10 Februari 2012

CUEPACS MINTA PLUS KECUALIKAN TOL KE ATAS KENDERAAN RASMI BOMBA

Berita Harian
2012/02/10




IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pihak pengurusan Lebuhraya Utara Selatan, Plus Expressways Berhad (PLUS) tidak mengenakan sebarang bayaran tol ke atas semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menggunakan lebuh raya itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana kenderaan rasmi jabatan itu adalah digunakan bagi tujuan rasmi perkhidmatan dan permintaan itu disuarakan selepas permohonan jabatan berkenaan kepada PLUS tidak mendapat sebarang reaksi. "Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Shaziman Abu Mansor). Kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat sepatutnya tidak dikenakan bayaran tol kerana sudah tentu ia digunakan bagi tujuan rasmi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di sini hari ini. (CUEPACS) yang turut disertai oleh Kesatuan Pekerja Bomba Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan mereka menetapkan dua perkara sekiranya PLUS tidak mengecualikan bayaran tol ke atas kenderaan rasmi jabatan itu.

"Pertama, sekiranya Plus masih mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi jabatan itu, KPBPSM menetapkan mereka akan menggunakan laluan biasa walaupun jika diperlukan semasa kecemasan.

"Kedua, kita akan mengenakan pakej berbayar sekiranya mereka (PLUS) mahu menggunakan perkhidmatan kita termasuk pada musim-musim perayaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung KPBPSM Mohd Sayuthi Harun berkata mereka meminta supaya Shaziman mengambil perhatian perkara itu dan pihaknya memberi tempoh sehingga 25 Februari ini untuk PLUS membuat keputusan berhubung permintaan mereka.
"Jarak lebuh raya utara selatan ini sangat panjang, bayangkan jika kenderaan rasmi jabatan ini bergerak untuk memberi perkhidmatan terbaik kita dengan menggunakan laluan lebuh raya itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima rungutan daripada anggota bawahan yang seringkali menggunakan wang sendiri untuk membayar tol bagi tujuan rasmi.

Oleh itu, kesatuan itu meminta PLUS mengecualikan bayaran tol bagi kenderaan rasmi jabatan berkenaan yang menggunakan lebuh raya itu seperti lebuh raya lain yang memberikan kemudahan itu. - BERNAMA

62 ulasan:

  1. Gaji bayar tol...tol byr gaji..

    BalasPadam
  2. PLUS ni GLC. Tidak kutid tol untuk kenderaan BOMBA menyebabkan PLUS rugi?
    Inilah masalahnya apabila penswastaan menjadi keutamaan dan apabila kerajaan berniaga.

    BalasPadam
  3. ISU KERETA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA MENDAPAT PENGECUALIAN TOL SUDAH LAMA,SEPATUT PAK MENTERI DULU LAGI SEMENJAK PAK SAMY VELLU,KINI MENTERI BARU KENA TANGGUNG BEBAN FIKIR MASALAH INI,JASA BOMBA PERLU DIHARGAI BUKAN ADA MASALAH BARU MENGHARGAI JASANYA.

    BalasPadam
  4. PLUS milik khazanah dah dijual kepada UEM AMENO WORLD...Syarikat yang boleh untung hanya diberikan kepada kucu kuncu sahaja...NAper tak jual kepada EPF...

    BalasPadam
  5. PLUS milik khazanah dah dijual kepada UEM AMENO WORLD...Syarikat yang boleh untung hanya diberikan kepada kucu kuncu sahaja...NAper tak jual kepada EPF...
    ..........................

    EPF adalah tempat Kerajaan Barisan Nasional korek duit, bukan buat duit untuk pencarum

    BalasPadam
  6. EPF 440billion, 240 billion dah pinjam kepada kerajaan

    BalasPadam
  7. NAMPAKNYA CUEPACS SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK HALA TUJU.SELESAIKAN KES SATU-SATU BAGI BERES.MACAM NK UBAH TAJUK SAJA.SBPA PUN BELUM SELESAI.JGN ADA UDANG DISEBALIK MEE UDAHLA.NK TUNJUK HERO PUN BAGI SELESAI DULU SBPA.hARI INI BKAN CKP MAU DENGAR TAPI KEJAYAAN YANG DINILAI.KOMEN MEMBINA

    BalasPadam
  8. 1.Oiii mat omar osman..itu bukan bidang kuasa ko...itu hal PM..hal kerajaan..ko ka yang dok bayar duit tol bomba ka..dah lebih-lebih mamat ni...tak sedar diri...ko ingat ko tu menteri ka.
    2.tugas ko ialah selesaikan masalah sbpa la..mana draf penambahbaikkan sbpa?...nak jadi macam lampiran c jpa jugak ke.

