24 Februari 2012

PM BUAT KEPUTUSAN ADIL DALAM MASA TERDEKAT

Utusan Malaysia
24/2/2012




PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

''Kita tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan gambaran yang jelas dan baik.

''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Selain Perdana Menteri, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS.

Semalam, Omar dilaporkan berkata, CUEPACS menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.

Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.

''Pertemuan ini dijalankan bagi menyampaikan maklum balas penjawat awam mengenai SBPA. Kita tidak membentangkan hasil bengkel termasuk mengenai tuntutan kenaikan gaji.

''Kerja-kerja petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai SBPA juga belum selesai," katanya.

Dalam pada itu, Omar memberitahu, satu perhimpunan penjawat awam besar-besaran melibatkan 15,000 orang termasuk dari Sabah dan Sarawak akan diadakan di Stadium Bukit Jalil di ibu negara.

''Perhimpunan ini akan turut dihadiri Perdana Menteri dan pihak CUEPACS mencadangkan ia diadakan pada 12 Mac, perkara ini akan ditujukan kepada pihak KSN untuk pengesahan tarikh," katanya.

Sementara itu, Omar berkata, Najib pada pertemuan hari ini telah melahirkan sokongan terhadap penubuhan Kelab Pesara Kumpulan Pelaksana yang baru ditubuhkan.

''Satu perhimpunan oleh ahli kelab akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, tarikhnya belum ditentukan," katanya.

71 ulasan:

  1. yes..i'm the first...ini kali lah..

    BalasPadam
  2. Pm buat yang terbaik. PA amat mengharap !!!!!

    BalasPadam
  3. Salam..

    Cadangan dah baguih dah..Boleh diperkatakan hampir 95-99% bersetuju dengan kenaikan kadar tersebut.Tapi yang heranya apesal bila ruang dan peluang dah ada bendani tidak disampaikan direct kpd DS Najib??

    Bab ni yang kadangkala aku berangapan ade kemungkinan BENAR komen dr beberapa org sahabat yang mana mengatakan ini semuanya adalah POLIMIK semata2..aku makin hilang sabar..

    Saban tahun diperKUDA-BODOHkan..Inilah kerja korang saban tahun!!!!

    BalasPadam
  4. mungkin tarikh pengumuman pilihanraya..

    12.03.12

    perghhh

    BalasPadam
  5. Nak suruh PA sokong BN le tu...Gaji sbpa tak berapa nak highlight sangat.

    BalasPadam
  6. Kalau tak dapat lebih kurang macam cadangan Cuepacs...AKU AKAN KEMPEN KAT ISTERI, MAK BAPAK, MERTUA, ADIK BERADIK, IPAR DUAI, SEPUPU dan KAWAN KAWAN, AKU AKAN TUMBANGKAN KERAJAAN.... BERSUMPAH..... aku nekad.... lantak la nak jadi apa pun...

    RUGI?? sekarang apa bezanya.

    Nasihat kan KPPA celaka dengan JUSA- JUSA Celaka termasuk mana mana PTD celaka tu dulu.....

    derang yang mulakan kebencian ini

    BalasPadam
  7. Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.

    apa celita ini latuk...mana hulk...jangan banyak sangat main wayang..nanti makan diri...jangan memberi harapan yang tak pasti kalaw x mampu...bila peluang ada tak pula digunakan...

    BalasPadam
  8. "Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji."

    Apa cite nie....apa yang ceria dan gembiranyanya...?..Cakap berbelit lidah bercabang macam ular..macam paria...apa yang dibincangkan kalau tidak membincangkan tentang tuntutan cuepacs termasuk kenaikan gaji....aku rasa pak omar and the gang kena kencing lagi...tak bermoral...

    BalasPadam
  9. SBPA ..sistem siapa skrg? dibuat oleh JPA atau siapa?

    Pengumuman yg adil dan saksama ???

    cakap sodap bro ., pengisiannya perlu mantap !

    aku ingat peg di JPA perlu dijumudkan jwtn slepas ini.

    Jawatan baru .. individu baru. Ramai Pensyarah berkaliber ..

    Jawatan PTD patut mula dpd gred 48. Cream of the cream dpd PA lain yg brkhdmat di skim bukan PTD spt Pensyarah, Jurutera, Doktor, Peg Penerangan, Belia, Peguam, etc yg berada di gred 44 boleh apply masuk PTD. (kertas kerja ini dah hantar ke Datuk Farida).

    BalasPadam
  10. sedap betul gaya bahasa penjawat awam ni... KPPA celaka?? PTD celaka??

    BalasPadam
  11. memang celaka pun KPPA... so what??

    waktu derang gubal kenaikkan gaji jusa sampai 40% - 50% (bersamaan RM8000 ke RM12000) derang bukan ingat Penjawat awam bawahan yang naik RM100 - RM200 jer...

    Sebabtu KPPA dan JPA CELAKA!!

    BalasPadam
  12. jawatankuasa drebar yg rangka sbpaJumaat, Februari 24, 2012 9:18:00 PG

    setahu aku yg rangka sbpa asal adalah jk pemandu kira org politik ler. so korang boleh tanya najib kenapa premier naik giler giler.

    aku dengar dengar la perkara tuh bukan jpa yg buat. x tahu la mana betul tapi biasanya info drp aku tepat. ntah mungkin silap kali ini ntah mungkin betul.

    so kalu drp jpm sebdiri yg rangka sbpa cupek nak cakap apa hehe.

