2/6/2012
PUTRAJAYA 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam
bertindak secara terancang, mengambil sikap bergerak dengan cepat, tepat
dan berintegriti (CTI) supaya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang
diberikan oleh kerajaan.Perdana Menteri berkata, sikap itu perlu disokong dengan
produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) agar kepuasan rakyat terus
meningkat terhadap perkhidmatan kerajaan.
''Kalau kita ingat pada dua akronim ini, ia mencerminkan proses
pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan iaitu
mencari idea-idea baru lebih bernas dan tidak begitu konvensional kerana
yang penting ialah keberhasilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.Menurutnya Najib, dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara yang
baru, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, beliau mahu perkhidmatan awam
diterapkan dengan akronim-akronim yang dapat menggambarkan proses
pembaharuan dalam kerajaan.
Beliau menarik perhatian tentang analogi Euro 2012 di mana Sepanyol
menang tanpa ada penyerang namun enam pemain tengahnya masing-masing
boleh menjaringkan gol.Perdana Menteri menyifatkan kejayaan Sepanyol itu satu formasi yang
tidak biasa dilakukan dan belum dicuba tetapi akhirnya menjadikan negara
itu juara Eropah.
''Justeru sebagai sebuah kerajaan kita juga sentiasa mencari idea-idea yang ada kelainan.
''Salah satu daripada kejayaan mutakhir ini yang menepati CPI dan PCI
ialah apabila kita mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka
yang menempatkan agensi-agensi kerajaan di bawah satu bumbung,"
katanya.
Perkhidmatan di bawah satu bumbung di UTC Melaka bermula pukul 8.30
pagi hingga 10 malam merupakan satu pembaharuan yang mungkin tidak ada
negara lain di dunia berbuat demikian untuk memberi keselesaan kepada
rakyat.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) kerana hasil usaha membangunkan projek e-Kasih untuk membasmi
kemiskinan telah berjaya membantu kerajaan mendapat tempat pertama
Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi
kategori Meningkatkan Pengurusan Ilmu Dalam Kerajaan.''Walaupun ada pihak cuba menidakkan apa yang kita hendak lakukan
dengan tujuan dan motif politik tetapi kita kena sentiasa yakin bahawa
usaha dan niat yang baik boleh mencapai kejayaan demi kejayaan.
''Kita akan teruskan usaha walaupun ada rintangan dan usaha untuk
menggagalkan tetapi kalau kita gigih, lambat laun kebenaran akan timbul
jua," katanya.Perdana Menteri turut menyimpulkan lonjakan saham Felda Global
Venture (FGV) hampir 20 peratus adalah bukti usaha pihak tertentu yang
cuba mengeksploitasikan penyenaraian saham FGV bermotif politik
semata-mata untuk merampas Putrajaya.Katanya, Barisan Nasional (BN) akan tetap mempertahankan Putrajaya
kerana yakin dan percaya bahawa hasrat untuk memajukan negara akan
mendapat rahmat Allah.Beliau turut meminta kakitangan awam memberi sokongan kepada KSN baru
dan bergerak sebagai satu pasukan berdasarkan kepada perkhidmatan yang
cepat, tepat berintegriti selain memberi tumpuan kepada produktiviti,
kredibiliti dan inovasi.
Cepat, tepat buat ulasan dan keputusan !
BalasPadamyeeahhh !
syukur Alhamdulillah..
BalasPadammoga kualiti kerja PA semakin meningkat & cara pemikiran semakin matang..
moga makin ramai juga PA dari semenanjung sudi cari pengalaman di Sarawak/Sabah/Labuan..dan begitu juga sebaliknya..utk luaskan pengalaman & berkembangnya fikiran yg matang.
kuatkan usaha & bukan asyik bnyk sembang gah ala2 kedai kopi ;)
janji ditepatiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadammana kenaikan gred 17 ke gred 27 bagi pemegang sijil poli dan uitm seperti yg termaktud dalam pekeliling sijil poli setaraf STPM....hampeh semua...
kenaikan j27. jgn mimpilaaa... mana kementerian yg nak bawa ke kabinet suara kita golongan J niee... bagi juru kamera ada dato rais yatim nak bawa. kita ntahlaa... tunggu musang nak berjanggut kot...
BalasPadamambil budak hingus meleleh masuk p&p lepastu kena hantar pegi kursus bagai, kena bagi dia percubaan 2-3 tahun, lepastu bagi dia latihan itu ini, camana nak cepat dan tepatnya. pulak tu mereka yang 41 ni dah pasang cita-cita untuk naik ke 44 48 52 dan seterusnya, sedangkan kerja tunggang langgang.
