Bernama
2/11/2012
IPOH 1 Nov. - Semakan kenaikan gaji tahunan
sehingga lima peratus bagi sektor awam bermula tahun depan hanya
melibatkan kira-kira 280,000 orang atau 20 peratus daripada 1.4 juta
kakitangan kerajaan yang telah mencapai tangga gaji maksimum tahun ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu memandangkan kumpulan
berkenaan yang sepatutnya menerima lonjakan gaji dalam sistem Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali menerima tangga gaji maksimum
selepas pelarasan gaji sebanyak 13 peratus ekoran pembatalan sistem itu.
Keadaan itu tambah beliau, menyebabkan gaji mereka menjadi statik
sekiranya tiada kenaikan pada 2013 sedangkan penjawat awam lain akan
menerima kenaikan tahunan seperti biasa sepanjang tempoh interim Sistem
Saraan Malaysia (SSM) sehingga skim baharu yang menyeluruh dirangka
kelak."Perkara ini dinyatakan sendiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri
Dr. Ali Hamsa yang menjelaskan kenaikan itu bukan melibatkan sektor awam
secara keseluruhannya.
"Namun, kita menyambut baik usaha kerajaan ini kerana prestasi kerja
golongan berkenaan akan terjejas sekiranya mereka tidak menerima
kenaikan gaji pada tahun depan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Air Perak (LAP) oleh Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ali semalam bahawa kerajaan akan mengkaji
semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima
peratus bermula tahun depan.Kajian itu dibuat bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
Omar berkata, CUEPACS juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung isu itu pada minggu depan.
"Tidak semua penjawat awam akan menerima kenaikan gaji sehingga lima
peratus. Kita perlu bincang siapa yang akan dapat maksimum lima peratus
dan siapa akan dapat dua peratus," katanya.Mengulas berhubung kumpulan berkenaan, beliau berkata, mereka terdiri
daripada semua peringkat daripada Gred 1 hingga Gred 54 dan ada antara
mereka mempunyai tempoh perkhidmatan selama 10 dan 20 tahun lagi.
"Ada yang berkhidmat 10, 15 dan 20 tahun tetapi tidak naik gaji
kerana sudah maksimum. Kalau sekarang mereka dapat kenaikan 13 peratus
tetapi pada tahun depan sudah maksimum kembali," ujarnya.
Alamak..yg gaji dah langgar dinding tu org dah nak pencen pun..produktiviti dah pun menurun...
BalasPadamorang orang sebegini perlu dibela sebab ianya menjamin pengekalan kekuasaan barisan nasional.
BalasPadamitu sebab cikgu, polis, askar, orang kampung melalui PPRT, PTD dijadikan anak emas. ingat suka-suka saja ker mereka ini ditatang bagai minyak yang penuh?
spa begitu lembab. yg dh lulus exam/ujian tu ni lum lg dipanggil interview. nk tunggu ape lg???
BalasPadamjpa kija slow!!!
Yang Dah maksimun gajinya kalau mulai gred 48 ke atas tu, tak payah lah beri tambahan lagi sebab gaji dah tinggi. Kalau kumpulan sokongan tu dikira ok la sebab gaji mereka kecil.. Contohnya PTD umur 36 tahun, Gred 54 dan gajinya dh hampir maksimun. Nak tunggu pencen, entah berapa kali lg kena tambah... mampuh kerajaan kalu lagu nih... Tolong fikir la juga bagi yg ada kelulusan Ijazah tapi skim perjawatan tiada.. JPA, tolong fikir juga bg gol spt ini..
BalasPadamkenaikan gred bagi J17 kpd J29 adalah menepati masanya, ini kerana beberapa kriteria yang mungkin telah dikenalpasti selain mereka2 ini ada yang lulusan peringkat poly atau mana2 ipts atau STPM.
BalasPadamSelain kriteria yang lebih dititik berat iaitu berdasarkan pengalaman dan kebolehan mereka dalam skim teknikal ini terutama dalam penggunaan appplikasi spt auto cad dan gis.
Skill mereka yang telah mencapai tempuh berkhidmat 7 hingga 10 tahun diakui mempunyai skill pada tahap yang sama bagi mereka yg lulusan diperingkat ijazah pada bidang yg sama, malah ada pegawai yang telah lulus diperingkat master juga masih belum boleh menandinggi kebolehan mereka tersebut.
Kaedah pengalaman sebagai kayu ukur dengan prestasi kenaikan gred ini adalah langkah yang sangat bijak sepertimana telah diamalkan pada negera negara barat dan juga di Jepun.
Malaysia akan terus maju dengan rangsangan diatas kemahiran dan kebolehan selain megambil kelulusan dan latihan sebagai kayu ukurnya
yessss sokong j17 ke j29.. jpa sila urus
BalasPadamkorg caya je omar pnya ckp ni....elaun rumah apa cerita....senyap je....bole jln la omar....tak bole pakai punya org....
BalasPadamha....ha...ha....ha... penjawat awam ni asyik kena tipu je.....suda2 la 2....tunggu PRU13 je
BalasPadamKalau cikgu, polis & askar saja diberi keutamaan bermaksud tiada keadilan di sini...Renung2 lah
BalasPadamdari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..
