30 Jun 2012

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PENGURUS ASRAMA DIBAWA KE SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
30/6/2012


SHAH ALAM, 29 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan cadangan penambahbaikan Skim Pengurus Asrama kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs berpendapat skim itu perlu dikaji dan ditambah baik berikutan tugas pengurus asrama di semua universiti di negara ini semakin mencabar dan berat.


Beliau berkata memorandum mengenai cadangan itu yang diserahkan oleh Pengerusi Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (Mapum) Prof Dr Amir Hashim Mohd Kassim, meminta skim pengurus asrama dinaikkan daripada N44 kepada N48 hingga N54, wajar dipertimbangkan berikutan penambahan penutut di semua universiti di negara ini.


"Bidang kerja pengurus asrama juga tidak tertakluk kepada satu tugasan sahaja malah merangkumi kerja-kerja sebagai penasihat, pentadbir dan menjadi ibu bapa angkat kepada para penutut universiti di asrama tanpa mengira masa.


"Jika tiada kenaikan pangkat, mereka yang berpengalaman pasti akan tukar pekerjaan dan ini akan menyukarkan pihak pengurusan kerana terpaksa melatih pegawai baru," katanya pada sidang media selepas majlis taklimat berhubung isu dan skim gelaran jawatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sini, Jumaat.




-- BERNAMA

32 ulasan:

  1. SAYA AMAT SETUJU SKIMPENGURUS ASRAMA DI NAIKAN GRED YANG BERPATUTAN DENGAN TUGASAN MEREKA.INI KERANA MEREKA TERLIBAT DENGAN DISPLIN PELAJAR DAN MENYUMBANGKAN IDEA MEYEDIAKAN PRASARANA D ISESEBUAH INSTITUSI SEPERTI DI KPTM.

    SAYA JUGA MENYARANKAN KEPADA PIHAK CUEPAC SUPAYA JAWATAN PENYELIA ASRAMA N17 DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DI NAIKAN KE GRED N22 SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.LEBIH-LEBIH LAGI SEKARAANG INI JAWATAN PENYELIA ASRAMA N17 TIDAK LAYAK UNTUK MENDUDUKI KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN(KPSL) N27.KE MANA LAGI ARAH TUJU PENYELIA ASRAMA N17 UNTUK MEMPERBAIKI GRED MEREKA.

    CONTOHNYA;DI POLITEKNIK SARAWAK SEPERTI SEDIA MAKLUM SEBAHAGIAN DARI PEGAWAI RAMAI YANG BERPINDAH DARI SEKOLAH KE POLITEKNIK PERKHIDMATAN MEREKA TELAH MELEBIHI DARI 15 TAHUN DI BAWAH KPTM TETAPI SAMPAI SEKARANG TIDAK ADA SURAT UNTUK MEMOHON KENAIKAN PANGKAT SEPERTI PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN /OPERASI), PADA HAL GRED SAMA N17 DI KPTM.SEDANGKAN JAWATAN KERANI JURUTAIPBOLEH DINAIKAN GRED KE N17 KENAPA PENYELIA ASRAMA TIDAK ADA DI KPTM.

    KAMI PIHAK PENYELIA ASRAMA MEMOHON AGAR PIHAK CUEPAC MEPERJUANGKAN JUGA NASIB KAMI YANG TELAH LAMA BERKHIDMAT DI SEKOLAH DAN TELAH BERPINDAH .DI KPTM UNTUK BERKHIDMAT .

    SUDAHLAH JAWATAN PENYELIA ASRAMA N17 DI KPTM JAWATAN TERTUTUP TIDAK SEPERTI JAWATAN PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI.

    SAYA JUGA BERHARAP AGAR CUEPAC MEMANJANGKAN PERKARA INI KE PIHAK YANG BERTANGUNGJAWAB.

    SEKIAN,TERIMA KASIH.