BalasPadamjadi cuba cerita, bagaimana nak bagi cepat dan tepat?
bagi kenaikan kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah ke kumpulan p&p tanpa perlu melalui proses mengarut-ngarut yang sama seperti fresh grad. mereka ini sudah mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan. dijamin cepat dan tepat punya. jangan samakan kumpulan sokongan yang sekadar ada spm dengan kumpulan sokongan yang berusaha memajukan pendidikan sehingga mendapat ijazah/master/phd. ada bezanya cara pemikiran mereka.
itupun spa/jpa masih lagi tak boleh berfikir dan masih tidak perasan. perdana menteri hari hari melalak suruh transform, suruh cepat dan tepat bagai. tapi polisi spa/jpa masih ketinggalan dan mengikut cara tahun 70an 80an dan 90an.
jumud!
kadang-kala orang orang besar ni bersuara, buat dasar itu ini, orang di bawahnya yang tak laksana, malah ada yang tikam bos dari belakang.
BalasPadamcontoh, perdana menteri wujudkan dasar itu, jabatan kerajaan menerusi ketua jabatan tak melaksana.
senang cerita PM buat dasar A, KSN tak execute, jadi dibawahnya KPPA, PTD PTD dan sewaktunya dengannya lagi la taknak execute apa apa.
jadi dalam kes dato abu bakar, bukan dia sahaja yang patut kena terminate, majoriti P&P dalam JPA tu sendiri pun perlu diterminate, dan diganti baru. kalaupun dato abu bakar memang cuba sedaya upaya nak melaksanakan dasar, masalahnya orang dibawahnya yang khianat & taknak jalankan kerja yang diarahkan.
jadilah abu bakar kambing hitam...
kambing hitam kupek - skim J,G ?
BalasPadamBONUS pun kena CEPAT dan TEPAT...hehehe
BalasPadamaku dengsr kabar....j 17 da diluluskn j27-__horeerr.syukullll la..undi la BE END
BalasPadamDari mana dapat info ini cuba terangkan?atau semua hanya la angan2 semata2
Padamcepat undi pr
BalasPadamtepat tukar bn ke pr
cepat dan tepat
Mengurus kejayaan dengan cara menyebarkan berita khabar angin adalah strategi yang silap dan makan tuan !
BalasPadam- qlate
cepat bubar parlimen supaya kami boleh buat pilihan yang tepat...undi pr ...janji tukar
BalasPadamjanji ditepati ...hampeh...janji mungkir ada...
BalasPadamPm Rosmah asyik rembat juta juta shopping luar negara..di oversea jadi 1st lady di M'sia jadi pm (tv3 yang kata)
tak nak rosmah..tak nak najib..
bonus tak dak undi tak dak...ingat tak pak lah dulu...kedekut punya pasai 5 negeri hilang....
BalasPadam"Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
BalasPadamjanji ditepati ...hampeh...janji mungkir ada...
Pm Rosmah asyik rembat juta juta shopping luar negara..di oversea jadi 1st lady di M'sia jadi pm (tv3 yang kata)
tak nak rosmah..tak nak najib..
Jumaat, Julai 06, 2012 7:29:00 PM"
oleh itu pandai-pandai la ko racun penduduk daerah pekan, pahang supaya tak undi najib, sebagaimana pengundi sungai siput yang menggulingkan samy velu. selagi pengundi pekan undi najib, selagi dia jadi presiden umno, selagi tula dia akan jadi PM. kalau dia kalah di pekan, dia takkan jadi PM, mungkin dia akan dilantik jadi senator sahaja.
ada paham?
tp jgn ko racun kasi mati kang jd pekan cowboy plak kat Pekan tu sbb semua dh mati kena racun..racun pikiran je..ok bro?
BalasPadammesti la bro Kak Ros mesti la shoping juta2..lu tgk la bro dia nk "mnampung betik" dia pun xlarat..itu pasal la dia shoping juta coz nk beli bra yg mahal br bleh mnampung "harta" dia tu
BalasPadamBerfoya-foya sambil bekerja amalan kerja PA negara kita. Kerja yg berlambak boleh ditangguh2kan kerana esok masih ada. Jgn lupa jenguk perkhidmatan kaunter jabatan kerajaan ada sesetengah mrka suka marah2 dgn pelanggan. Seolah2 mereka tak dibayar gaji, seolah2 mereka dipaksa bekerja. Inilah antara anggita PA yg harus dihapuskan dan digantikan dgn org yg lebih komited lg.
BalasPadam'mesti cepat dan tepat' tapi gov sdiri tk cepat dan tepat. cth SSBPA
BalasPadam