21 Februari 2012

CUEPACS MAHU TARIKH KUAT KUASA SBPA DIKEKALKAN 1 JAN DAN DIBAYAR TUNGGAKAN

Bernama
21/2/2012




PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

--BERNAMA

92 ulasan:

  1. ITU LAH JPA.DULU DIHORMATI TETAPI SEKARANG,AMAT2 MENYEDIHKAN. NIAT KPPA UNTUK BAIKI SKIM PA NAMUN BELIAU TAK SEDAR SEBENARNYA,JIKA INGIN NAIK TARAF,JGN HANYA SESETENGAH JAWATAN SAHAJA.JAWATAN YANG ASASNYA SAMA JUGA PERLU DI BERI PERHATIAN.

    DI BAWAH SSM DAHULU,LEBIH BAIK SISTEMNYA.CUMA KGT RENDAH.DLM SPA,TIADA JAWATAN ASAS KEMASUKAN SIJIL POLI SHJ,.KERANA SEMUA JAWATAN TERSEBUT ADALAH ASAS JAWATAN (SPM+SIJIL).

    NAMUN JIKA INGIN MENUKAR ASASNYA ADALAH SIJIL POLI SAHAJA,MAKA KESEMUA JAWATAN BERKAITAN PATUT DITUKAR KEPADA SIJIL POLI SAHAJA,DAN TIADA LG JAWATAN (SPM+SIJIL).

    Asas jawatan perlu;;
    PMR sahaja
    SPM Sahaja
    Sijil poli/awam sahaja
    Diploma sahaja
    Dgree sahaja.

    Dan patut tiada lagi jawatan asasnya (Spm+sijil)

    BalasPadam
  2. terima kasih cuepacs kerana perjuangkan nasib kami.

    BalasPadam
  3. Tarikh kuatkuasa berubah? apahal? apapun kita lihat yg terbaik! janjisemua PA menikmati kenaikan gaji yg menasabah !
    tak gitu?

    BalasPadam
  4. Camno Cuepacs ? apa yg sudah slesai dan apa yg blum ? hari tu kata LEGA !!

    BalasPadam
  5. Camno Cuepacs ? apa yg sudah slesai dan apa yg blum ? hari tu kata LEGA !!


    ---------------

    lega sb kerajaan setuju pertimbangkan 5 cadanagn tu.lega la.SBPA ni dah selesai cuma perlu kelulusan JPA dan kerajaan dan mgkin JPA ada yg lebih baik.

    BalasPadam
  6. Ku mencari, ku mencari
    Apakah salahku
    Kau SBPA buatku termenung
    keseorangan

    Simpan saja, kata2mu ooooo

    BalasPadam
  7. apa sal cupek minta tarikh SBPA kuasa kuasa 1 Jan...kan PM dah cakap pelaksanaan SBPA saja di tangguh...tarikh kuatkuasa mmg sama seperti yg di umumkan dulu iaitu 1 jan 2012...mmg PM dah tau jgn nak buat keliru lagi...yg penting sekarang 5 tuntutan tu di terima.....

    BalasPadam
  8. Dicadangkan gred 1-40 kenaikan 70%

    Dicadangkan gred 41-54 kenaikan 40%

    Dicadangkan gred jusa kenaikan 5%

    BalasPadam
  9. Saya ingin melaporkan website ini. Cuepacs sila ambil tindakan. Adakah 5 cadangan tersebut terpakai untuk website ini?

    http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. apa hal ni minta benda yg org dh bagi....
    PM kn dh ckp sbpa bermula 1 jan 2012
    pasl minta lg.... pening aku
    minta lh yg lain, bnyk lg benda boleh minta

    BalasPadam
  11. macam mana kami N17 yang ada stpm...takkan yang ada sijil je diberi perhatian..stpm juga harus diberi perhatian ..sepatutnya kami dinaikkan ke PnP tanpa perlu interview...hehehehehe.....amacam ok tak pandangan aku

    BalasPadam
  12. kerani dinaikkan 13% dan PnP hanya 7 %...cukuplah..sebab dorang tak banyak kerja berbanding kerani...hehehehehe

    BalasPadam
  13. Esok CUEPACS bentang cadangan baru.
    Tunguuuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  14. gred 21 dan gred gaji nya ialah:

    RM1370.00 – RM3417.00

    BalasPadam
  15. Camno Cuepacs ? apa yg sudah slesai dan apa yg blum ? hari tu kata LEGA !!


    ---------------

    lega sb kerajaan setuju pertimbangkan 5 cadanagn tu.lega la.SBPA ni dah selesai cuma perlu kelulusan JPA dan kerajaan dan mgkin JPA ada yg lebih baik.

    Selasa, Februari 21, 2012 8:40:00 AM

    _________________ slesai? gud. bentang ajer. PM akur kehendak PA. Percayalah ..

    BalasPadam
  16. Dicadangkan gred 1-40 kenaikan 70%

    Dicadangkan gred 41-54 kenaikan 40%

    Dicadangkan gred jusa kenaikan 5%

    ---------------------------------------------------
    Cadangan ni bagus...tapi sekarang dah jadi terbalik, yg gaji besar dapt % tinggi dan yg gaji kecil % rendah....

    BalasPadam
  17. macam mana kami N17 yang ada stpm...takkan yang ada sijil je diberi perhatian..stpm juga harus diberi perhatian ..sepatutnya kami dinaikkan ke PnP tanpa perlu interview...hehehehehe.....amacam ok tak pandangan aku

    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    Aku Setuju.....

    BalasPadam
  18. Hasil Semakan SBPA
    Kalo ikut kenyataan ni, hasil semakan SBPA akan keluar selepas 16 April 2012.
    Dan kerajaan menjanjikan 'Less Favourable'..maknanya tak akan jadi lagi tak elok pada yang dok ada sekarang la...hehehe...tunggu...