    BalasPadam
  2. saya merupakan pembantu pengurusan murid asrama gred n17..tugas saya mungkin hampir sama dengan pengurus asrama yang memantau tahap disiplin murid,menjadi perantaraan antara pelajar dengan ibu bapa...masalah nya sekarang adakah nasib kami tidak terbela??? untuk pengetahuan banyak di kalangan kami yang memiliki STPM dan ada yang memiliki ijazah..untuk pengetahuan pihak tuan bukan apa kami tidak memilih pekerjaan yang bergaji ijazah tapi peluang mendapat pekerjan sedemikian amat tipis dan banyak saingan..untuk pengetahuan kenaikan paling tinggi pangkat kami ialah hanya n27 sahaja.bayangkan saya berusia 27 sekarang...kalau masalah kurang pendidikan bagi segelintir pembantu pengurusan murid asrama wujudkan lah satu program melanjutkan ijazah macam yang dinikmati oleh golongan guru sekarang.kami pembantu pengurusan murid n17 amat berharap pihak cuepacs dapat memperjuangkan nasib kami..

    BalasPadam
  3. Kenapa tidak digabungkan pengurus asrama dengan pegawai tadbir? Job scope hampir sama. At least peluang naik pangkat lebih luas dan boleh naik ke JUSA

    BalasPadam
  4. Gred R1 Kpsl/Kup ke R4
    Gred R3 Kpsl/Kup ke R6
    Gred N1 Kpsl/Kup ke N4
    Gred N3 Kpsl/Kup ke N12

    ini dah nasib mereka, Tapi.....

    Tak kesian ke pada mereka ini.skim gaji tak smpai rm2300..apa yang diketahui mereka ini sangat berharap agar ada perkiraan dan kaedah lain bagi membantu golongan ini supaya berpeluang kenaikan pangkat selepas gred mati....

    BalasPadam
  5. Gred J17 ngan G17 naik ker gred 27 apa cerita.... langsung xder khabar berita pun.. kementerian yg bertanggungjawap langsung x der komen apa pun... JPA dah kata iktiraf sijil sama ngan stpm... tapi ntahlaaa... nieee nak naikkan gred pengurus asrama plak.... kesian kat kami sudah tunggu punya lama... kalau spba x batal x dapat dahhh kenaikan. berilah keadilan kepada kami golongan sijil poli J dan G.

    BalasPadam
  6. Yang G17 dan J17 pun tak setel lagi dah mintak yang lain..setel satu2 la dulu..

    BalasPadam
  7. apa sebenar tugas pengurus Asrama ni?
    dulu Kumpulan sokongan.
    Sebenarnya tugas penolong pengurus asrama ini adalah membantu Pengetua Kolej Kediaman di semua universiti.
    Dalam tugas itu dia ada beberapa orang kerani dan bertugas menyelia kemudahan di asrama di bawah PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN. Pengetua kolej ni kebiasaaannya adalah kakitangan akademik walaupun kerap terjadi penolong pendaftar pun tamak nak elaun lebih dan berebtu nak jadi pengetua kolej kediaman.
    Sebenarnya penolong pengurus asrama yang danaikkan taraf jadi pengurus asrama ni tak lebih dari ketua kerani mengurus perkara berkaitan kemudahan asrama. Asrama ni hanya beroperasi tidak lebih 10 bulan setahun kerana dua bulan lagi pelajar cuti semester. Akibatnya kakitangan agak selesa dan cuma bila ada kolej nak duit tambahan dan menyewakan kepada orang luar untuk tambahan income kolej.
    Sekarang ni semenjak 2000 hampr semua univeristi dah tutup dewan makan. Maka tugas pengurus asrama yang dulu mengurus hal tender bahan mentah dan tak terlibat lagi. Bererti jumlah kakitangan dah berkurangan. Sedihnya pelajar kena beli sendiri dan kos beli di cafetaria 2-3 kali lebih mahal dan kena bayar cash. Dulu bayar pada awal atau ujung penggal dan pelajar diberi peluang tunggu duit biasiswa dan pinjaman untuk cover bayaran makan kolej dan sewa asrama yang murah.
    Masalah disiplin dan hal ehwal pelajar TIDAK pernah melibatkan pengurus asrama kerana kakitangan akademik yang bertugas sebagai penyelia dan Pengetua yang berurusan hal pelajar.
    Jawatan ini adalaj dari kumpulan sokongan daka kenaikan hingga ke gred 38 sudah memadai.

