Berita Harian
23/8/2012
23/8/2012
Kuala Lumpur: Pelbagai pihak mewakili kepentingan pengguna dan pekerja
merayu kerajaan mengkaji semula konsep pembinaan rumah asas supaya ia
tidak memberikan implikasi kewangan tambahan kepada pembeli.
Sambil memuji usaha kerajaan itu membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri, FOMCA dan CUEPACS berpendapat masih ada sebilangan besar pembeli tidak mampu menanggung kos mengubahsuai dalam rumah asas yang dicadangkan itu.
Sambil memuji usaha kerajaan itu membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri, FOMCA dan CUEPACS berpendapat masih ada sebilangan besar pembeli tidak mampu menanggung kos mengubahsuai dalam rumah asas yang dicadangkan itu.
Pandangan pelbagai pihak
Timbalan Presiden FOMCA, Muhammad Sha'ani Abdullah, berkata pihaknya amat berharap kerajaan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum melaksanakan projek itu.
“Kita berpendapat adalah wajar sekurang-kurangnya rumah asas yang dicadangkan kerajaan itu dilengkapi tiga bilik kerana semua orang sedar pada masa ini harga rumah melambung tinggi sehingga ramai tidak mampu untuk membelinya,” katanya kepada BH, semalam.
3 benda yg utama dlm islam :
BalasPadam1.Makanan
2.Rumah
3.Pakaian
Dah masanya kerajaan kena campurtangan tubuh syarikat perumahan 1 Malaysia. Tawarkan rumah serendah rm 35 ribu. Letak syarat rumah boleh dijual semula hanya selepas 10 tahun. Benci tengok rumah-rumah murah dijadikan bisnes. tgk sahaja di mudah.com.. penuh dengan jualan singkat pembeli yang berjaya beli rumah murah.
BalasPadammalaysia dah jadi negara KAPITALIS. itulah akibatnya.
BalasPadamkerajaan kena kawal harga rumah.ramai rakyat malaysia tak mampu beli rumah dengan nilai gaji sekarang.
BalasPadamNegara Kapitalis tak per jgn KOMUNIS
BalasPadammana ada harga rumah mahal. kita usahlah terjun dalam permainan dakyah dan fitnah pembangkang. kononya rumah mahal semata2 mahu raih sokongan kepada pembangkang. jika awar menjadi PM, mestilah makin mahal segala2nya. kita harus setia dan taat kepada BN, UMNO dan pemimpinnya demi menjaga maruah diri dan masyarakat. mereka yang tidak berpuas hati pada harga rumah pasti penyokong anwar, elok dikesan dan hantar mereka ke BTN bagi proses kemajuan rohaniah. jika masih enggan sokong BN, pecat mereka.
BalasPadamRahman Nanyan berkata...
BalasPadammana ada harga rumah mahal. kita usahlah terjun dalam permainan dakyah dan fitnah pembangkang. kononya rumah mahal semata2 mahu raih sokongan kepada pembangkang. jika awar menjadi PM, mestilah makin mahal segala2nya. kita harus setia dan taat kepada BN, UMNO dan pemimpinnya demi menjaga maruah diri dan masyarakat. mereka yang tidak berpuas hati pada harga rumah pasti penyokong anwar, elok dikesan dan hantar mereka ke BTN bagi proses kemajuan rohaniah. jika masih enggan sokong BN, pecat mereka.
-----------------------------------
Pikir dahulu sebelum menulis, bukan tulis dahulu baru pikir. Nampak kebodohan kita nanti..
Tak kiralah kerajaan BN atau PR kea.. ape cite skg nie, harga semua barangan naik mendadak selepas raya, barangan yang naik ialah alat ganti kereta-motor, alatan elektrik-elektronik, barangan binaan spt simen,pasir, dllnya, barangan makanan, tepung gandum, gula, beras, segala jenis kicap, segala jenis sos, segala jenis minuman-makanan ringan, segala jenis barangan basah, tauhu, sayur, dsbnya, menurut sumber dalam bajet 2013 nie, GST akan dikuatkuasa, segala jenis cukai dan insurans akan dinaikan, kenderaan dan harga rumah akan dinaikan, harga minyak akan di naikan secara senyap-senyap, betul kea.. yang tak naiknya elaun, gaji dan pangkat 1.4 juta PA tak dinaikkan.. ape cite nie.. janji tak ditepati jawabnye..
BalasPadammesti akan ada kenyataan "kenaikan harga rumah masih terkawal"masih belum perlu kerjaan campurtangan....
BalasPadampandai pandai lah ko......
kami ingat nak opsyen tahun depan, dapat tawaran kerja lebih baik, berdasarkan kelulusan sarjana muda kejuruteraan mekanikal dan pengalaman kerja, penat beb kerja kerajaan nie, gaji dan pangkat payah nak naik, berpuluh tahun kerja tak diendahkan, ape da.. buang masa jea mcm nie, umur makin meningkat, kami tengok ada PA dah kerja lebih 20 tahun baru naik N22,W22 dan lainnya gred, lepas tue sibuk pulak nak exit policy, time based sampai 15 tahun, ape nie semua, mengarutlah.. sebab tue golongan profesional yg duduk luar negara tak nak balik malaysia, berapa gaji boleh dapat di malaysia, sedangkan dia org di tawarkan gaji RM40-60 ribu sebulan, berdasarkan pengalaman dan kelulusan mereka, negara luar pulak boleh menilai kepakaran mereka berbanding di malaysia.. member kami baru-baru ditawarkan berkerja di Rusia dgn gaji RM30-40 ribu sebulan, rasanya di malaysia tak da agaknya, perhabis tinggi RM6-7 ribu jea.. tue jea.. kepada PA yg ada kepakaran dan kelulusan tetapi masih duduk di dalam kumpulan B dan C, jom kita berhijrah ke tempat yang lebih selesa dan menghargai nilai kerja kita.. jom hijrah..!!
BalasPadambagus....kurang lg sekor beruk dlm zoo yg sempit ni...
PadamAku rasa kerajaan perlu kawal atau mewujudkan satu mekanisme pengawalan harga rumah di Malaysia ni... kebanyakan harga rumah flat dkt KL melebihi 70k ... Kalau apartment 800 sqft pun lebih 100k... Rasa2 gaji berapa baru boleh beli rumah tu? Then kalau tak mampu beli..kenalah sewa..tetapi sewanya pulak ...Pergh punya lah mahal... Takkan org yang berkeluarga dan mempunyai anak lebih dr 1 org nak duduk umah yg besarnya 600 sqft... Lagi satu... Kalau nak dpt umah yang murah2 ... Nak kena cr nun jauh di hulu2 yang mana utk pergi ke tempat kerja memakan masa 1 jam lebih... Itu kalau tak jem... Kalau jem... Isy2 tak dpt dibayangkan...masa dihabiskan di jalanraya...
BalasPadamharga rumah di Malaysia dah jadi cacamerbah mcm skandal subprima di US.agak2 bila kemelesetan ekonomi yg teruk terjadi nanti bank negara pun bankrapsi.so buat statistik secara audit negara terhadap privet sektor supaya negara tak terlingkup kewangannya disbbkn menanggung hutang tadi...........dari staff geladagang tak berumah dan harap PM mendengar keluhan ni..............
BalasPadamTanpa Nama Tanpa Nama berkata...
BalasPadamNegara Kapitalis tak per jgn KOMUNIS
Sabtu, Ogos 25, 2012 12:32:00 PTG
malaysia ni mengamalkan konsep kapitalis yang bersifat komunis.
kapitalis: buat projek mega untuk kroni, naikkan harga hartanah, harga barangan keperluan sampai mencekik rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. naikkan cukai yang mencekik rakyat. kenakan caj itu dan ini. pendek kata rakyat yang berpendapatan rendah memiliki simpanan yang makin hari makin kurang. itu kapitalis, orang yang kaya menjadi bertambah kaya dengan mengambil harta orang yang miskin
komunis: tak payah pergi jauh. tengok dalam perkhidmatan awam sahaja. kumpulan pelaksana yang menjawat jawatan gred 17 kekal dengan gred tersebut sampai bersara atau sampai mati. takda peluang diberi. malah sebilangan dari mereka yang mempunyai kelulusan tinggi pun tak diberi peluang dan laluan yang mudah untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi. malah disuruh bersaing lagi dengan graduan baru. pulak tu konsep "dapat kerja guna kabel" makin hari makin berleluasa. yang tak ada kabel tu kekal la dengan kerja dan jawatan yang ada tu sampai mati. inilah dia konsep komunis yang diterapkan dalam perkhidmatan awam.