    BalasPadam
  9. draf dah ada..try la search http://beritasemasa.com/sbpa-gaji-baru-2012-terkini

    check n search dulu sebelum mengata..

    BalasPadam
  10. oh Cuepacs, selesaikan dulu sbpa baru cari isu lain...

    BalasPadam
  11. o omar diam la...itu tugas org lain.

    BalasPadam
  12. Tolol dan Bhalul yang buat skim gaji baru SBPA ini. Baik pakai yg JPA buat. Lagi UNTUNG.
    Matematik kamu dapat brape !
    Kenapa tiru SBPA ??!!

    BalasPadam
  13. Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
    Aku kumpulan pelaksana :

    AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.

    1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
    2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
    3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
    4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!

    BalasPadam
  14. Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
    Aku kumpulan pelaksana :

    AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.

    1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
    2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
    3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
    4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!

    BalasPadam
  15. Nak komen Presiden Cuepacs kena ukur baju dibadan dulu,Kalau bagi peluang kut kaku mulut kut,macam cerita hindustan la,nak komen boleh,bagi cadangan pun boleh,suruh bentang kertas lari lintang pukang,komen boleh,dalm ruang sebegini

    BalasPadam
  16. draf dah ada..try la search http://beritasemasa.com/sbpa-gaji-baru-2012-terkini

    check n search dulu sebelum mengata..

    Sabtu, Februari 11, 2012 7:22:00 AM
    ---------
    bukan aku nak mengata.... gaji lebih rendah dari cadangan JPA... paloi punya cuepacs...

    GRED DG 48 SBPA .... T2 5200
    gred DG 48 cadangan CEUPAC jadi 5125, pe cerita... komen sikit

    BalasPadam
  17. Melalui pembacaan di http://beritasemasa.com/sbpa-gaji-baru-2012-terkini#comments

    kerani February 10, 2012 at 3:14 pm

    x faham kenapa gred 41 nk buat perbandingan ngan gred 36..
    sy yg berkelulusan SPM pun leh faham berbanding anda yg ada IJAZAH…

    sepatutnya, gred 41 banding dengan gred 27
    gred 44 banding dgn 32
    gred 48 & 54 banding ngan 36…

    org yg gred 36 mempunyai pengalaman berpuluh2 tahun berbanding anda yg baru gred 41…

    Cadangannya :

    lau la ;
    gred 41 banding dengan gred 27..maka kenaikan % gaji 41 mesti la sama ngan kenaikan % 27

    gred 44 banding dgn 32..maka kenaikan % gaji 44 mesti la sama ngan kenaikan % 32

    gred 48 & 54 banding ngan 36…..maka kenaikan % gaji 48 & 54 mesti la sama ngan kenaikan % 36

    barulah nampak lebih adil sedikit…taaaaaaaaaapi….lau nak lebih adil lg..bagi je % kenaikan gaji yang sama rata…lau 13%..semua 13%…lau 7% semua 7%…

    BalasPadam
  18. 20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.

    BalasPadam
  19. Sabtu, Februari 11, 2012 7:22:00 AM
    ---------
    bukan aku nak mengata.... gaji lebih rendah dari cadangan JPA... paloi punya cuepacs...

    GRED DG 48 SBPA .... T2 5200
    gred DG 48 cadangan CEUPAC jadi 5125, pe cerita... komen sikit

    cuba check betul2 T2 cikgu;;
    rasanya RM 5395.00

    BalasPadam
  20. Kami dari perkhidmatan pos pun nak free tol lah kalau bomba dapat

    BalasPadam
  21. Gred 40 ke bawah dan 41 ke atas knaikkan mestilah x sama. cos gred bwh 40 tu bukannya ada masuk U. Buat apa susah payah masuk U/gadai itu ini kalau knaikan sama dng pemegang sijil/diploma yg ada knaikan pangkat..Fahamlah sikit...

