Utusan Malaysia
22/1/2012
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Jawatankuasa khas membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diharap tidak mengetepikan pandangan wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, segala input yang diperoleh daripada pihaknya serta penjawat awam perlu digembleng oleh jawatankuasa tersebut agar sebuah penyelesaian memuaskan semua pihak dapat dikeluarkan.
"CUEPACS juga berharap tempoh kajian selama dua bulan sehingga 16 April depan dipercepatkan supaya sebuah SBPA baru yang efisien dapat diperkenalkan secepat mungkin.
"Bagaimanapun, SBPA tersebut perlulah dikaji dengan komprehensif mengambil kira pandangan CUEPACS, Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan lain-lain wakil kerajaan supaya tiada pertikaian akan timbul selepas ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar jawatankuasa khas tersebut diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
Najib berkata, skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.
Jelas Omar, antara isu yang memerlukan penelitian terperinci daripada jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam itu termasuk kekeliruan kenaikan gaji kategori JUSA dan pengenalan Kumpulan Premier.
Katanya, jawatankuasa tersebut juga perlu bersikap berkecuali dengan mengkaji skop SBPA agar ia merangkumi semua peringkat penjawat awam dan tidak hanya terhad kepada kakitangan Gred 54 ke bawah sahaja.
Beliau menambah, pihaknya turut mendesak agar usul yang diterbitkan jawatankuasa melibatkan empat wakil CUEPACS sebelum ini diambil serius oleh kerajaan bagi mengelakkan masalah berbangkit.
"CUEPACS juga membantah sekeras-kerasnya jika gaji penjawat awam mula dibayar mengikut SBPA sebelum keputusan penambahbaikan daripada jawatankuasa tersebut dikeluarkan," ujarnya.
Cuepacs suara kesatuan bukan perseorangan !
BalasPadamKesatuan tuu siapa? PA yang akil baligh dan yang boleh mengundi ....
saya cadangkan semua kategori diberi pelarasan sama rata dahulu iaitu 7% - 10% seperti yg dijanjikan kerajaan sementara nak tunggu 3-4 bulan lagi sehingga kajian selesai..kemudian buat pelarasan semula..baru lah semua orang lega..termasuk saya.. baru la perihatin namanya.. ;)
BalasPadamrata2 orang marah sebab dah plan buat budget utk keluarga dan lain-lain tiba2 tak dapat gaji baru kena tangguh 2-3 bulan lagi..mana ceupacs tak dipersalahkan..
cuba ceupacs terima cadangan di atas..pasti ramai yang sokong dan merasa lega.. :)
TAMBAH CUTI TAHUNAN,TERUTAMA BAGI LANTIKAN SELEPAS 2009.
BalasPadamTAKRIFAN KELUARGA TERDEKAT MOHON DI PERLUAS KEPADA ADIK BERADIK DAN MERTUA,TAHUN LEPAS MERTUA SAYA MENINGGAL,3 HARI CUTI TAHUN SAYA DIAMBIL ,AKIBATNYA...HUJUNG TAHUN DAH TAK ADA CUTI LAGI.
SUSAH OOOOOO.....
selagi cuepacs betul tetap sokong..
BalasPadamtapi cuepacs kelantan senyap je..
x penah panggil k/tgn awam buat perjumpaan..
cuba turun padang sekali setahun..cari isu2 utk diperjuangkan,
ajk yg ada pun x meliputi semua skim perjawatan ke..??
Dgr2 crita duk main berjalan mkn angin dklgan ajk je yg lebih nya.
JPA TUMBANG DENGAN PUJUKAN/RAYUAN/RINTIHAN PIHAK UNION2 TERTENTU DLM MASA YANG SAMA MENGABAIKAN PIHAK2 LAIN..
BalasPadamEG: BAGI NAIK TARAF J17/G17..YG TERABAI BERIBU2 LAGI..
SBPA ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...AYUH KITA BANGKIT DAN BERSATU DALAM PRU-13...
BalasPadamSBPA pembunuh senyap jawatan GURU CEMERLANG...yang sedihnya...tiada siapa pun yang memperjuangkan masa depan GC.. banyak orang pula gembira apabila GC berkubur tanpa nesan....
