23 Oktober 2012

CUEPACS SARAN ANGGOTA SERTAI PENGGUNA 1 MALAYSIA

Bernama
23/10/2012

JOHOR BAHARU, 22 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan agar semua anggotanya menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M), bagi memantau kenaikan harga barang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penyertaan itu membolehkan penjawat awam menjadi agen kerajaan dalam membanteras aktiviti kenaikan harga barangan, khususnya ketika musim perayaan.


"Sekiranya mendapati harga barang luar biasa di pasaran, mereka boleh mempersoalkan kepada peniaga dengan menunjukkan kad Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) serta melaporkan kepada kementerian," katanya selepas majlis penyerahan kad SP1M kepada anggota Cuepacs di Pusat Islam Iskandar di sini, pada Isnin.


Majlis itu disempurnakan Exco Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Hoo Seong Chang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.


Menurut Omar, penjawat awam juga dapat memain peranan penting dan berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika.


Dijangkakan lebih 100,000 anggota Cuepacs akan menyertai skuad itu, katanya.


-- BERNAMA

7 ulasan:

  1. yessss aku 1st.. cikgu bestla nk cuti skolahhh.. kami gred n17 tpakse bkeje dgn gaji n klayakan cuti skit.. harap najib lihat kpentingan gred kami.. dgr gred n dpt naik n26.. hamba2 mangkok gred j peciter.. meraungla korang..

    BalasPadam
  2. apa guna penguatkuasa KPDNKK kalau asyik nak suruh orang ramai jadi skuad pemantau????

    BalasPadam
  3. Adoyai!!!! KUPEKS, jangan sibuk la dengan mende lain...banyak lagi agenda kita yang tak selesai-selesai...
    Untuk pengetahuan Tok Omar,
    isu
    - kadar 4% ke 1% bagi pinjaman perumahan
    - Elaun wilayah
    - Cola
    - Naikkan Elaun Rumah
    - Naikkan Elaun Khidmat Awam
    - Wujudkan Elaun penghargaan kepada kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun.
    - Skim pengganti SBPA
    - Kenaikkan pangkat untuk kakitangan yang ada ijazah sarjana muda
    - Kenaikkan pangkat ikut tempoh masa 'time base' kepada semua kakitangan awam
    - Tambahkan cuti rehat tahunan
    - Panjangkan keistimewaan kemudahan rawatan pesakit luar di klinik atau Hospital Swasta
    - Naikkan Elaun Basikal
    - Naikkan gaji setiap 3 tahun
    - Wujudkan skim 'Pekerja Cemerlang' macam Cikgu Cemerlang
    - Selesaikan kes skim yang telah dapat kemudahan naik pangkat dalam SBPA
    - Cadangkan kepada kerajaan memberi pingat penghargaan bagi kakitangan yang kerja melebihi 30 tahun...PJK pun ok.

    Lagi satu,

    Ceritakan sikit proges atau hal-hal yang dibawa dalam Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

    Jangan jadi macam SBPA, Tok Omar kata ok...last-last ko.

    BalasPadam
  4. sekarang ni semua agensi penguatkuasa dok goyang telur saja, pasal tu banyak penguatkuasaan tak berjalan.

    polis dah suruh orang awam TOLONG kerja mereka dengan jadi RAKAN COP, yang KPDNKK pulak suruh orang awam jadi rakan pengguna.

    lepasni bomba pulak suruh orang ramai tubuhkan skuad bomba dalam kampung, ambulan suruh orang awam sediakan kereta sendiri untuk bawa pesakit.

    dah ada agensi berkaitan tu, buat la keje tu betul-betul.
    bila dah tak betul, tu yang jadi polis baju biru buat roadblock & saman orang, manakala polis trafik baju putih jaga trafic light yang rosak & jaga tempat parking/double line jangan bagi orang parking merata2.

    BalasPadam
  5. MEMANG JADI PENGGUNA DULU , KINI DAN SELAMANYA .... SELAGI IDUP

    BalasPadam
  6. PERTIMBANGAN PENAMBAHAN KELAYAKAN CUTI TAHUNAN KAKITANGAN AWAM

    saya sangat memohon agar cuti tahunan kakitangan kumpulan sokongan dinaikkan semuala kepada 25 hari.....

    manakala bagi kumpulan Pnp dinaikkan semula kepada 30 hari....

    saya bersetuju jika jumlah ini kekal sepanjang perkhidmatan.Apa yang berlaku adalah akibat Pekeliling 2009,jumlah cuti dikurangkan dan tiada pula pertambahan cuti selepas 10 tahun berkhidmat seperti sebelumnya.

    walaupun kakitangan awam yang kerja waktu pejabat mendapat 2 hari kelepasan iaitu pada sabtu dan ahad,tetapi untuk mendapatkan hari kelepasan tersebut masa kerja kakitangan awam dilanjutkan pada hari bekerja.

    Bila public holiday jatuh pada hari ahad ,public holiday tersebut tidak diganti.Secara tidak sedar sebenarnya kakitangan awam telah hilang hak terhadap public holiday berkenaan.

    cEUPACS juga ada mencadangkan agar dipertimbangkan cuti tanpa rekod bagi mengerjakan umrah,menjaga anak baru baru ini.tetapi bagi saya,jika jumlah kelayakan cuti tahunan ditambah,pandai pandailah kakitangan awam menyimpan cuti untuk urusan peribadi.namun sekiranya cuti tahunan cuma 20 hari,cukup tahun habislah cuti tersebut,mana ada baki untuk dibawa kehadapan.

    keadaan ini berlaku lebih ketara bagi kakitangan awam yang bertugas berjauhan dari kelaurga yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk balik kampung.

    harap perkara ini dikaji juga oleh suruhanjaya penambahbaikan.Selain dari imbuhan kewangan cuti juga perlu dipertimbang kerana ia mampu menimbulkan masalah kepada kakitangan awam bila cuti tak mencukupi.

    Sekian

    BalasPadam
  7. macam mana nak join ni?

    BalasPadam