    BalasPadam
  8. Salam untuk semua kakitangan awam malaysia...

    sebenarnya kalau kita teliti dengan betul- betul memang banyak perbezaan yang telah wujud di antara kakitangan awam. contohnya,, penyelia asrama tak kira apa sahaja gred yang mereka dapat,, terlalu jauh beza dengan kakitangan lain. Contohnya di sekolah kpm,, penyelia tidak pernah dibela padahal mereka telah lama berkhidmat.. dan memberikan yang terbaik kepada jabatan .lihat sahaja guru sekolah 8 tahun dah dapat time based naik ke gred yang lebih tinggi,,, paling senang dia orang guru berbanding dengan jawatan yang lain,, padahal mereka masih lagi kategori kakitangan perkhidmatan awam malaysia..renung balik pihak yang bertanggungjawab,,,Kita lihat penyelia asrama kena tunggu 15 tahun baru dapat time besad n22 itu pun kalau dapat , kalau wujud birokrasi lagi teruk ,padahal mereka juga berkhidmat di sekolah.Tak kira sekolah rendah atau menengah.. semuanya sama..Tidak bolehkah sekiranya kakitangan sokongan di sekolah diberi tempoh yang sama seperti guru untuk time based. Mereka pun ada keluarga,, mereka juga kena makan nasi seperti guru, tidak mereka makan batu atau pasir, jangan ingat penyelia asrama tidak ada keluarga.Paling sedih dalam menabur khidmat di sekolah bukan hanya guru yang ditagih untuk memberikan yang terbaik malah semua pihak yang bertugas di sesebuah sekolah kena memberikan yang terbaik,, bukan kita nak kata tapi ini hakikat yang kami pihak penyelia asrama selalu hadapai,,apakah jawatan penyelia asrama tidak penting sehinggakan peluang untuk naik pangkat amat sukar didapati. Untuk penjawat awam yang lain kita kena bantu membantu bukannya mahu mengutuk sesebuah pihak.. tak ada guna kita bertelagah sesama sendiri,, kalau bolah pihak yang berwajib kena kaji balik skim yang ada untuk membantu golongan bawahan ini... wujudkan banyak peluang sesuatu jawatan untuk proses meningkatkan kerjaya... bukannya hanya memandaang pihak yang tertentu sahaja,baru adil dan saksama,,, bila adil barulah peningkatan kualiti kerja dapat ditingkatkan dengan beberapa kali ganda,,,Pihak yang berwajib juga jangan hangat- hangat tahi ayam,, kalau nak perubahan buatlah sampai selesai,,,jangan timbul isu ini isu yang lama ditinggalkan. Kita nak mencapai negara maju pastikan ikut cara negara maju,,jangan guna taktik lama,,, .Jangan seperti hari ini penyelia asrama amat rasa terabai dan teraniaya.. berbanding rakan yang lain. ni dah na masuk pru 13 apa akan terjadi,,,kita lihat penjawat awam hampir 1.5 juta ,,apa yang akan berlaku,,,RENUNGKAN BERSAMA....

    BalasPadam
  9. Dimaklumkan bahawa pegawai yang layak menduduki Peperiksaan Khas (KPSL) untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 ialah : a) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi); b) Pembantu Setiausaha Pejabat; c) Pembantu Tadbir Kewangan; d) Pegawai Khidmat Pelanggan; e) Pengurus Stesen; f) Pemeriksa Cap Jari; dan g) Penyelia Jurupakaian. Sekian, terima kasih.
    Tarikh berita : 29/06/2012
    Kategori : Pemberitahuan
    Fail lampiran : Tiada
    Saiz fail : - byte
    Alamat URL :