    BalasPadam
  13. Tan Sri Sidek Hasan adalah petualang yang memberi aib dan masalah kepada PM dalam isu SBPA. Cadangann saya sekiranya kerajaan ingin undi bonus semasa PRU dari PA jangan sambung kontrak KSN sekarang......Cukup-cukuplah Tan Sri Sidek bagilah peluang kepada pegawai lain yang berwibawa. Moralnya apabila kita berkuasa jangan merendahkan martabat insan
    bernama manusia sudah banyak dasar kerajaan makhluk bernama sidek nie langgar ikut suka dia pecat dan pool pegawai kerajaan sana sini. Saya tetap akan menyokong PM Datuk Seri Najib yang berjiwa rakyat. Kami sayang PM

    BalasPadam
  14. sebagai penjawat awam kita kena reda .apa2 pun kena dengar PM cakap. moga adaberita baik lah

    BalasPadam
  15. ceh sikit pun aku x pcaya kt budak botak tu...hahaha kena kencing lg la korang pa2 kerajaan Malaysia yg x bermoral(pm kata) n kuat makan rasuah(sumer org kata)....

    BalasPadam
  16. jawatankuasa drebar yg rangka sbpa berkata...
    setahu aku yg rangka sbpa asal adalah jk pemandu kira org politik ler. so korang boleh tanya najib kenapa premier naik giler giler.

    aku dengar dengar la perkara tuh bukan jpa yg buat. x tahu la mana betul tapi biasanya info drp aku tepat. ntah mungkin silap kali ini ntah mungkin betul.

    so kalu drp jpm sebdiri yg rangka sbpa cupek nak cakap apa hehe.

    ==============================

    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....
    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....
    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....
    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....
    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....
    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....
    SETUJU, SETUJU, SETUJUUUU....

    BalasPadam
  17. Adalah lebih adil jika kenaikan gaji ikut kadar peratusan 70%:60%:50%:40%:30%:20% pada matagaji SSM semasa bermula dari gred 1-16, 17-26, 27-40, 41-54, JUSA dan seterusnya Premier... supaya gaji pokok minimum melepasi RM1000 bagi gred 1-17... dan gred JUSA dan Premier juga dapat kenaikan yang munasabah...jika gaji JUSA RM8000 dah dapat kenaikan RM2400(30%)jadi RM10,400 sebulan belum + elaun dan KSU jika gaji RM15,000 dah dapat tambahan RM3000 jadi RM18,000 sebulan... dah lebih dari gaji PM kut jika ditambah dengan macam-macam elaun?....

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum

    Mengapa harus bertengkar serta beremosional dan berdialoglah dengan cara berhemah seperti budaya ketimuran dan adab sopan santun. Tiada menguntungkan sesiapapun malah timbulkan perasaan dengki.

    Sudah tentu PM akan mengkaji secara mendalam dan terperinci kerana jika kesilapan penghitungan yang diumumkan kelak maka kesannya mat buruk. Ini terbukti ketika peristiwa PRU12 dimana PM pada masa itu enggan tunduk desakan PA diberikan bonus. Kta lihat kesannya amat buruk baik negara dan mahupun kita semua bahkan ada sesetengah negeri maruah digadaikan serta dipersendakan.

    Sudah tentu perisik2 dan penyelidik2 PM sudah mendapat maklumat dan butir2 yang terperinci dan satu rumusan dan jawapan yang akan dirumuskan oleh beliau. Apapun setiap keputusan itu nanti mesti ada suara2 sumbang yang masih tidak berpuashati kerana biasalah masakan seorang dapat memuaskan kehendak jutaan orang mengikut kehendak dan kemahuan masing2.

    Apa gunanya PM mempunyai Pegawai2 Khas yang diberikan gaji bertaraf JUSA kiranya perkara seperti ini tidak dapat diselesaikan secara adilnya. Apapun kita semuanya harus berdoa semoga dimakbulkan jua kehendak bersama.

    Apapun terima kasih kepada Pihak Pembuat dasar kerana mereka menyedarkan PA bawahan yang sedang tidur lena, kepada Cuepas, PM serta bersyukur kepada Tuhan atas segala hikmah ini.

    BalasPadam
  19. PADA SAYA
    ADIL mesti untuk penjawat awam dan rakyat malaysia kerana wang kerajaan adalah wang rakyat Malaysia, bukannya hak total penjawat awam sahaja.
    BUKANKAH Sudah diluluska maka laksanakan lah kenaikan 7-13 peratus dari gred 1-54, Jusa dan Premier.
    Jika 7-13 peratus kenaikan baharulah adil kepada seluruh rakyat malaysia kerana itu yang diluluskan di Parlimen Malaysia.

    Jangan rompak wang rakyat kerana PA dan bukan PA turut membayar cukai. Bahkan ramai PA tak layak bayar cukai dan ada yg bayar ciput kerana elaun tidak dicukai.

