07 Oktober 2012

HADIAH TOKOH GURU TIDAK BERBALOI

Utusan Malaysia
7/10/2012
TIMBALAN Presiden KKGLMSM, Azmi Sujak (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Omar Osman pada majlis perasmian Seminar Profesionalisme Keguruan Zon Timur di Jerantut, kelmarin.

JERANTUT 7 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengkaji hadiah yang diberikan kepada Tokoh Guru Kebangsaan kerana didapati tidak berbaloi dengan pengorbanan dan jasa mereka dalam dunia pendidikan negara.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, berbanding dengan penerima lain, hadiah kepada tokoh sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan hanya membawa pulang wang tunai RM10,000, pingat emas dan sijil sahaja."Tokoh Guru Kebangsaan merupakan anugerah besar dan ganjaran juga seharusnya setimpal. Jika dilihat dengan apa diberikan sekarang tidak memadai sedangkan pengorbanan warga pendidik terlalu tinggi malah mengatasi segala-galanya.

"Kerajaan mampu menyediakan hadiah besar kepada seorang atlet sukan dan penyanyi tetapi mengapa tidak pada seorang guru yang banyak berjasa kepada negara untuk melahirkan modal insan serta generasi berjaya dalam semua aspek," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Keguruan Zon Timur sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut di sini semalam.Omar berkata, penerima anugerah itu sepatutnya memperoleh ganjaran wang tunai antara RM50,000 dan RM100,000 serta hadiah sampingan lain seperti tiket mengerjakan umrah sebagai pengiktirafan sebenar.

"Sijil yang diberikan pula sebaiknya ditandatangani Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran agar menjadi satu kenangan amat dihargai dan pihak swasta juga diminta tampil menaja hadiah bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan golongan tersebut," ujarnya.Sementara itu, Pengerusi Koperasi KKGLMSM (M) Berhad, Awang Mohmad berkata, beliau agak terkilan kerana hadiah yang diterima oleh tokoh guru tidak setimpal dengan jasa dan pengorbanan warga pendidik sedangkan golongan tersebut mendapat pengiktirafan tertinggi.

"Pemenang pertandingan realiti televisyen dan penerima anugerah dunia hiburan mampu membawa pulang wang tunai lebih RM100,000, sebuah rumah dan kereta serta barang kemas puluhan ribu ringgit. Sedangkan insan yang menjana kejayaan hari ini hanya menerima RM10,000," katanya.Katanya, kerajaan perlu sedar dengan matlamat pemberian anugerah tersebut iaitu mengiktiraf warga pendidik yang telah menabur jasa dan pengorbanan untuk kecemerlangan generasi.

29 ulasan:

  1. Boleh saja, tapi kenalah ada penaja. Macam hadiah-hadiah artis / ahli sukan kan banyak sumbangan penaja.
    Soalnya siapakah yang nak sangat jadi penaja hadiah anugerah / tokoh guru?

    BalasPadam
  2. bagi je anugerah datuk/dato' selesai masalah.

    itu yang cikgu-cikgu semua nak.

    BalasPadam
  3. dato' x mainla bro...
    kang cikgu dapat cucu pun dorang panggil datuk jugak.
    Tp satu title yang sumer orang
    akan dapat juga pasti akan diberi...iaitulah title allahyarham / mah. Haaa... title tu x payah minta, percuma aja dapat. Cer tengok kat ic memasing ada x tuan / puan title tu
    hehehehee..