    ----------------------------------------------
    maknanya yg gred JUSA dapat naik 83% gaji sebelum ni tidak akan dikurangkan, malah akan ditambah menjadi 90% kot kalau di ikutkan dari kenyataan tersebut...

    BalasPadam
  19. ACUEPACS TLG PRIHATIN TERHADAP ELAUN KOS SARA HIDUP DAN ELAUN PERUMAHAN. HIDUP DILUAR BANDAR LEBIH MEMERITKAN.MAKANAN DAN HARGA SEWA RUMAH MAHAL MELAMPAU MENGALAHKAN KOS DI BANDAR.

    BalasPadam
  20. Setelah dibuat semakan dari cadangan CUEPACS didapati Gred 22 yang maksimum rendah balik drpd yang ditandatangani tempuhari.Bagaimana pula kami Gred 22 yang telah maksimum dari SSM hingga sekarang.Jika dibanding penjawat yang maksimum tahun lalu atau baru setahun maksimum dengan penjawat awam yang dah maksimum 7 tahun.Tolong adili perkara ini.

    BalasPadam
  21. pertamanya syukur kepada BN sebab naikkan gaji kita.

    kedua, syukur juga sebab pelarasan yang saya dengar semua PAP akan dinaiktaraf ke Pegawai Am Pejabat N41.

    ketiga, jika benar banyak gred akan diselaraskan semula, gaji akan dibayar ikut tunggakan dari bulan 1. syukur sgt2.

    BalasPadam
  22. sCuba Tuan/Puan/Dato'pemimpin CUEPACAS bayangkan saya yang telah berkhidmat selama 33 tahun 8 bulan sehingga hari ini masih Gred 22.Naik Gred 22 semenjak tahun 1989 sehingga kini.Semasa ramai naik Gred 26 saya pergi belajar bergaji penuh selama 3 tahun terlepas peluang naik 26.Habis belajar sedah 3 tahun.Dapat Anugerah Khidmat Cemerlang 2 kali.Masih Gred 22.Bagaimana hendak kerja dengan lebih gigih lagi.Dekat-dekat patah semangat.Tolonglah pandang rayuan saya ini.

    BalasPadam
  23. amin perkasa perak berkata...
    pertamanya syukur kepada BN sebab naikkan gaji kita.

    kedua, syukur juga sebab pelarasan yang saya dengar semua PAP akan dinaiktaraf ke Pegawai Am Pejabat N41.

    ketiga, jika benar banyak gred akan diselaraskan semula, gaji akan dibayar ikut tunggakan dari bulan 1. syukur sgt2.
    --------------------------------
    PAP? pembantu am di naiktaraf ke Pegawai Am N41? Gila ke apa ko nih?
    Kalau tak gila mesti bangang nih.

    BalasPadam
  24. Saya tidak faham kerana ada kelab Umno pesara (kumpulan pelaksana) kerajaan malaysia (kupekmas) memandangkan semua PA adalah alat alat kepada kerajaan bukan sebagai satu bangsa kepada kerajaan walaupun kumpulan ini terdiri dari orang melayu.Adakah racism atau apartheid terdapat di Malaysia ?.Apa komen pihak ROS terhadap perkara ini ?

    BalasPadam
  25. ceupacs ade berani ke mintak kurangkn kenaikan gaji jusa yg melampau sbpa jpa leps...
    rasa2nyer makin tinggi ade leerrr..

    BalasPadam
  26. Terima kasih kepada cuepacs atas inisiatif yang cukup baik dan mendapatkan manfaat untuk PA. MINTA Dato' Omar Osman dilantik sebagai Senator agar suara penjawat awam dapat diambilkira didalam pelaksanaan sesuatu dasar. Harapan agar SBPA melatakkan kembali keadilan pada tempatnya. "Kerajaan yang mengambil berat kebajikan rakyat pasti akan disokong".

    BalasPadam
  27. yeyeyeyyeyeyeyeyeyeyyeyeyeyeyeyye..... yeyeyyeyeyeyeyyeyeyeyeyye....
    PAP dah sama dgn N17... yeyeyeyeyeyeyeyeye
    dan apa yang hangat dibincangkan oleh cuepacs pada 17/18hb ialah hal mengekalkan jawatan dlm ssm.hihihihihi

    BalasPadam
  28. terima kasih kepada CUEPACS yang membela nasib kakitangan awam dengan SBPA tapi adakah nasib kami gred 17 kebawah terbela dengan juga dengan sewajar nya....

    BalasPadam
  29. Penghantar Notis
    Gred : N3/N12
    Kod Skim : 4320
    Kumpulan : Sokongan
    Kem./Jab. : - Jadual Gaji :
    P1T1 RM709.59 – P1T18 RM1543.57
    P2T1 RM752.06 – P2T18 RM1617.82
    P3T1 RM796.16 – P3T18 RM1702.70

    Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Jawatan Penghantar Notis Gred N3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan,

    (a) (i) Berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

    (ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

    (iii) Lulus Peperiksaan Khas;

    (b) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah; DAN

    (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    --------------------------------------------------------------------------

    Cadangan 1

    Disini jelas syarat kemasukan ke Jawatan Penghantar Notis dikehendaki mempunyai SRP/PMR dari mula-mula SSM diperkenalkan tahun 2002.. tetapi mengapa bila nak beralih pada SBPA perlu lagi kelulusan SRP/PMR...
    Sepatutnya Jawatan Penghantar Notis diupgred sama dengan pembantu Tadbir Rendah N11 dan Tukang Masak N1 yang telah diupgred kepada Pembantu Tadbir N17..

    BalasPadam
  30. Cadangan 1

    Disini jelas syarat kemasukan ke Jawatan Penghantar Notis dikehendaki mempunyai SRP/PMR dari mula-mula SSM diperkenalkan tahun 2002.. tetapi mengapa bila nak beralih pada SBPA perlu lagi kelulusan SRP/PMR...
    Sepatutnya Jawatan Penghantar Notis diupgred sama dengan pembantu Tadbir Rendah N11 dan Tukang Masak N1 yang telah diupgred kepada Pembantu Tadbir N17..