BalasPadamBagaimana mereka yang dapat N22 secara temuduga dan 22kup gaji sudah hampir sama /lebih tapi meja pun tak tukar tanggung jawabpun tak sama. Minta semua 22 yang di lantik dan mempunyai 5tahun dalam perkhidmatan di naikkan ke 26.
BalasPadamKENAIKAN GAJI GURU T1 LEBIH TINGGI DARI KENAIKAN GAJI GURU T3
BalasPadamKami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat pada tangga gaji ganjil, contoh T21 dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka, Contoh, T 22, Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap. Ini membuatkan SBPA Nampak sangat kepincangannya dari struktur gajinya,
Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hati ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.
Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.
Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...
Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.
Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPA, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya. Barulah adil , tiada yang kecewa senioriti gajinya kurang.
Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia.......
memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIAYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......
Isu KEKANANAN yang hilang. Kembalikan semua kekananan untuk semua GRED baik yg melalui lantikan mahupun kumpulan kenaikan pangkat.
- Peratus kenaikan yang adil berdasarkan SIJIL dan KEKANANAN.
- Kemampuan kewangan kerajaan dalam memberi peratus kenaikan.
- Kekal dengan Cadangan PM untuk kenaikan 7-13 peratus sahaja. Dicadang semua kenaikan berdasarkan peratus pada mata gaji P1T1 masing-masing
pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?
GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan
Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
ANDAIKATA PASUKAN PETUGAS SEMAKAN SBPA GAGAL DLM MISI MENGEMBALIKAN IMEJ JPA/KERAJAAN... APAKAH HUKUMAN YG PA NAK BUAT ???
BalasPadamPA SENIOR
Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf jawatan Juruteknik dari SPM ke STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.
BalasPadamKami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.
BalasPadamSIAPA NAK RM100? SAYA. SIAPA NAK RM200? SAYA. SIAPA NAK RM500? SAYA. SIAPA NAK GAJI NAIK? SAYA. SIAPA NAK HARGA BARANG NAIK? TAKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKKKKK
BalasPadamSBPA TIDAK DIPERLU DIKAJI, MANSUHKAN SAJA
BalasPadamN22 hakiki mintalah dinaikkan Gred kepada M27 kenana PTD tak tahu buat kerja.
BalasPadamN22 lah yang hubungi sana sini JPA/Kementerian apabila ada masalah yang rumit. PTD yang ada di Ibu Pejabat Negeri tidak dapat membantu.
Saya bersetuju jika sekiranya kakitangan pelaksana gred 1-17 mendapat kenaikan maksim iaitu 13%.
BalasPadamNamun saya amat tidak bersetuju jika sekira kakitangan gred 32-38 mendapat kenaikan yang sama. Buat pengetahuan pembaca kakitangan 32-38 gajinya lebih besar daripada pegawai di gred 41.
Harapan saya kepada pengerusi cuepacs agar jujur dalam memperjuangkan hak kakitangan awam tanpa dipengaruhi dengan kepentingan peribadi. Kerana masyarakat mengetahui orang-orang besar dalam cuepacs berada dalam kategori 32-38.
Saya amat bersetuju jika sekiranya kakitangan pelaksana gred 1 hingga 29 mendapat kenaikan maksimum iaitu 13%.
BalasPadamNamun saya amat tidak bersetuju jika sekiranya kakitangan gred 32-38 mendapat kenaikan yang sama. Buat pengetahuan pembaca kakitangan 32-38 gajinya lebih besar daripada pegawai siswazah di gred 41 dan sebahagiannya melebihi gaji gred 44.
Harapan saya kepada pengerusi cuepacs agar jujur dalam memperjuangkan hak kakitangan awam tanpa dipengaruhi dengan kepentingan peribadi kerana masyarakat mengetahui orang-orang besar dalam cuepacs berada dalam kategori 32-38. Jangan isu kenaikan gaji zaman Pak Lah berulang semula kini.
Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM.
BalasPadamGRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
BalasPadamGRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN Datuk Abdul Hamid bin Bakar NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.
GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
BalasPadamGRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.