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama berkata...

    20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.

    Sabtu, Februari 11, 2012 9:25:00 AM
    0000000000000000000000000

    pooorrrahhh ...
    staf usm pun ramai yg dah muak dgn lakonan omar.
    cakap lebih , kamu dah pencen, org tua nyanyuk !
    buat sbpa pun tak betul, PM cakap lain kamu buat lain.
    PM cakap jangan kurang dpd apa yg SBPA telah buat, tapi ngko buat rendah dpd sbpa jpa. Ngko besar dpd PM ??? mengalahkan arahan PM !!!!
    Pttuuiihh ...

    BalasPadam
  23. knaikan gaji tahunan DG41 JPA buat lebih baik daripada Cuepacs yg draf.Pnambahbaikkan konon..

    BalasPadam
  24. Nampaknya cadangan gaji cuepacs less favourable seperti mana janji kerajaan jangan less favourable (Rujuk laman web jpa). Gaji ni boleh go OOOUUUUUUTTTTTT!!!!!!

    BalasPadam
  25. Yang kesian..pemandu yang kena bayar..bos relek je..duk belakang..x pyh nk byr..naik claim 5 tahun bru dpat

    BalasPadam
  26. WAH HEBATNYA CUEPACS SAMPAI TOL PUN NAK AMBIL TAHU, TANG SBPA PUN TUNGGAN LANGGAN, KALAU TENGOK DALAM BLOG BERITASEMASA.COM MACAM TAKDE APA SANGAT BEZA DGN SBPA DULU, MANA PERGI TUNTUTAN 5 PERKARA TERUTAMANYA PENGGREDAN SEMULA JAWATAN GRED 54 KEBAWAH, NAMPAKNYA LEPAS APRIL NANTI NAK KENA TANGGUH LAGI LA GAJI BARU !

    BalasPadam
  27. gaji 44,48,52 dan 54 perlu dibezakan lagi terutamanya gaji permulaan dan gaji mati.

    BalasPadam
  28. PA semua.
    Gunakanlah peluang ini utk lihat Gaji Cuepacs sptmana dlm Beritasemasa.com

    Adakah anda stuju atau tidak?
    Sila beri komen berhemah.

    BalasPadam
  29. Dalam KOSMO hari ini,PLUS kata memang kenderaan jabatan bomba yg ada kes kecemasan dikecualikan daripada pembayaran tol tapi bukan semua kenderaan rasmi jabatan. Kalau semua kenderaan rasmi BOMBA termasuk yg bawa pengarah atau pegawai jabatan pergi meeting, kursus, family day etc pun nk dikecualikan tol pasti agensi kerajaan yg lain pun nak perkara yg sama gak. Benda ini simple shj, tak perlu BOMBA atau CUEPACS nak buat ugutan kpd PLUS (perkara ini adalah perkara yg memalukan staf perkhidmatan awam yg lain). Sok kalau banyak kenderaan BOMBA yg disaman kerana memandu lajua, adakah BOMBA dan CUEPACS akan buat ugutan yg sama utk mengecualikan semua kenderaan rasmi jabatan bomba tak dikenakan saman memandu laju.

    Bawah ini aku cadangankan beberapa langkah utk BOMBA dan CUEPACS yang pahalol sgt sampai tak dapat nak cari jalan penyelesaian isu ini :

    1. BOMBA,CUEPACS dan JPJ duduk bersama untuk cadangkan pindaan akta jabatan pengangkutan jalan di Parlimen untuk dipanjangkan pengecualian tol ini kepada semua kenderaan rasmi bomba termasuk yg takde kena mengena pasal kes kecemasan

    2. Kalau cadangan ini tidak diluluskan Parlimen,apa nak susah sgt. BOMBA buat ler kad tol untuk setiap kenderaan rasmi jabatan BOMBA spt kad minyak Petronas yang digunakan oleh semua agensi kerajaan isi minyak bagi jabatan masing-masing. JAdi pemandu tak perlu guna duit sendiri utk bayar tol. Kalau tak boleh gak guna kad tol,guna ler duit panjar yang diberikan secara tunai kepada pemandu mengikut kadar tol bagi arahan pemanduan yg diberikan kepada pemandu.