BalasPadam1 aobasiuldredb 1dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..
BalasPadamuldredb 1dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..
BalasPadamubah lg..mula2 kenaikan utk smua penjawat awam.skrg 20% penjawat awam ja yg terlibat kenaikan 5%..tidak adil btl...elaun rumah apa ceta?..dah brtahun2 tidak juga naik2...
BalasPadambodoh.. ms 13% tu dah kira naik lah tu..
BalasPadamklu mcm tu.. pas naik lg 5% taon depan.. gaji langgar dinding balik jugak.. so 2014 bg naik 5% lagi ek??
utk yg dah lggr dinding.. x bg naik gaji kang, x semangat buat kerja..
utk polis pulak.. x bg naik gaji kang depa main rasuah..
alasan² yg x blh pakai..
cuepacs.. cuepacs..
Mcm2 la ceupecs.....nk naik gaji x bg kpd seluruh pnjwt awam..ape cerrr????bela la cikgu..polis..askar...habis pnjwt awam yg lain mcm mana...???di mana keadilan kerajaan???elaun cola pun x selaras..ada yg 300..200..150..bg la selaras 300 terus..elaun rumah pun bg la selaras...kos hidup skrg tggi...semua duit..duit..duit..tunjukkan keadilan..
BalasPadamHURM KLU BLEH CUEPACS TOLONG LA PLAK PENJAWAT AWAM YG ADE DIPLOMA TAPI MASIH DUDUK KAT SKIM SPM/SIJIL NI BILE LA BOLEH NAIK DR 17 KE 27 PULA? PERIKSA KPSL DAH LULUS! DIPLOMA PUN ADA TAPI BILA DAH INTERVIEW KEPUTUSAN MASIH LG GAGAL NAIK PANGKAT? SAMPAI BILA NAK MENUNGGU ANAK2 MAKIN MEMBESAR BELANJA MAKIN BANYAK TAPI PENDAPATAN MASIH BAWAH RM3RIBU ISI RUMAH? MACAMMANA NAK JADIKAN MALAYSIA MEMPUNYAI RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI? KALAU SESIAPA DLM GRED 17 YANG ADA DIPLOMA DISAMAKAN DENGAN GAJI SIJIL KEMAHIRAN YANG LEBIH 4 MATA GJ DR SPM BOLEH LA SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU KERANA SUSAH SANGAT NAK NAIK PANGKAT IKUT KELAYAKAN?
BalasPadamBetul tu dah la susah nak jwp soalan kpsl bila dah lulus susah plak nak naik pangkat alasan takde
BalasPadamKekosongan jawatan baik tak payah buat periksa tu, ada kpsl ngan diploma pun mcm tak berguna gak tak dapat naik pangkat. Zaman skg byk kene pakai duit mane cukup setakat gj gred 17 yg guna SPM tapi ade diploma, lain la gj gred 17 tapi guna sijil kemahiran gj lg byk dr spm, mengapa gj 17 yg mempunyai diploma tidak disamakan je dengan gj 17 sijil kemahiran klu susah sangat nak naik pangkat.
Saya sokong. Saya pun dh lulus kpsl n ade diploma tapi gagal juga naik pangkat. Hidup saya lg susah tiada sesiapa pun nak menolong. Suami saya dah masuk 7 bln tak dpt gj dah report kat pjbt buruh tapi tak selesai2 lg bila nak berenti kerja majikan kata gj tak kan dibayar. Jawatan pun bukan tinggi pun security je. Skrg ni hrpkan saya je ngan gj gred 17 spm sedangkan ade diploma. Semua perbelanjaan saya yg tanggung mane nak cukup. Harap cuepacs tolong la penjawat awam gred 17 yg ade diploma nie.
BalasPadamBaik bg kenaikan gj pada gred bawahan sbb gj mereka kecik jika nk dibndingkn dgn yg dh terima gj mksimum.cola pn ptt selaraskn 300. Ingt gred bwhan sewa umah rm50 sbln ke?? Zaman dh moden,maju sume nk pkai duit.msuk tndas pn byar 50sen. Ini bkn tlg rakyat,ini diskriminasi namanya...
BalasPadamini semua helah PTD untuk naik gaji depa.. penjawat awam lain biar statik takat tu sampai pencen...
BalasPadamApa nak kaji. Kalau dah maksimum gaji. Jgn bagi 5%. Bsgi ikut KGT masing masing aje
BalasPadamharap kad diskaun 25% diperluaskan kepada kakitangan sokongan kerana golongan ini amat-amat memerlukan kad tersebut,tambahan pula harga barang semakin meningkat.mohon sokongan dari pihak CUEPACS HINGGA MENJADI KENYATAAN,tq
BalasPadammemang patut yg maksimum dinaikan...sebab ramai pekerja sekarang terutamanya guru2 , dengan kelulusan yg sama baru kerja 15 tahun gaji mereka sama dengan orang yg dah kerja 30 tahun.... sepatutnya tak ada pekerja gaji yg langgar dinding..tiada pembelaan unt orang yg dah gaji statik...
BalasPadamCigu/polis jelahhhhhhhhhhhh yg dpt lebihhhhhh..napa ek
BalasPadam