    Pa PA

    BalasPadam
  20. macamana dengan pesara..... tak kena mengena ke.......

    BalasPadam
  21. Bukan pesara saja kot, camna dengan petani, penternak, nelayan, pemandu teksi, golongan tua, warga emas,ibu tunggal,bapa tunggal.............

    BalasPadam
  22. tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama berkata...
    Bukan pesara saja kot, camna dengan petani, penternak, nelayan, pemandu teksi, golongan tua, warga emas,ibu tunggal,bapa tunggal.............
    ==================================
    SEMUA AKAN DAPAT MANAFAT DGN KENAIKAN GAJI SEBAB PA MAMPU BERBELANJA DAN MERANCAKKAN/MEMAJUKAN SEMUA SEKTOR TERUTAMA SEKTOR PERNIAGAAN, PERUSAHAAN, PERTANIAN DAN SEGALA JENIS AKTIVITI EKONOMI... BEERMAKNA SESIAPA SHJ YG BERUSAHA AKAN DAPAT KEUNTUNGAN BILA KENAIKAN GAJI MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA...

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama berkata...
    Bukan pesara saja kot, camna dengan petani, penternak, nelayan, pemandu teksi, golongan tua, warga emas,ibu tunggal,bapa tunggal.............
    ==================================
    SEMUA AKAN DAPAT MANAFAT DGN KENAIKAN GAJI SEBAB PA MAMPU BERBELANJA DAN MERANCAKKAN/MEMAJUKAN SEMUA SEKTOR TERUTAMA SEKTOR PERNIAGAAN, PERUSAHAAN, PERTANIAN DAN SEGALA JENIS AKTIVITI EKONOMI... BERMAKNA SESIAPA SHJ YG BERUSAHA AKAN DAPAT KEUNTUNGAN BILA KENAIKAN GAJI MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA...

    BalasPadam
  25. Saya akan 'BERLEPAS'..jika.....

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama berkata...
    Bukan pesara saja kot, camna dengan petani, penternak, nelayan, pemandu teksi, golongan tua, warga emas,ibu tunggal,bapa tunggal.............
    ==================================
    SEMUA AKAN DAPAT MANAFAT DGN KENAIKAN GAJI SEBAB PA MAMPU BERBELANJA DAN MERANCAKKAN/MEMAJUKAN SEMUA SEKTOR TERUTAMA SEKTOR PERNIAGAAN, PERUSAHAAN, PERTANIAN DAN SEGALA JENIS AKTIVITI EKONOMI... BEERMAKNA SESIAPA SHJ YG BERUSAHA AKAN DAPAT KEUNTUNGAN BILA KENAIKAN GAJI MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA...


    sy setuju..sekiranya kuasa membeli bertambah...secara automatik ekonomi kita akan cergas dan meningkat....fakta nyata, terang dan jelas

    BalasPadam
  27. Jumaat, Februari 24, 2012 4:48:00 PM

    Saya setuju dgn pendapat tuan tapi itu cuma saya aceh2 aje kerana nak lihat camna komen tuan kerana Allah turunkan rezeki kat hamba2nya umpama titisan air hujan cuma perlu berusaha dan jangan asyik berdiam diri mengharapkan rezeki datang dengan sendirinya.

    Sesungguhnya dunia ini Tuhan jadikan seadanya dan umat manusia kian bertambah masa demi masa.Syair arab mengatakan Man JADA WAJADA siapa berusaha dia dapat........ dan tawakallah billlah/

    BalasPadam
  28. Senang aje tak payah bising bising , pm ball in your court now , takmau buat takpa , aku sendiri akan turin ceramah seluruh negara untuk kakitangan awam supaya undi dengan bijak , pihak sebelah sana dah pun keluar manifesto dalam buku jingga , harap harap pm pakai lah lah otak kat kepala sendiri untuk fikir , jangan ingat shopping list kak mah aje , kita orang pin nak pi shopping jugak .

    BalasPadam
  29. Kenaikan RM700 hingga RM2500... Ha...ha...ha...paling-paling pun RM70 hingga RM200. harga barang terus melambung....

    BalasPadam
  30. MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

    Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

    Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

    Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

    Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

    BalasPadam
  31. Pendapat saya, permintaan yang keterlaluan, saya bukan gaji besar...tapi...Rm 400 hingga RM700 ada logiknya....KEMAMPUAN KERAJAAN SENDIRI PUN TAK MAMPU NAK BAYAR MACAM TU...........

    BalasPadam
  32. Tak kira kerja apa, Yg unifom ke tidak ke
    10 KENAPA TERLIBAT RASUAH
    1.tidak takut hari pembalasan
    2.tidak takut karma di dunia lagi
    3.seronok bagi anak mkn duit haram
    4.gaji kecik nak hidup macam jusa
    5.patut pakai saga tapi Camry
    6.mak-bapa dia dulu pun mkn rasuah
    7.patut rmh setingkat tapi bunglo
    8.ingat rasuah tu duit kopi
    9.tak takut seksaan kubur
    10. Didikan agama mak-bapak bagi ciput ,

    BalasPadam
  33. Nampaknya paling bergaya dan nampak smart GRED 17 majoriti pakai cermin mata. Itulah yang saya lihat kini.... faham kerana sentiasa kat komputer... faham jemu dan hilang tumpuan jika masa 100 % asyik buat kerja dan kekadang mereka juga perlu hiburan sedikit dan melencong supaya kekuatan cc (pick up dan kuasa kuda) dapat stabilkan.