    3. Kalau bahagian kewangan jabatan bomba sengal sangat juga, minta ler kepada pegawai yang dibawa oleh pemandu jabatan BOMBA tu agar guna duit pegawai berkenaan untuk bayar tol. Pas 2 nanti pegawai tu klaim ler semula.

    4. Kalau tak boleh gak,lelong jer semua kenderaan rasmi BOMBA yang tidak berkaitan dengan kes kecemasan. Kalau pegawai nak g kursus,bengkel etc guna kenderaan sendiri shj dan claim perjalanan ikut kadar tuntutan semasa.

    BalasPadam
  30. YOU SAPA...I SAPA...

    KITA MINTAK GAJI KERANI NAIK 13% DAN PEGAWAI CUKUP LAH 7 %..AMAL JARIAH SIKIT...RASANYA BETUL TAK SY CAKAP.....OK KE..

    BalasPadam
  31. YOU SAPA...I SAPA...

    KITA MINTAK GAJI KERANI NAIK 13% DAN PEGAWAI CUKUP LAH 7 %..AMAL JARIAH SIKIT...RASANYA BETUL TAK SY CAKAP.....OK KE..

    BalasPadam
  32. YOU SAPA...I SAPA...

    KITA MINTAK GAJI KERANI NAIK 13% DAN PEGAWAI CUKUP LAH 7 %..AMAL JARIAH SIKIT...RASANYA BETUL TAK SY CAKAP.....OK KE..

    BalasPadam
  33. Senang saja nak ajar Plus nih
    Bomba weh, kalau bangunan dia orang terbakar suruh dia orang simbah air sendiri!

    BalasPadam
  34. dari petikan beritasemasa.com, berita gembira untuk N17 dan setaraf..mereka akan dinaikkan ke gred N22!!

    kalau gaji seseorang itu RM1000, mereka akan naik RM1900.00. Naik dekat RM1000. wow...tahniah semua N17. Gred lain macam biasa. Tapi tahniah juga J17 sebab naik J27. ok..

    BalasPadam
  35. RAKYAT PERLU FAHAM APA YANG DIBINCANGKAN,BUKAN KERETA POS PUN NAK FREE TOL,DIA BUKAN KERETA KECEMASAN SPT AMBULAN,POS LAJU JANJI SAMPAI 3 HARI,PUN LAMBAT SAMPAI,PERBAIKI PERKHIDMATAN SEBELUM MEMINTA.

    BalasPadam
  36. Kepada Tanpa nama Sabtu, Februari 11, 2012 6:12:00 AM.
    Aku ingat nak calonkan ngkau jadi president Cuepacs yg akan dtg. Jgn menolak pulak. Suka hati nkau aje menyalak, org susah payah bela PA nkau tau menyalak saja. Org jd presiden tu dgn pemilihan tau tak? bukan sendiri calon sendiri pilih. Org semua da lama tengok draf baru SBPA tu, kenapa nkau sorang boleh tak nampak. Tula tau buka ternet tak tau nak cari maklumat, ker kao tau search porno aje kot?

    BalasPadam
  37. tak kan krete bomba jer...semua kenderaan jabatan perlu kena free tol lagi elok....tak kan PLUS rugi....kan byk kenderaan awam melalui TOL yg buat bayalan tol ...

    BalasPadam
  38. YOU SAPA...I SAPA...

    KITA MINTAK GAJI KERANI NAIK 13% DAN PEGAWAI CUKUP LAH 7 %..AMAL JARIAH SIKIT...RASANYA BETUL TAK SY CAKAP.....OK KE..

    Sabtu, Februari 11, 2012 11:41:00 AM
    Tanpa Nama berkata...
    YOU SAPA...I SAPA...

    KITA MINTAK GAJI KERANI NAIK 13% DAN PEGAWAI CUKUP LAH 7 %..AMAL JARIAH SIKIT...RASANYA BETUL TAK SY CAKAP.....OK KE..