    Selasa, Februari 21, 2012 11:54:00 AM

    ===================

    kalau mcm tu,N17 asal kene jadi N29.betul tak?

    BalasPadam
  31. cuepac...

    minta bawa pada mesyuarat kali ini, bagi yang berada gred 12 harap tak ada lagi kena diturunkan pangkat seperti pekeliling sbpa,janganlah disamakan dengan gred asas PMR 11(5-1)..sekurangnya letakan pada gred 5-3.

    BalasPadam
  32. betol tu..tapi asal lantikan gred 17 memerlukan spm.kecuali ada upgred skim baru dapat..

    BalasPadam
  33. Nampaknya lebih ramai pandai bercakap dari melaksanakan..gaya anda berkata-kata dah mencalar imej sebagai penjawat awam..malu la sikit ooii..jgn cepat melatah..cuma satu yg saya setuju..kos sara hidup yg mmg tinggi dikwsn luar bandar..

    BalasPadam
  34. Cuba Tuan/Puan/Dato'pemimpin CUEPACAS bayangkan saya yang telah berkhidmat selama 33 tahun 8 bulan sehingga hari ini masih Gred 22.Naik Gred 22 semenjak tahun 1989 sehingga kini.Semasa ramai naik Gred 26 saya pergi belajar bergaji penuh selama 3 tahun terlepas peluang naik 26.Habis belajar sedah 3 tahun.Dapat Anugerah Khidmat Cemerlang 2 kali.Masih Gred 22.Bagaimana hendak kerja dengan lebih gigih lagi.Dekat-dekat patah semangat.Tolonglah pandang rayuan saya ini.

    ----------------------------------

    ini antara perkara yang perlu di titikberatkan..

    peluang kenaikan pangkat bagi kumpulan pelaksanan sangat2 rendah..

    dah sambung belajar pun masih duk pangkat lama..

    berbeza dengan p&p.. balik dari belajar, kompom duk pangkat tinggi dari sebelum belajar..

    apa nak jadi??

    BalasPadam
  35. Pasti Kerajaan akan berikan keputusan yang bijak, tidak akan mengecewakan kakitangan Kerajaan kerana mereka ini tulang belakang dalam menguruskan sistem pentadbiran dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

    BalasPadam
  36. Cuba Tuan/Puan/Dato'pemimpin CUEPACAS bayangkan saya yang telah berkhidmat selama 33 tahun 8 bulan sehingga hari ini masih Gred 22.Naik Gred 22 semenjak tahun 1989 sehingga kini.Semasa ramai naik Gred 26 saya pergi belajar bergaji penuh selama 3 tahun terlepas peluang naik 26.Habis belajar sedah 3 tahun.Dapat Anugerah Khidmat Cemerlang 2 kali.Masih Gred 22.Bagaimana hendak kerja dengan lebih gigih lagi.Dekat-dekat patah semangat.Tolonglah pandang rayuan saya ini.

    ----------------------------------

    ini antara perkara yang perlu di titikberatkan..

    peluang kenaikan pangkat bagi kumpulan pelaksanan sangat2 rendah..

    dah sambung belajar pun masih duk pangkat lama..

    berbeza dengan p&p.. balik dari belajar, kompom duk pangkat tinggi dari sebelum belajar..

    apa nak jadi??

    ----------------------

    bersabar la saudara,org dah nak aniaya dah mcmana. tu la nasib badan.tunggu 22hb/esok.tp aku yakan keputusan esok tu belum muktamad lg. cuma jgn percaya sgt2 medida boleh putar belit juga.putar belit bukan bermaksud menipu,tapi memberi harapan yg tinggi, jadi jika tak dapat maknanya kita yg tension.tak boleh buat komitmen pada kerja. asyik main internet tgk berita terbaru. saya yakin ada yang selalu on blog cuepacs ni.tunggu ada berita terbaru.kerja pun tah kemana. kerana ramai sgt yang BERHARAP.. dan selalu diberi harapan. last2 kecewa juga. komitmen pun tah kemana.

    BalasPadam
  37. KENAIKAN GAJI TAHUNAN,PERBANDINGAN ANTARA SSM DAN SBPA.

    PMR RM40(ssm) -RM80(sbpa) naik 100%

    SPM RM50(ssm) -RM95(sbpa) naik 90%

    SPM+SIJIL RM50(ssm) - RM95(sbpa) naik 90%

    SIJIL RM50(ssm) - RM145(sbpa) naik 190%

    STPM/DIPLOMA RM60(ssm) - RM145(sbpa) naik 141%

    IJAZAH RM90(ssm) - Rm225(sbpa) naik 150%

    ..................................

    Kami PA Pelaksana amat mengharapkan, akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada di dalam jadual di atas. Semua peringkat kakitangan awam menyumbang jasa , masa dan tenaga untuk memajukan negara . Kami juga perlu kepada saraan yang mengikut peredaran masa dan perkembangan ekonomi seharian bagi menghadapi Malaysia sebagai Negera Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020 . Kami mengucapkan tahniah kepada rakan sepejuangan kami dalam Angkatan Tentera Malaysia yang telah mendapat nikmat dari skim baru ATM .

    BalasPadam
  38. ku mencari bayangmu tiada...
    di hujung bulan gaji sama saja...
    apakah ini hanya mainan...
    untuk dirimu bukan diriku..

    BalasPadam
  39. saja nak kongsi..

    dulu pelukis pelan adalah jurusureh(guna SRP)
    tetapi telah di upgred ke pelukis pelan J17........ dan SBPA ni pula diupgred lagi ke juruteknik STPM(3-1) gajinya terlalu hampir dgn diploma kejuruteraan dari UTM.beza rm100 lebih,KGT pun sama.

    dan tak mustahil nanti,ada jawatan asalnya PMR akan di upgred setaraf gaji dgree.

    maaf bukan dengki,cuma kongsi mcmne JPA buat.

