04 September 2012

PENDAPATAN PER KAPITA DAN TAHAP KESEJAHERAAN RAKYAT PENGUKUR PEMBANGUNAN NEGARA - NAJIB

Bernama
4/9/2012


PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Aspek pendapatan per kapita dan kesejahteraan rakyat merupakan dua kriteria utama yang dijadikan kayu pengukur dalam menilai kejayaan model pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tatkala pendapatan per kapita menjadi ukuran konvensional yang biasa diguna mana-mana negara, Malaysia berusaha mengetengahkan model pembangunan yang lebih bitara (tiada tara) dan unik, dengan turut mengambil kira tahap kesejahteraan atau 'happiness index of the people'.

Kedua-dua aspek itu kata beliau, perlu dilihat dengan teliti kerana hubung kait antara keduanya tidak semestinya bergerak secara positif disebabkan mungkin ada gangguan lain atau kekangan tertentu, yang boleh mengakibatkan rakyat masih tidak berpuas hati walaupun pendapatan meningkat.

Beliau memberi contoh seperti kesesakan lalu lintas atau jenayah, yang sudah pasti akan diambil kira dalam menentukan tahap indeks kesejahteraan dan tahap rasa puas hati rakyat.

"Kita cuba gubal model pembangunan negara ini secara bitara dan unik, kita tidak pinjam seratus peratus model (pembangunan) dari barat atau timur, tapi kita mesti punyai kemampuan untuk membangunkan model pembangunan sendiri yang sesuai untuk rakyat kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putrajaya, di sini pada Isnin.

Perdana Menteri berkata dari segi indikator makro, suku kedua ekonomi negara berkembang pada kadar 5.4 peratus berbanding 4.9 peratus suku pertama tahun ini, dan Malaysia muncul sebagai pusat tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar dunia selepas Amerika dan China, dan IPO kedua terbesar di dunia ialah Felda Global Ventures Holdings, manakala ketiga ialah IHH Healthcare, kedua-duanya syarikat milik rakyat Malaysia.

Menurutnya media antarabangsa pula sejak kebelakangan ini membuat liputan yang semakin positif mengenai Malaysia, termasuk media yang sebelum ini amat kritikal mengecam negara yang kini dilihat beralih arah, dan mengakui bahawa bahawa banyak pembaharuan positif serta pembangunan sebenar sedang berlaku dalam negara.

"Saya sebut ini kerana kita sebenarnya sudah mendapat pengiktirafan dunia, (namun) apa mesejnya? Mesejnya ialah momentum mesti diteruskan, jangan sampai agenda transformasi terbantut, kita mesti terus melipatgandakan usaha kita," katanya.

Najib berkata penjawat awam mempunyai peranan sebagai pelaksana strategi yang amat penting dalam memastikan pembangunan yang direncanakan kerajaan berjalan mengikut jadual, dirasai rakyat, mencapai matlamat, dan sampai kepada kumpulan sasar.

Katanya perarakan sempena Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini yang turut menyaksikan pembabitan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam negara termasuk Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan juga ketua-ketua setiausaha kementerian, Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera, amat bermakna.

Beliau berkata kesanggupan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam untuk turun padang bersama rakyat, mengambil bahagian secara simbolik semasa melaungkan tema merakyatkan perkhidmatan awam, memberi isyarat jelas bahawa perkhidmatan itu sanggup bersama rakyat, memahami cita rasa rakyat dan sanggup berusaha gigih, jujur dan ikhlas, agar jangkaan rakyat dapat dipenuhi kerajaan.

-- BERNAMA

41 ulasan:

  1. tapi tahap miskin sebagai negara maju masih ramai...

    BalasPadam
  2. kategori miskin bandar adalah berpendapatan rm3,000 ke bawah. majoriti kakitangan awam terutamanya kumpulan sokongan terdiri dari orang yang miskin yang duduk di bandar


    sekian harap maklum

    BalasPadam
  3. tu yang tak berapa nak faham tu.rakyat macam tu jugak.apa lah yang dimaksudkan sebenarnya tranformasi tu.

