31 Januari 2013

CUEPACS MAHU PEGAWAI KONTRAK DISERAP, TIDAK PERLU KAJIAN - OMAR OSMAN

Bernama
31/1/2013

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam berstatus kontrak yang telah lama berkhidmat diserapkan ke jawatan tetap secepat mungkin.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata tidak perlu sebarang kajian dibuat terhadap masalah yang mereka hadapi kerana pekerja terbabit telah lama berkhidmat sehingga ada yang melebihi 10 tahun.

"Ini bukan lagi zaman kajian kerana isu itu telah diperjuangkan sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri bengkel bersama Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di Khamis.

Semalam, Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak yang ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), mula mengadakan perbincangan dengan wakil pegawai berkaitan dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan dengan taraf perkhidmatan mereka.

Jawatankuasa itu akan mengemukakan pandangan dan membuat syor tertentu kepada kerajaan sekiranya ia dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pegawai kontrak.

Menurut Omar, nasib kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak ini perlu diberi perhatian kerana mereka berhak mendapat keistimewaan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam lain.

"Berikan mereka keceriaan, lantik mereka ke jawatan tetap kerana mereka ada tanggungjawab, ada keluarga," katanya.

Selain itu Omar berkata Cuepacs turut menerima laporan berhubung kekosongan jawatan di sesuatu jabatan, namun ia akhirnya diisi oleh 'orang luar' sama ada graduan atau calon yang mempunyai 'orang dalam', sekali gus menafikan hak pekerja berstatus kontrak.

Tegas beliau pekerja berstatus kontrak perlu diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap.

Sementara itu, Cuepacs katanya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri bagi membincangkan beberapa isu.

Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah gaji maksimum, imbuhan tetap perumahan, skim bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menaikkan taraf gred.

Dalam pada itu Cuepacs akan mengadakan perjumpaan bersama jurufoto dan jurukamera dalam perkhidmatan awam termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan pada 5 Feb depan bagi membincangkan masalah berbangkit, katanya.

"Sebelum ini banyak janji nak naik taraf gred mereka. Tetapi sehingga ke hari ini tidak tahu (keputusannya). Akhirnya mereka berbalik kepada Cuepacs.

"Mereka memerlukan skim yang lebih baik dan diberi insentif khas kerana cabaran jurufoto, jurukamera dan juruteknik bukan seperti dahulu," kata Omar.

-- BERNAMA

18 ulasan:

  1. AKU SUKA BACA YANG INI:
    Susah kenaikan pangkat dgn kerajaan ni... 2 situasi berbeza antara swasta dan kerajaan... 26 tahun kakitangan awam berkhidmat dlm kerajaan, tapi hanya kelulusan SPM dia hanya layak dari N17 ke N22 (KUP)... 26 tahun kakitangan swasta yg bekerja dgn bank dan hanya kelulusan STPM, dari kerani bank dan jawatan terakhir adalah Manager...

    -------BUAT RAKAN2-----------------
    KITA KERJA DENGAN GOMEN MEMANG TAK AKAN KAYANYA SAMPAI PENCEN kecuali
    JAWATAN GRED JUSA KE ATAS SEBAB LEPAS PENCEN AKAN TERUS PEGANG JAWATAN PENTING KAT GLC KERAJAAN.
    KITA YANG PANGKAT KECIK NI. GRED 52 KEBAWAH GRED 1 BILA PENCEN BALI KAMPONG ATAU BALIK TAMAN PERUMAHAN JADILAH AJK SURAU ATAU MESJID.
    KALAU NAK KAYA KENALAH KERJA DENGAN SWASTA ATAU BANK, TAPI INGAT KAWAN SEBAB SETIAP DETIK MASA ANDA AKAN DIGAJI DAN KALAU PONTENG DIPOTONG...! PILIHAN DITANGAN ANDA.
    TAPI AKU PESARA GRED52. Masa belum PENCEN tak ada peluang nak kawan
    dengan Gred 1. Kini baru aku tau siapa sebenarnya kawan bila dah tak ada jawatan. Jadi duit pencen aku yang lebih2 tu aku bagi kat kawan2 yang memerlukan semoga dapat ganjaran bila aku mati nanti. Anak2 aku dah berduit besar, bini aku ada pencen jugak. Buat apa2 dah tua2 ni simpan duit. Silap kiraan bila aku mati anak2 gaduh berebut harta aku.
    Tapi aku dah didik anak2 aku jangan berebut harta ayah dan mak bila kami dah mati. Semoga nasihat ini jadi azimat kepada anak2 aku.

    BalasPadam
  2. pAK aGUS SOKONG kERAJAAANKhamis, Januari 31, 2013 8:26:00 PTG

    SILA BACA AYAT KERAMAT INI...

    "Pemberian COLA dan pelbagai elaun lain bukan satu hak penjawat awam, sebaliknya ia adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan sifat keprihatinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan derma darah...