    Sabtu, Februari 11, 2012 11:42:00 AM
    Tanpa Nama berkata...
    YOU SAPA...I SAPA...

    KITA MINTAK GAJI KERANI NAIK 13% DAN PEGAWAI CUKUP LAH 7 %..AMAL JARIAH SIKIT...RASANYA BETUL TAK SY CAKAP.....OK KE..

    BalasPadam
  39. Kereta aku guna gi kerja kena lalu tol..tolong kecualikan kereta aku dari tol

    BalasPadam
  40. Senang cerita macam nilah. Kalau kita gunakan kenderaan jabatan, tak payah bayar tol langsung. Tapi, kalau guna kenderaan sendiri atas urusan jabatan, kenalah dibenarkan claim atas bayaran tol.

    BalasPadam
  41. Pada pendapat saya yang tidak berapa cerdik ni, saya TIDAK MENYOKONG PLUS KECUALIKAN TOL KE ATAS KENDERAAN RASMI BOMBA.

    Sekiranya ia dilaksanakan, ia akan menyebabkan banyak jabatan lain mendapatkan 'hak akibat'.

    Ini akan mengundang penyalahgunaan kenderaan awam.

    Berdasarkan pemerhatian saya yang agak kabur2 ini, saya ada melihat sebilangan penjawat awam yang meletakkan kenderaan jabatan selepas waktu pelajab di rumah mereka.

    Apabila awal pagi, mereka menggunakan kenderaan tersebut untuk menghantar anak pergi ke sekolah dan isteri ke tempat kerja.

    Isu di sini ialah, minyak petrol yang mereka gunakan kerajaan yang bayar. Servis kenderaan tersebut kerajaan yang bayar. Kenderaan tersebut wear and tearnya kerajaan (rakyat) yang bayar.

    Kita tidak perlu risau jika bomba perlu membayar tol. Isu ini sebenarnya agak mengelirukan. Adakah kenderaan rasmi bomba khas untuk Ketua Pengarah atau untuk lori bomba yang ada lampu kecemasan?

    Kawan2, kita perlu perhalusi tajuk isu yang dibentangkan. Takut ada yang ambil kesempatan atas kesempitan seperti mana isu SBPA ini.

    BalasPadam
  42. Menteri buat tak tauuuuulah tuuu, dia tak fikirlah benda-benda macam tu dia dok fikir macamana kita nak menang pilihanraya nanti, itu saja yang difikirkan.

    BalasPadam
  43. Pada pendapat saya yang tidak berapa cerdik ni, saya TIDAK MENYOKONG PLUS KECUALIKAN TOL KE ATAS KENDERAAN RASMI BOMBA.( Pandangan anda ni melesetlah- bomba bertugas lain caranya, mereka tidak salah guna Bro. Kecualikanlah Bomba--- Kalau anda sendiri mendapat kemalangan di Jalan Raya, bomba lewat datang, apa anda kata, Kamu ni Negatiflah, Cerdi tak boleh tumpang bodoh tak boleh nak beritahu, alasan yang merugikan.

    BalasPadam
  44. CEUPACS sepatutnya memperjuangkan membina laluan HANYA UNTUK BOMBA. Itu lebih efektif. Soalnya PLUS tu swasta. CEUPACS tu untuk kakitangan awam.

    - playground -

    BalasPadam
  45. Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!Laluan khas tol untuk ambulance!!!

    Berkesan... Yeah

    - Anti Yahudi -

    BalasPadam
  46. Orang kita ni semasa jalan sesak pandai-pandai nak potong guna laluan kecemasan (laluan kiri). Itu laluan kecemasan sahaja.

    Semasa jalan jem ramai pula nak lahirkan anak ye... ih ih ih ih... cobaan

    Saman jangan tak saman

    BalasPadam
  47. alih-alih golongan yang tidak berlajar tinggi akan dapat lebih kenaikan...nie apa ke jadahnya......asyik lepas meka...sebelum meka pun meka juga.....ini tidak adil.............................cupek lembab...