    Cayalah samalu semua. Nampaknya PA kini sudah banyak dapat gelaran PSD..... PERUT SAMPAI DULU,,.. PA kat Malaysia memang kaya... xcaya banyak dapat Kencing Manis, Darah Tinggi,Ghout, Jantung kerana apa yee?............. penyakit orang2 kaya katakan......

    BalasPadam
  34. harap PM tarik balik semua elaun PA dan diberi gaji basic yg cuepacs minta tue hehehe
    wait n see

    BalasPadam
  35. cercita ,, cercita ..

    BalasPadam
  36. Jangan harap PM akan mengumumkan kenaikan ERM700 hingga RM2500.

    BalasPadam
  37. wayang tamat. sad ending.
    semua bungkus.
    PA bungkus.
    PRU bungkus.

    BalasPadam
  38. KORANG DH LA PEMALAS... NAK NAIK GAJI BYK2 BUAT APA...DUDK KAT OPIS PUN KORANG BUKAN BUAT KEJE...SEMBANG2 N MENGUTUK JA KORANG TAHU...NI LA KEJE PA2...LAIN KALI BELAJAR PANDAI2 ... BRU LEH DAPAT GAJI BYK... BODOH TUI LA PA2 NIH...BAB GAJI JER PANDAI...BAB2 PASL KEJE X BLEH SETTLE..MC LA EMERGENCY LA...MCM2 ALASAN....

    BalasPadam
  39. setakat bersua muka tapi tak bincang hal gaji buat apa?orglain pn blh buat gitu..kalau macam ni punya pertemuan, bukan pertemuan khas namanya

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama berkata...
    MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

    Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

    Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

    Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

    Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

    Jumaat, Februari 24, 2012 6:55:00 PM

    ..........................

    sebelum membuat sesuatu perbandingan buatlah sedikit penyelidikan barulah dikatakan profesional...untuk makluman anda Inspektor polis adalah gred 41 dan kelayakan masuk memerlukan ijazah, master atau phd....kemasukan pula memerlukan ijazah profesional dan bukan ijazah sastera seperti kastam...perbezaan gaji tentera dan polis lebih tinggi pula kerana risiko tugas yang lebih tinggi...untuk makluman anda tentera dan polis di negara2 luar mendapat gaji sehingga 35% lebih tinggi dari penjawat awam lain...ini bermakna tentera dan polis di malaysia mendapat gaji jauh lebih rendah dari rakan sejawat dari negara lain...rasuah bukan kerana gaji tapi kerana 10 sebab yang telah di berikan oleh sahabat kita diatas...

    BalasPadam
  41. Jangan nanti buat pengumuman penting PRU13 pulak...Penjawat Awam tengah tunggu Gaji naik ni..

    BalasPadam
  42. es matlec''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

    DAH NAMPAK DA APA YG BAKAL BERLAKU..T/KASIH CUPACS..

    BalasPadam
  43. AYAT-AYAT YANG DIPERKATAKAN:-
    (Hayatilah betul-betul, peluang ada tidak di direct terus kepada PM) Masih tergantung tuntutan ini....nak menyedapkan hati penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54)


    Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.

    Pertemuan ini dijalankan bagi menyampaikan maklum balas penjawat awam mengenai SBPA. Kita tidak membentangkan hasil bengkel termasuk mengenai tuntutan kenaikan gaji.

    BalasPadam
  44. Apa pun, mintalah dengan adab, kalau dapat bersyukurlah, kalau tak dapat sepenuhnya, redhalah. Jangan pula lupa untuk meminta kepada Allah akan dtambahkan iman, keluarga yang harmoni, anak-anak yang cerdik dan beriman dan rezeki yang mencukupi walaupun kelihatan kecil serta jiwa yang tenteram serta qana'ah. Gaji besar kalau semua diatas tidak ada, akan tetap merasa kurang dan gelisah.

    BalasPadam
  45. AYAT-AYAT YANG DIPERKATAKAN:-
    (Hayatilah betul-betul, peluang ada tidak di direct terus kepada PM) Masih tergantung tuntutan ini....nak menyedapkan hati penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54)


    Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.

    Pertemuan ini dijalankan bagi menyampaikan maklum balas penjawat awam mengenai SBPA. Kita tidak membentangkan hasil bengkel termasuk mengenai tuntutan kenaikan gaji.

    Sabtu, Februari 25, 2012 11:01:00 AM

    +++++++++++++++++
    wayang tamat. sad ending.
    semua bungkus.
    PA bungkus.
    PRU bungkus.

    BalasPadam
  46. berpangkat...... berkata...

