Bernama
14/12/2012
14/12/2012
MELAKA, 13 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (C UEPACS) menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai
Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.
"Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli CUEPACS di sini pada Khamis.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.
SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.
-- BERNAMA

Bersyukur atas rahmatNya.
BalasPadamsawadepkammmm...
BalasPadamSaya sebagai penjawat awam, mohon encik omar osman perjuangkan bagi pihak semua kakitangan kerajaan supaya pihak JPA sediakan mirror server untuk HRMIS. sepatutnya HRMIS tidak patut shutdown lebih 3 hari. ini tidak dah lebih seminggu. kita sekarang berada pada tahun 2012. jadi internet kita dah laju dengan menggunakan fibre optic. mohon pihak cuepacs utarakan masalah ini. terima kasih.
BalasPadamminta encik omar jelaskan apa beza sp1m dengan umno.
BalasPadam