    BalasPadam
  40. suruh belajar pandai2.tapi bila belajar pandai2 ada sijil ada dip ada ijazah tak bayar gaji ikut sijil.lebih baik tak payah belajar.

    BalasPadam
  41. KENAIKAN GAJI TAHUNAN,PERBANDINGAN ANTARA SSM DAN SBPA.

    PMR RM40(ssm) -RM80(sbpa) naik 100%

    SPM RM50(ssm) -RM95(sbpa) naik 90%

    SPM+SIJIL RM50(ssm) - RM95(sbpa) naik 90%

    SIJIL RM50(ssm) - RM145(sbpa) naik 190%

    STPM/DIPLOMA RM60(ssm) - RM145(sbpa) naik 141%

    IJAZAH RM90(ssm) - Rm225(sbpa) naik 150%

    ..................................

    Kami PA Pelaksana amat mengharapkan, akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada di dalam jadual di atas. Semua peringkat kakitangan awam menyumbang jasa , masa dan tenaga untuk memajukan negara . Kami juga perlu kepada saraan yang mengikut peredaran masa dan perkembangan ekonomi seharian bagi menghadapi Malaysia sebagai Negera Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020 . Kami mengucapkan tahniah kepada rakan sepejuangan kami dalam Angkatan Tentera Malaysia yang telah mendapat nikmat dari skim baru ATM .
    _________________________________

    syabas la korang dengan % kenaikan gaji tahunan 90 - 150%.
    tapi bukan semua yg dapat % mcm kat atas.
    kami, aku tekankan kat sini aku dan kami gred kanan J36,diploma
    kenaikan gaji tahunan ssm = 165
    kenaikan gaji tahunan sbpa=180
    maknanya kami naik = rm15 = 9% ?
    haaaaaaaaaaaaa... apa perasaan kami lak?

    BalasPadam
  42. KENAIKAN GAJI TAHUNAN,PERBANDINGAN ANTARA SSM DAN SBPA.

    PMR RM40(ssm) -RM80(sbpa) naik 100%

    SPM RM50(ssm) -RM95(sbpa) naik 90%

    SPM+SIJIL RM50(ssm) - RM95(sbpa) naik 90%

    SIJIL RM50(ssm) - RM145(sbpa) naik 190%

    STPM/DIPLOMA RM60(ssm) - RM145(sbpa) naik 141%

    IJAZAH RM90(ssm) - Rm225(sbpa) naik 150%

    ..................................

    ini adalah tanda aras.sepatutnya JPA bg naik 100% KGT kesemua gred asas(5-1,4-1,3-1,2-1 dan 1-1).gred kenaiakn pangkat baru lah berbeza.

    ssm dulu lebih baik kerana sistem gajinya dikaji secara terperinci.gaji tak sama antara skim walaupun gred 17.

    ini mgkin JPA nk buat cepat.senang nak kira.tanpa kaji dulu.inilah yang berlaku.terlalu tergesa-gesa.dan tak perlu fikir panjang2.

    apapun maaf jika terasa..itulah hakikatnya..

    BalasPadam
  43. syabas la korang dengan % kenaikan gaji tahunan 90 - 150%.
    tapi bukan semua yg dapat % mcm kat atas.
    kami, aku tekankan kat sini aku dan kami gred kanan J36,diploma
    kenaikan gaji tahunan ssm = 165
    kenaikan gaji tahunan sbpa=180
    maknanya kami naik = rm15 = 9% ?
    haaaaaaaaaaaaa... apa perasaan kami lak?

    -----------

    selain gred diatas adalah gred kenaikn pangkat.yg atas tu jawatan asas permulaan.

    BalasPadam
  44. syabas la korang dengan % kenaikan gaji tahunan 90 - 150%.
    tapi bukan semua yg dapat % mcm kat atas.
    kami, aku tekankan kat sini aku dan kami gred kanan J36,diploma
    kenaikan gaji tahunan ssm = 165
    kenaikan gaji tahunan sbpa=180
    maknanya kami naik = rm15 = 9% ?
    haaaaaaaaaaaaa... apa perasaan kami lak?

    -----------

    selain gred diatas adalah gred kenaikn pangkat.yg atas tu jawatan asas permulaan.
    ________________________________

    yup.
    aku pun terasa hati bila tengok staff aku kgt naik lebih 100% , aku lak 9% jer. hahahaha...
    apa2 pun, kalau itu rezeki yang ada, terpaksa terima gak walo dgn hati yg sedikit terkilan. heeee...

    tq

    BalasPadam
  45. syabas la korang dengan % kenaikan gaji tahunan 90 - 150%.
    tapi bukan semua yg dapat % mcm kat atas.
    kami, aku tekankan kat sini aku dan kami gred kanan J36,diploma
    kenaikan gaji tahunan ssm = 165
    kenaikan gaji tahunan sbpa=180
    maknanya kami naik = rm15 = 9% ?
    haaaaaaaaaaaaa... apa perasaan kami lak?

    -----------

    selain gred diatas adalah gred kenaikn pangkat.yg atas tu jawatan asas permulaan.
    ________________________________

    yup.
    aku pun terasa hati bila tengok staff aku kgt naik lebih 100% , aku lak 9% jer. hahahaha...
    apa2 pun, kalau itu rezeki yang ada, terpaksa terima gak walo dgn hati yg sedikit terkilan. heeee...

    tq

    -----------------

    hihi tu lah pasal.. ada skim di 'anak emas'.. skim lain apa lg.mengamuk.siap ada yg 17 tp nk gaji dgree sb ada dgree.
    punca utama ada skim anak emas.. patutnya x dela skim spm+sijil tu,jumud je semua.dan stpm+diploma tu pun jumud semua.

    BalasPadam
  46. Bagi aku senang sahaja, pergi belajar dapatkan degree kemudian minta jawatan pekerja rendah awam kemudian minta gaji digree. Kerja pun senang, tak payah fikir panjang, cukup time balik.