    KORANG DH LA PEMALAS... NAK NAIK GAJI BYK2 BUAT APA...DUDK KAT OPIS PUN KORANG BUKAN BUAT KEJE...SEMBANG2 N MENGUTUK JA KORANG TAHU...NI LA KEJE PA2...LAIN KALI BELAJAR PANDAI2 ... BRU LEH DAPAT GAJI BYK... BODOH TUI LA PA2 NIH...BAB GAJI JER PANDAI...BAB2 PASL KEJE X BLEH SETTLE..MC LA EMERGENCY LA...MCM2 ALASAN....


    tulis jer berpangkat....tapi bahasa mengalahkan budak2..jgn kata org cam tu cuba tengok diri sendiri cam ner..sy pun golongan profesional...tak semua golongan bawahan cam tu..dan tak semua golongan atasan yg baik..masing2 nilai diri masing2 la...kita ni kan org melayu beragama islam...

    BalasPadam
  47. Khas untuk Tanpa Nama : Ko ni duk diam2 boleh tak,.semua sakit hati baca komen ko. Kerajaan dah nak bagi kenaikan gaji pun tak pandai bersyukur. Kalau aku dapat tahu ko ni sapa, memang aku akan tamatkan perkhidmatan ko..kalau ko berani sangat bagi komen macam tu, bagila maklumat diri ko...ko ni sebenarnya gunting dalam lipatan kerajaan..

    BalasPadam
  48. Pengumuman kpd smua PA. Bank akn dibuka pada hati sabtu dan ahad sperti biasa pd bulan april 2012. Waktu urunisga juga dilanjutksn sehingga jam 12 tgh malam. Ini adalah kerana memberi kemudahan kpd golongan PA untuk membust overlaping. Harap maklum. Bukan bank yg maklum cuma cafangan aku jer.

    BalasPadam
  49. utk ssm rm500 bwh gred 17,rm450 gred 17-26, rm400 gred 27-40, rm350 41-54, jusa2 rm300..rasanya jimat duit rakyat..lepas tu convert SBPA dengan term2 baru yang adil dan bersesuaian dengan kelulusan dr PMR ke degree.

    BalasPadam
  50. utk ssm rm500 bwh gred 17,rm450 gred 17-26, rm400 gred 27-40, rm350 41-54, jusa2 rm300..rasanya jimat duit rakyat..lepas tu convert SBPA dengan term2 baru yang adil dan bersesuaian dengan kelulusan dr PMR ke degree.
    ....................................
    Aslmlkm,
    Cadangan yang dibuat oleh Cuepacs tu mungkin dlm nilai yang dikirakan wajar RM 700 hingga RM 2,500. Biasalah tu, kena minta lebih, sebab biasa2nya akan dapat lebih kurang separuh aje agaknya. Contoh Cuepacs minta bonus 3 bulan, yang diberi cuma 1 1/2 bulan gaji aje. Kita PA bersyukur juga, tak dapat banyak separuh pun jadilah. Klu awal2 minta sikit, takut2 makin ciputlah yang dapat nanti. Apa2 pun marilah kita sama2 berdoa kehadrat Allah S.W.T agar nasib PA bawahan ni terbela, kerana doa orang2 yang teraniaya mudah diperkenankanNya.

    BalasPadam
  51. Cadangan saya kenaikan sperti berikut:

    gred 1-16- RM1,000.00
    gred 17-26-RM1,500.00
    gred 27-36-RM2,000.00

    Kalau PM lulus, insyaallah sokongan kepada PM meningkat.Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.
    sebelum PM umum,kita kakitangan awam perlu sembahyang hajat dan baca yasin sepanjang hari memohon PM lulus permintaan ini.

    Ahad, Februari 26, 2012 12:07:00 AM

    Tanpa Nama berkata...
    Industri kereta tergugat,jadi kerajaan naikkan gaji seperti berikut:
    Gred 1-16 layak pakai kereta waja
    gred 17-26-layak inspira
    gred 27-36- layak pakai Camry

    Ahad, Februari 26, 2012 12:10:00 AM

    BalasPadam
  52. Tanpa Nama berkata...
    Kan lebih baik
    1-16 dapat RM700
    1 -16 dan 17-26 RM600
    17-26 dan 27-40 RM500
    27-40 dan 41-48 RM400
    41-48 dan 52-54 RM300

    Gred 17-26 gak dapat sikit...padahal gred 27-40 memang gaji dah banyak...

    Nampaknya Jawatankuasa yang dikuasai Presiden jugak yang untung dapat... RM500( nampak sangat ambil kesempatan seperti geng pembuat SBPA jugak)
    ppppppppppppppppppppppppppppppppp
    Cadangan saudara boleh dipanjangkan.....barulah sesuai....tapi apa yang terjadi 27-40 juga yang untung...memang kena bantah...
    kena tengok WAHAI GOLONGAN 41-48....PERBEZAAN HANYA RM300 SAHAJA...SUNGGUH PELIK MENGAPA JADI BEGITU.........BUKALA MATA BAGAIMANA PEMINPIN KUPEK MAIN PERANAN SUPAYA GOLONGAN BELIAU YANG AKAN DAPAT LEBIH...ADAKAH INI PEMIMPIN YANG ADIL...YANG KENA ANIAYA GRED 17-26 DAN 41-48...WAHAI P.A YG SEANGKATAN TAK KANLAH KAMU SEMUA TAK NAMPAK....