    Apa kes ni? Mcmana nasib PPM kalau mmg sudah tidak ada peperiksaan khas utk kenaikan pangkat. Dah ler jwtn mmg dah sah2 di anak tirikan, utk tukar skim jauh sekali, tiada belas ikhsan dari guru2 yg mereka tau, setiap ppm yg melakukan kesalahan seperti tidak menurut arahan mereka akan dpt warning letter, jejaskan prestasi perkhidmatan. Saya bukan nak membela nasib ppm yg sah2 senasib dgn saya, tapi, kami mahukan keadilan dan satu skop tugas yg betul2 diambil peduli, bukan sekadar ckp omong kosong serta mengheret kami seperti kami ni tiada hak utk bersuara, kerja dah mengalahkan guru, belum lagi isu guru xmasuk kelas, guru pemalas, cawan sebijik pun xreti nk basuh, guru tau nk arah2 org, pdhal keje dia tu, bkn keje kita..tlg jaga kelas pdhal wat keje lain, bkn keje berkaitan dgn hal2 PK ke, hal pra sekolah ke? Saya ni da xde kuasa dan xde daya utk tel SPP, JPA, KPM, dan semua piak yg terlibat utk mengetahui umum status permasaalahan kami warga PPM. Kami tggu juga pihak cuepecs suarakan hak kami, tapi feedback yg kami dapat, hanya omong kosong. Kami sendiri sudah tidak tahu kepada siapa sebenarnya perlu kami suarakn pendapat kami atau keluhan kami. Sedangkan byk pihak goyang kaki, pihak lain saling menunding jari, kami juga tergigit jari.Kalau sudah tahu PPM ni jawatan yg skopnya sgt besar, ada pihak perlu kaji lagi untuk apa PPM diwujudkan jika hanya untuk dijadikan bahan aniaya dalam jbtn kerajaan. Sudahlah disekolah kami warga PPM tidak pernah mendapat pengiktirafan, bkn utk meminta tapi utk buka mata semua pihak agar sedar betapa besarnya tugas sebagai PPM, tepuk dada tanya diri memasing, ada ke guru skrg yg rela basuh berak murid skrg? xde..kalau ada saya ucapkan tahniah, tapi jwpn yg sya terima amatlah tipis...skrg sudah tidak ada guru atau mana2 kakitangan bekerja ikhlas.semua semata2 gaji bukan? bantu kami wahai pihak CUEPACS...

    BalasPadam
  10. Naikkan ke gred 48 dan 54 kah? Bagaimana dengan gred 41 DOKTOR ? Kekal?

    BalasPadam
  11. pengurus asrama ni asyik pikir naik pangkat sahaja...kerja malas, terbukti dah....akhirnya yang buat kerja penyelia asrama yng jADI KULI BATAK.....PIIIRAH...asyik pangkat, pangkat, pangkat.....podah lah lu

    BalasPadam
  12. mungkin ada yang tak tahu ataupun kompius kot..pengurus asrama,penolong pengurus asrama dan penyelia asrama adalah jawatan yang berbeza,pengurus lulusan ijazah,penolong pengurus lulsan diploma dan penyelia asrama lulusan sijil/spm..ketiga-tiga adalah jawatan yang berbeza dan ketiga2 jawatan ini memerlukan pembelaan yang sewajarnya..pokok pangkalnya perlu ade satu kementerian/jbtn yang sanggup untuk menjadi ketua perkhidmatan untuk skim ini barulah boleh dibincangkan tentang hal2 lain seperti kenaikan pangkai dan sebagainya. untuk jawatan penyelia asrama contohnya, di kem pelajaran ada,pengajian tinggi ada, kem belia pun ada, kem kesihatan ada malah kementerian sumber manusia yang 'membela' nasib pekerja-pekerja pun ada jawatan penyelia asrama..tapi masing2 dengan cara mereka masing2 yang berbeza. di pengajian tinggi ada jawatan penyelia asrama kanan n22 dan n26,jd penyelia asrama n17 boleh menikmati kenaikan pangkat..begitu juga di kem pelajaran dan kem kesihatan,penyelia asrama n17 boleh dinaikkan pangkat ke n22 sebab wujudnya pos jwtn untuk n22 tu..tapi paling sedih di kem sumber, penyelia asrama n17 kesian sampai pencen n17..penolong pengurus di kem sumber, sampai pencen n27..

    senarionya mcm tulah, kita kdg2 igt kita sahaja yang paling malang,paling tak bernasib baik,paling di'pencacai'kan..tapi hakikatnya ada lagi org yg lagi teruk..mana2 jawatan pun ada kerja masing2,kalo tak takkn lah diwujudkan jawatan tu kn..so jgnlah kita dok mengata yang org nie kerja tak banyak,aku kerja sampai nak manpus lah apa2 lah,hakikatnya semua org yg bekerja ada kerja masing2..mcm yang mengata penyelia asrama bkn ada kerja pun,try tgk korg leh ke kerja angkat katil,angkat tilam,repair pintu,mengetuk sane sini tiap2 ari??tulah yang penyelia asrama kene buat..

    apa2 pun yang penting sekarang untuk MASA DEPAN skim jawatan pengurus,pen pengurus dan penyelia asrama adalah untuk MENYATUKAN semua penyelia asrama DI BAWAH 1 'mak' (KETUA PERKHDMATAN) yang sama, seperti jawatan2 yang lain yang hanya ada 1 ketua perkhidmatan..nie yang harus diperjuangkan cuepacs dan juga union2 penyelia asrama yang ada di malaysia sekarang nie..selepas ini berjaya barulah kita bole nak mintak itu ini sebab kita dah bersatu,nie tak,masing2 pikir diri sendiri jek...maaf n tq

    BalasPadam
  13. kenapa PPm tidak boleh naik pangkat??hina sangat kah jawatan ini sampai peperiksaan KPSL pun tak layak diduduki??kami juga ingin naik dan maju seperti mana penjawat awam lain, tidak hanya duduk ditakuk yang sama sepanjang hayat, mampukah kami bila capai umur 50 tahun perlu mengejar murid-murid yang berlari dan mampukah kami untuk menarik murid yang hiperakti bila merajuk???renung2 kan lah nasib kami PPM ni

    BalasPadam
  14. saya juga bekerja sbg ppm pra.nak dijadikan cerita mmg tak terbela nasib kita org.guru2 tiap kali dipanggil meeting @ kursus pd waktu persekolahan,tp kami ppm semuanya lpas waktu persekolahan @ time cuti sek aje.nie pun dah menunjukkan guru2 tak boleh nak kawal kelas klau ppm takde.kekadang cikgu mc ,gie kursus ke,takde pun sek bg guru ganti kat pra.ppm seorang aje kena jaga budak,kekadang kita mengajar juga.knapa tdak pihak cuepacs @kjaan memberi peluang kat ppm utk lanjutkan pelajaran.

    BalasPadam
  15. saya inginkan penjelasan dari KPM tentang skop kerja PPM asrama pendidikan khas dan warden. berapakah pula nisbah murid untuk seorang PPM asrama? Adakah tidak perlu ada PPM lelaki di asrama lelaki? Bagaimana pula dengan elaun shift untuk PPM yg bekerja shift? saya berharap persoalan ini dijawab segera dan di kupas agar tiada penjawat yy ditindas di akar ubi sahaja...

    BalasPadam
  16. Kenapa 4 tahun dahulu, siswazah yang ada Ijazah dan Diploma boleh mohon gred bawah contoh N1-N17. Tetapi sekarang,staf sokongan II yang ada siswazah kerja Gred N1 mohon jawatan Gred N17. Saya telah ditemuduga dan semua soalan yang di soalkan semua dapat dijawab dengan sempurna. kenapa saya tidak layak? Sedangkan semua pihak SPA dan CUEPACS boleh meluluskan disebabkan kelayakan yang ada pada pemohon? minta perhatian dan pertimbangkan kerana saya ingin mengredkan tahap pekerjaan saya?

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum....
    nak tahu status perkhidmatan jawatan Penyelia Asrama...Sampai sekarang tiada khabar isu penyelia asrama 17,22,26,27 dan seterusnya...nak KPSL payah sekali sbb dulu kita boleh ikut peperiksaan khas sekarang jawatan kita tiada dalam senarai(N22 ke atas) ikut peperiksaan..nak tukar jawatan jadi PT , kasihan pula dgn jawatan penyelia ni..Pihak berwajib jika ada ruang mohon dipertimbangkan apa yang perlu , agar PA setaraf dengan peluang jawatan lain..Terima kasih

    BalasPadam
  18. salam 1 malaysia....p. asrama kebanyakan nya bertugas di sekolah..
    mohon cuepacs...agar nama & jawatan P. asrama di kekalkan...cuma...Gred nya ditukar eg: N17 kpd H17...tugas p. asrama lebih kepada pembentukan modal insan, bangunan, kesihatan bukan spt PT...gred gaji mengikut keadan sekarang...harap dipertimbangkan..tq

    BalasPadam
  19. SALAM,JAWATAN PENYELIA ASRAMA,PEN.PENGURUS ASRAMA DAN PENGURUS ASRAMA DIPINGGIRKAN...SEDIH,JAWATAN KAMI TIDAK ADA KENAIKAN KPSL KE JAWATAN LEBIH TINGGI...SUDAH LA SUSAH NAK PINDAH...MARILAH KITA SEMUA BERSATU UNTUK MOHON DENGAN JPA DAN BERBINCANG SESAMA KITA...SIAPA YANG NAK JOIN SILA INBOX KAT SAYA NOMBOR TELEFON,NAMA,JAWATAN SERTA ALAMAT TEMPAT KERJA (farahhana.81@gmail.com)TQ

    BalasPadam
  20. Tanpa nama. Saya Penyelia Asrama N22 hakiki sebelum ini saya bertugas di sebuah Kolej Matrikulasi.Apabila jawatan Penyelia Asrama N 26 di wujudkan kami ditendang menggantikan tempat pegawai yg berjaya.Persoalannya saya di tempatkan jarak 150 km dari rumah. Bayangkan sy terpaksa berpindah meninggalkan keluarga dan anak-anak hidup bersendiri .Sudan 10 permohonan tukar secara online dipohon tetapi gagal walau pun ada jawatan kosong di negeri saya. KPN sanggup membiarkan suami berpisah dgn isteri dan anak-anak terabai.Tiap kali mohon bertukar gagal.Sya juga berharap cuepacs memanjangkan masaalah saya ini.

    BalasPadam
  21. cadangan kpd cupace....saya setuju kalau jawatan penyelia asrama di tukar kpd pembantu tadbir..memandsngkan fungsi tugas hampir sama...dgn ini peluang kenaikan pangkat lebih luas...malahan utk mohon pindah lebih senang mmdangkn pt byk tmpt utk diisi...mohon cupace kaji semula jawatan penyelia asrama...beri peluang kpd pegawai pelaksana melanjutkn pelajaran di bwh tajaan jabatan...dan luaskan gred utk peluang aks dpt naik pangkat mgikut kelulusan...tq

    BalasPadam
  22. salam...saya penyelia asrama gred n17, kami merasakan jawatan kami ii sprit anak tiri..apa salahnya jawatan kami ni di selaraskan seperti pembantu tadbir pekranian.boleh bertukar ke mana kementerian,dan bertukar2 tugas denan pembantu tadbir lain.tiada kelebihan diberi kepada jawatan kami....sedih kerana tidak diselaraskan walaupuan gred jawatan sama dgn kerani

    BalasPadam
  23. salam..saya penyelia asr n17..di sekolah rendah...mohon kpd cuepacs mwujudkan jawatan tukang di sekolah rendah..buat masa ini jwtn tukang tidak ada...oleh itu saya sbgi penyelia asrama tpaksa mjdi tukang demi utk mcapai sekolah cemerlang yg dinginkn oleh gb yg dikehendai oleh jbt pelajaran...ini mjdi beban tugas kpd saya mdangkn waktu pjbt saya digunakn utk kerja lain spt menyemin..buat pondok..mbaiki kerusi meja..mengecat..mbaiki kerosakn kelas..rmh guru..kdg2 tpksa mgambila alih tugas tukang masak jika mereka bercuti...oleh itu kerja hakiki sdiri dibuat pd waktu malam..sdgkn kitai dah penat btugas siang sbg tukang..malahan sekolah skrg mengurus sdiri kewangan asrama dan bersdia utk di audit pd hjg thn..bgmana tugas sdiri dpt dilaksanakn dgn baik...adakh ini adil ?

    BalasPadam
  24. Salam alaik..
    saya merupakan penyelia asrama n17 yg dah berkhidmat hampir 8 tahun di sekolah menengah... tugas2 penyelia2 asrama begitu byk sekali... kontraktor makanan, kebersihan, keselamatan, inventori, harta modal, pentadbiran, filing, stok, kebajikan malah kewangan pun saya buat skali.. saya bekerja seorg sahaja di bhgn asrama tanpa pembantu @ jawatan2 lain... berbanding jwtn lain yg telah diagih2kn setiap seorg..bila agihan kerja diberikan, jd kerja sama rata dan adil.. tapi situasi ini tidak berlaku pd saya.. semua yg menjawat jawatan penyelia asrama di bhgn sekolah merasakan tekanan...dah ler gaji sama dgn jwtn yg sama..itu saya fhm sebab grednya pun sama, tp jwtn lain ada elaun2 tertentu..tapi kami tidak.. ini tidak berlaku adil pd hak dan privasi kami sbg penyelia asrama.. malah kami yg ada kelulusan juga sukar utk naik pangkat.... minta tolong sgt2 cuepacs prihatin dgn nasib kami seterusnya membela kami demi kabaikan semua pihak... tq