    BalasPadam
  47. Ku mencari, ku mencari
    Apakah salahku
    Kau SBPA buatku termenung
    keseorangan

    Simpan saja, kata2mu ooooo
    ____________________

    aduhh sedih der baca lirik lagu selamat tinggal sbpa ni..

    jgn di ucap selamat tinggal...jgn di ucap selamat tinggallll..huhuuuu

    BalasPadam
  48. syabas la korang dengan % kenaikan gaji tahunan 90 - 150%.
    tapi bukan semua yg dapat % mcm kat atas.
    kami, aku tekankan kat sini aku dan kami gred kanan J36,diploma
    kenaikan gaji tahunan ssm = 165
    kenaikan gaji tahunan sbpa=180
    maknanya kami naik = rm15 = 9% ?
    haaaaaaaaaaaaa... apa perasaan kami lak?

    ____________________

    okla tuh..ko dah rs sedappp dh lama..org lain br nk rs selesa sket..ni pun masih tersangkut..jgn kira % kenaikkan tu brot..tp kira jumlah KGT brot tu..

    BalasPadam
  49. aku pun dah agak kecewa ngan sbpa ni.
    aku antara yang teraniaya...........
    so,
    serahkan sahaja rezeki pada Tuhan
    aku redha...

    salam

    BalasPadam
  50. pertamanya syukur kepada BN sebab naikkan gaji kita.

    kedua, syukur juga sebab pelarasan yang saya dengar semua PAP akan dinaiktaraf ke Pegawai Am Pejabat N41.

    ketiga, jika benar banyak gred akan diselaraskan semula, gaji akan dibayar ikut tunggakan dari bulan 1. syukur sgt2.

    ________________________

    syukur la kepada Allah swt..bkn kepada BN ..ngokk la..Allah yg bg rezeki bkn bn tuh..

    BalasPadam
  51. syabas la korang dengan % kenaikan gaji tahunan 90 - 150%.
    tapi bukan semua yg dapat % mcm kat atas.
    kami, aku tekankan kat sini aku dan kami gred kanan J36,diploma
    kenaikan gaji tahunan ssm = 165
    kenaikan gaji tahunan sbpa=180
    maknanya kami naik = rm15 = 9% ?
    haaaaaaaaaaaaa... apa perasaan kami lak?

    ____________________

    okla tuh..ko dah rs sedappp dh lama..org lain br nk rs selesa sket..ni pun masih tersangkut..jgn kira % kenaikkan tu brot..tp kira jumlah KGT brot tu..

    _________________________________
    apa maksud kamu?
    kami gred J36 kenaikan pangkat.
    kgt ssm J36 P1T8 =RM 99
    P1T9 - P1T15 = RM165

    so, bermakna berapa tahun dah kami servis. bukan setahun, bukan 5 tahun ?

    kesian pelaksana, bila dah kanan, bermakna kerja dah lama, lebih 10 tahun. dah naik pangkat. dapatlah kgt besar .

    kalau banding P&P pun, dari 41, 44,48,52 ke atas
    depa pun sama . kgt mesti bertambah ikut pangkat, lama kerja .

    apa2 pun, terima apa jua keputusan terkini sbpa.

    wassalam

    BalasPadam
  52. btul allah yg mberikan rezeki...
    tp kita sbgai mnusia n hambanya,perlulah berusaha.....

    BalasPadam
  53. Golongan bawahan tu banyak kerja ka? Gred 40 ke bawah sama saja penting macam gred 40 ke atas. Naik sama2 lah... katakan gaji DG41 bermula rm1925...ada yang DG32 dah cecah rm3700. Kan bagus kalau naik sama2 10%. Jusa pun 10%. Entah anak korang suatu hari nanti jadi jusa sama gaji macam adik yang SPM. Gara2 naik tak sama percent.

    BalasPadam
  54. yang dah tinggi gaji tu susah la..bagi kat orang yang gaji sikit ni plak nak merasa hidup selesa sikit.kami ni xdak kereta besaq pon xpa.janji anak2 kami cukup makan ja.kita ni tak payah la nak hidup bermewah2 sangat.yang penting keluarga kita cukup makan.ni tak bila gaji naik tukar kereta baru.beli tu beli ni.kami yang gaji kecik ni nak beli burger kt anak pon pikir takut tak cukup nak beli beras.yang gaji besar tu sudah la..bagi pluang kt org lain merasa hidup selesa sikit.

    BalasPadam
  55. apa pun yg dicadangkan, pastikan kumpulan 41 keatas jgan ditindas se perti semasa 2007 dulu. Jika tidak pasti kami akan membantah SBPA dan CEUPACS.

    BalasPadam
  56. apa lagi yang 41 ke atas di tindas ni???

    naik pangkat mudah dah dapat...

    gaji naik lebih dari pelaksana dah dapat...

    nak tau yg menindas tu gred atas lagi tu... tanya la jusa2 tu..depa yg lulus apa2 pekeliling pun...group2 P&P jugak yg buat dasar2 segala bagai... semua sedap nak suap mulut depa je...

    pastu canang konon utk kebaikan semua...

    yang naik gaji 100% pun group2 tu jugak... gaji sekarang 12k, SBPA dapat 24 k..pencen kompom 12k jugak...hahahahhahah...depa jugak yg kenyang...

    kita duk gaduh sama sendiri, tp depa duk lulus je... yang buat2 tangga gaji baru ni, geng2 41 ke atas jugak... hang tengok la mcmn gred 41 keatas naik gaji?? byak tuuuuuuuuuuuuuuu..

    gred pelaksana mcmn??? ada yg naik rm5 je tau... hakk tuihhhhhhh....lagi cakap 41 ke atas di tindas... hampeh tul..

    BalasPadam
  57. Tak sabar tunggu sbpa jalan...cepatlah bang omar sruh pm terima cadangan you..x sabar i...

