20 Julai 2012

26 DASAR PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIKAJI SEMULA

Bernama
19/7/2012

PUTRAJAYA, 19 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 dari 593 dasar atau peraturan yang digunapakai dalam menentukan pengambilan penjawat awam bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata 26 dasar itu dipilih kerana ia dianggap tidak mesra rakyat atau pemohon pekerjaan di sektor awam, dan mungkin hanya sesuai pada zaman ia mula-mula dilaksana.

"Contohnya ada peraturan yang mengatakan pemohon yang telah berjaya, jika mereka menolak tawaran itu mereka tidak dibenar memohon jawatan itu lagi untuk tiga tahun, tanpa usul periksa. Jadi kami kena siasat kenapa, kemungkinan dia tak sihat atau ada kontrak dengan syarikat lain. Jadi kami cadangkan peraturan yang tak mesra ini dihapuskan.

"Mereka yang dalam tempoh percubaan pula, hukuman tatatertib lebih ringan daripada mereka yang menjadi kaki tangan tetap, jadi ia perlu diselaraskan," katanya selepas perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di pejabatnya di sini pada Khamis.

Mahmood berkata perkara itu telah dibentang kepada Cuepacs pada pertemuan itu, dan mereka diberi masa untuk mengkaji dan kemudian menyalurkan pandangan serta cadangan mereka mengenai perkara itu kepada SPA.

-- BERNAMA

10 ulasan:

  1. SPA,JPA,CUEPACS KAU ORG KAJILAH DASAR YG KAU ORG BUAT SAMPAI HARI KIAMAT..LEPAS TUE KAU ORG PULAK DI KAJI, DIGORENG DALAM API NERAKA JAHANAM.. AMBIK KAU..!! KAMI RASA MALAIKAT MAUT TUNGGU ISYARAT NAK RENTAP NYAWA KAU ORG, TAK HARI NIE, ESOK ATAU LUSA..!! TUNGGU YEA..!!

    BalasPadam
  2. sesuai dengan keadaan semasa konon.

    tapi masih lagi tak mengiktiraf kakitangan sokongan yang mempunyai kelulusan tinggi. disuruhnya bebudak tu re-apply jawatan p&p dan bersaing samarata dengan fresh graduate muda bergetah tu.

    bodoh punya SPA.

    BalasPadam
  3. APALAH NAK JADI DENGAN CUEPACS MAKIN HARI MAKIN MENGARUT DAN MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ASAL PENUBUHAN CUEPACS. DENGAN KUPEKMAS, HARI PESARA, PENJAWAT AWAM PERLU JADI AHLI CUEPACS DAN NTAH APA2 LAGI LAH YANG TIDAK RASIONAL DENGAN DASAR PERKHIDMATAN AWAM MASAKINI. CUEPACS PERLU BUAT MESYUARAT TERGEMPAR UNTUL USUL TIDAK PERCAYA KEPADA KEPIMPINAN CUEPACS SEKARANG DAN PERLU BARISAN KEPIMPINAN BARU YANG TERDIRI DARI SEMUA LAPISAN SKIM DAN GRED JAWATAN, BARULAH SEIMBANG.

    BalasPadam
  4. APALAH NAK JADI DENGAN CUEPACS MAKIN HARI MAKIN MENGARUT DAN MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ASAL PENUBUHAN CUEPACS. DENGAN KUPEKMAS, HARI PESARA, PENJAWAT AWAM PERLU JADI AHLI CUEPACS DAN NTAH APA2 LAGI LAH YANG TIDAK RASIONAL DENGAN DASAR PERKHIDMATAN AWAM MASAKINI. CUEPACS PERLU BUAT MESYUARAT TERGEMPAR UNTUL USUL TIDAK PERCAYA KEPADA KEPIMPINAN CUEPACS SEKARANG DAN PERLU BARISAN KEPIMPINAN BARU YANG TERDIRI DARI SEMUA LAPISAN SKIM DAN GRED JAWATAN, BARULAH SEIMBANG.

    BalasPadam
  5. APALAH NAK JADI DENGAN CUEPACS MAKIN HARI MAKIN MENGARUT DAN MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ASAL PENUBUHAN CUEPACS. DENGAN KUPEKMAS, HARI PESARA, PENJAWAT AWAM PERLU JADI AHLI CUEPACS DAN NTAH APA2 LAGI LAH YANG TIDAK RASIONAL DENGAN DASAR PERKHIDMATAN AWAM MASAKINI. CUEPACS PERLU BUAT MESYUARAT TERGEMPAR UNTUL USUL TIDAK PERCAYA KEPADA KEPIMPINAN CUEPACS SEKARANG DAN PERLU BARISAN KEPIMPINAN BARU YANG TERDIRI DARI SEMUA LAPISAN SKIM DAN GRED JAWATAN, BARULAH SEIMBANG.

    BalasPadam
  6. Kajikah tak kaji tetap sama juga. PA yg dimonopoli oleh kaum melayu tetap akan terus berada di zon selesa dan tak akan berlaku perubahan positif spt mana pada teorinya. JIKA ADA 10 KEKOSONGAN JAWATAN, YG PASTI DAN MENJADI AMALAN SELAMA INI: 7 JAWATAN ADALAH UNTUK KAUM MELAYU MANAKALA BAKI 3 LAGI UTK DIREBUT OLEH KAUM BUKAN MELAYU. AMALAN INILAH YG MENYEBABKAN KAUM BUKAN MELAYU TAK GEMAR MENYERTAI SEKTOR PA. PELUANG AMAT TIPIS.TAK PERCAYA BUATLAH KAJIAN DI KALANGAN KAUM BUKAN MELAYU UNTUK MENCARI REALITI KENYATAAN INI.

    BalasPadam
  7. Sudah masanya kita semua 1.4juta PA memberi peluang dan ruang kepada PR, memerintah PUTRAJAYA..!!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama berkata...

    sesuai dengan keadaan semasa konon.

    tapi masih lagi tak mengiktiraf kakitangan sokongan yang mempunyai kelulusan tinggi. disuruhnya bebudak tu re-apply jawatan p&p dan bersaing samarata dengan fresh graduate muda bergetah tu.

    bodoh punya SPA.

    Sabtu, Julai 21, 2012 12:11:00 PM


    mari buat persamaan matematik

    SPA = PTD
    SPA = bodoh

    oleh itu? hehehe

    BalasPadam