09 Mac 2012

KOPERASI SEKTOR AWAM 1 MALAYSIA DITUBUHKAN

Utusan Malaysia
8 Mac 2012



PUTRAJAYA - Koperasi Sektor Awam 1Malaysia yang keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam akan ditubuhkan untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja tersebut.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut dicapai hasil pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

‘‘Semua penjawat awam boleh menyertainya, Lembaga Pengarah koperasi buat masa ini akan dianggotai oleh pegawai tertinggi CUEPACS.

‘‘Esok kita akan mengawal semua kantin di agensi-agensi kerajaan supaya ia dapat menjana pendapatan penjawat awam.

‘‘Kita harus melakukan transformasi untuk tingkatkan kebajikan penjawat awam termasuk selepas mereka bersara,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

5 ulasan:

  1. Ini adalah satu hala tuju untuk menjana dan mengambil bahagian dalam induatri sektor ekonomi. Ia juga akan menguntungkan semua kakaitangan awam yang akan menjadi alhi dan membantu semua negeri dalam urusan kewangan yang baik. Syabas dan saya juga minta akan menjadi ahli - sila memberi malumat lanjut... Saya mencadangan nama ringkas saperti " K.A.S.1.M"
    Koperasi Sektor Awam 1 Malaysia

    BalasPadam
  2. Saya PA-17 amat sokong. Harap jadi kenyataan sepenuhnya. Jangan mcm SBPA lagi - skim yg x memenuhi citarasa pengguna.

    BalasPadam
  3. Bodoh BAHALUL .. cakap bende dlm Perhimpunan Khas bersama PM !!!

    Koperasi atuk kau ! Aku pun pengerusi koperasi di jabatan aku .

    Jabatan lain berlambak ada koperasi !!

    Mana fokusnya kpd isu PA dan SBPA !

    Bangang ! Nyanyuk !!! pencer jer lah !!
    Buat malu PA !!

    BalasPadam
  4. Betull tu
    Korang lantik la presiden OO jadi pengerusi koperasi tu seumur hidup

    BalasPadam
  5. Terima Kasih dengan usaha CUEPACS menjana/ membantu penjawat awam di Malaysia ini, teruskan usahamu CUEPACS..kalau daripada 1.4juta hanya 400ribu yg tidak setuju cuepacs masih kuat....so pedulikan orang2 yg memaki nie....tu je la keje part time org yg memaki nie...

    BalasPadam