    BalasPadam
  4. jangan le samakan hadiah kpd artis dgn jasa guru.hadiah kpd artis dpt 1 kali je itu pun jika artis tu menang.guru pulak dah dpt gaji yg banyak sepanjang perkhidmatan.tlg kira mcm ini kalau 1 bulan gaji guru RM5000.Ha kalau dah khidmat 10 tahun@120 bulan dah RM600 ribu cikgu tu dapat.tu belum campur elaun dan bonus yg dpt lagi.jgn le ngada-ngada nk desak kerajaan.yg sebetulnya kesatuan guru le kena sumbang atau derma seorang RM1 so dapat le tokoh guru tu dekat RM500 ribu.amacam fikir-fikir le PA yg lain sama kalau nak buat kenyataan.
    Artis dapat dari penaja sbb penaja bagi RM100K pun di ambiknye aris tu jadi duta produk last2 dapt jual barang dia RM Juta-juta tu le ada je penaja yg nak menaja artis.

    BalasPadam
  5. KALAU MACAM TU....SEMUA SKIM PERKHIDMATAN LAIN PUN KENA ADA TOKOH SEBAB JIKA DIBAYAR GANJARAN KEWANGAN SKIM PERKHIDMATAN LAIN PUN BAYAR CUKAI PENDAPATAN JUGA....

    BalasPadam
  6. satu hari di kelas 6C,

    Cikgu: Azman, kenapa kamu nakal dah la bodoh malas belajar nanti besar kamu nak jadi apa?!!!

    Azeman: Buat apa belajar pandai2, baik belajar main2, lepas SPM masuk maketab jadi cikgu, boleh buat degree juge nanti, buat rugi belajar rajin2..

    murid-murid: wooo cayalah azeman, jom main kawan2, kepimpinan melalui tauladan..

    Cikgu: grrrr bengang..(betul juge aku pun same, dalam hati)


    ----------------------------------- Ikhlas,

    Aku jadi guru nak selamatkan bidang pendidikan.

    BalasPadam
  7. loklak84 berkata...

    satu hari di kelas 6C,

    Cikgu: Azman, kenapa kamu nakal dah la bodoh malas belajar nanti besar kamu nak jadi apa?!!!

    Azeman: Buat apa belajar pandai2, baik belajar main2, lepas SPM masuk maketab jadi cikgu, boleh buat degree juge nanti, buat rugi belajar rajin2..

    murid-murid: wooo cayalah azeman, jom main kawan2, kepimpinan melalui tauladan..

    Cikgu: grrrr bengang..(betul juge aku pun same, dalam hati)

    ----------------------------------- Ikhlas,

    Aku jadi guru nak selamatkan bidang pendidikan.
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@
    Loklak84 ko dah mula... apa lagi yang lain mari bertubi tubi kutuk cikgu,,,, maki dan telanjangkan kerjaya guru.... lama x dengar cacian dan hinaan ni.....
    Kan dah lepas dah bulan posa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Statment ni dh x blh pakai skg...budak spm 6A pun blum tentu dpt masuk maktab...

      Padam
  8. lama tak nampak loklak84. hahahaha.

    ntah, lemak la cikgu ni makin lama. gaji nak naik, pangkat nak naik. lepastu nak HADIAH TOKOH GURU PULAK?!?!?!?!


    lepas ni nak apa? nak jawatan KSN pulak? ke nak jawatan PM terus?

    lemak cikgu sekarang ni!! patut la budak sekarang makin kurang ajar. cikgu dia pun makin kurang ajar, kena la budak pun ikut sekali!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn hina guru. kerana merekalah kita blh menulis dan baca.

      Padam
    2. mgkin murid yg kurang ajar tu anak anda kerana anda biadap dgn guru. mana tumpahnya kuah....

      Padam
    3. Budak kurang ajo skg sbb mak bapak mcm ko....biadap pd cikgu...

      Padam
    4. Semoga anak saudara menjadi manusia yg bidap seperti saudara....

      Padam
  9. saya tukang kebun terbaik....saya nak tokoh tukang kebun...

    BalasPadam
  10. guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yg jelas demi kebahagiaan generasi mendatang..negara bangsa yg unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yg memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia..usaha utk mencapai pembentukan tamadun yg tinggi peradabannya, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir..
    " guru umpama generator yg berfungsi menjana modal insan cemerlang berdasarkan hukum atau penentuan yang ditetapkan "..

    BalasPadam
  11. Guru sejati tak mengharap hadiah sebegitu lumayan dan berprestij. Sekadar melihat anak muridnya berjaya dan jadi manusia berguna sudah cukup memuaskan hatinya.Berbagai hadiah yang diterima oleh golongan artis dan ahli sukan mencerminkan masyarakat tika ini mengagungkan bidang hiburan dan rekreasi kerana ia dunia penuh keseronokan dan kemeriahan.

    BalasPadam
  12. PA yang marah-marah kat cikgu ni, bukannya dia orang marah kat profesion keguruan. Cuma tanggapan dia orang cikgu selalu dapat lebih. Tu aje. Tapi PA kena ingat, cikgu-cikgu kuat berjuang melalui kesatuan. Tu sebab cikgu dapat. Kau orang tak nak berjuang. Tu sebab kau orang tak dapat. Kau orang memekak dalam ruangan ni, apa yang kau orang dapat. Macam anjing menyalak bukit. Berjuanglah melalui kesatuan kau orang. Jangan asyik nak menghina dan menyalahkan cikgu. Cikgu kuat bekerja di sekolah dan kuat juga memperjuang hak mereka. Bertindaklah secara bijak. Jangan jadi macam budak kecik nak susu botol atau gula-gula.

    BalasPadam
  13. Hairan betul...
    Guru x kata pe pun... yg menyibuk nak jadi hero adalah pak omar...
    Akhirnya guru dikutuk...
    Biasalah nak dekat pilihanraya... mana nak tau PM bagi jadi calon kat pak Omar ni...
    korang macam x faham

    BalasPadam
  14. RM10,000 dah banyak dah tu
    Gaji pun banyak

    BalasPadam
  15. PAK OMAR NAK JADI JAGOH KAMPONG:

    Saya mohon maaf kepada semua Cikgu2 yang membaca blog ini. Saya juga mendoakan agar Cikgu2 semua dan Cikgu saya yang masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah semoga dicucuri rahmat. Cikgu yang saya hormati. Sebenarnya PUNCA sebenar mengapa ramai yang marah kepada Cikgu di blog ini ialah kenyataan dan resolusi yang dinyatakan oleh pihak CUEPACS yang tidak rasional. Mengapa CUEPACS hendak menyamakan taraf CIKGU dengan ARTIS. CIKGU adalah profesional yang tertinggi di dalam perkhidmatan Kerajaan dari sudut ilmuan, maruah, budaya, sosial, politik dan kontigensi. ARTIS pula tidak perlu itu semua asalkan ada bakat, rupa dan gaya. Walaupun ada platform untuk ARTIS profesional tetapi adakah wajar CIKGU disamakan dengan ARTIS. Dari segi pendapatan pula CIKGU adalah bergaji tetap dan ARTIS pula ada duit bila ada show ataupun lakonan.
    Jika pihak CUEPACS hendak menjadi jagoh jangan sekadar jagoh kampongan dan berfikiran jumud.
    CIKGU ialah CIKGU. ARTIS bukan CIKGU. Jangan samakan ARTIS dengan CIKGU. Tapi fikirkan secara rasional bagaimana dan cara DANA untuk menaja HADIAH & ANUGERAH itu sendiri. Jangan CUEPACS nak popular
    tapi pihak lain menerima kesan tidak baik pula.

    BalasPadam
  16. cukuplah tu gaji pun dah banyak.yang penting tanamkan dalam hati aku mau jadikan anak murid aku seorang yang berjaya DAN CEMERLANG DUNIA AKHIRAT.ini tidak dalam kepala fikir RM RM RM RM saja.tu lah ramai guru masuk MLM lah EMAS LAH GOLD LAH APALAH.KADANG-KADANG ADA YANG PONTENGLAH MEROGOLLAH MACAM-MACAM LAGILAH

    BalasPadam
  17. Sumbangan masa hidup tokoh guru masa ini sudah emmadai.
    Yang sepatutnya ada ialah sumbangan dan penghargaan oleh murid terhadap guru.
    Hanya murid yang boleh menilai sumbangan guru mereka terhadap kejayaan mereka.
    Sikap ini yang perlu di pupuk.
    Mungkin Presiden CUEPACS sendiri boleh memulakannya dengan memberi penghargaan kepada bekas guru beliau di sekolah dulu.
    dengan menjadi acara ini satu program utama alumni atau persatuan bekas pelajar sudah tentu semua guru sedar betapa penghargaan oleh bekas pelajar inilah sebenarnya yang menjadi tali ukur pengaruh mereka terhadap anak murid mereka kelak.

    BalasPadam
  18. CUEPACS = Materialistik.
    Harus belajar bersyukur.

    BalasPadam

  19. KUALA KANGSAR 16 Mei - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Omar Mohd. Hashim dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012, manakala empat lagi warga pendidik dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2012 sempena sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41 di sini hari ini.

    Penerima Tokoh Guru Kebangsaan 2012 ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd. Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010, Lim Ai Lee @ Lim Irene.

    Pada sambutan tahun ini, satu anugerah baru turut diperkenalkan iaitu Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012 dan ia menjadi milik pengasas Sekolah Kadir Adabi dan sekolah Wadi Sofia, Datuk Hassan Harun.

    Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin. - UTUSAN
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

    Yup. Utk memartabatkan profesion keguruan pengiktirafan yg terbaik perlu diberikan. Bukan senang nk jadi tokoh guru kebangssan. Rata-rata yg dipilih sudah berusia, berpengalaman dan mmg terbukti sumbangan dan jasanya.

    Kalau setakat cikgu biasa-biasa, baru mengajar 7-8 tahun, jgn harap la nak dapat. JAdi mmg patut la pengiktirafan yg terbaik buat yg terbaik.

    BalasPadam
  20. pada saya sebagai seorang yang berjaya hasil didikan guru, adalah wajar guru diberikan pengiktirafan terbaik. Hal ini kerana mereka yang dipilih untuk menerima pengiktirafan tersebut, adalah mereka yang telah berumur dan telah bersara. Malah mereka juga berpengalaman luas dan telah terbukti jasa dan sumbangannya kepada negara. Ini tidak, PTD yang baru berumur 30 - 40-an, pengalaman tidak seberapa, malah jasa dan sumbangan pun tak seberapa tapi dapat title datuk, datuk seri dan sebagainya....

    BalasPadam
  21. piiirah!

    Kalau betul 6A korang pamer result UPSR dan SPM korang dipapan kenyataan sekolah,

    Ade bran?

    Jgn pura2 hilang plak nanti, pakat tunjuk degree subsidi Najib beri tu, ksn!

    BalasPadam
  22. ggg..tak berbaloi..mesti nak hadiah sebijik toyota vios tak pun honda city ni..gler la cikgu2 sekarang ni..demand jer

    BalasPadam
  23. tu pasal guru sekarang ni lemak. demand macam-macam. budak-budak jadi tunggang langgang. pasal cikgu dia datang sekolah melawa bagai, bergaya bagai. maklum la gaji dan naik, keje dah makin senang.

    BalasPadam
  24. skolh lme aku sk astana rj n9.tkde kemajuan lg.dr zaman aku djh 1 sampai la da beranak asik guru itu je yg mgjar.tkde pembaharuan lsg.tk lm lg giliran ank haku pulk skolh situ.tahle tgklh dulu nk htr atau tk ank tu ctu.dahla cikgu tu blagak.yelh umh pon.sejengkal dpn skolh.bknlh aku dengki.ke apa..keja cikgu ni sng sgt.elaun itu ini.patutnye kementerian pddkn wat pbhruan spy guru2 tk blh lbh 5 tahun mengajar kt skolh tu.

    BalasPadam