08 Mac 2012

SKIM SBPA DIMANSUH, PELARASAN GAJI 7-13 PERATUS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

NONE"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik.

"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa berikutan rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.

Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Najib juga berkata kerajaan turut bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

NONEBeliau juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

8 ulasan:

  1. Yang lulus PTK aras 4 perlu diberi anjakan gaji ..

    BalasPadam
  2. Harap pihak Cuepacs perjuangkan golongan teraniya yg tidak dapat anjakan gaji yg telah lulus PTK Aras 4 akibat penamatan PTK. Tolong perjuangkan....

    BalasPadam
  3. JANGAN TERTIPU DENGAN HELAH LICIK PM, UMNO DAN BN. MEREKA PAKAR TIPU MENIPU...PUTAR SANA PUTAR SINI..DI BERI RM100...AMBIL...DIBERI RM200...AMBIL...DIBERI RM500...AMBIL...PRU-13...UNDILAH PAS...PKR...DAP...PM DAN TPM TIPU DAYA DIDAHULUKAN...MUSLIHAT DIUTAMAKAN...

    BalasPadam
  4. HANG LI PO berkata...

    JANGAN TERTIPU DENGAN HELAH LICIK PM, UMNO DAN BN. MEREKA PAKAR TIPU MENIPU...PUTAR SANA PUTAR SINI..DI BERI RM100...AMBIL...DIBERI RM200...AMBIL...DIBERI RM500...AMBIL...PRU-13...UNDILAH PAS...PKR...DAP...PM DAN TPM TIPU DAYA DIDAHULUKAN...MUSLIHAT DIUTAMAKAN...

    ##kerajaan PKR skang ni ade bg
    RM500 gak ke kat rakyatnye?

    BalasPadam
  5. Datuk Omar: perjuangkan elaun pakaian batik penjawat awam secara konsisten sehingga permohonan tersebut dipertimbangkan dan diluluskan oleh kerajaan..

    BalasPadam
  6. KSN gagal. Kalau pegawai lain tentu KSN cepat turunkan pangkat atau masuk swiming pull. So apa lagi.......KSN gagal mengikut arahan PM. Kalau terus juga SBPA....silap haribulan BN kalah......so apa lagi KSN selalu cakap integrity lah......itulah ........letak jawatan. Pengarah saraan JPA yg bodoh sombong tak tanya senior JPA juga wajar diturunkan jawatan......

    BalasPadam
  7. setuju supaya KSN ditamtkan kontrak serta merta.....YAB PM kena tegas ...kami sayang PM...KSN jangan nak salahkan KPPA......kita tahu dari dulu lagi KSN pejuangkan JUSA beri gaji tinggi samPai tak masuk akal.....kalau nak gaji lebih, pergilah kerja swasta.....jangan asik kokok......bagi peluang pada org lain pegang jawatan KSU/KSN......semua primier yg kontrak tu pun elok tamatkan kerana syok gaji tinggi langsung tak cakap dan beri nasihat pada KSN......

    BalasPadam
  8. KSN....heeeeeiiii
    Dulu bukan main malu lagi bila nak bgtau PM bila PA nak bonus atau kenaikan gaji.
    Tapi bila di SBPA...rupanya dia makan paling besar dan dah dapat dulu pulak tu stat bulan januari.
    PA-PA lain melopong tunggu naik gaji tak kunjung tiba...

    BalasPadam