Utusan Malaysia
KUALA TERENGGANU 30 Julai - Menteri Besar, Datuk
Seri Ahmad Said hari ini mengumumkan kerajaan negeri akan turut
membayar bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan
awam di negeri ini sempena Aidilfitri.Beliau memberitahu, bayaran bonus itu yang akan dinikmati kira-kira
18,000 penjawat awam termasuk badan berkanun serta pihak berkuasa
tempatan (PBT) di negeri ini membabitkan peruntukan kira-kira RM20 juta."Tunggulah, janji mesti kita tepati (bayar bonus kepada penjawat awam
negeri). Sama macam tahun lepas juga (jumlah peruntukan) iaitu RM20
juta," katanya.
Ahmad mengumumkan berita baik itu selepas menyempurnakan majlis
penyampaian bantuan pendidikan Yayasan Terengganu kepada pelajar Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di sini hari ini.Beliau berkata, pemberian oleh kerajaan negeri itu adakah susulan
daripada langkah kerajaan Pusat berbuat demikian seperti mana diumumkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,baru baru ini.Terdahulu itu, ketika berucap pada majlis itu, Menteri Besar menarik
perhatian sambil berseloroh bahawa beliau 'bimbang dan berdebar' apabila
setiap kali ada tuntutan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) agar kerajaan membayar bonus kepada
kakitangan awam.
"Saya sering berdebar kalau ada tuntutan CUEPACS agar kerajaan bayar
bonus kepada kakitangan kerajaan, sebab ini (peruntukan bonus) tiada
dalam bajet kita.
"Untuk bayar bonus ini, kerajaan kena memperuntukkan RM20 juta. Jadi
untuk kita bayar bonus ini pada Ogos ini, kita terpaksa tambah
peruntukan lain," katanya.Pada majlis tersebut, seramai 2,150 pelajar tingkatan enam atas di
seluruh negeri ini menerima wang bantuan STPM RM1,000 setiap orang yang
disampaikan oleh Menteri Besar membabitkan peruntukan RM2.1 juta.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi,
Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman;
Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof dan Pengarah Pelajaran
negeri, Zakaria Husin.
lalalalalalalal..bonus dh masuk...lalalalalall
BalasPadambukan macam negeri selangor hanya bayar kerajaan negeri ajer ..pihak berkuasa tempatan tak bayar.
BalasPadam