    BalasPadam
  48. Bila nak rasa gaji baru ni..............................................................Kat sini nampak sangat kelemahan orang yang mentadbir.........

    BalasPadam
  49. Tak perlu pengecualian...dalam kes kecemasan jentera bomba memang dikecualikan membayar tol. Selaku PA yang bertugas di bomba, jabatan telah menyediakan kad touch n go utk tujuan perjalanan rasmi. x timbul isu pemandu kena bayar (mungkin diperingkat awal dikuatkuasakan shj. ). klu kena bayar pun xreti2 nk claim? klu bawak bos yang gaji byk tu..dia xreti2 nk hulur? ape gune elaun keraian?

    BalasPadam
  50. Nasiblah...bomba...kami kerja nak tlg org...org pula x suka kami...kami ahli bomba....nampaknya...ramai org awam x mahu dgn pertolongan bomba...rasanya jabatan bomba kita kena buat cas perhidmatan...senang dpt duit bila ada operasi...setuju...?

    BalasPadam
  51. Mengarut..isu disini ialah kenderaan rasmi bomba yg tidak terlibat dlm operasi penyelamatan yg dikenakan tol. Ape kena mengena nk perkhidmatan berbayar? Touch n go pun duit dtg dr kerajaan jugak..

    BalasPadam
  52. bomba nak cas duit? boleh, jgn ambik gaji kerajaan. bomba pun nak jd mcm polis yg suka2 pergi berjalan2 bwk kete jabatan pastu xnak byr tol? tu lah yg diajar oleh BN, sebat harta kerajaan (rakyat) x salah.

    BalasPadam
  53. Xpayah nk politikkan isu ni..yang membangkang dlm kerajaan pun kemain ramai lg..bile ade isu salahkan kerajaan..cube pandang diri sendiri..

    BalasPadam
  54. Takde sapa yg politikkan cuma cara mengugut yg disiarkan melalui media massa menjatuhkan maruah kakitangan perkhidmatan awam yg lain. Apa bomba pun nk jadi taiko ker main ugut pihak lain. Banyak kaedah yg boleh digunakan

    BalasPadam
  55. Ini masalah dalaman...CUEPACS banyak isu lain yang perlu diketengahkan.

    Semua kenderaan kerajaan yang melalui jalan bertol sebenarnya percuma kerana dibayar melalui tuntutan semula atau pun touch n go.

    Bagi mengelakkan salah guna kenderaan jabatan untuk urusan peribadi seperti ambil anak sekolah, minum pagi, makan diluar, cari barang dapur dll, jadi sebaiknya janganlah beri pelepasan tol kepada kenderaan ini sama ada Bomba atau agensi penguatkuasaan lain.

    Mr Presiden CUEPACS, sila fikirkan dan bawa perbincangan dalam mesyuarat sebelum membuat sebarang keputusan.

    BalasPadam
  56. Ini masalah dalaman...CUEPACS banyak isu lain yang perlu diketengahkan.
    ............................

    Setuju
    Perkara Bomba kena atau tak bayar tol tu boleh di uruskan oleh DAP atau PAS.

    CUEPACS tumpukanlah kepada kebajikan penjawat awam seperti memberi keadilan kepada PA yang terpinggir dari segi gaji

    BalasPadam
  57. knp x suruh lupuskan je sume tol yg ada kat malaysia ni? korang sume nk gaduh psl tol korang ingat knderaan jbatan krajaan je ke yg ada urusan rasmi krajaan? org yg bawa knderaan peribadi takde buat urusan rasmi dgn krajaan ke? kpd Datuk Osman Omar jgn nk bangkitkan isu BODOH mcm ni la..Haram jadah pnye org tua.! Pikir dlu la datuk sbelum nk mntak mcm2.