    BalasPadam
  4. mohon bantuan kerajaan kawal kenaikan harga rumah.....bayangkan jika kami yang bergaji 2000 ke bawah nak beli rumah macam mana kalau harga rumah atas 200,000 ke atas.

    tidur dalam van la kami...

    BalasPadam
  5. wa caya lu PM Najib.
    new govt tak boleh kasi sptmana PM Najib dah kasi. tq PM.

    BalasPadam
  6. memang betul tu.rumah sekarang ni harga tak tau lah mcm mana nak tafsir.memang mahal tahap memang org kaya2 je boleh beli.aku sokong mcm manalah PA yang bergaji bawah 2000 ni nak beli rumah.memang tak mampu punye beb.rumah yang beharga 100k bulanan dah tentu 7 ke 8 ratus sebulan.kalau 200k dah tentu2 1k lebih.kalau gaji yang 1500 mcm mana nak bayar.tak terbayar.bukan tak terbayar lagi dah rasanya pinjaman pun memang tak diluluskan punye.akibatnye mcm sahabat kita ckp tadilah dok dalam van.itupun kot ada van.mcm mana lah kan nak survive hidup la ni.yang kaya betambah kaya dok dpt tindas org miskin.yang miskin bertambah lah lagi miskin nye.

    BalasPadam
  7. orang tua aku boleh beli rumah tahun 1985 dengan harga rm69,000 dengan gaji sekadar rm900 sebulan. potongan lebih kurang 300 sebulan selama 25 tahun. lebih kurang nisbah 1:76

    aku pulak yang bergaji tak sampai rm2,000 (gred yang sama dengan orang tua aku dulu) tak mampu beli rumah dengan harga rm320,000 (saiz rumah yang sama dengan rumah orang tua aku) iaitu nisbah 1:160

    nampak tak bagaimana nilai pendapatan zaman sekarang tak setimpal dengan harga keperluan? orang tua aku beli rumah saiz sekian-sekian dengan gaji nisbah dia 1:76 dari harga rumah. gaji aku sekarang nisbah dia 1:160 dengan harga rumah sekarang. malaysia boleh!

    orang tua aku dulu dengan gaji macam tu beli sate 10 sen secucuk. aku dengan gaji sekarang beli sate 60 sen secucuk. dengan harga sate sekarang sepatutnya gaji aku kena rm5,400 untuk menyamai nilai gaji orang tua aku dulu.

    malaysia boleh!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama berkata...

    ....akibatnye mcm sahabat kita ckp tadilah dok dalam van.itupun kot ada van.mcm mana lah kan nak survive hidup la ni.yang kaya betambah kaya dok dpt tindas org miskin.yang miskin bertambah lah lagi miskin nye.


    malaysia ni negara kapitalis. bendera kita hampir sama dengan bendera amerika. amerika tu bapak segala kapitalis. kita punya konsep kapitalis sebiji macam amerika. tu pasal harga barang mengarut sekarang ni.

    BalasPadam
  9. SEPATUTNYA KERAJAAN MEMBERI SUPSIDI KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN MEMBELI RUMAH SEKURANG2NYA 40% UNTUK KAKITANGAN SOKONGAN BARU LA KERAJAAN PERHATIN KEPADA KAKITANGANNYA.. IN TIDAK RUMAH TERBUKA DIBUAT SELURUH MALAYSIA DENGAN PERBELANJAAN BERJUTA2

    BalasPadam
  10. jumudkan gred 1-16,naikkan ITP Rm450,kalau tak ada gred 1-16 ni...tak jln jg kerja gred2 yang lain.....biar selaraskan smua gred baru adil...

    BalasPadam
  11. baru kau org tau kapitalis tak kapitalis, harga barangan sampai tahap harga mengarut lah, harga rumah tak munasabah lah, nie tal lama lagi, bermula tahun depan, GST akan dikuatkuasakan, siap la PA dan rakyat malaysia semua, bukan harga mengarut lagi, mengelupur lah jawabnya kau org, jadi sape punya angkara, 1.4 juta PA kea?. jawabnya pemimpin-pemimpinlah jawabnya, meroyan masing-masing kumpul harta nak jadi jutawan katakan, nak kalahkan bill gates dan jutawan china, satu lagi hal terkejut beruk juga aku tengok ksn dan pegawai atasan turun padang, biasalah nak dekat PRU-13, berlakon mesti pandai beb, biar nampak real, ataupun tembelang dah pecah, bangkai dah busuk, rakyat dah tau ke mana dia org nie pergi bersosial, berkaraoke di tempat mcm deluxe, puteri pan, paradise, blues wave, sama-sama gro atau gundik kot.. rakyat dan PA semakin cerdik, kalau tak boleh lawan cara kasar, bantai dia org cara halus lah..

    BalasPadam
  12. apabila ajaran dan hukum agama ditolak tepi, inilah jadinya. rumah yang sepatutnya jadi keperluan asas sudah dijadikan permainan oleh penyangak penyangak kapitalis ni. konsep kewangan islam yang adil ada, tapi digunakan konsep kewangan yahudi, ada interest ada bunga bagai. riba dijadikan perniagaan harian. nanti apabila sistem kewangan berasaskan wang kertas dan syiling ni terlingkup barulah mereka yang buta hati ini akan menyesal tak sudah. waktu tu sudah terlambat.

    Allah jadikan bumi ini percuma untuk direbut dan digunakan oleh semua hambanya. tapi apa yang berlaku sekarang bumi ni dijual dan diperdagangkan dengan harga yang tak masuk akal yang mencekik leher orang. tu yang jadi harga rumah tak masuk akal disebabkan harga hartanah itu sendiri melambung-lambung. rumah yang berharga 300k itu disebabkan harga tapaknya iaitu tanah sahaja sudah bernilai lebih dari 100k. england dan amerika yang mengamalkan kapitalis secara total pun tak mencekik rakyat mereka dengan harga hartanah yang melambung. mereka masih boleh membeli tanah dan membina rumah banglo. kita disini beli rumah kotak, rumah bertingkat-tingkat yang layak dipanggil rumah setinggan disebabkan tak mampu beli rumah teres, apatah lagi rumah semi-d atau banglo. graduan ijazah di england mendapat gaji permulaan sekitar 1800 pound dan mampu membeli kereta yang berharga 5000 pound dengan bayaran ansuran tak sampai setahun. graduan di sini mendapat gaji permulaan ringgit malaysia 1800 dan membeli kereta dengan harga 40000 dengan ansuran sehingga 7-9 tahun.

    konon nak jadi negara maju, tapi taraf kehidupan semakin hari semakin teruk. ntah negara maju mana yang kita gunakan sebagai model, aku pun taktau.

    BalasPadam
  13. Memang benar tahap pendapatan per kapita menjadi kayu pengukur taraf hidup dan pembangunan negara. TETAPI masalahnya jurang perbezaan pendapatan di antara golongan atasan, menengah dan bawahan adalah terlalu tinggi. Sebagai contoh, katakanlah pendapatan tahunan seorang golongan atasan RM1 juta setahun dan 9 orang golongan menengah dengan pendapatan RM24k setahun. (RM1juta X 1 orang = RM1juta) + (RM24k X 9 orang = RM216.000). Maka jumlah pendapatan 10 orang tersebut ialah 1,216,000. Pendapatan per kapita 10 orang tersebut ialah RM121,600. Pada dasarnya kita lihat pendapatan per kapita mereka tinggi iaitu RM121,600 seorang setahun.Sebenarnya hanya seorang saja berpendapatan tinggi dan hidup mewah manakala 9 orang lagi hanya cukup-cukup makan saja. Fikir-fikirkanlah.

    BalasPadam
  14. aku PA, baru beli rumah, itupun rumah lelong RM70-80 ribu, celaka punya kerajaan, kebajikan PA tak di jaga langsung, yg dijaganya pegawai atasan, korporat, jutawan, hartawan dan ahli politik, kau org nie memang kapitalis tahap neraka jahanam..

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama berkata...
    aku PA, baru beli rumah, itupun rumah lelong RM70-80 ribu, celaka punya kerajaan, kebajikan PA tak di jaga langsung, yg dijaganya pegawai atasan, korporat, jutawan, hartawan dan ahli politik, kau org nie memang kapitalis tahap neraka jahanam..

    Rabu, September 05, 2012 9:14:00 PG
    **********************************************************************
    AKU STUJU

    BalasPadam
  16. Jom PA semua, bincangkan kebajikan PA dalam bujet 2013 ni.

    BalasPadam
  17. selalunya ada orang berkenaan akan kata.."harga rumah masih terkawal".................

    BalasPadam
  18. terkawal untuk orang atasan sahaja...golongan bawah xterkawal...

    BalasPadam
  19. Dengan harga umah sekarang yang dah melampau2 tahap super melampau dan tak masuk akal lagi dah.aku ni walaupun kat seremban tapi harga rumah serupa KL jugak.rumah teres 20x70 je dah 200k lebih.lebih tu dalam 30 ke 40k.mcm mana nak beli dengan pendapatan yang ada sekarang ni.gred 17 dan kebawah aku ni je.so, memang tak mampu lah.gaji 2k je.rumah yang harga 240k ni bulanan jatuh dalam 1200k sebulan.campur dengan kereta nasional yang harganya pun 50 ke 60k dalam 450 sebulan.jadi 1200+450=1650. baki yang tinggal 350 hengget je.dari 350 hengget tu tolak hutang ptptn 150(tu yang mampu)tinggallah 200 je.mcm mana nak survive.mcm mana nak beli keperluan harian pulak?dan mcm mana lah nak belanja dengan berhemah cuba jawab wahai ahli2 politik sekelian?korang yang ckp suruh berbelanja dengan berhemah kan.korang gaji puluh2 ribu.memang lah tak rasa.segala keperluan asas ditanggung sepenuhnya.rumah dapat,elaun rumah pun dapat.kereta pun dapat.tak payah nak bayar bulan boleh lah cakap. memang harga rumah sekarang ni jadi masalah utama.harga yang memang tak masuk akal.ntahlah, serik aku.tak tau mcm mana nak buat lagi dah.tak tahu nak berjimat mcm mana lagi dah........

    BalasPadam
  20. Bab kapita2 ni biar kapitalis uruskan. Ambik contoh pendapatan jutawan saja supaya kapitanya tinggi. Biarlah 5 juta org dpt BR1M RM500.00 pun tak mengapa. Asalkan kapitanya tinggi. Amacam ?

    BalasPadam
  21. Jom kita survey rumah-rumah ketua-ketua jabatan,jusa,turus,menteri-menteri dan Yb. ada rumah dia org mencecah jutaan ringgit sekitar
    RM1-20 juta. ape nie cakap tak serupa bikin, yg pliknya, gaji taklah berapa besar sgt, tapi nafsunya mcm dajjal, mana dia org dpt duit tue, dari langit kot, kea duit projek dan 10% tue, lagi satu kenyataan di atas, dia org berhibur di deluxe, puteri pan, paradise, blues wave dan apa-apa jealah, mana dia org mentah kedarah duit sape.. Allah SWT maha mngetahui.. api neraka menantinya..

    BalasPadam
  22. contohlah malaysia mempunyai 10 orang penduduk 4 daripada dikira jutawan,3 daripadanya sederhana pendapatan,3 miskin tegar,macamana dikira adil jika dikatakan perkapita telah meningkat sedang pengiraaan dikira daripada purata 10 orang tadi tentulah yang jutawan tadi yang melonjakkan nilai perkapita,realitinya yang miskin tegar dan berpendapatan sederhana masih di takuk lama.

    BalasPadam
  23. jangan politikkan isu ini. PM kita ikhlas mahu semua kaya raya. kita kena la undi BN demi membalas jasa. jangan asyik nak banding sangat harga rumah mahal ke hapa ke, yang penting kita semua dah ada rumah kan walau menyew. di negeri pembangkang, ada yang opengemis tiada rumah. itulah mereka. kita harus elakkan asyyik merungut, yang penting nawaitu kerja ikhlas kerana parti dan pemimpin BN itulah yang paling afdhal.

