17 Januari 2013

CUEPACS HARAP CADANGAN KEANIKAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN DILAKSANA

Bernama
17/1/2013



MELAKA, 17 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan lonjakan harga dan sewa rumah.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ITP penjawat awam bagi gred 1 hingga 40 sebanyak RM180 tidak lagi relevan, ketika ini.

"Imbuhan tetap perumahan ini dah lama tidak disemak, hari ini kita (Cuepacs) pergi mana-mana memang ia menjadi rintihan utama kerana tidak ada lagi sewa rumah berharga RM180," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) di Kem Terendak di sini Khamis.

Beliau berkata Cuepacs telah membuat permohonan mengenai perkara itu sejak lima tahun lepas dengan mencadangkan imbuhan tetap perumahan diselaraskan kepada RM450.

Katanya jumlah tersebut juga sebenarnya tidak mencukupi namun ia boleh disifatkan sebagai subsidi oleh kerajaan dalam meringankan beban penjawat awam.



-- BERNAMA

25 ulasan:

  1. Bila Lagi CUEPACS....asyik harap je, kita demo la...tuntut kenaikan.

    BalasPadam
  2. HARAP JANGAN JANJI KOSONG JE!!KALAU KERAJAAN IKHLAS, BAGI JE LAH..JANGAN TERLAMBAT???

    BalasPadam
  3. ASKAR YANG DOK GOYANG KAKI PUN DARAT ELAUN KHAS RM200

    BalasPadam
  4. minta dato jgn tak minta,berjuang sehingga dapat ,dah nak dekat PRU13 nie..,manalah tau hati PM kita ni berubah pabila dengar rintihan para penjawat awamnya dan terus je bagi..
    trima kasih dato'kerna tak kira penat,lelah,tahan malu untuk perjuang kan nasib PA ...

    BalasPadam
  5. Kakitangan awam layari laman lucah dipecat

    Cardif: Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam.

    Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem.

    Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS


    sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

    BalasPadam
  6. kakitangan KERAjaan cuma 1.2juta orang saja tapi swasta melebihi 3juta jika elaun kakitangan KERAjaan naik kos barangan ikut naik,gaji kerani KERAjaan pun dah melebihi dari sepatutnya,sepatutnya dipotong ikut gaji kerani swasta,udah2 la pak omaq bangsat,PR naik pak omaq bleh pencen dah dok rumah jaga cucu dah la...

    BalasPadam
  7. Apa la...mita sama ratakan gred 1-44...kalau bawah 40 dapat RM450...yg 41-44 camne?

    BalasPadam
  8. mat kerja berkata...

    ASKAR YANG DOK GOYANG KAKI PUN DARAT ELAUN KHAS RM200

    Jumaat, Januari 18, 2013 7:49:00 PG

    .....................................

    YAHOO!!!! ADE RASE JELOUS KER...HEHEH

    BalasPadam
  9. Kakitangan sokongan yang naik pangkat cara temuduga kena pindah kalau terima kenaikan tersebut tapi kakitangan yang naik secara KUP tak perlu pindah... pangkat naik gaji pun naik ... ini menganiaya kerana dipindah jauh... susah pulak nak balik tempat semula... tak adil

    BalasPadam
  10. Askar xda keje mkn-tdo pn dpt 200 tiap2 bln.kakitgn awam keje bagai nk mampus habuk pn tarak..elaun umah 180 thn 90an blh la.skng dh 2013 mana dpt sewa 180.dok umah pondok la jwbnya..aku keje kt pedalaman pn sewa umah 250,brg dapur mhl sbb kos nk bwk msuk ke pedalaman lg.pttnya elaun keje kt pedalaman lg tggi dr bndar. Harap PM kaji smla gaji,elaun kami yg gred rendah,keje di pedalaman.

    BalasPadam
  11. Suami Askar, Isteri CikguKhamis, Januari 24, 2013 7:49:00 PTG

    Setiap penjawat awam ada tugasnya sendiri. Askar dengan sibuknya sebagai anggota tenteta. Cikgu dengan sibuknya sebagai pendidik. Semua Penjawat Awam ada tugasnya sendiri. Fikirkanlah sebelum berkata-kata.

    BalasPadam
  12. Apa juga keputusan daripada pihak kerajaan, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Saya tetap menyokong kepimpinan yang sedia ada sekarang.

    BalasPadam
  13. Elaun khidmat awam juga perlu disemak . Patut ikut thn bertugas. 10 thn kerja naik 10%. 20 thn nsik lg.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah klu cadangan ni diterima memandangkan tahun kebelakangan ni banyak peruntukan dikurangkan terutama di sabah..banyak pendapatan diperolehi tapi kenapa tuntutan dikurangkan ...kerja tetap sama...harap diambil berat

    BalasPadam
  15. kalau elaun khidmat awam nak naik 10% baik jangan naik....tau kira ke tak mamat bebal nie....kalau ITK ko rm90 sekarang....jadinya naik rm9 je...ko nak?

    BalasPadam
  16. Fikir dulu sebelum berkata- kata...jangan fikir negetif dgn tentera..masing2 ada tugas sendiri..

    BalasPadam
  17. ???kenapa orang sabah sarawak tidak dapat cola? Sedangka itu adalah elaun sara hidup...

    BalasPadam
  18. ???kenapa orang sabah sarawak tidak dapat cola?yang bertugas di semenanjung Sedangkan itu adalah elaun sara hidup...

    BalasPadam
  19. tunggu BN menang PRU13 baru elaun naik... tapi ingat... banyak pulak akan d tarik dan segala cukai akan naik... pusing kanan pusing kiri... sama je peginya...

    BalasPadam
  20. JAMGAN PERCAYA SANGAT SUME TU TIPU JE....ETP NAIK LAH ,COLA NAIK LAH ,SEMBANG BELAKE,2X5 JE DENGAN PEMBANGKANG......PO.....RAHHHHHH

    BalasPadam
  21. najib langsung tak layan tentang ITP,ngan cola ,asyik dok ulang yang RM80 setahun tu je lah ,putus harapan anak2 ......

    BalasPadam
  22. Gred 17 naik KUP 22, Gred 22 tidak ada KUP adil ke ni.....

    BalasPadam