    HARAP JANGAN ADA LAGI PENJAWAT AWAM YANG NAK UGUT KERAJAAN PASAL ELAUN COLA DAN ELAUN RUMAH YANG TAK CUKUP...MASA SAYA KERJA DULU TAK ADA PUN COLA DAN ELAUN RUMAHDAPAT JUGA SAYA BELI 2 BUAH RUMAH....APA YANG TERJADI SKARANG ADALAH PENJAWAT AWAM BEBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN.KERAJAAN SEBENARNYA DAH BAYAR GAJI YANG CUKUP TINGGI BERBANDING GAJI YANG SAYA DAPAT SEBELUM SAYA BERSARA TAHUN 1997.

    Pak Agus...Pesara Kerajaan kumpulan B

    BalasPadam
  3. CADANGAN TERBURUK:

    Saya cadangkan supaya Kepimpinan Cuepacs berfikir dan bertindak diluar kotak sepertimana yang disarankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YBHg KSN baru-baru ini.

    Tontonlah selalu RT diTV3 untuk 'brain-storming' sendiri cara anda berfikir.Jangan hanya berfikir ke arah duit...duit...duit..!

    BalasPadam
  4. Juruteknik gred J17 bila nak naik ke J27 niee... hanya penantian penuh penyiksaan..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama berkata...

    AKU SUKA BACA YANG INI:
    Susah kenaikan pangkat dgn kerajaan ni... 2 situasi berbeza antara swasta dan kerajaan... 26 tahun kakitangan awam berkhidmat dlm kerajaan, tapi hanya kelulusan SPM dia hanya layak dari N17 ke N22 (KUP)... 26 tahun kakitangan swasta yg bekerja dgn bank dan hanya kelulusan STPM, dari kerani bank dan jawatan terakhir adalah Manager...

    -------BUAT RAKAN2-----------------
    KITA KERJA DENGAN GOMEN MEMANG TAK AKAN KAYANYA SAMPAI PENCEN kecuali
    JAWATAN GRED JUSA KE ATAS SEBAB LEPAS PENCEN AKAN TERUS PEGANG JAWATAN PENTING KAT GLC KERAJAAN.
    KITA YANG PANGKAT KECIK NI. GRED 52 KEBAWAH GRED 1 BILA PENCEN BALI KAMPONG ATAU BALIK TAMAN PERUMAHAN JADILAH AJK SURAU ATAU MESJID.
    KALAU NAK KAYA KENALAH KERJA DENGAN SWASTA ATAU BANK, TAPI INGAT KAWAN SEBAB SETIAP DETIK MASA ANDA AKAN DIGAJI DAN KALAU PONTENG DIPOTONG...! PILIHAN DITANGAN ANDA.
    TAPI AKU PESARA GRED52. Masa belum PENCEN tak ada peluang nak kawan
    dengan Gred 1. Kini baru aku tau siapa sebenarnya kawan bila dah tak ada jawatan. Jadi duit pencen aku yang lebih2 tu aku bagi kat kawan2 yang memerlukan semoga dapat ganjaran bila aku mati nanti. Anak2 aku dah berduit besar, bini aku ada pencen jugak. Buat apa2 dah tua2 ni simpan duit. Silap kiraan bila aku mati anak2 gaduh berebut harta aku.
    Tapi aku dah didik anak2 aku jangan berebut harta ayah dan mak bila kami dah mati. Semoga nasihat ini jadi azimat kepada anak2 aku.

    ===================================

    cara ayat takde pun mencerminkan gred 52...pembohong betul....ini mesti spm gagal punya orang

    BalasPadam
  6. tak abis2 pasal elaun cola,n segala mcm2 elaun,oang swasta tak perlu elaun pun bleh idup,yang penting tak ambil PERSONAL LOAN ,ni 99 peratus staf PA berhutang dengan PERSONAL LOAN kononnya nak tunjuk hebat tapi makan pun tak cukup,banyak PA sekarang,BIAR PAPA ASAL BERGAYA...BETUL TAK SEMUA PA??????

    BalasPadam
  7. Tuan Haji, pegawai kontrak diserap tanpa perlu kajian, amat bagus cadangan tu..terbela juga nasib pekerja kontrak. Bagaimana pula dgn nasib AKS yg pada mulanya berkelayakan SPM, tetapi lepas tu memperolehi ijazah atas usaha dan wang saku sendiri? Tak adakah penambahbaikan gred jawatan utk anggota AKS yg telah berjaya menaiktaraf kelayakan akademik mereka? Tolonglah tuan haji....fikir-fikirkanlah.....

