27 Mei 2012

500,000 PESARA DISARAN ANGGOTAI KELAB KESATUAN PESARA KERAJAAN

Bernama
27/5/2012



MACHANG, 26 Mei (Bernama) -- Kesemua 500,000 penjawat awam yang bersara daripada jawatan kerajaan disaran supaya menyertai kesatuan baru yang diwujudkan iaitu Kelab Kesatuan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) bagi membolehkan kesatuan itu membela nasib mereka.

Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Jaapar Mansor berkata kira-kira 300,000 daripada jumlah pesara itu terdiri daripada mereka yang berkhidmat dalam kumpulan pelaksana iaitu Gred 40 ke bawah.

"Dengan menjadi anggota kesatuan itu mereka dapat menjalankan aktiviti untuk menolong nasib masa depan selepas bersara dari pelbagai jawatan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Himpunan Kasih Pesara Kerajaan/Badan Berkanun peringkat jajahan Machang di sini Sabtu.

Katanya walaupun terdapat ramai bekas penjawat awam yang bersara di seluruh negara dan menganggotai banyak kesatuan tetapi mereka tidak bergerak atas satu badan gabungan.

Beliau berkata antara tuntutan bekas penjawat awam ialah menseragamkan bayaran pencen untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan pesara tentara atau polis.

-- BERNAMA

19 ulasan:

  1. siapa presiden Kupekmas ? Omar si tomok?

    BalasPadam
  2. Sertai kelab Pesara kerajaan Puak Puak Turus jadi Presiden hingga AJK,kami jawatan rendah jadi kuli aje.ubah persepsi minda dikalangan Puak puak jusa/turus kami pandai juga tetapi peluang nak jadi KSU dan KSN tak berpeluang.

    BalasPadam
  3. semuanya ada udang bawah mee..........

    BalasPadam
  4. tok omar punya ajenda.

    BalasPadam
  5. Ego engkau orang ni tinggi sangatlah.... ada aja yang tak kena!!! bila diberi jawatan.. tak mampu pulak.. cakap aja pandai (paham tak). dah ada jalan yang baik tu .. ikut ajalah.. ni tak, cercalah hinalah.. selama ni ada ke idea macam ni yang engkau lontarkan? insaflah... pesara bukan orang senang, kalau engkau banyak sangat komen.. nah.. jangan campur dalam perkara baik sebegini. aku bukan menyebelah sesiapa tapi aku tak boleh tengok orang EGO MELAMPAU ni... kemungkinan engkaulah orangnya yang dicari-cari Polis kerana modus operandinya sama...

    BalasPadam
  6. John, gengtrTolong siarkan alamat dan telefon persatuan persara yang baru ni...

    BalasPadam
  7. amabo nie penerimo pencen terbitei ..leh masuuk sekakie ko ..abei..

    BalasPadam
  8. kaki laie satu mano......?

    BalasPadam
  9. PASTIKAN SOKONG BN DAN UMNO....tunjukkan patriotik.

    BalasPadam
  10. nak no telefon kelab kesatuan pesara ni... tq...

    BalasPadam
  11. KEPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA:
    Kalau dulu (tahun 1998) aku masa tu darjah 6. Emak aku tak kerja. Makcik sebelah rumah kerja kat jabatan pelajaran bagi upah jaGa baby rm150.00je sebulan. Antar adik baby jam 7.00pagi ambil jam 5.00petang. lEPAS TU kan baby tu dah umur 2 tahun pandai berjalan lari. Makcik tu bagi Mak aku rm100.00 je. Katanya sebab dah senang baby dah pandai bawak diri. Ok itu dulu aku budak tak tau apa2. Tapi sekarang ni baru aku tahu antar baby kat rumah kawan aku kena tetap bayar rm300.00 sebulan jam 7am-5pm.Aku lambat sejam kena extra rm3.00.Mak aku dulu kan, masa Makcik kursus
    3-4hari adik baby siang malam kat rumah aku layan macam adik sendiri. Mak tak extra payment apa pun. Jadi sekarang ni patutnya Kementerian Pembangunan Wanita kena tetapkan bayaran jaga anak.
    rm300 - rm 350 sebulan jam 7am - 5pm. Tetapkan juga bayaran untuk Lebih masa bayar extra. Aku harap kawan2 kat luar sana tu kena juga pikir anak kita sejak umur 60 hari dah dijaga oleh orang lain. Kena fikir jasa dan sumbangan wanita mengenai penjagaan anak-anak wanita yang berkerjaya macam kita.
    Kepada para pengasuh dan perapi baby dan anak2 wanita yang bekerjaya, saya ucapkan setinggi2 penghargaaan atas jasa anda, walau tiada yang ambil kisah tapi Allah lebih tahu sebab kita sama2 wanita ada naluri keibuan walau bukan anak sendiri. TAHNIAH buat UMMI, MAMA, MAK dan IBU.

