUNA POINTER..silibus pun dah banyak berubah..dan ade kos yang diiktiraf JPA..harap JPA DAN MARA perlu bincang semua tentang SIJIL yang dikeluarkan olehnya berkualiti..bukan hanya pada pratikal, sebenarnya sama naik je dengan akedemik...dan syarat kemasukan untuk jawatan tukang mmg x releven guna PMR...itu zaman bila..

    _____________________

    utk rujukan,kelayakan sijil kejuruteraan politeknik layak utk memohon ijazah sarjana muda dr unversiti tempatan .

    lampiran iklan kemasukan ke program ijazah pertama di seluruh universiti malaysia bagi syarat kelayakan masuk diploma/STPM/STAM/A-LEVEL/SIJIL KEJURUTERAAN/DAN SYARAT2 YG SETARAF DGNNYA.

    http://www.scribd.com/doc/3418306/Iklan-Pengambilan-Lepasan-STPM-2008

    BalasPadam
  81. PERKHATIAN PENULIS RUANGAN INI BAGI PA YG SUKA NK GUNA ISU INI BERPOLITIK DISARAN AGAR BERHENTILA.MINTA CALON JADI WAKIL RAKYAT.KDG2 HERAN MANA OTAK PA NI.PRU LA.UBAH KERAJAAN LA,MENIPULA.BKN APA.MENYAMPAH DGR.BAGI DIA BUAT GAJI BARU ADA AKAI.BAGILA IDEA YANG BERNAS,MEMBINA.TAK PAYAHLA HENTAM KERJAAN.SAPA MEMERINTAH PUN LBH KURANG SAMA AJE.KITA PUN KAKITANGAN KERAJAAN.MALU RASANYA MEMPUNYAI FIKIRAN YANG SEMPIT.MASALAH SEKARANG ADA PENYELEWANGAN DAN KESEMPATAN KENAIKAN GAJI DALAM GOLONGAN TERTENTU TERUTAMA DALAM JPA.
    SELAGI ADA KAKITANGAN MACAM NI DALAM KERAJAAN MUTU PERKHIDMATAN TAK MENINGKAT. PM BKN BUAT GAJI KITA.MAKLUMAT YANG DITERIMA SALAH.SBB TU PM SURUH SEMAK SEMULA.BKN NK BELA PM.KITA UBAH PEMIKIRAN KOLOT.KALAU TAK JGN TULIS DALAM RUANGAN INI.BAGILA IDEA YANG BAIK.BERI SEMANGAT PADA CUEPACS DAN KESATUAN TRLIBAT UNTUK MENGATASI MASALAH INI.KALAU ADA IDEA YANG BAIK .LUAHKAN YG MENBINA.JGN JD BUDAK2 TAK DAPAT AISKRIM ,TERIAK.DAPAT SERONOK.

    BalasPadam
  82. Tolong fikirkan N17 yang sepatutnya dinaiktaraf sama seperti J17, kerana mereka mempunyai sijil/diploma yang diiktiraf, kebanyakkan mereka menjadi pembantu yang sangat penting di pentadbiran, mereka sangat penting,,,fikir2kan yer,,,sekiranya J17 dinaiktaraf tetapi N17 sebaliknya maka berlaku juga ketidakadilan didalam PA itu sendiri,,,

    BalasPadam
  83. Gaji premier adalah jurang yang sangat besar berbanding pelaksana,,ini tidak adil,,fikirkan PRU13 sungguhpun undi itu rahsia, dengar2 rintihan kami,,

    BalasPadam
  84. Nampaknya SBPA ini telah meberi peluang besar kpd 'Kayu Mati'untuk memintas PA yg kerja bersungguh-sungguh. TIDAK ADIL!!!!

    BalasPadam
  85. saya merayu agar JPA memberi kelongaran kepada penjawat awam yang telah lulus PTK 4 agar dinaikan pangkat,adalah tidak adil tidak diberi kenaikan pangkat kerana sya telah berhempas pulas untuk lulus.
    Bolehkah kalau semua penjawat awam yang telah lulus PTK di beri kenaikan sebelum SBPA dilancarkan,(bukan setakat guru tetapi di jabatan lain pun ramai yang lulus PTK
    tetapi tidak diberi kenaikan pangkat
    sedangkan memang terdapat kekosongan di dalam jawatan kenaikan pangkat tersebut,mohon Datuk menyampaikan cadangan saya ini kepada jawatan kuasa semakan SBPA untuk tindakan selanjutnya....jabatan hal ehwal undang-undang putrajaya

    BalasPadam
  86. hrp yg dh lulus PTK diberi gaji beza sdkit dari yg tak amek PTK.. contoh kena pd saya klu ikut jadual gaji sbpa tu P2 ngan P1 dh sama je gaji, yg tkilan P1 lg naik byk dari P2..

    BalasPadam
  87. lantikan PPPS Dg 44 tahun 2005 disamakan dengan mereka yang jauh junior menyebabkan rasa tak puas hati dan tertipu dgn permainan kerajaan. Ini adalah kerana ada di antara guru ni lantikan pertama pada tahun 1990,1991,1992 & 1993. Mana pergi senioriti mereka ?

    BalasPadam