    BalasPadam
  25. NAIKKAN GRED PENYELIA ASRAMA

    Nama jawatan adalah penyelia asrama, jadi grednya perlulah dinaikkan seperti penyelia2 di agensi2 kerajaan/swasta yg lain.. baik tukar kpd pembantu asrama sahaja...CONFIRM rmi yg xnak mohon coz dh ler nama jawatan xglemer, pastu kerja seperti nak mati.. semua benda kena buat seorg diri..ibarat kitalah bos kita juga ler kuli batak... xpon kalu dijadikan asrama tu sbg agensi lain, penyelia asrama ni spt pengetua asrama walaupun guna SPM.. cuba la org yg kat atas tu duduk di tempat kami! confirm nangis punyer lah.. kami?? disebabkan saya ni dh bkeluarga tu yg terpaksa wat jgk.. walhal ikutkan hati baik berhenti kerja..yelah kerja bagai nak mampus, kakitangan xcukup, kerja melambak2...dah la org atas2an ni tahu nak wat pemantauan sahaja.. mereka xfikir penat lelah, sakit badan, sakit hati kami buat itu semua utk memakmurkan asrama kami masing2..siap berlawan2 lagi dgn asrama sekolah lain.. tapi gaji yg diberi CIPUT.. ELAUN KHAS HARAM NAK BAGI..kalu jawatan lain tu bolehla pulak..padahal kerja diaorg duduk setempat jer..kami ni terpaksa naik turun bangunan, checking safety, kebersihan dll setiap HARI ..Everyday OK!!..kalu bangunan tu ada 4 tingkat ker, 3 tingkat ker kami kena naik turun utk wat pemeriksaan setiap hari.. itu belum masuk berapa buah bangunan lagi..biasanya dlm kwsn asrama plg siit 3 blok bangunan..bayangkanlah hari2 kami naik turun..kalu yg dh tua tu, mcm mane plak??cikgu pun xmcm tu... TOLONGLAH HAMBA ALLAH.. Prihatin & ambil tindakan sepatutnya nasib kami... Kalu xnak tolong xpa, Akhirat nanti jawabla sendiri mana t/jawab yg telah diamanahkan kpd TUAN/PUAN/DATUK/DATIN... ;)

    BalasPadam
  26. CUEPACS PERLU KAJI SEMULA BIDANG TUGAS PPM....PPM PERLU DI BERI KELAYAKAN UNTUK SAMBUNG BELAJAR. BAGI PPM YANG MEMILIKI DIPLOMA DAN IJAZAH, SEPATUTNYA LAYAK UNTUK GRED YANG SETARA DENGAN KELULUSAN....CONTOH SEPERTI GURU,DARI KELULUSAN DIPLOMA DG32, BILA SUDAH MENDAPAT IJAZAH DAPAT GRED DG41. PPM PUN PATUTLAH DIBERI KEISTIMEWAAN SEDEMIKIAN.

    BalasPadam
  27. betul semua....sama2 k/tangan awam tapi mengapa p. asrama jadi cam tu...nasib ler p. asrama..be;um dikira arahan pentadbir yang mengarah membuat pesanan sehingga melebihi 70 org pelajar....tak buat katanya tiada kerjasama..nasib ler...
    (syukur aku akan tukar jawatan bukan lagi p. asrama) memahami apa yang dikatakan oleh tuan/puan..

    BalasPadam
  28. SAYA MERUPAKAN PPM ASRAMA YANG TELAH MENERIMA NASIB YG MALANG APABILA MENDAPAT HINAAN DAN SUMPAH SERANAH GURU. GARA2 MELIHAT MURID2 ASRAMA YG LEBIH RAPAT DAN SENANTIASA MEMBERI KERJASAMA KEPADA SAYA TELAH MENYEBABKAN HATI SEORANG GURU MENYATAKAN BAHAWA SAYA TIDAK SEDAR DIMANA LETAKNYA JAWATAN SAYA YANG HANYA AKP YG HANYA TERLETAK DIBAWAH TELAPAK KAKI GURU. UNTUK PENGETAUHUAN SEMUA, SAYA MEMILIKI IJAZAH PENTADBIRAN TETAPI REZEKI YG MELETAKKAN SAYA HANYA SEBAGAI PPM ASRAMA. SEBELUM INI PUN SAYA TELAH BERKEJA SELAMA 12 TAHUN LEBIH DISEKTOR SWASTA. MEMANDANGKAN ORG KATA BANYAK KELEBIHAN MENJADI PENJAWAT AWAM, MAKA DARI ITU SAYA TELAH MELEPASKAN JAWATAN DISITU DAN MENERIMA JAWATAN PPM ASRAMA N17. HINA SANGATKAH JAWATAN PPM INI???? SAYA TELAH BERUSAHA MENJADI YG TERBAIK DI DALAM SEGALA TUGAS YG DIBERIKAN TERMASUK PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH, PENGIRING MURID SEMASA SUKAN, SAKIT DAN SEBAGAINYA. MASIH KURANG DIMANAKAH KHIDMAT YG DIBERIKAN??? BEKERJA 6 HARI SEMINGGU. KADANG2 BILA MURID ASRAMA TIDAK PULANG, SAYA TERPAKSA BEKERJA 7 HARI SEMINGGU TERMASUK CUTI AM. APA YG SAYA TERIMA CUMALAH PENGHINAAN SEMATA-MATA.

    BalasPadam
  29. Saya merupakan penyelia asrama. Saya dianggap sebagai warden tetapi tiada lantikan sebagai warden. Saya tidak mendapat elaun warden atau rumah khas jabatan. Hal ne saya tak kisah sangat. Cuma disebabkan nama jawatan tu,tugas saya disalah tafsir oleh pegawai tempat saya bertugas..saya bertugas 7hari seminggu. Jika ada pelatih sakit atau melakukan kesalahan disiplin selepas jam 5 atau pada sabtu dan ahad,saya yang dimarah dan dipersalahkn kerana nama jawtan saya ne...kalau boleh,saya berharap CUEPACS boleh menjumudkan jawatan penyelia asrama kepada pembantu tadbir(Asrama).

    BalasPadam
  30. Salam... Saya merupakan Penyelia asrama N22..Mohon perncerahan dan maklumat terkini, kedudukan penambahbaikan jawatan penyelia Asrama 19,22,29..jika tiada apa2 pembelaan seperti yang diwar-warkan di atas, baik fikirkan sesuatu untuk kebaikan jawatan ini .Saya sangat rasa terkesan seperti jawatan ini tidak penting dan di anak tirikan..kalau tak penting, jumudkan saja, tak perlu ada pengambilan jawatan ini..Mohon Cuepacs ambil tindakan sewajarnya agar kami rasa bangga dan sayangkan memikul jawatan ini seperti jawatan yang lain..TQ

    BalasPadam
  31. jawatan penyelia asrama di sekolah adalah seperti orang suruhan kerana seua kerja diarahkan oleh pengetua mahupun guru penolong kanan. jika dilihat dari skim gaji juga, penyelia srama tiada bezanya dengan pembantu tadbir sedangkan penyelia asrama mempunyai pengkhususan kerja iaitu memastikan makanan yang disediakan mengikut spesifikasi dan bebas dari keracunan makanan. bukankah tugas ini sama seperti pembantu makmal? kenapa gred gaji pembantu makmal lebih dari penyelia asrama dan pemantu tadbir? Kami ni bukannya kerani.....tapi kerja kerani pun kena buat. ada persatuan diperingkat negeri dan kesatuan di peringkat semenanjung malaysia namun apa yg diperjuangkan untuk kami. setiap bulan kami terpaksa bayar yuran kerana bergabung dengan cuepacs...tetapi apa hasilnya. Jawatan penyelia asrama dah banyak kali tukar nama. Apkah kami di gred 17 (19) ni dah tak diperlukan lagi? JIka benar jumudkan jawatan kami dan arahkan kami ke kementeriaan lain. Dah alang-alang buat kerja kerani lebih baik pergi kementeriaan lain je. Duduk disekolah pun kami ni bukannya dihargai. Buat salah kami kena dapat anugerah kami dilupa. Nak dapat calon APC pun kena tunggu PT , PAP dan Pembantu makmal semua dapat baru nak bagi kt kami. HINA SANGATKAH KAMI NI????????? Tolong jawab wahai TUAN PRESIDEN

    BalasPadam
  32. Ni tidak..balik-balik gaji guru, gaji tentera, gaji polis dan pegawai-pegawai yang dah bergaji besar dilayan macama anak emas. Lebih baik tiada cuepacs....tukar peranan kepada menolong oarang yang dah gaji besar......puas hati.

    BalasPadam