orang tua aku boleh beli rumah tahun 1985 dengan harga rm69,000 dengan gaji sekadar rm900 sebulan. potongan lebih kurang 300 sebulan selama 25 tahun. lebih kurang nisbah 1:76
BalasPadamaku pulak yang bergaji tak sampai rm2,000 (gred yang sama dengan orang tua aku dulu) tak mampu beli rumah dengan harga rm320,000 (saiz rumah yang sama dengan rumah orang tua aku) iaitu nisbah 1:160
nampak tak bagaimana nilai pendapatan zaman sekarang tak setimpal dengan harga keperluan? orang tua aku beli rumah saiz sekian-sekian dengan gaji nisbah dia 1:76 dari harga rumah. gaji aku sekarang nisbah dia 1:160 dengan harga rumah sekarang. malaysia boleh!
orang tua aku dulu dengan gaji macam tu beli sate 10 sen secucuk. aku dengan gaji sekarang beli sate 60 sen secucuk. dengan harga sate sekarang sepatutnya gaji aku kena rm5,400 untuk menyamai nilai gaji orang tua aku dulu.
malaysia boleh!
aku nak minta REHDA ni kaji dan bincang harga rumah yang tak masuk akal sekarang ni. Kerajaan, kami tak perlukan mekanisma dan blablablabla yang hanya lahir dari mulut ke surat khabar sebab semuanya hanya indah khabar dari rupa. Aku juga nak cadangkan, kerajaan dengan REHDA turunkan harga rumah yang berpotensi besar menjadi kawasan banjir contohnya lembah klang. Negeri Selangor rata-rata rumah semua dah mencecah jutaan ringgit, fikir secara logik, ada ke rakyat yang kerja kerajaan (gred biasa-biasa) ni mampu beli??Melainkan dia buat bisnes didalam/luar waktu kerja sampai abaikan kerja rasmi, tu aku rasa boleh. Hari tu REHDA kata, orang luar mampu beli rumah kita bukan faktor harga rumah naik. BANGANG tu je yang aku boleh kata.weh, REHDA lu pikirlah sikit.Itulah salah satu punca tau tak.Kerajaan tak pernah naikkan premium tanah selama ni. Tapi kita disogokkan oleh pemaju yang harga rumah naik sebab premium tanah naik. Rumah dijohor pula, pemaju umumkan akan bina lebih baik rumah dan target market adalah pembeli dari Singapura.tengok?? Bangunlah orang Melayu.. bangkitlah dari mimpi. tanah kita semakin terjual dan kita takkan mampu memilikinya semula tanpa kita sedar.akhirnya kita akan terbuang di tanah air sendiri. KERAJAAN jangan tunggu PRU je baru nak ambil berat hal rakyat. sentiasa lakukan inisiatif membantu rakyat tanpa mengira masa maka rakyat akan lebih menghargai anda.
BalasPadamDalam mentransformasi penjawat awam yg berilmu & berinovasi, sewajarnya PA peringkat sokongan yg mempunyai ijazah sarjana muda tapi tidak dapat kenaikkan pangkat diberi elaun khas atau gaji dinaikkan sikit atas usaha dan pengorbanan mereka utk menimba ilmu & membaiki kedudukan status. ini akan mengalakkan PA golongan sokongan menimba ilmu justeru itu meningkat taraf & kedudukan perkhimatan awam yg berilmu & berinovasi bagi mencapai Malaysia sebagai negara maju dlm tahun 2020.
BalasPadamlagi 20 tahun, rumah asas bermaksud ada selimut dan tilam walaupun tidur bawah jambatan.
BalasPadamsekarang ni rumah flat pun dah dipanggil "rumah mampu milik", jangan terkejut anak2 kita nanti tak mampu beli rumah flat, sebaliknya tinggal bawah jambatan.
bertindak sebelum terlambat! oleh itu apa perlu kita buat, tuan tuan dan puan puan semua??