09 Jun 2012

TUBUH BADAN PANTAU HARGA RUMAH

Utusan Malaysia
6/6/2012

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desma) menggesa kerajaan menubuhkan satu badan khas untuk mengawal dan memantau harga rumah bagi membendung kenaikan mendadak sejak kebelakangan ini.Presidennya, Mohd. Fazil Abdullah berkata, badan khas itu akan bertindak menyelia harga rumah yang dibuat oleh syarikat perumahan sebelum ia diumumkan kepada pembeli.
''Wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan dicadang menganggotai badan itu untuk duduk berbincang terhadap kesesuaian harga rumah.''Cara ini merupakan jalan terbaik bagi membantu penjawat awam dan pekerja swasta yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah tanpa membebankan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesangsian Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ir. Idris Haron berhubung dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tentang kemampuan kakitangan kerajaan memiliki rumah sendiri.CUEPACS baru-baru ini mendakwa 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.Menurut Idris, SPNB selaku syarikat milik penuh kerajaan menyediakan banyak skim pemilikan rumah yang sesuai dengan kadar gaji penjawat awam tersebut.

23 ulasan:

  1. rajin betol aku ni asik no 1 je.. rase bosan la plak.. jpa da bincang dgn omar gagap kasi naik gred j join jusa

    BalasPadam
  2. DAH TERLAMBAT BEB..!! PATUTNYE PERKARA NIE DARI DULU LAGI DI PANTAU..!! PRU-13 NIE SEMUA DAH BERUBAH..!!

    BalasPadam
  3. bukan saja di lembah kelang...di sabah juga mengalami keadaan yang sangat drastik darisegi harga rumah, tolong ambil PERHATIAN !!

    BalasPadam
  4. Butul..di sabah juga alami keadaan terlampau drastik mengenai harga rumah...semua rumah harga lebih 150 tibu...glgn sokongan rendah mcm sa,tidak dpt beli ni

    BalasPadam
  5. P.A BAKAL MISKIN TEGAR SELEPAS PENCENAhad, Jun 10, 2012 9:05:00 PTG

    Betul itu, di Sabah juga harga rumah melambung naik cara drastik termasuk apartment... tapi jika dilihat dari aspek berlainan pembeli bukan tertekan oleh harga rumah tapi interest/bunga yang dikenakan kepada peminjam termasuk pinjaman kerajaan terlalu tinggi contohnya 4%. Perkara ini sepatutnya pihak Cuepacs perjuangkan agar peminjam tidak dibebani bayaran pinjaman yang terlalu tinggi selepas pencen.

    BalasPadam
  6. pantau kat semua negara lah beb...interest 1% gov housing loan like2

    BalasPadam
  7. Intermediate Single/S Terrace 3.9x pts

    Home Price :- RM240,000+Legal fee++
    Year Loan : 30 yearsss
    Jumlah rumah + Gov loan 4% :- RM412,486.90 (kesusahan rakyat tanggung)

    Monthly payment :- RM1,145.80
    Jumlah Interest :- RM172,486.90 (untung gov)
    Year Loan : 30 yearsss

    Kalau Islamic Housing bank loan BFR naik dan tidak lebih 10% interest.Jumlah Interest 10% RM758,221.60 30 yrs mengikut syarat bank bla3.

    Kalau Konvensional BLR mampus bayar sampai 50% jumlah interest RM3,434,893.51 30 yrs

    kalau nak tolong rakyat kurangkan interest 0.9 - 0.0.

    BalasPadam
  8. 4 per cent interest tu patut review semula. jiran aku keja public bank, ambik loan rumah ngan public bank, public bank caj interest 1 per cent je. Ni staff government, ambik loan rumah government, kena 4 per cent. Tak betul ni....kena review...kena review...

    BalasPadam
  9. elok la tubuh...teruk sangat dah la ni...jgn samapi penjawat awam pakat tido kt opis ramai2 sebb x mampu beli rumah...aku ni gaji dekat 3k...lepas tolak2 hutang semua, habuk pun tarak...camna nk beli umah...gila babi punya kerajaan sekarang ni tekan rakyat...

    BalasPadam
  10. ham jad punya kerajaan.. jom pakat ramai-ramai tukar kerajaan,..

    BalasPadam
  11. Tapi kalo krjm baru bagi 1.5 jer interest loan rumah..aku amat sukung

    BalasPadam
  12. satu cadangan yg baik. harap pihak kerajaan membuat pemantauan yg mendalam dan detail dalam kes ni.. jangan kata sabah dan lmbah klang jer harga rumah mahal.. semua negeri turut sama. pemaju naikan harga sesuka hati.

    BalasPadam
  13. takut kami baca, yg hadir tue ada tan sri, dato'.. kepimpinan, keberkesanan, kecekapan semuanya dah terjawab di mana 1.4 juta PA, telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan dan berkesan, cuma kerajaan jea yg tidak menjaga kebajikan 1.4 juta PA.. di mana beberapa masalah tidak di ambil kepeduliannya iaitu harga rumah yg melambung tinggi RM300 ribu,peratusan pinjaman perumahan di kurangkan dari 4% kepada 1%.. kenaikan pangkat dan gred di takuk lama walaupun berpuluh tahun berkerja dan ada yg berpencen di bawah gred 17.. tiada keutamaan PA yg berijazah dan master di dlm kenaikan pangkat dan menjawat perjawatan baru, membubarkan sistem perperiksaan dengan mengantikan sistem tugasan, dalam kenaikan pangkat,anjakan gaji.. bagi PA yg telah berkhidmat di dalam kerajaan tidak perlu menduduki perperiksaan malah terus sahaja di temuduga bagi perjawatan baru dan kenaikan pangkat kekananan.. sistem timeb based dari 15 tahun kepada 7-8 tahun sahaja bagi kenaikan gred di bawah gred 40.. lonjakan gred cthnya gred 17 terus ke 26, dengan pengenalan sistem kakitangan awam cermerlang (KC).. spt guru cermerlang (GC)..cuti tahunan ditambah dari 20hari kepada 25 hari, kemudahan perubatan pakar setahun sekali bagi medical check-up bagi satu keluarga, pembiayaan 20% bagi pembelian kereta nasional bagi PA dan sebagainya..faktor-faktor inilah yg akan menaikkan semangat 1.4 juta PA secara tidak langsung mencapai kecermerlang di mata dunia..

