02 Mei 2012

PENETAPAN TIADA CAMPUR TANGAN POLITIK

Utusan Malaysia
1/5/2012



Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jawatankuasa itu mencadangkan kadar gaji minimum berdasarkan kajian mereka melalui lima faktor iaitu kadar paras garis kemiskinan, kemampuan majikan, kos sara hidup, kadar peningkatan produktiviti dan pengangguran.
"Kadar tersebut bukan diwujudkan oleh pihak parti politik tetapi ia dilakukan berdasarkan kajian pakar-pakar ekonomi yang dibuat secara mendalam dan mengambil kira pelbagai perkara.
"Selepas mereka mencadangkan kadar itu, maka ia diterima oleh MPGN yang diwakili pekerja, majikan dan wakil jabatan kerajaan. Maksudnya ia sudah diterima oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Hari Pekerja di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan untuk Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula pada paras RM800.
Subramaniam berkata, penetapan itu adalah munasabah kerana berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati jika gaji minimum ditetapkan lebih RM1,000 ia akan memberi implikasi negatif kepada ekonomi.
"Mungkin ada yang politikkan perkara ini. Kalau ada yang tidak setuju, saya ingin cabar mereka supaya lakukan di negeri masing-masing, mesti ramai majikan yang akan gulung tikar," katanya.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perbezaan gaji antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, beliau memberitahu, MPGN membuat keputusan berdasarkan kajian ke atas lima faktor tersebut.
"Hasil daripada kajian itu mendapati kadar purata gaji yang dibayar oleh majikan di Sabah dan Sarawak pada masa sekarang adalah RM577 sahaja.
"Jadi wakil majikan dari Sarawak dan Sabah telah meminta gaji minimum di situ RM700, namun, disebabkan garis kemiskinan negara adalah RM800 kita tetapkan jumlah itu," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan