27 Mei 2012

SYOR CUTI TANPA REKOD STAF AWAM WANITA


 Utusan Malaysia
26/5/2012


KOTA KINABALU 25 Mei - Penjawat awam wanita yang telah berkeluarga mungkin mendapat imbuhan baru apabila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan mereka diberi cuti tanpa rekod 14 hari setahun.Presidennya, Datuk Omar Osman  berkata, mengambil kira banyak perkara yang terpaksa diuruskan oleh golongan tersebut, pihak kesatuan bersetuju mengusulkan perkara itu bagi dibincangkan dalam lembaga suruhanjaya.

Katanya, cuti tanpa rekod yang diberikan oleh kerajaan 14 hari setahun itu boleh dianggap sebagai satu lagi cara kerajaan menghargai sumbangan golongan penjawat awam wanita terhadap pembangunan negara."Cadangan itu dibuat atas dasar kebajikan dan menghargai sumbangan penjawat awam wanita yang telah berkeluarga kerana mereka banyak terlibat dalam menguruskan hal keluarga," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam bersama Presiden CUEPACS di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Omar berkata, sejak cuti rehat dikurangkan pada 1 Januari 2009 dan waktu anjal berkhidmat golongan wanita ditamatkan, golongan wanita sering berhadapan dengan masalah kehabisan cuti.Menurutnya, mereka terpaksa menguruskan pelbagai masalah dan hal keluarga yang menyebabkan golongan tersebut habis cuti tahunan dengan lebih cepat berbanding lelaki.
Katanya, meskipun cuti umum sudah banyak di negara ini, ia dilihat masih tidak cukup untuk golongan tersebut kerana mereka turut dibebani dengan banyak tanggungjawab lain.
Sementara itu, kata Omar, cadangan lain yang akan dikemukakan kepada lembaga suruhanjaya adalah berhubung pengeluaran gratuiti lebih awal kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 atau 25 tahun.

Menurutnya, golongan tersebut dicadangkan boleh mengeluarkan pampasan kerja itu pada kadar 20 atau 25 peratus untuk kegunaan membaiki rumah, mengerjakan umrah dan menyambung pelajaran bagi diri sendiri atau ahli keluarga. Jelasnya, ia dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengurangkan kadar golongan penjawat awam yang berhutang.

37 ulasan:

  1. kalau dah cuti...cuti jer...apa nak rekod atau tidak. cuti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta itu ini. Tambah cutilah, tambah gajilah, kc naik gredlah, kc naik pangkatlah, skim lain mudah naiklah dsb. Macam2 komplin n permintaan tapi x pernah pun minta kerja ditambahkah. Jangankan kerja ditambah, kerja sedia ada pun x dibuat dgn sempurna, tangguh2 n mcm2 alasan tpi mau gaji!!!!"" lebih2

      Padam
  2. Aku sokong tang .. boleh kluar wang Gratuiti bagi yg sudah buat services 25 tahun ke atas tuh !

    Brape banyak mau cuti tanpa rekod daaa .. perlu fikir sumbangan kpd produktiviti negara.

    yg lelaki boleh dapat wang utk mangku jwtn ...

    BalasPadam
  3. Harap jangan dibezakan faedah pekerja laki laki dan perempuan.Sekarang ini bapa juga selalu mengambil cuti untuk menguruskan anak.jangan berfikiran tradisional,zaman dah berubah.

    saya minta Ceupacs tolong perjuangkan cuti tanpa rekod bila ada kematian di perluaskan kepada mertua dan adik beradik juga.

    adakah bila mertua mati,kena ambil cuti rehat? adakah seorang menantu hanya akan ambil cuti satu hari saje bila mertua meninggal.Begitu juga jika adik beradik yang meninggal.Paling tidak 3 hari cuti yang terpaksa diambil.

    Keadaan ini lebih payah bagi lantikan baru selepas 2009,yang mana cuti bagi sokongan 20 hari,profesional 25 hari.Kami mohon jumlah cuti dikembalikan seperti mana jumlah cuti sebelum 2009.

    Kalau dulu Ceupacs pernah kata Pekeliling Cuti 2009 dikeluarkan tanpa berunding dengan Ceupacs,harap Ceupacs dapat perjuangkan agar jumlah cuti dikembalikan semula kepada 30 hari bagi profesional dan 25 hari bagi sokongan.

    Barulah relevan sikit.Saya tahu Ceupacs tak pandang sangat isu ini sebab orang lama seperti orang Ceupacs dapat opsyen utk kekalkan jumlah cuti tahun yang dulu dan tidak tertakluk kepada pekeliling 2009.

    Adakah orang lama Ceupacs rasa cuti 20 hari mencukupi jika jumlah cuti anda sebanyak itu.Cuti 20 hari tak cukup sebenarnya,minta dikaji semula.dengarlah denyut nadi kami lantikan baru selepas 2009.

    BalasPadam
  4. TAK PAYAH FIKIR PASAL CUTI TANPA REKOD LAGI DAH.....CUTI 30 HARI DAH MENYAMAI SEBULAN DARIPADA 12 BULAN.MAKNANYA DALAM SETAHUN PA HANYA KERJA 11 BULAN SAJA.1 BULAN GAJI PERCUMA.PANDAI PANDAILAH URUS CUTI.

    HARAP SELARASKAN SEMULA CUTI TAHUN KEPADA 30 HARI BAGI SEMUA PA,TAK KIRA YANG BARU ATAU LAMA.PALING KESIAN BAGI LANTIKAN BARU SOKONGAN YANG MANA CUTINYA HANYA 20 HARI TU.SELARASKAN SEMUA KEPADA 30 HARI.

    FAEDAH PERLU DINIKMATI OLEH SEMUA PA,JANGAN FIKIR KEISTIMEWAAN UNTK GOLONGAN TERTENTU SAJA,SEBABNYA....TIADA PERBEZAAN GAJI MENGIKUT JANTINA.

    BalasPadam
  5. cuti tanpa rekod selama 2 minggu untuk menghadiri Perimpunan Agong UMNO.aPA MACAM?

    BalasPadam
  6. CUEPACS sepatutnya membuat kenyataan menambahkan CUTI REHAT kpd Kakitangan Awam wanita yg BERKAHWIN /IBU TUNGGAL & MEMPUNYAI ANAK di BAWAH 18 TAHUN .
    ADA RASIONAL & SEBABnya :
    1. Kebanyakan wanita melakukan 2tugas hakikinya , di RUMAH & DI TEMPAT KERJA dalam seharianya.
    2. Keupayaan melakukan mengemas rumah , membesarkan anak & bekerja atas kehendak Jabatan . Terutamanya IBU TUNGGAL
    3. Ada kalangan Kakitangan wanita yg mendapat Promotion terpaksa meninggalkan rumahnya serta Keluarganya.

    Peranan Wanita amat dihargai .

    BalasPadam
  7. sebelum raya kakitangan kerajaan dapat 1/2 bulan bonus

    BalasPadam
  8. pernah dengar perkataan ni tak? "bagi la kepada lelaki buat kerja tu"
    dan 1 lg, "bagi la kepada yang muda buat kerja tu".
    adil ke? gaji sama banyak tapi kerja memilih...

    BalasPadam
  9. cuti....cuti....cuti. Gaji naik, pangkat nak naik. Bila ada pilihan mengisi jawatan dicawangan .... wanita senyap aji... tak boleh berjauhan dengan suami la... macam macam alasan ada.... Yang peliknya ... bila naik pangkat boleh pi pulak.

    BalasPadam
  10. sebelum raya kakitangan kerajaan dapat 1/2 bulan bonus

    ===================================================================================

    jangan harap lahhhhhhhhhhh....duit dah habis dahhhhhhhhhhh....ngaga je lah raya tahun niiiiii

    BalasPadam
  11. SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, demikian pandangan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

    Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++

    kalau banyak duit sangat, perluaskan had pendapatan untuk dapat bantuan dari 3000 kepada 5000.Ramai lagi yang pendapatan 3000 ke atas tapi masih susah.eloknya kalau nak bagi duit,biar dapat dirasa semua,seperti dalam bentuk subsidi.

    BalasPadam
  12. korek...korek....korek....correct...correct...correct....

    BalasPadam
  13. GAJI NAIK...TAPI BARANG TURUT NAIK GAK....SAMA LAH BODOH.........SEMUA KENA KENCING...KALAU BAGI GAJI MINIMA RM 5000 PUN TAPI HARGA GULA JADI RM 5 SEKILO , ROTI CANAI TELUR RM 4.50 SEBIJI SAMA GAK JD BEBAN....YG BETUTNYA BAGI GAJI NAIK HARGA BARANG TAK NAIK BARU BETUL ISTILAH NAIK GAJI....KEMAMPUAN MEMBELI MENINGKAT...NI TAK GAJI NAIK PUN KEMAMPUAN DUK PARAS HIDUNG GAK, SBB HARGA BARANG TURUT NAIK....JAWABNYA SEMUA KENA KENCING NGAN KEADAAN DAN POLITIK SEMASA

    BalasPadam
  14. Dalam Sebulan hanya 20-21 hari bekerja.

    Cuti tahunan yg diberikan kerajaan kini 20, 25, 30 dan 35 hari.
    Bermakna penjawat awam bercuti tidak kurang sebulan setahun. Dapat gaji percuma selama sebulan.

    Seharusnya penjawat awam bersyukur. Kalau di syarikat swasta sudah tentu cuti tahunan hanya kurang 25 hari (cuti tahunan hanya 7 hari atau 14 hari itu normal)

    BalasPadam
  15. setuju cuti tanpa rekod utk wanita. Mcm anak2 saya yg menghidapi asthma sering sakit dan di tahan di wad. Anak saya baru setahun dan mahukan isteri saya temankan sebab menyusu badan. Skrg cuti isteri dah tinggal 3 hari baru setengah tahun. Bagi yang tiada anak2 yang sakit kritikal boleh la ckp macam2. Allah maha kuasa satu hari nanti kalau anak2 saudara sakit barulah tau betapa sukarnya bila cuti tak cukup. Saya berharap cuti tambahan bagi wanita menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  16. Memang benar, kerajaan hendaklah memberi kelonggaran kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat selama 25 tahun atau berusia 55 tahun untuk mengeluarkan wang gratuiti. Hal ini amat penting di mana anak-anak perlu melanjutkan pelajaran ke universiti yang menelan perbelanjaan yang tinggi dan rumah berusia perlu renovasi untuk mengekalkan keadaan "kesederhanaan selesa" sebelum harga bahan-bahan binaan menjulang di luar kemampuan wang gratuiti yang diterima apabila bersara kelak. Tambahan pula, kakitangan kerajaan yang tiada duit KWSP terpaksa meminjam darpada bank untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang melanjutkan pelajaran di universiti. Faedah bank yang dikenakan amat tinggi dan sesetengah kakitangan kerajaan pula terpaksa menjual rumah mereka untuk menampumhg anak-anak menuntut di universiti swasta apabila anak mereka tidak berjaya mendapat kursus yang dikehendaki dari universiti-universiti tempatan. Cadangan CUEPACS disokong sepenuhnya oleh kakitangan kerajaan yang berusia. Cadangan ini tentu meringankan beban yang ditempuhi oleh kakitangan kerajaan pada zaman ini di mana kos pelajaran, kos bahan-bahan binaan dan harga serba-serbi tinggi belaka.

    BalasPadam
  17. KEPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA:
    Kalau dulu (tahun 1998) aku masa tu darjah 6. Emak aku tak kerja. Makcik sebelah rumah kerja kat jabatan pelajaran bagi upah jaga baby rm150.00je sebulan. Antar adik baby jam 7.00pagi ambil jam 5.00petang. Lepas tu kan baby tu dah umur 2 tahun pandai berjalan lari. Makcik tu bagi Mak aku rm100.00 je. Katanya sebab dah senang baby dah pandai bawak diri. Ok itu dulu aku budak tak tau apa2. Tapi sekarang ni baru aku tahu antar baby kat rumah kawan aku kena tetap bayar rm300.00 sebulan jam 7am-5pm.Aku lambat sejam kena extra rm3.00.Mak aku dulu kan, masa Makcik kursus
    3-4hari adik baby siang malam kat rumah aku layan macam adik
    sendiri. Mak tak extra payment apa pun. Jadi sekarang ni patutnya Kementerian Pembangunan Wanita kena tetapkan bayaran jaga anak.
    rm300 - rm 350 sebulan jam 7am - 5pm. Tetapkan juga bayaran untuk Lebih masa bayar extra. Aku harap kawan2 kat luar sana tu kena juga pikir anak kita sejak umur 60 hari dah dijaga oleh orang lain. Kena fikir jasa dan sumbangan wanita mengenai penjagaan anak-anak wanita yang berkerjaya macam kita.
    Kepada para pengasuh dan perapi baby dan anak2 wanita yang bekerjaya, saya ucapkan setinggi2 penghargaaan atas jasa anda, walau tiada yang ambil kisah tapi Allah lebih tahu sebab kita sama2 wanita ada naluri keibuan walau bukan anak sendiri. Sekadar bayar rm300.00 sebulan tak dapat balas jasa salin lampin berak kencing anak kita.TAHNIAH buat UMMI,
    MAMA, MAK dan IBU.

    BalasPadam
  18. BANYAK SUMBANGAN WANITA DALAM SEKTOR AWAM DAN SWASTA... TAPI BANYAK PIHAK TERLEPAS PANDANG...

    KELONGGARAN YANG DI BERI BUKAN UNTUK KESENANGAN SENDIRI SEMATA MATA, MASA DAN TENAGA UNTUK KELUARGA JUGA , BAIK YANG BERKAHWIN ATAU IBUTUNGGAL, CABARAN YANG DI TEMPUH SUNGGUH PERIT, MANA NAK BAGI MASA, KERJA KRJA RUMAH , TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK, IBU DAN ISTERI...

    JIKA DI BERI KELONGGARAN , INSYALLAH DAPAT MEMEBANGGAKAN KAMI SEBAGAI IBU, ANAK DAN ISTERI KERANA DAPAT MEMENUHI TANGGUNG JAWAB DENGAN SENYUMAN.

    SEMUA KAMI TEMPUH SEBAGAI ANAK, IBU DAN ISTERI BAGI MEMASTIKAN MASA DAN TANGGUNGJAWAB DI PENUHI SEBAIK MUNGKIN.....

    FIKIR FIKIRKAN....

    BalasPadam
  19. Salam sejahtera,

    Setelah membaca artikel ini, saya juga terpanggil untuk menambah sedikit mengenai isu cuti tanpa rekod bagi wanita.

    Isunya ialah bagi anak penjawat awam yang terkena jangkitan virus Kaki/ Tangan dan Mulut (HFMD) yang mengkehendaki ibu/bapa mengkuarantinkan anak mereka dalam masa 7-10 hari atas arahan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan di kediaman masing-masing dan tidak boleh dihantar ke mana-mana pusat penjagaan anak.

    Walau bagaimanapun, surat arahan tersebut tidak boleh digunakan untuk mendapat cuti tanpa rekod dan semestinya ibu/bapa perlu mengambil cuti rehat. Sekiranya ketika itu, ibu/bapa masih ada lagi cuti berbaki, mungkin tiada sebarang masalah untuk mengambil cuti rehat. TETAPI sekiranya tiada sebarang cuti yang dapat digunakan, cara apa yang boleh diguna pakaikan lagi? adakah tindakan memotong gaji perlu dikenakan. Wal hal penyakit ini hanyalah menyerang kanak-kanak yang peringkat umurnya dibawah 8 tahun. Sekiranya kanak-kanak itu baru mencapai 8 bulan, mana mungkin mereka dapat dikuarantinkan seorang diri di rumah.

    Sehubungan itu, saya mewakili suara-suara ibu/bapa yang menghadapi keadaan ini, mohon pihak Cuepacs membantu memanjangkan perkara ini untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dan dapat diberi kelonggaran dalam isu cuti tanpa gaji bagi penyakit ini.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  20. boring!!banyak cekadak!!...tak habis2 ngan cuti untuk pekerja wanita...jgn nanti produktiviti kerajaan makin di pandang serong...

    BalasPadam
  21. KENAPA PLAK WANITA YG DIBEBANI MASALAH KELUARGA?... YANG KEHABISAN CUTI TU.. MEREKA TAK PANDAI MERANCANG CUTI... MALAHAN DI OFIS NIE.. LELAKI YG SELALU TAK CUKUP CUTI.. MALAH MEMONTENG LEBIH.. SEPANJANG TAHUN KECEMASAN.. TAK PERNAH APPLY... KALAU NAK JADI PENJAWAT AWAM YG BERJAYA .. KENALAH BERSYUKUR DAN SENTIASA BERHEMAH DAN BERDISPLIN...

    BalasPadam
  22. Nampak sgt cuepac tak matang.permintaan tu biar berpada-pada

    BalasPadam
  23. org nak bagi cuti sapu jealah..ape cite kau org nie.. menteri-menteri lagi pulak bukan cuti, cawti, buat-buatlah lawatan sana-sini,padahal tengok projek masuk kocek, betul tak..? blahlah.. temberang jea, boleh caya kea..

    BalasPadam
  24. kalau di ofis golongan perempuan nilah yg kuat ponteng.. Kalau di ofis, gosip memanjang.. Bila disuruh buat kerja muka masam.. Mulut muncung mcm kuda.. Gaji nak.. Suruh buat kerja taknak..

    BalasPadam
  25. tak sabar nie ooiii..!! jadah betul cepatlah PRU-13 nie, kami tak sabar nak mengundi nie

    BalasPadam
  26. perwakilan umno berkata...
    cuti tanpa rekod selama 2 minggu untuk menghadiri Perimpunan Agong UMNO.aPA MACAM?

    Ahad, Mei 27, 2012 9:23:00 PM

    Teman sokong....cuti tanpa rekod 14 hari untuk ahlil umnok yang menghadiri Perhimpunan Agong...setuju

    BalasPadam
  27. nak gaji tanpa bekerjaKhamis, Mei 31, 2012 11:58:00 PG

    bayangkan:

    1. gaji sama dengan orang lelaki.
    2. benefit nak lebih dari orang lelaki, kononnya mereka mengandung, mereka menguruskan keluarga, bla bla bla. kalau menyalak kata tak ada masa nak uruskan keluarga, sapa suruh pegi bekerja? apa cokia sangat ke suami masing-masing sampaikan isteri sibuk nak keluar rumah bekerja?
    3. cuti nak lama. tapi gaji nak jalan. refer #1, gaji tetap nak sama. menarik bukan?

    inilah realiti perempuan di malaysia. jangan tak tau di negara luar, wanita-wanita mereka memperjuangkan macam-macam jenis "hak" yang mengarut-ngarut. sampaikan hak untuk berbogel di khalayak ramai pun diperjuangkan. tu belum cerita pasal women-lib pada abad ke 19 dulu.

    malangnya "hak" kepada Tuhan, "hak" kepada hakikat kehidupan, tak pulak diheboh2 kan.

    kesimpulan: kembalilah kepada fitrah kehidupan. belajar mengenal hakikat kehidupan. teruk sangat dah orang perempuan sekarang ni. sibuk mengejar kebendaan. sudahnya nanti jangan terkejut kalau diperjuangkan hak bekerja sebulan, cuti 11 bulan, gaji 12 bulan penuh tanpa potong apa2.

    dah banyak dah "hak" yang diperolehi oleh wanita ni. nak apa lagi? gerabak keretapi pun dah dapat. nak bas henti-henti/bas ekspres wanita pulak ke? teksi untuk wanita? ataupun nak kapalterbang khas untuk perempuan pulak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beberapa mesej di atas tidak sesuai dipaparkan dalam blog ni. Gender bias!

      Padam
  28. BILA NAK DIADAKAN PRU13 NIH? CEPAT LA TANGAN AKU DAH GATAL NAK NGUNDI NI XXXXXXXXX

    PLEASE PRU13...MY FINGERS ITCHING TO VOTE..XXXXX

    BalasPadam
  29. Saper agaknyer anda2 yang mengulas berita di atas....bahasa lawanyer.....sopan la ckit....bersederhana yg pnting....pegang pada agama dan kepercayaan masing2....semua pun akan mencukupi

    BalasPadam
  30. NAK HAK LAKI-LAKI...Dalam kitab mana kata kalau nak kawin dua,tiga atau empat kena minta izin isteri pertama......asyik pompuan je minta hak...hehehhehehehhe jangan marah yer nanti kena juai!!

    BalasPadam
  31. Kerajaan boleh adakan apa saja cuti masalahnya bila kita nak apply cuti..bos tak luluskan. katanya CRK itu bukan satu keistimewaan! Saya dah berapa tahun tak ambil cuti..pernah satu tahun lansung x ambil..Bosan nak berbalas lidah dengan bos...

    BalasPadam
  32. Tidak setuju. Saya pun wanita dan amat jarang ambil cuti walau banyak mana pun urusan keluarga. Cuti hanya benda2 yg perlu saja dan bayangkan kalau ada cuti begini? Kerani2 yg kebanyakannya wanita akan seronok bercuti tanpa rekod. Yg susah ialah golongan pentadbiran yg akhirnya kena pula buat kerja kerani yg siluh berganti ambil cuti. Saya pun sibuk urus anak sekolah dsb tapi bila cuti saya akan selesaikan dlm masa yg sewajarnya. Cukup2lah cuti tu....bosan bila nak suruh ketani buat kerja dia cuti....14 hari lagi tu!!!!!

    BalasPadam
  33. Cuti ini patut diberi hnya pd kes2 yg melibatkan kesihatan anak sahaja. Dan ianya perlu dibuktikan dgn surat pengesahan dr pegawai perubatan awam. Amat berguna dlm kes anak menghidapi demam campak. Sedia mklum ianya berjangkit dan semesti wajib dikuarantin dr rumah pengasuh/taska/sekolah dan org rmai. Disebabkan ianya berjangkit, mungkin anak2 lain juga akan menghidapinya. Jadi bayangkan brp byk cuti yg terpaksa diambil oleh penjga(sepatutnya bergilir2 cuti suami isteri). Amat2 setuju tp dgn bukti..supaya ianya tidak disalahgunakan..

    BalasPadam
  34. Saya pun rasa cuti tanpa rekod ni hanya diluluskan disertakan dgn bukti surat pengesahan dari doktor. Jgn hanya berkata sahaja tapi pada hakikatnya kalau anak sakit siapa yang kebanyakanya berjaga di waktu malam? Wanita atau lelaki? Fikirkanlah... Cuti yang ada memang cukup tapi kalau terpaksa tak salah kalau diberi ketika waktu diperlukan. Untung jika wanita bertemu dengan pasangan yang ringan tulang kalau yang berat tulang tu macam mana?

    BalasPadam
  35. Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
    Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
    Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
    Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
    Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
    pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
    Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
    Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
    Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

    Terima kasih atas sokongan anda!
    Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
    PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
    E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

    BalasPadam