    BalasPadam
  24. parah betul kalau orang taksub dengan kepartian ni.

    BalasPadam
  25. Betulah.Orang Kalau dah taksub sangat dengan politik Memang mcm tu lah.tak faham lah dengan orang yang terlampau taksub sangat dengan politik ni.bagi dia semuanya betul dah kat pandangan mata dia.ntah apa yang diagungkan sangat pun tak tau lah.aku bab org kalau taksub dengan politik ni memang aku tak campur dah.bagi aku kot tak dpt kawan org mcm ni pun takpe.aku menyampahhhhh!!!!

    BalasPadam
  26. jangan politikkan isu ini. PM kita ikhlas mahu semua kaya raya. kita kena la undi BN demi membalas jasa. jangan asyik nak banding sangat harga rumah mahal ke hapa ke, yang penting kita semua dah ada rumah kan walau menyew. di negeri pembangkang, ada yang opengemis tiada rumah. itulah mereka. kita harus elakkan asyyik merungut, yang penting nawaitu kerja ikhlas kerana parti dan pemimpin BN itulah yang paling afdhal.

    ==========================

    Tengkorak kering mung,...yang kau dok ambil kira rumah sewa tu apa ke bangang?..yang kau kata negeri pembangkang ada yang mengemis tiada rumah.....di amerika dijepunpun ada yang tiada rumah...fikiran sempit kau telah menyebabkan semua yang berkaitan dengan pembangkang tu tak elok.....guna la otak sebelum berkata kata.orang macam kau ni la yang taksub sebenarnya...kau ingat jika tiada pembangkang yang check and balance kau boleh dapat semua kemudahan yang kau dapat sekarang...aku tak nafikan kerjaan membela rakyat,juga tak nafikan pembangkang dalam menegur kerjaan agar jadi lebih baik.

    BalasPadam
  27. ternd komen dalam blog ini adalah .....akan timbul perbahasan tentang perkara yang tak berfaedah bila ada komen politik.Harap jangan la campuk adukkan politik ....

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama berkata...
    Dengan harga umah sekarang yang dah melampau2 tahap super melampau dan tak masuk akal lagi dah.aku ni walaupun kat seremban tapi harga rumah serupa KL jugak.rumah teres 20x70 je dah 200k lebih.lebih tu dalam 30 ke 40k.mcm mana nak beli dengan pendapatan yang ada sekarang ni.gred 17 dan kebawah aku ni je.so, memang tak mampu lah.gaji 2k je.rumah yang harga 240k ni bulanan jatuh dalam 1200k sebulan.campur dengan kereta nasional yang harganya pun 50 ke 60k dalam 450 sebulan.jadi 1200+450=1650. baki yang tinggal 350 hengget je.dari 350 hengget tu tolak hutang ptptn 150(tu yang mampu)tinggallah 200 je.mcm mana nak survive.mcm mana nak beli keperluan harian pulak?dan mcm mana lah nak belanja dengan berhemah cuba jawab wahai ahli2 politik sekelian?korang yang ckp suruh berbelanja dengan berhemah kan.korang gaji puluh2 ribu.memang lah tak rasa.segala keperluan asas ditanggung sepenuhnya.rumah dapat,elaun rumah pun dapat.kereta pun dapat.tak payah nak bayar bulan boleh lah cakap. memang harga rumah sekarang ni jadi masalah utama.harga yang memang tak masuk akal.ntahlah, serik aku.tak tau mcm mana nak buat lagi dah.tak tahu nak berjimat mcm mana lagi dah........

    Rabu, September 05, 2012 3:03:00 PTG

    -------------

    Saya setuju dengan hal ini. Sebab tu saya amat yakin DAP dan PKR masih boleh menang besar dalam PRU13 kali ni.

    To be fair, Najib hanya ada 3 tahun. Memang x cukup masa nak jadikan orang yang bergaji RM1,200 sebelum ni terus bergaji RM2,500 dalam masa 3 tahun. Untuk adil, boleh dipertimbangkan lagi.

    Tapi adalah amat tidak adil jika golongan bawahan yang dibawah tahap fakir miskin dibiarkan begitu sahaja. Lihatlah orang di kampung dan di bandar yang bukan seorang Penjawat AWAM. Hidup mereka lebih sengsara. Sebab tu kadang kala saya lihat orang yang ada kuasa di macam syok sendiri.

    Jika betul2 nak tahu perkara sebenar, buat cara Tun Abdullah. Turun padang tanpa disambut, tanpa mereka bersedia. Dengar sendiri dari mereka yang terpinggir. Boleh lah cuma bawa wartawan je, tak payah ramai2 nanti nampak sangat macam berlakon.

    BalasPadam

  29. Saya setuju dengan hal ini. Sebab tu saya amat yakin DAP dan PKR masih boleh menang besar dalam PRU13 kali ni.

    To be fair, Najib hanya ada 3 tahun. Memang x cukup masa nak jadikan orang yang bergaji RM1,200 sebelum ni terus bergaji RM2,500 dalam masa 3 tahun. Untuk adil, boleh dipertimbangkan lagi.

    Tapi adalah amat tidak adil jika golongan bawahan yang dibawah tahap fakir miskin dibiarkan begitu sahaja. Lihatlah orang di kampung dan di bandar yang bukan seorang Penjawat AWAM. Hidup mereka lebih sengsara. Sebab tu kadang kala saya lihat orang yang ada kuasa di macam syok sendiri.

    Jika betul2 nak tahu perkara sebenar, buat cara Tun Abdullah. Turun padang tanpa disambut, tanpa mereka bersedia. Dengar sendiri dari mereka yang terpinggir. Boleh lah cuma bawa wartawan je, tak payah ramai2 nanti nampak sangat macam berlakon.

    Khamis, September 06, 2012 1:10:00 PTG
    %%%%%%%%%%%%%%%%%%

    cakap senang .. boleh bagi tahu aku, apa DAP dan PKR boleh buat dan akan buat kpd PA jika menang PRU13?
    cercita ...

    - atas pagar PRU13.

    BalasPadam
  30. Gaji sekarang RM2660 kerja 27 tahun dah.mula keja gaji RM395 je.Buat rumah lebih Rm100K tak hutang 1 sen pun.pakai kereta mewah RM100K lebih lebih mahal kereta aku daripada kereta pengarah aku.
    Guna le otak n skill jika nak hidup senang.kena usaha lebih.guna sifat cakap pandai aku utk tlg jual tanah org.jd broker tanah le bro.income bulanan RM 2K hingga RM 20K.bru le dpt hidup mewah dpt income mcm menteri. kena guna potensi yg ada dlm setiap diri kita utk buat duit.

    BalasPadam
  31. GAJI MAKIN NAIK, NMPAK MCM MAKIN SENANG..HAKIKATNYA MAKIN SUSAH.. NILAI DUIT RM KITA MAKIN TIADA.. APA NAK JADI ?? GAJI RM1000 TAHUN 90 LEBIH BAIK DRPD GAJI 5000 SEKARANG.. SIAPA YG NAK TOLONG BETULKAN SEMUA TU ??

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama berkata...

    Gaji sekarang RM2660 kerja 27 tahun dah.mula keja gaji RM395 je.Buat rumah lebih Rm100K tak hutang 1 sen pun.pakai kereta mewah RM100K lebih lebih mahal kereta aku daripada kereta pengarah aku.
    Guna le otak n skill jika nak hidup senang.kena usaha lebih.guna sifat cakap pandai aku utk tlg jual tanah org.jd broker tanah le bro.income bulanan RM 2K hingga RM 20K.bru le dpt hidup mewah dpt income mcm menteri. kena guna potensi yg ada dlm setiap diri kita utk buat duit.
    -----------------------------------

    Bro! jgn samakan semua org mcm lu.bukan sume org ada bakat mcm lu.syukur lah beb Allah anygerahkan bakat buat duit tu kat lu.dan kena ingat sume rezki yang kita dapat dah tertulis dekat 'SANA'.dah sain dah pun sebelum kita di lahirkan ke muka bumi ni.ada juga hamba Allah yang tak pandai mcm mana nak buat duit tu.jgn riak sangat.ayat lu mcm dah cenderung ke arah riak dan takbur tu.siap cite pulak umah buat takde utang,keta lagi mewah dari pengarah lu.apa ni beb..tak best ar lu.org kalau ada kemewahan ni lagi tak nak menunjuk atau cite.