    BalasPadam
  58. siapa kata kumpulan gred 41 ke atas duduk goyang kaki tak banyak kerja? Kamu kumplan 40 kebawah banyak mana kerja yg kamu buat? Kita sama2 makan gaji dan masing2 ada skop kerja ikut jenis jawatan dan pangkat, so biar lah adil peratus kenaikan yang sama.

    BalasPadam
  59. apa maksud kamu?
    kami gred J36 kenaikan pangkat.
    kgt ssm J36 P1T8 =RM 99
    P1T9 - P1T15 = RM165

    so, bermakna berapa tahun dah kami servis. bukan setahun, bukan 5 tahun ?

    kesian pelaksana, bila dah kanan, bermakna kerja dah lama, lebih 10 tahun. dah naik pangkat. dapatlah kgt besar .

    kalau banding P&P pun, dari 41, 44,48,52 ke atas
    depa pun sama . kgt mesti bertambah ikut pangkat, lama kerja .

    apa2 pun, terima apa jua keputusan terkini sbpa.

    wassalam
    ______________________
    aku j17 ni dh 12thn duk di takuk ni lg gaji pun berapa j36 gaji mula 2700 rsnya..kalo j17 ni berkurun la nk merasa gaji tu..bersyukurla..

    BalasPadam
  60. Selasa, Februari 21, 2012 10:14:00 AM

    Dicadangkan gred 1-40 kenaikan 70%

    Dicadangkan gred 41-54 kenaikan 40%

    Dicadangkan gred jusa kenaikan 5%

    ---------------------------------------------------
    Cadangan ni bagus...tapi sekarang dah jadi terbalik, yg gaji besar dapt % tinggi dan yg gaji kecil % rendah....

    -----------------------------------

    ** Takat ni aje le mental korang. Sekolah malas, kerja nak gaji pengarah. Orang atas semua tak betul, sebab tak kasi ko rehat byk n kerja sikit. Anak ko pun ko latih mcm tu, tak payah rajin2 sekolah. Besok dah besar boleh ganti ko. MAJULAH MALAYSIA

    BalasPadam
  61. Betul tu, nasihatkan anak-anak jangan belajar rajin. Ikut malas macam mak ayah kerja rendah gaji mau tinggi. Cukup belajar setakat SPM aje.

    BalasPadam
  62. Jika kerajaan nak tlong org melayu, masa nilah utk naikan gaji yg tinggi kerana PA kebanyakan org melayu. Dlm PRU12 Parti UMNO yg menang byk berbanding parti MCA dan MIC.

    BalasPadam
  63. Anak A : Abah ..... orang dapat 5A UPSR, yahoo!

    Anak B : Abah ..... orang dapat 10A SPM, boleh le masuk U!

    Abah : Anak derhaka! Sapa suruh korang belajar rajin2? Nak kerja pegawai? Kerja banyak, gaji kecik, tahu!!!

    Emak : Ya, nak. Ikut macam abah ko, jadi kuli aje. Kerja senang, gaji lumayan! Kan, bang?

    MALAYSIA MENUJU WAWASAN 2020

    BalasPadam
  64. memalukan komen2 PA minda kelas bawahan di blog ni.gaduh2 pasal gaji..ahakssss...

    BalasPadam
  65. menyampah dengar rintihan N17 ni...macam la die ajer keje banyak....dah2 la tu...paling banyak buat rungutan N17 ni la...tak tau nak bersyukur lansung...bukan ke korang naik sampai 13%, kecoh sampai satu dunia....padan la tu....ikut la gred awak pulok...ni tak nak ukur baju di badan sendiri...dah la buat ayat sedih tu menyampah...ahaks...

    BalasPadam
  66. pertamanya syukur kepada BN sebab naikkan gaji kita.

    kedua, syukur juga sebab pelarasan yang saya dengar semua PAP akan dinaiktaraf ke Pegawai Am Pejabat N41.

    ketiga, jika benar banyak gred akan diselaraskan semula, gaji akan dibayar ikut tunggakan dari bulan 1. syukur sgt2.

    ________________________

    syukur la kepada Allah swt..bkn kepada BN ..ngokk la..Allah yg bg rezeki bkn bn tuh..
    ......................
    penyokong tegar BN dah berkata...sampai tak tau sapa yang bagi rezeqi.....di atas bumi ni......banyak beristifarlah kawan..............

    BalasPadam
  67. kalo tidak bulan 1 hari tue dah dapat gaji baru..lega ckit....ini sampai skrg x dpt2 lagi...

    BalasPadam
  68. naikkan jumlahkelayakan cuti tahunan PA seperti mana sebelum 2009.

    pengurangan jumlah cuti pada 2009,menjadikan jumlah cuti pelaksana hanya 20 hari...

    memang cuti banyak dicampur cuti sabtu ahad,tapi kenapa dipotong jumlah cuti kami...sedangkan untuk dapat cuti sabtu Ahad,kami ditambah waktu kerja setengah jam setiap hari.

    Dah tu pula,bila PH jatuh pada hari Sabtu ,tak pula diganti....hilang cam tu je PH yang kami layak dapat.

    mohon kekalkan jumlah cuti seperti tahun 2009.jumlah 20 hari terlalu sedikit.

    mana nak rehat....setipa hari kerja kluar rumah jam 6 30 pg,sampai pulang 6 30 ptg kerana kesesakan....bagi la cuti lebih untuk rehat.Hidup tak berkualiti.

    Harap Ceupacs bincang semula isu cuti.Keadaan lebih buruk bila ada setengah jabatan yang mengadakan kursus pada sabtu....bila kami nak rehat?fikir fikir balik...untung jadi cikgu kerja separuh hari....ada cuti panjang,public holiday pun dapat.

    harap dapat tambah jumlah cuti tahun,atau beri cuti gantian pada public holiday yang jatuh pada hari Sabtu memandangkan untuk dapat cuti sabtu,waktu kerja telah ditambah pada hari kerja biasa...tak kan hilang macam tu saja publi holiday yang sepatutnya dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

    harap Ceupac dapat pertimbangkan,terutama jumlah cuti kumpulan pelaksana 20 hari.

