Borneo Post
21/4/2012
21/4/2012
Penjawat awam harus sedia hadapi agenda transformasi
MIRI:
Para penjawat awam di negeri ini digesa supaya sentiasa mengorak
langkah untuk membantu kerajaan dalam usaha menyebarluaskan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) hingga ke peringkat akar umbi dalam usaha
membangunkan negara dan bangsa khususnya Sarawak.
Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha berkata, sejajar usaha
kerajaan untuk melonjak serta merancakkan pembangunan di negeri ini,
setiap penjawat awam perlu menghadapi agenda transformasi era
globalisasi ini dalam situasi kesiapsiagaan yang sewajarnya.
“Dalam
konteks ini, adalah disarankan agar semua penjawat awam di negeri ini
sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran diri dalam apa jua
bidang yang sesuai dengan tuntutan zaman kini,” ujar beliau lanjut.
Justeru,
tegas beliau, dalam usaha pihak kerajaan untuk memastikan agar agenda
yang dihasratkan ini menjadi realiti, komitmen semua pihak sama ada
pihak pemimpinan atasan mahupun anggota bawahan adalah amat dihargai.
“Sehubungan
itu, sokongan padu dan mantap daripada seluruh penjawat awam akan
memperkukuhkan lagi nada gagasan yang dilaungkan,” katanya.
Misnu
berkata demikian pada ucaptamanya semasa merasmikan Seminar CUEPACS
Bahagian Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini pagi
semalam.
Seminar sehari itu yang bertemakan ‘Ke Arah Transformasi
Penjawat Awam di Sarawak’ dihadiri sermai 120 orang penjawat awam yang
mewakili pelbagai jabatan kerajaan di bahagian Miri.
Hadir sama
pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Pusat Azih Muda, Setiausaha Kewangan
CUEPACS Jaafar Mansor, Pengerusi CUEPACS Bahagian Sarawak Cecillia Yong
Mee Chai dan Timbalan Residen Abdul Aziz Mohd Yusof.
Terdahulu,
ketika berucap pada majlis sama, Jaafar menasihatkan para penjawat awam
agar sentiasa mengamalkan budaya berjimat cermat ketika berbelanja
meskipun telah menerima pelaksanaan gaji baharu di bawah Sistem Saraan
Baru (SSB) yang ditambah baik.
“Kita minta penjawat awam supaya
berbelanja ikut kemampuan. Simpan-simpanlah sikit untuk keperluan masa
depan kerana kita tidak tahu ada atau tidak kenaikan pada tahun depan,”
katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, CUEPACS amat mengambil
berat tentang kebajikan para penjawat awam dan tidak mahu dilabelkan
sebagai pihak yang suka meminta-minta.
1st
BalasPadam2nd
BalasPadamsapa taip 1st & 2nd ni memang gedik takda keje suka spam blog.
BalasPadamtq.
sapa taip 1st & 2nd dan 3rd ni memang gedik takda keje suka spam blog.
BalasPadamtq.
kakaaa
BalasPadamjom kita bantu gomen buat transformasi...kita bekerja lebih tekun...
BalasPadamya, kita mesti bekerja lebih tekun dan bertanggungjawab. Jalankan tugas dengan amanah. Slip gaji April dah ada....gaji dah naik...mesti tau bersyukur.
BalasPadamALHAMDULILLAH.... SYUKUR...REZEKI ANAK KU LAHIR PADA BULAN APRIL.. TQ ALLAH.
BalasPadamkami ada ijazah dan master, kursus dah beratus kali, seminar dah berpuluh kali, dah profesional pun, ilmu bak mengunung, bersih, cekap, amanah, tranformasi dah buat deh..!! tekun serta beritergriti, ape lagi nak.. tapi ape SPA,JPA buat tentang PA yg ada ijazah dan master kenaikan pangkat, gaji dan elaun kami semua..!! begitu juga tentang kenaikan gred bagi semua PA..!! ape cite..!!
BalasPadamYg diatas:
BalasPadamTak peduli lah sama ada kamu ada Ijazah ke, Master ke atau bapak PhD ke kalu mohon kerja dan bekerja sebagai kerani GAJI tetap dibayar gred kerani.
Pangkat kena pohon kalau ada kekosongan, MASIH tak puashati berenti kasi orang lain kerja tu atau bejuta lagi kat luar sana tu nak pohon dan ganti kan kamu.
MARI BANTU GTP
KijaSelow
Tanpa Nama berkata...
BalasPadamkami ada ijazah dan master, kursus dah beratus kali, seminar dah berpuluh kali, dah profesional pun, ilmu bak mengunung, bersih, cekap, amanah, tranformasi dah buat deh..!! tekun serta beritergriti, ape lagi nak.. tapi ape SPA,JPA buat tentang PA yg ada ijazah dan master kenaikan pangkat, gaji dan elaun kami semua..!! begitu juga tentang kenaikan gred bagi semua PA..!! ape cite..!!
Ahad, April 22, 2012 12:22:00 AM
ANGKUH DAN SOMBONG...........
Aku dah lama bengang....kerajaan galakkan swasta gunakan bahasa kebangsaan..tapi bila bab istilah program-program kerajaan sendiri tak pernah nak gunakan BM di era najib nih.
BalasPadamGTP tu patutnya PTK.
Tu belum lagi bersepah yg lain...NKRA, NKEA, KPI bla bla bla
Macamana org lain nak ikut...mcm ketam mengajar anak.......
aku peduli aper..g mampos la dengan aper kejadah transformasi tu..nak sebar gtp ke aper ke benda tu boleh jer..naik kan gaji dulu..ni skim gaji tak adil..sakit jer ati aku ni
BalasPadammasa mohon kerja dulu siapa yg isikan borang?
BalasPadammasa interview dulu apa janji2 manis anda pada panel interview?
lupa dah???
sapa taip 1st & 2nd dan 3rd ni memang gedik takda keje suka spam blog.
BalasPadamtq.
===============
Biaq pi kat dia la nak jadi 1st dan 2nd tu....dah itu yang boleh memberi kepuasan kpd dia hehehe
betulke lepas mengundi baru dapat tunggakan...huhish lambt lg laaaa
BalasPadam