    BalasPadam
  33. ape lu cite? lu nak bagi nasihat ke atau nak tunjuk lu nyer bongkak? orang duk cite pasal kenaikan harga barang keperluan yang naik mendadak, tak selari dengan pendapatan isi rumah. lu duk canang keliling kampung lu nyer kemewahan.
    tak semua impian jadi kenyataan, tak semua yang kita inginkan kita boleh dapat. kekangan atau halangan yang kita lalui dalam kehidupan tak sama bro. kerana suratan kita berbeza!!

    BalasPadam
  34. Tak guna ada ipo kedua n ketiga terbesar didunia tapi x pandai naik2 sentiasa turun...macam fgv harga sekarang turun rm4.77 ...ini apa jadi ni bursa naik tapi saham ni turun

    BalasPadam
  35. jangan lagi 20 tahun anak kita tidur bawah jambatan sudah la sebab tak mampu memiliki rumah sendiri.

    selagi kerajaan membiarkan spekulator dan ejen hartanah bermaharajalela, selagi tulah harga rumah takkan dapat dikawal. penyangak ini yang menyebabkan harga rumah tak masuk akal. mereka membeli projek perumahan, kemudian menjualnya kembali dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal.


    sekiranya kerajaan tak boleh kawal benda senang macam ni, jangan berangan nak tengok "rakyat berpendapatan tinggi". tinggal sebagai retorik saja la.

    BalasPadam
  36. Harga barang naik, harga kereta naik, harga rumah naik, harga mas kawin naik..gaji naik ala kadar je..dulu sistem sbpa gaji jusa naik mendadak..lepas tu sbpa dihapuskan..SSM baru, gaji naik ala kadar..macam mana ni..?????

    BalasPadam
  37. tunggu apa hasil kajian dari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa/ dulu. dengar ceritanya mereka akan menyiapkan hasil kajian hujung tahun ini

    diharap ada pembaharuan yang ketara untuk perkhidmatan awam. kalau masih di takuk lama juga, mari kita ramai-ramai buat rusuhan.

    BalasPadam
  38. kalo rusuh(nanti upload ke Youttube, kena tangkap lagi). Jadi, kita guna peti undi lah. he..he... selamat aku.

    BalasPadam
  39. kalau nak dibandingkan PA YG bergred N1-17 Memang berangan nak beli rumah.....perbezaan yg amat ketara dgn yg bergred tinggi./..dh berpuluh2 tahun kita tertipu dan teraniaya...jd masa inilah kita bangkit untuk menaikkan imej kta sebagai PA PELAKSANA.....KALAU nak harapkan kerajaan dan yg bergelar BOSS DI KERAJAAN SEKARANG..MEREKA TAK TAHU APA MASALAH KTA PA YG BERGRED RENDAH INI...YG PENTING PERUT HUJUNG BULAN KENYANG N TERUS MEMBOROIKAN PERUT...MAKAN DUIT HARAM..HARGA RMH KAT SARAWAK..JGN KIRA LAH....TAHAP GILA BABI.....

    BalasPadam
  40. ustaz kata barangsiapa yang mendapat ELAUN KERAIAN tetapi tidak menggunakannya untuk MERAIKAN sebaliknya menggunakannya untuk UPGRADE KERETA, UPGRADE RUMAH atau dalam maksud lain MERAIKAN DIRI SENDIRI DAN KETURUNAN SENDIRI, hukumnya haram. kena lihat konteks dan maksud "KERAIAN" itu sendiri

    oleh itu kepada pegawai kerajaan gred 44 dan ke atas yang mempunyai elaun keraian itu, bawa-bawa la belajar memahami maksud sebenar elaun KERAIAN itu :-)

    BalasPadam