    BalasPadam
  14. hai...aku ni pun dah 8thn kerja...tak mampu lagi nak beli rumah

    BalasPadam
  15. di terengganu pun rumah dah mahal..syukur dah dpt beli rumah teres dengan loan kerajaan yag 4% tu..tp umh 5 thn dah belum siap2 lagi..

    BalasPadam
  16. Kalo kerajaan letak 1.5% interest rumah diboli oleh kakitgn kerajaaan...wowwww 1.4 kakithn awam sukung kerajaaannnnnn

    BalasPadam
  17. Harap cuepacs mohon kerajaan turunkan kadar interest pinjaman perumahan kakitangan awam dlm budget sept 2012 ni.dan mohonkerajaan turunkan kos barang binaan . Harga rumah terlalu tinggi tak mampu dibeli walaupun jointloan suami isteri.Harga sekarang macam tak terkawal je.

    BalasPadam
  18. Makanan,tempat tinggal, pakaian merupakan asas kehidupan manusia.Cadangkan kpd kerajaan lot2 rumah yg dibeli oleh PA drp pemaju melalui pinjaman perumahan disubsidikan kos bahan binaannya kpd pemaju.Jadi rumah yg dijual kpd PA berkenaan dpt diturunkan. Cuepacs boleh kemukan cadangan ini dlm konsultasi budget 2012.

    BalasPadam
  19. DiPerak iaitu selain dari daerah kinta,harga rumah sekitar th 2011 bersaiz 20x70 sekitar RM70,000.Kini harga meningkat dgn saiz yang sama minimun pun RM 160,000. Naik sekali ganda. Rasa macam tak logik je kadar kenaikannya . Harap cuepacs mohon kerajaan untuk pantau atau turunkan harga. Terlalu tinggi tu.... Kalau harga dpt diturunkan secara tak langsung gaji PA berkenaan meningkat le.

    BalasPadam
  20. Pembetulan (Th 2001/bukan 2011)
    DiPerak iaitu selain dari daerah kinta,harga rumah sekitar th (2011)/2001 bersaiz 20x70 sekitar RM70,000.Kini harga meningkat dgn saiz yang sama minimun pun RM 160,000. Naik sekali ganda. Rasa macam tak logik je kadar kenaikannya . Harap cuepacs mohon kerajaan untuk pantau atau turunkan harga. Terlalu tinggi tu.... Kalau harga dpt diturunkan secara tak langsung gaji PA berkenaan meningkat le.

    Ahad, Julai 01, 2012 12:43:00 AM

    BalasPadam
  21. pemantauan ini sepatutnya telah lama dilakukan oleh kerajaan yang sudah memerintah negara lebih setengah abad.rakyat menderita nak beli rumah sendiri. orang luar mampu untuk beli rumah di negara kita kerana perbezaan nilai matawang.TV3 dah pernah buat isu mengenai kenaikan harga rumah. tetapi kerajaan sibuk nak jaga tokei2 hartanah ni.semua menteri diam termasuklah menteri KPDNKK, PERUMAHAN dll bila tengok harga rumah melambung tinggi.jangan pentingkan poket masing-masing ye.Masih adakah rizab melayu?dan berapakah nilai hartanah di kawasan rizab melayu?di kajang dan bangi contohnya, selepas ini melayu semua tinggal kat flat yang tunggu masa nak runtuh je la.rumah mewah banyak didirikan tanpa memikirkan kesan kepada permintaan rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan sederhana, yang menuntut rumah mampu dimiliki dengan harga yang munasabah.Kerajaan PR dan BN silalah pantau harga rumah yang membebankan rakyat malaysia tetapi menguntungkan tokei2 hartanah dan juga pembeli warga asing.Malaysia akan 'terjual' ke tangan warga asing jika tidak dipantau.rakyat Malaysia khusunya kakitangan kerajaan akan merempat di tanah air sendiri.tidak perlulah memberi alasan kira-kira ekonomi berkaitan kenapa dan mengapa harga pasaran hartanah meningkat dan macam-macam lagi, rakyat taknak tahu semua itu, sebab itu rakyat melantik bijak pandai di dalam pemerintahan tertinggi negara untuk mentadbir urus rakyat negara ini.jangan hanya nampak kami semasa pilihan raya,intailah kami ketika kami memerlukan anda.

    BalasPadam
  22. Mohon cuepacs syorkan kerajaan kurangkan interest pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sedikit.Sekurang kurang nya PA mampu memiliki rumah bagi mengimbangi harga rumah naik mendadak akhir akhir ni.

    BalasPadam
  23. beli lah rumah... carilah jalan utk beli.. naik tak hengat...

    BalasPadam