    SEBENARNYA KUPEK MAIN CERITA AJE...PERMINTAAN YANG TIDAK REELEVAN..PERCAYALAH INI TAKTIK UNTUK MELAMBATKAN PERLAKSANAAN SEHINGGA PR 13 HAMPIR TIBA BARU DILAKSANAKAN....SBPA TETAP SEPERTI ASAL,,,,ADA SIKIT PERUBAHAN SAJA...PERCAYALAH WAHAI RAKAN P.A...
    PEMIMPIN YANG TIDAK ADIL HENDAKLAH DIJATUHKAN.....
    ===================================

    Memang betul....AJK Cuepacs ambil peluang terhadap SBPA,
    Jika saya AJK Cuepacs saya rasa amat malu kerana mengambil kesempatan menaikkan gaji sendiri...

    Kumpulan Gred 17-26 tak berani bersuara kerana AJK CUEPACS terdiri dari pegawai yang lagi kanan.

    JOM geng 17-26...KITA PAKAT KELUAR CUEPACS...kita gabung dengan gred 41-48...sebab mereka pentingkan kumpulan mereka sahaja

    AJK CUEPACS SEDARLAH DIRI

    AYUH, 17-26 kita bersatu

    ===================================

    BalasPadam
  53. Kalau lihat AJK Tertinggi Kupek 2010/2013 di gred 17-26 seramai 6 orang (omar, zainal, jaapar, abd. rahman, razali) mahamad, di gred 27-32 cuma 3 org saja (azih, loke, adnan).

    cakap siang malam ?! beredengkurrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  54. JAWATAN TAK PENTING DALAM ISU SBPA,YANG PENTING BERJUANG,
    ADA PANDANGAN BOLEH DIBERIKAN BUKAN MENGUTUK DATUK OMAR.
    DATUK OMAR BANYAK BERJASA KPD K/T AWAM,MAKA RAKYAT MALAYSIA PERLU BERSYUKUR.

    BalasPadam
  55. JAWATAN TAK PENTING DALAM ISU SBPA,YANG PENTING BERJUANG,
    ADA PANDANGAN BOLEH DIBERIKAN BUKAN MENGUTUK DATUK OMAR.
    DATUK OMAR BANYAK BERJASA KPD K/T AWAM,MAKA RAKYAT MALAYSIA PERLU BERSYUKUR.

    Ahad, Februari 26, 2012 1:07:00 PM

    ---------------
    The truth is Omar perlu pencen mutlak. Dia dah pencen 4 tahun (2008), dgn UPM. Skrg bertaraf pekerja kontrak UPM. umur dah masuk 61 tahun.
    masa utk berlalu dahtiba. terima kasih atas jasa yg lalu.
    sbpa? bagi kpd pengganti beliau mengurusnya .... maaf sekadar cdgn.

    BalasPadam
  56. PADA SAYA
    ADIL mesti untuk penjawat awam dan rakyat malaysia kerana wang kerajaan adalah wang rakyat Malaysia, bukannya hak total penjawat awam sahaja.
    BUKANKAH Sudah diluluska maka laksanakan lah kenaikan 7-13 peratus dari gred 1-54, Jusa dan Premier.
    Jika 7-13 peratus kenaikan baharulah adil kepada seluruh rakyat malaysia kerana itu yang diluluskan di Parlimen Malaysia.

    Jangan rompak wang rakyat kerana PA dan bukan PA turut membayar cukai. Bahkan ramai PA tak layak bayar cukai dan ada yg bayar ciput kerana elaun tidak dicukai.

    Pa PA

    jjjjjjjjjjjjjjjj

    saya sokong diatas, Jika kenaikan melebihi 13 peratus yg diluluskan ibarat PA meROMPAK wang rskyst. Pendapatan kerajaan bukan hak PA secara TOTAL melainkan dikongsi untuk seluruh rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  57. Kenapa gaji premier besar? Cuba kaitkan dengan dasar baru yg jawatan utama boleh dilantik dari kalangan GLC. Berapa gaji CEO di GLC? Dah tentula gaji jawatan utama perlu selari dan selaras.kalau tak nak ke CEO masuk ke jawatan utama kerajaan..fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam
  58. Pada hemat saya, bukan tidak sudi dengan cadangan kupek, tapi 10% -13% yang diluluskan oleh kabinet pun tak dapat nak dijalankan, inikan pula permintaan yang sangat tinggi...Hari tu kata dah ada kertas cadangan nak kemuka pada persidangan 25 februari..alih2 keluar pula cadangan baru RM700-Rm2500.....betul ke kupek ni,... yang mana satu nak pakai ni....

    Senang saja berikan 10%-13% pada gaji ssm dan lompat yang terdekat, kemudian naikkan KGT baru dengan dengan segera...ramai P.A suka dah dapat rasa gaji baru...lepas tu nak minta apa pun mintakla......kami semua setuju....
    ini tidak asyik cadang saja tak habis2. laksananya tidak juga....Gaji Jusa Premeir kasi turun sikitla tinggi sangat yang asal tu.....Seronok Bahagia penjawat Aman Malaysia..(SBPA)
    tidaklah ada perasaan Sakit hati, Bengang, Penjawat Awam (SBPA)

    Cadangan macam ni pun...Alhamdulilah...rezeqi bukan nanti dapat beribu-ribu......