    BalasPadam
  69. Kakitangan kerajaan, dari turus sehingga ke kumpulan sokongan adalah laksana komponen jentera kenderaan. Setiap satu memainkan peranan yang bermakna. Kehilangan satu nut pun boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

    Pemandu yg baik selalunya dapat mengesan sesuatu yang luar biasa kepada kenderaan. Jika kita mempunyai pemandu yang baik dan kenderaan yang baik maka mudahlah kita sampai ke destinasi.

    BalasPadam
  70. Bagi aku senang sahaja, pergi belajar dapatkan degree kemudian minta jawatan pekerja rendah awam kemudian minta gaji digree. Kerja pun senang, tak payah fikir panjang, cukup time balik.

    Selasa, Februari 21, 2012 1:54:00 PM

    Aku SOKONG

    Pesan kat nak -anak dan adik beradik.Belajar hingga dapat PHd, pastu mohon jawatan Pembantu Tadbir N17. Lepas beberapa tahun dapat N41 yg buat tugas perkeranian. Gaji naik lagi sebab ada PHd.

    Begitu ke???

    BalasPadam
  71. MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

    Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

    Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

    Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

    Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

    BalasPadam
  72. Salam Ceupacs..

    Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana memperjuangkan hak PA di dalam SBPA..

    Selain gaji baru yang telah dikaji, saya juga mohon supaya KGT di kaji semula kerana berlaku ketidakseimbangan dalam KGT bagi semua gred.

    Saya mencadangkan KGT dinaikkan 100% bagi semua gred tanpa ada jurang perbezaan peratusan.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  73. Selamat pagi. Saya seorang guru di sekolah tamil. Setahu saya ceupacs pernah ulas yang sistem kuasa muthlak ketua jabatan untuk memberi kenaikan gaji akan dibincangkan. Tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa cerita tentang itu. Tolong bincangkan tentang masalah ini. Sebab ia akan mewujudkan masalah besar di kalangan guru-guru sekolah tamil kerana segelintir guru besar memang gila kuasa. Terima Kasih

    BalasPadam
  74. aku tetap rugi skim apa punRabu, Februari 22, 2012 8:53:00 PG

    gua lantikan 41. rasa mcm pencen dgn gred41 juga. ko tukar la skim apa pun kalu gred aku tetap 41 x d maknanya. pergi jahanam sama 6 jahanam

    BalasPadam
  75. Bagi aku senang sahaja, pergi belajar dapatkan degree kemudian minta jawatan pekerja rendah awam kemudian minta gaji digree. Kerja pun senang, tak payah fikir panjang, cukup time balik.

    Selasa, Februari 21, 2012 1:54:00 PM

    Aku SOKONG

    Pesan kat nak -anak dan adik beradik.Belajar hingga dapat PHd, pastu mohon jawatan Pembantu Tadbir N17. Lepas beberapa tahun dapat N41 yg buat tugas perkeranian. Gaji naik lagi sebab ada PHd.

    Begitu ke???

    Selasa, Februari 21, 2012 11:21:00 PM
    Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

    MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

    Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.
    ___________________________________

    Rasuah bukan berpunca dari gaji kecil mahupun besar tetapi ia berpunca daripada sikap individu itu sendiri seperti,
    tidak mempunyai perasaan syukur, tamak haloba, dengki, berbelanja di luar kemampuan, ingin menunjuk-nunjuk, kurang pengetahuan ilmu agama yang menyebabkan tidak tahu yang mana hak dan bathil dan beberapa perkara yang lain, oleh itu janganlah dijadikan alasan gaji kecil punca rasuah.

    BalasPadam
  76. Saja ...
    Tangguh SBPA 1 Jan 2012.

    Tup..tup.. penangguhan ditarik balik dan dilaksanakan SBPA pd Mac 2012 ?

    -- tup .. tup .. sama jer dgn yg ditangguh !!!!!!!

    apakejadah yg ditangguh !!

    BalasPadam
  77. Rasuah bukan berpunca dari gaji kecil mahupun besar tetapi ia berpunca daripada sikap individu itu sendiri seperti,
    tidak mempunyai perasaan syukur, tamak haloba, dengki, berbelanja di luar kemampuan, ingin menunjuk-nunjuk, kurang pengetahuan ilmu agama yang menyebabkan tidak tahu yang mana hak dan bathil dan beberapa perkara yang lain, oleh itu janganlah dijadikan alasan gaji kecil punca rasuah.
    =======================
    setuju, kalau diikut semua PA gaji pun tak seberapa, hanya JUSA yang besar..

    BalasPadam
  78. Tanggal Ogos 2011
    ku menunggu belanjawan 2012
    dengan penuh sabar

    Tanggal belanjawan 2012
    ku menunggu di depan kaca tv
    menanti khabar berita
    baik untuk ku dan anak2 ku

    Tanggal 15 Januari
    nyawa telahku pertaruhkan
    SBPA menjadi igauan
    masih belum kecapaian
    oh Tuhan....

    BalasPadam
  79. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  80. Tanpa Nama berkata...
    yang ada sijil,diploma dan degree....
    kenapa dlu minta jawatan N17
    masa tu syukur dpt keje tu walaupun gaji taraf spm..
    lepas tu melalak nk naik gred...
    dh tau ada kelulusan tinggi minta la jwatan yg setaraf ngn kelulusan..
    payah2 brhenti je keje ngn krajaan...keje sndiri lg baik...

    -------------------------------------


    sokong pada pernyataan ini. sekurang-kurangnya orang-orang yang layak seharusnya memiliki jawatan setaraf dengannya. kalau x sanggup untuk duduk di gred N17 walaupun ader sijil, diploma, degree baik di 'Exit Policy' kan dan cari jawatan yang selayaknya...

