15 Oktober 2012

DEDAH SUMBER KEWANGAN

Berita Harian
15/10/2012



Kuala Lumpur: Arahan baru Peraturan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu, diperkenalkan berikutan kenaikan gaji kakitangan awam serta ramai pegawai kerajaan ke luar negara atas urusan persendirian.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata ia juga adalah proses biasa penambahbaikan perkhidmatan awam.
Sebab lain bagi memastikan penjawat awam yang ke luar negara atas urusan persendirian membuat perakuan mempunyai sumber kewangan mencukupi dan menggunakan wang sendiri.

Ia proses normal. Kita hanya perlu mengawasi dan meminda sistem bagi menambah baik pekeliling itu, katanya selepas program gotong-royong Penjaja 1Malaysia di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini semalam.

Ali diminta mengulas kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yang meminta beliau menjelaskan peraturan baru itu seperti yang dilaporkan akhbar semalam.

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas urusan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.
Ia ditandatangani Ali bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

9 ulasan:

  1. minta penjelasan, adakah peraturan ini utk semua pa? cthnya gred n1 masa cuti ada di Ipoh, tiba2 dpt panggilan yg sedara dia di betong sakit, nak minta kebenaran ketua jabatan jugak ke? dari Ipoh ke betong tak pakai duit byk pun. Lain la klu nak pegi ke Eropah, Amerika. Adakah bermakna sblum kita booking tiket airasia dan hotel, mesti dpt kelulusan ketua jabatan dulu, klu tak ada kemungkinan perjalanan kita tak diluluskan..??

    BalasPadam

  2. Peraturan ini tak layak untuk gred sokongan. Gred sokongan ini pengaruhnya pun ciput.
    Peraturan ni dah ketinggalan zaman.
    KSN/JPA fikirlah peraturan yang revelan masa kini.
    Peraturan ini tak ada relevannya dengan gred sokongan dan tak ada faedahnya.

    BalasPadam
  3. Betong tu kat china kah.?...

    BalasPadam
  4. Aku rasa ada faedah nye....kalau seorang ketua jabatan cuti 4 minggu di australia apa cerita....jgn lupa include yb2 yang kuar makan angin persendirian k...

    BalasPadam
  5. Betong tu kat china kah.?...

    Jumaat, Oktober 19, 2012 7:49:00 PG
    ====================================
    Betong tu kat Thailand le.Apa la lu sampai tak tau amende.Kalau Betong di Thailand so luar negara jugak le tak kan nak minta kelulusan ketua jabatan jika mak mertua sakit tenat.belum sempat ketua jabatan lulus permohonan ke luar negara mak mertua dah kojol.Samdol al Bahalol punya peraturan.

    BalasPadam
  6. lepasni makin besar kepala la ketua jabatan sebab KUASA sudah makin bertambah. banyak benda kena mendapat kelulusan dia.

    BalasPadam
  7. Okey2 faham...betong thailand....aku rasa bukan setakat keluar negara je ptt di tekankan....kalau PA setakat engineer tapi ada ruamh kedai, ruamah, rumah burung, kerta 3-4 biji, kerja tak sampei 15 tahun pun ptt di tekankan mana dia dpt duit...

    BalasPadam
  8. Perturan ini sepatutnya dimulakan dengan para menteri, pegawai-pegawai JUSA yang selalu keluar negara. Setiap perbelanjaan mereka semasa berada di luar negara sepatutnya didedahkan kepada umum. Barulah kepimpinan melalui teladan.

    BalasPadam
  9. AKU NAK TAMBAH. SIAPA YANG KERAP KELUAR URUSAN SENDIRI MESTI BANYAK DUIT. BANYAK DUIT KERANA KAYA TAK PA. TAPI BANYAK DUIT KERANA PENAJA ATAU RASUAH APA CITER. KALAU MACAM AKU N1 TAPI BAPAK AKU KAYA WARIS HARTA DATOK AKU APASAL NAK SIBUK2.TAHUN 2012 JER AKU DAH PEGI INDON, SIAM, KEMBOJA DAN TERBARU KE JEPUN. PENDEK KATA SEANTERO ASIANIA. AKU TAK DE PENAJA, TAK DE RASUAH TAPI ADA HARTA BAPAK AKU PENINGGALAN DATUK AKU DARI INDONESIA DAH MENETAP KAT MALAYA SEJAK 1927 LAGI. AMACAM..!

    BalasPadam