    BalasPadam
  12. Kelab Kesatuan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) ialah untuk yang dah bersara..tp pengerusi Dato'Omar...

    Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ialah untuk penjawat awam yang belum bersara...juga pengerusinya Dato' Omar...

    macam mana nie..cuba terangkan?? kenapa ini terjadi...orang yang sama memegang 2 persatuan.=)

    BalasPadam
  13. ngapa tak boleh pegang dua jawatan ke.. kalau out-putnya bagus... kalau awak nak.. masuk bertandinglah!! saya bukan KUNCU atau SAUDARA Dato Omar.. cuma seorang yang AMAT TAK SUKA SIKAP Rumah Siap Pahat Berbunyi.muhasabah diri sendiri.. sekurang-kurangnya boleh melihat keluarga sendiri samada perfect atau tidak.

    Kepada Dato Omar, tolong siarkan borang menyertai persatuan pesara itu kerana saya ingin menyertainya.

    Sementara itu tolong Dato Omar ambil maklum bahawa Pesara juga Maknusia dan mereka juga perlu makan dan keselesaan macam kakitangan kerajaan. Harap YBhg Dato Bolej usul atau cadangkan agar pesara di pertimbangkan sekurang-kurangnya Elaun Sara hidup (kalau elaun-elaun lain tak boleh). Sudah lama Pesara dibiarkan begitu sahaja SEDANGKAN PANDANGAN DAN UNDI MEREKA DIPERLUKAN. Harap pihak Dato boleh memikirkan dan memberi maklum balas. maaf

    BalasPadam
  14. tok jangut berkata...
    ngapa tak boleh pegang dua jawatan ke.. kalau out-putnya bagus... kalau awak nak.. masuk bertandinglah!! saya bukan KUNCU atau SAUDARA Dato Omar.. cuma seorang yang AMAT TAK SUKA SIKAP Rumah Siap Pahat Berbunyi.muhasabah diri sendiri.. sekurang-kurangnya boleh melihat keluarga sendiri samada perfect atau tidak.

    =================
    orang tamak selalu rugi .. cuepacs ke kopekmas ??
    tak ada pemimpin lain yang layak ke??
    dato nordin bekas presiden cuepacs masih ada, hj. harun, dato manan .. ini pemimpin besar cuepacs sejak dulu lagi ...
    kenapa perlu omar?

    BalasPadam
  15. Disebalik ceupacs tuntut cuti cuti cuti,gaji gaji gaji,lebih baiklah cadangkan setiap kakitangan layak mendapat 1 lot tanah untuk buat rumah. Yang dah ada dan kayo rayo tu,den raso tak perlulah. 1 lot je. Aku dah 3 kali pohon,asyik senyap je,tadak jawapan. Ni masih menumpang rumah omak ni.Kawan2 kat pejabat yang berkaitan,omak ai,boleh pilih lot pulak tu.

    BalasPadam
  16. Bila siarkan tanpa nama dah nampak sangat tidak ada telor. Lepas tu kutuk orang pula. Orang macam ni ke nak jadi KSU.

    Engkau ni layak jadi kole batak ke sampai pencen.

    BalasPadam
  17. Bila orang yang tak berani menyiarkan nama membuat komen,komen itu adalah komen seorang yang hipokrat yang munafik.

    BalasPadam
  18. Sya dh jd ahli smnjk pencen thn 2005
    Tp x ade apa2 mklumat sya terima umpamanya lawatan atau mesyuarat agong


    Ahli bhg selangor

    BalasPadam
  19. Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
    Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
    Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
    Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
    Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
    pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
    Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
    Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
    Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

    Terima kasih atas sokongan anda!
    Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
    PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
    E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

    BalasPadam