    BalasPadam
  8. yang kontrak bukan rajin sangat,kadang2 sebab tade keja...lepas tu cakap besar pulak sebab pakai kabel besar dalam mula tunjuk lagak...buat apa layan ini org, baik bagi pada oang miskin betul2 memerlukan ...habis duit kerajaan.jgn layan otak cuepacs

    BalasPadam
  9. Aku setuju sangat, pekerja kontrak nih tak leh caya lom tetap lagi dah cakap berlagak pastu siap cakap lagi nih lom tetap so tak leh nak cakap banyak, kalo dah tetap leh la aku nak cakap banyak. aaaa dah nampakkan.... iskk bahaya dorang nih, keje pun buat asik merungut je, bila dia kena buat keje iskkk asik aku je nape tak bagi kat pekerja tetap buat. lom apa apa dah melenting tapi dalam diam, ye la tak leh nak melenting lagi. (nanti kau bila aku dah tetap)....isk banyak lagi la kalo nak cite

    BalasPadam
  10. BERITA YANG AKU TERKEJUT:
    Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

    MENGAPA AKU TERKEJUT.!
    1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
    2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
    3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
    4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
    5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
    6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
    7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
    8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
    9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
    10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

    SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

    BalasPadam
  11. Inspen 1 dijual kepada Felda
    Selepas ini peserta kursus kena pergi ke Inspen 2,tidak adakah orang kuat yang mempertahankan INSPEN,apa tujuan diambil alih oleh FELDA>

    BalasPadam
  12. mengenai jawatan yang dah dijumudkan dulu...sebelum jumud belum gi induksi,sekarang time jawatan dah dijumud baru tapi saya tak cukup syarat utk diserap terus ke N17, baru dapat induksi dan dah lulus pun......kiranya dah setahun lebih dah....tapi belum disahkan jawatan......adakah boleh atau tidak boleh disahkan jawatan KUP saya sekarang atau kena cukup tempoh kelayakan 6 tahun berkhidmat tukar ke jawatan baru,baru boleh disahkan jawatan???

    BalasPadam
  13. KEPALA HOTAK KORANG YANG MENGHINA KAKITANGAN KONTRAK TU..HAHA KOT2 MACIK...ADIK NENEK KORANG ADA YANG STATUS KONTRAK JUGA..NGEH2..AKU SUKUNG CADANGAN CEUPECS..SERAPKAN KAKITANGAN KONTRAK NIE....ADA YG LEBIH RAJIN DARI KAKITANGAN TETAP....

    BalasPadam
  14. TAWARAN MANIFESTO PR CUKUP ISTIMEWA BUAT 1.4 JUTA PA:
    1. STRUKTUR GAJI DAN TERMA PERKHIDMATAN AKAN DI SEMAK SEMULA.
    2. ELAUN SARA HIDUP DISELARASKAN SAMA-RATA RM500 SEBULAN.
    3. GAJI MININUM AKAN DIKAJI SEMULA BAGI SEKTOR AWAM DAN SWASTA BERDASARKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI.
    4. KENAIKAN GRED AKAN DISELARASKAN BAGI GRED B,C DAN D.

    BUKANNYA SEPERTI KERAJAAN BN YANG UGUT DAN AKAN MEBERHENTIKAN 1.4 JUTA PA DENGAN "EXIT POLICY".

    REBUTLAH PELUANG INI YANG DATANG SEKALI SAHAJA PADA PRU-13.

    Peluang ini akan direbut oleh penjawat awam seluruh malaysia khususnya johor, ramai penjawat awam yang mempunyai ijazah dan diploma dianaktirikan oleh kerajaan johor, akan berlaku perubahan besar dalam PRU-13 nie khususnya kubu kuat umno di johor, reformasi dan tranfomasi akan berlaku di seluruh malaysia khususnya johor.

    BalasPadam
  15. Ramai pekerja agensi bwh kpdnkk yg tidak diserap ke jawatan tetap walaupon dah lulus semua syarat. Asyik sambung kontrak. Dah la xde pencen. Asyik diperkotak katik oleh pihak atasan dari kumpulan yg buat sbpa!

    BalasPadam
  16. KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


    setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


    nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

    ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

    ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

    jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

    BalasPadam
  17. Tidak semua pekerja kontrak duduk sambil lewa d ofis..bila mengeluarkan sesuatu kenyataan..adalh baik berfikir sejenak..kerana tnpa mereka juga byk kerja tertunggak tidak akn selesai..walhal..semua kerja dilemparkan kpd mereka..habis??yang btol2 kuli batak kerajaan buat apa??bukan ingin mengutuk..mengata ataupun mengecil hati sesiapa..mereka juga tonggak yg LEBIH byk sumbangan berbanding pekerja tetap sendiri,tetapi sentiasa dibelakangkan..siapa nk peduli???setuju sekiranya pekerja kontrak yg sdh lma berkhidmat diserap ke jwtn tetap..kerana tidak ada siapa yg menyuarakan hak utk mereka...jgn lh kerana dek ketelusan dan tgn2 ghaib itu menjejaskan reputasi perkhidmatan awam..pndanglah pada kualiti dan bukan kuantitinya..assalamualaikum

    BalasPadam
  18. Tolong la serapkan ke jawatan tetap untuk kakitangan kontrak..

    BalasPadam