    BalasPadam
  59. kopek tua pencen saja laIsnin, Februari 27, 2012 12:45:00 PG

    cupek nak minta naik gaji drp kerajaan. bincang dgn jpa bla bla etc. akgirnya jumpa pm x sebut sepatah haram soal naik gaji. kira serah pada keputisan najib. masalahnya aku yakin najib pun x tahu cupek ada minta naik gaji. pertemuan perbincangan paling bangang pasal tujuan jumpa utk minta naik gaji tapi time jumpa x sebut apa pun. mcm cilaka wayang tongkol

    BalasPadam
  60. Kenapa gaji premier besar? Cuba kaitkan dengan dasar baru yg jawatan utama boleh dilantik dari kalangan GLC. Berapa gaji CEO di GLC? Dah tentula gaji jawatan utama perlu selari dan selaras.kalau tak nak ke CEO masuk ke jawatan utama kerajaan..fikir-fikirkanlah...

    Ahad, Februari 26, 2012 10:14:00 PM
    ___________________________

    DASAR siapa buat yg bawa CEO masuk ke PA?
    JPA yg buat? Siapa? Stake holders?

    Apakah PTD tak layak?

    Jika PTD tak layak, skim PTD perlu diperbetulkan/rombak !
    Bagaimana?
    skim PTD perlu bermula dgn gred 48. Cream of the crteam di gred44 dpd skim perkhdmtn lain selain skim PTD DIBERI peluang/buka masuk skim PTD.

    PTD dinobatkan smula.
    -mr.y

    BalasPadam
  61. Persoalannya sampai bila PA nak tunggu dan bersabar. Tunggu 12 Mac pulak. Kesian kami PA, rasa dipermainkan.. Jangan tak jadi pulak,yang penting bayar tunggakan mengikut tarikh 1.1.2012..

    Pertanyaan: PM susah sangat k nak selesaikan perkara ni?Bila nak dilaksanakan?..

    Terima kasih kepada cuepacs kerana berani meminta kenaikan 700-2500.

    BalasPadam
  62. siapa mau adil kerja sendiri,jadi tauke,baru adil,kalau jadi PM,hampa baru tau bagaimana susah nak timbang kehendak rakyat,apapun PM kena buat keputusan adil,kumpulan Jusa dah naik banyak 90%,kumpulan pelaksana berapa pula,harap keputusan yang adil pada 12 mac 2012.

    BalasPadam
  63. 1. Gaji nak dapat banyak
    2. Dari pagi sampai malam asyik duk mengomeng sahaja
    3. Belajar setakat SPM saje, degree biar orang lain dapat
    4. Bila buat kerja?
    5. Macamana dengan produktiviti dan kualiti?

    Kesimpulan: Fikirlah sendiri

    BalasPadam
  64. Alahai... datangla penyakit TAMAK haloba pulak. Tak dapat marah, lambat sikit marah, dah dapat tak cukup, komplain lagi. Apa salahnya bersyukur, kalau dapat banyak pun kalau tak pandai jimat sama sahaja, takkan cukup.

    Apa yang cuba diselesaikan sekarang ialah perbezaan antara atas bawah yg terlalu besar sampai tak munasabah. Tuntutan Omar ceupacs tu dah okey, kita tunggu sahaja nanti, Apa PM tak tahu baca surat khabar ke apa kata ceupacs? Sampai marah2 bila tak kasi tau masa jumpa tadi??

    Majlis tu bukan majlis untuk buat komplain atau tuntutan. Ia untuk beramah mesra. Takkan ceupacs tu bodoh sangat.

    PM pun tau, jika buat tak betul SBPA ni, dia juga yang akan susah nanti. Janganlah banyak prasangka.

    Manusia ni memang tak pernah rasa puas. Asyik nak cari salah orang saja. Cuepacs buat salah tak buat lagi laa. Naik gaji salah, tak naik lagi laa. Aku rasa apa yang ceupacs buat tu dah ambil kira yang terbaik. Omar lakukan yang terbaik yang tak berani orang dulu buat. Omar berani gertak kerajaan.. kira ok lah tu.

    Apapasal pula nak suruh dia berhenti pula. kata dia ambil kesempatan la, tuduh dia main wayang la. Semua itu sikap bodoh sombong, tamak haloba dan tak sabar. Kita patut ucap terima kasih kepada dia yang berkerja untuk kita semua.

    Kalau kerajaan tak mampu bayar, turunkan kenaikan gaji kumpulan JUSA dan keatas. Itu betul, kita patut sokong.

    Sudahlah jangan buat kerja bodoh lagi. Bertugaslah dengan baik setimpal dengan kenaikan gaji nanti. Aku orang pencen, tak terlibat dengan emas runtuh ni. Cuma aku kesian tengok kamu semua terjerit terlolong membuat macam-macam cerita rekaan. Ada yang guna bahasa kesat yang tak layak digunakan oleh manusia bertamaddun. Nanti aku kata kau orang dah terjilat hasutan pembangkang, kau orang nak marah.