    BalasPadam
  58. jgn komen mcm sial & bukan2 la.. kalau bawak pegawai gi kursus korg kata bkn kecemasan walaupun urusan rasmi mmg betul la.. tp tujuan akhir?? utk memantapkan skill operasi gak.. korg yg bkn bomba ni ape yg korg tau? jgn bangsat sgt.. ape yg korg tau pasal bomba? jentera gi api bayaran tol percuma.. tepat jam 8 malam ( bg shift pagi) dh tamat tugas so akan digantikan dgn pasukan shift malam.. so pasukan ni akan dtg dgn van yg korang anggap sbg urusan bukan kecemasan utk buat gantian tugas di tempat kejadian.. jentera masih di lokasi.. cuma org yg bertukar.. ok katalah plus kata yg anggota ni bkn gi operasi & kena bayar tol.. ape perasaan kami di jabatan bomba? ape yg korg faham sial?? yg baik dlm jabatan bomba ada korg hargai??? yg buruk walaupun sikit.. mcm2 korg maki.. mmg x sedar diri.. jadi ape2.. jgn mintak bomba tolong.. sial.. 1 lg jpam.. x perlu nyatakan keutamaan pd jpam.. so suruh la KP ko fight isu ni.. ape ingat bomba pegawai tetap gaji berkepuk2 nak bayar tol?? ape yg korg tau pasal bomba eh?? bkn jabatan bomba punye top management xnak buat touch n go.. sblm ni bomba mmg percuma.. that's why bila masih dlm peringkat perbincangan.. kami di bawah ni terpaksa la berkorban sikit.. guna duit kelab dulu.. mintak ketua balai dulu..mcm2 kami korbankan utk menjaga kepentingan rakyat.. korg yg sial2 ni simply ckp itu ini la.. butuh la..so peringatan.. pasni kalo rumah ko terbakar.. anak kau lemas ke ape jadah ke.. no need to call bomba.. dh hilang keikhlasan kami dlm nak menyelamat spesis sial mcm korg ni.. last one.. sape ckp pemandu salah guna kenderaan?? korg ingat kenderaan tu senang2 keluar kalau bkn tugas rasmi?? ckp pakai otak la babi.. jgn pakai kepala lutut ko yg buruk tu bodo.. pikir2kan la.. manusia kolot.. tak timbul isu jabatan kerajaan lain nak nyibuk2 kecualikan tol.. diorg mmg ada touch n go.. bomba xde masa nak touch2 ni.. sume nak cpt.. korg yg xtau ape2 jgn ckp banyak.. thanks to datuk omar osman.. jgn blame dia.. korg rasa korg layak ke duduk tmpt dia.. jgn merapu bkn2.. dia fight mcm2 utk kakitangan kerajaan.. bkn mcm korang.. mcm anjing / babi menyalak bukit.. minda kelas rendah.. standard tukang kebun je korg yg menyalak2 ni.. kakakakaka.. :)xyah la dok mention 'keta pengarah' byk kali.. bkn takat pengarah.. selama ni semua kenderaan bomba dikecualikan tol.. dulu isu ni tak timbul.. tiba2 plus tukar management & jd tamak mcm sial.. tu aku ckp korg know nothing... korg ingat bomba ni sengkek sgt xde touch n go mcm jbtn lain.. ada kau tau ke sblm ni mmg bomba x bayar tol? tiba2 jd sial mcm ni.. that's why cuepacs fight 4 us.. yg korg dengki mcm babi ni apehal?? diam2 duduk la kawan.. kehkehkhe..

    BalasPadam
  59. jika bomba boleh guna jalan free x byr tol.,, maka seluruh PAP juga perlu diberikan hak begitu jua. Ini kerana tugasan PAP yg amat mencabar dan menggadai nyawa utk mengambil surat di jabatan dan lain2 keperluan harian, wajar diberi pengecualian.

    pihak jabatan bolehlah membuat pas istimewa untuk semua PAP supaya dikecualikan tol pada bila2 masa sahaja. Ini barulah adil untuk seluruh rakyat dan pembayar cukai. Jangan ingat bomba sahaja yg buat kerja.

    BalasPadam
  60. MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

    Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

    Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

    Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

    Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

    BalasPadam
  61. Hello! Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia...Buat la touch n go...itu pun susah sangat ke? kesian orang bawah...

    BalasPadam
  62. tuntutan kami dh dipenuhi.. dh x susah pun.. back to normal.. dh xyah bayar tol..so xyah la helo2 kami punye KP.. lu sapa?? ape lu punye gred?? kalau gred tu kecik je gi duduk jauh2 la kwn.. :)

    BalasPadam