    BalasPadam
  81. Wahai kawan2 seperjuanganku di dalam perkhidmatan awam sekeliannya. Mengapakah terus berpuak2 dan membuahkan hasad dengki hari demi hari sesama kamu. Sedangkan kamu semua ini rata-ratanya dari Gred 54 ke bawah (SSM) yang mendapat layanan paling buruk dari segi kenaikan gaji di SBPA. Sedangkan pokok utamanya mereka2 yang bakal terlantar kekenyangan di atas sana? Bacalah Utusan Malaysia hari ini Rabu, 22 Februari 2012, mukasurat 11 di rungan RENCANA, tulisan Zaini Hassan...Sekian.

    BalasPadam
  82. suruh masuk kesatuan tak mahu, bila kesatuan memperjuangkan untuk ahli...kau orang marah, cuepacs itu gabungan kesatuan dalam perkhidmatan awam...ngokk..8% aje kakitangan kerajaan menjadi ahli kesatuan...

    BalasPadam
  83. BOLEH TAK NYATAKAN KELULUSAN DAN JAWATAN PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS DALAM BLOG NI, BUKAN APA NAMPAKNYA ASYIK DOK BERJUANG GRED 17 JE ! KATA MEWAKILI PENJAWAT AWAM !.

    Selasa, Februari 21, 2012 10:32:00 AM

    ------------- Agak jer .. he .. he..
    omar juruteknik j17
    azih n32
    zainal 22
    loke dg34
    adnan 27
    mahamad n26
    ab rahman J26
    jaapar w22
    razali w22

    tlg betulkan gred, jika ada yg silap. Maaf.

    -----------------------------------

    biar betul suma geng pelaksana ja ???

    MEMANG BETUL.... SI OMAR TU N22, cc KAT UPM... SEBAB TU CEUPACS HANYA PERJUANGA AKS SAHAJA.. DOUBLE STNADART....

    BalasPadam
  84. Tanpa Nama berkata...
    macam mana kami N17 yang ada stpm...takkan yang ada sijil je diberi perhatian..stpm juga harus diberi perhatian ..sepatutnya kami dinaikkan ke PnP tanpa perlu interview...hehehehehe.....amacam ok tak pandangan aku

    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    Aku Setuju.....

    -----------------------------------

    kalau kau rasa ada STPM, pi minta jawatan yg memerlukan STPM..kalau rasa nak minta gred N 17, post N17 hanya memerlukan org yg ada SPM sahaja utk menjawat jawtan tu.. x yah sembang kata ada degree ka stpm ka dploma kat sini..

    BalasPadam
  85. BOLEH TAK NYATAKAN KELULUSAN DAN JAWATAN PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS DALAM BLOG NI, BUKAN APA NAMPAKNYA ASYIK DOK BERJUANG GRED 17 JE ! KATA MEWAKILI PENJAWAT AWAM !.

    Selasa, Februari 21, 2012 10:32:00 AM

    ------------- Agak jer .. he .. he..
    omar juruteknik j17
    azih n32
    zainal 22
    loke dg34
    adnan 27
    mahamad n26
    ab rahman J26
    jaapar w22
    razali w22

    tlg betulkan gred, jika ada yg silap. Maaf.

    -----------------------------------

    biar betul suma geng pelaksana ja ???

    MEMANG BETUL.... SI OMAR TU N22, cc KAT UPM... SEBAB TU CEUPACS HANYA PERJUANGA AKS SAHAJA.. DOUBLE STNADART....


    -----------------------------------

    apa yg biar betulnya??? korang tu PNP hebat sgt ke?? bawa degree masuk kubur ke nnti?? lain kali masuk la jadi pengerusi cuepacs..x mau plak..just wait and see. ni dok buat terkejut beruk mak ye plak..natang..

    BalasPadam
  86. nak tahu sangat tentang omar osman boleh layari web ini : http://www.i-sukan.upm.edu.my/v4/images/ps.pdf

    BalasPadam
  87. Saya ada mencadangkan supaya kaedah asas pemindahan gaji adalah secara menegak P1-P3 atau P2-P3, peratus kenaikan adalah 7-13 percent, pastu pindah pada gaji SBPA baru, harap dapat selesai dengan cepat....

    BalasPadam
  88. PENJAWAT AWAM ? ? ?
    Tidak boleh minta peratus yang lebih dari yang diluluskan dalam bajet lepas iaitu
    7-13 peratus kenaikan.
    Jika melebihi dari yang diluluskan ibarat MENCURI wang rakyat.
    Jadi yang sesuai ialah kenaikan 7-13 peratus pada SSM P2/P3 T1 setiap gred sebagai P1T1 SBPA. Isunya gred apa yg dapat 13peratus dan gred apa yg 7 peratus.

    MAKA
    1. jangan CURI duit rakyat
    2. jangan sampai pelaksana ejek yg berijazah asyik nak lebih dan yg berijazah pula ejek pelaksana Sijil Ciput gaji nak selori.

    BalasPadam
  89. 10 HAL KENAPA TERLIBAT RASUAH
    1.tidak takut hari pembalasan
    2.tidak takut karma di dunia lagi
    3.seronok bagi anak mkn duit haram
    4.gaji kecik nak hidup macam jusa
    5.patut pakai saga tapi Camry
    6.mak-bapa dia dulu pun mkn rasuah
    7.patut rmh setingkat tapi bunglo
    8.ingat rasuah tu duit kopi
    9.tak takut seksaan kubur
    10. Didikan agama mak-bapak bagi ciput ,
    Jumaat, Februari 17, 2012 7:00:00 PM

    BalasPadam
  90. TANPA NAMA Rabu, Februari 22, 2012 2:28:00 PM berkata :

    "apa yg biar betulnya??? korang tu PNP hebat sgt ke??"

    Bior aku jawab - HEBAT LE DRP KO !!!

    BalasPadam
  91. apakah yang akan berlaku esk... aku menunggu... dan kwn2 pun sntiasa menunnguu

    BalasPadam