    Bersabarlah sikit yer.. kalau rezeki takkan kemana.. Duit bukan boleh bawa ke kubur. Bersyukur boleh bawa ke sana dan ditokok tambah lagi... betul tak?

    BalasPadam
  65. Tanpa Nama berkata...
    Penulis Febr 28,2012 jam 9.45am masih tertinggalan zaman.Zaman dulu tak pakai computer.Dulu tak hidup dalam mewah kerana tak ada kereta,dvd, main golf. U otak sempit bagus jangan buang masa sama tak guna.
    ........................
    ___________________________
    ---------------------------

    Siapa yang ajar kita hidup bermewah-mewah?

    tak salah hidup mewah. tapi kemana arah kemewahan yang kita nak bawa itu ? ke arah akhirat atau ke arah tipu daya iblis dan hawa nafsu yang busuk.

    Jawapan ada pada diri kita.
    Kalau kita nak puaskan hawa nafsu kita bawalah kemewahan itu ikut hawa nafsu kita............

    Kalau kita nak keredhoaan ALLAH macam Nabi MUHAMMAD SAW.Ikutlah cara hidup baginda SAW.

    ya, ALLAH...cukuplah engkau ya ALLAH bagi kami ya ALLAH.

    BalasPadam
  66. Sesiapa yang sertai perhimpunan cuepacs 19 Mac ni memang bodoh. Nak buat apa ikut kata pemimpin cuepacs ni. Sekejap kata setuju sbpa, sekejap tak setuju. Kemudian menjadikan sbpa ditangguhkan. Banyak yang cuepacs ni buat masalah. Aku tak dapat bayangkan cuepacs ni dah la berani bersemuka jumpa PM minta kenaikan sampai RM700. Bayangkan benda tak logik berani jumpa PM. Belum lagi benda yang logik. Harap kita jangan sertai perhimpunan yang diketuai pembangkang bawah selimut ni.

    Kepada PM, teruskan perjuangan. Kami warga PA yang bukan ahli cuepacs sentiasa menyokong di belakang Datuk Seri. Malaysia lebih aman, makmur dan adil bersama kepimpinan BN. Perkara sbpa ni cuma masalah jangka pendek. Kami warga PA memandang jauh ke hadapan bersama kerajaan PM sekarang.

    Usah peduli tin kosong.

    Pembangkang = tin kosong juga.

    Jangan goyah taktik kotor.

    BalasPadam
  67. Rm700 tu dah kira macam gaji minimum untuk satu orang.

    Baik RM700 tu kita bagi pada anak2 kita yang nak baru kerja. Boleh buka peluang pekerjaan. Ini tamak betul. Kerja gila minta kenaikan sampai RM700.

    Berani nak lingkupkan kerajaan ke apa?

    BalasPadam
  68. MEMANG PATUT NAIK RM700..LAGI PATUT KALAU CUKUPKAN JE RM 1000..KERAJAAN MALAYSIA KAYA..TAK DE NAK LINGKUPNYA
    BUKTINYA KENAIKAN GAJI KUMP JUSA KEATAS HAMPIR SEKALI GANDA DENGAN GAJI POKOK MELALUI SISTEM SPBA..ATAU 2/3 DARIPADA KESELURUHAN KUMP BAWAH GRED54.
    KUMP BAWAH 17 LAGI LAH GIGIT JARI JELAH DENGAR KUMP JUSA NIH MAKAN ANGIN KAT LUAR NEGARA..BELI RUMAH BANGLO SAMA BESAR DENGAN DEWAN..TUKAR KERETA MAHAL SETAHUN SEKALI..BELI TAHAN BERPULUH EKAR..
    GRED BAWAH 17 NAK SEWA RUMAH 3 BILIKMPUN PIKIR BAJET 10 KALI..JADINYA BAGUSLAH KALAU GAJI NAIK RM 700,,KURANG KURANG TAKDELAH KUMP INI PENING NAK PIKIR CAMANA NAK KOREK DUIT UNTUK BELANJA / URUS KEHIDUPAN/ KELUARGA DENGAN KEADAAN HARGA BARANG YANG MAHAL NIH//HARGA BARANG TIAP TIAP TAHUN NAIK BRO..

    BalasPadam
  69. kita islam adalah bersaudara damai saudara kamu.....Ya Allah kau ampun kan lah dosa-dosa kedua lbubapaku.. Ya Allah kau ampun nie lah dosa-dosa orang-orang yang menginayai aku dan kau ampunkanlah semua umat islam yang hidup dan yang mati dan kau permudahkanlah urusan seharian kami dan kau tetap kan lah iman kami dan makbullah permohonan kami dan masukkan kami bersama-sama orang-orang beriman dan beramal soleh serta para syuhada yang dijanjikan dalam syurgaMu.

    From :BP

    BalasPadam
  70. kami tinggal di kampung bagan serai,Seberang jaya,ADUN Seberang jaya tak tolong kami bagi pampasan rumah kami kena projek awam perda,dah lama dah,tak dibayar pampasan,silap kami pangkah BN,janji bertahun-tahun entah belum dibayar.sekali ni kami nak pangkah PR pula.JKKP pun tak tolong.siapa nak bantu kami dapat duit pampasan rumah.

    BalasPadam