Bernama
22 Januari 2013
22 Januari 2013
PUTRAJAYA - Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga
lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum
atau ‘gaji mati’ pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk
Seri Dr Ali Hamsa hari ini.Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian
teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan
cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan
tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.
"Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.“JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.
“Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan.Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang media di sini hari ini.Sebelum itu, Ali menyampaikan Amanat 2013 kepada kira-kira 4,000 penjawat awam pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi ‘live-streaming’ itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.
"Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.“JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.
“Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan.Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang media di sini hari ini.Sebelum itu, Ali menyampaikan Amanat 2013 kepada kira-kira 4,000 penjawat awam pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi ‘live-streaming’ itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.
Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam memainkan peranan dalam
sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada
antarabangsa.Beliau berkata sektor domestik dan luar negeri adalah sama penting
untuk memacu agenda transformasi negara ke arah merealisasikan Wawasan
2020.“Semua penjawat awam, baik di dalam mahupun di luar negara, perlu terus
bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan
kecekapan penyampaian, keberkesanan pengurusan dan amalan diplomasi yang
proaktif demi mempertahan dan mempromosi kepentingan Malaysia.
“Kita juga perlu sentiasa mengintai atau mencari peluang-peluang baharu
dalam mempromosi imej negara, selain juga menerokai pasaran atau
pelaburan baharu untuk negara,” katanya. Selain itu, Ali juga menyarankan penjawat awam agar lebih peka dan
responsif dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan kerajaan.Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
membentangkan Belanjawan 2013 telah mengumumkan 111 perkara melalui
penjanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama di semua peringkat, tidak
mengira sama ada ketua jabatan, pegawai pengurusan mahupun kumpulan
pelaksana, diharapkan dalam memastikan kelangsungan serta kelancaran
pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut agar matlamatnya tercapai
dengan jayanya. “Sebagai penjawat awam yang prihatin dengan wawasan kerajaan, hendaklah
bertindak lebih proaktif untuk memudahkan dan bukan menyusahkan,”
katanya. Pada majlis yang sama, Ali melancarkan buku bertajuk 'Pengamalan Budaya
Ketepatan Dalam Gagasan 1Malaysia:Transformasi Ke Arah Pembentukan
Negara Maju' dan buku kecil Gagasan 1Malaysia dalam lima bahasa. -
Bernama
P3 perlukan penyelarasan semula... bezakan dgn P1....
BalasPadamGaji dah maksimum bila 3o tahun servis,kalau naik pangkat kurang lagi 30 tahun.Nak kerja 10 tahun lagi selepas itu.....Jadinya tiap tahun gaji kena naik sampai umur 60.
BalasPadamelaun rumah kena naik la woi.....gred 1-40 rm 180..mana ada lg rmh sewa byk tu..dlm hutan blh la...
BalasPadamada rumah sewa ke dallm hutan
Padamkalau ada mesti mahal...mungkin rm2/4000....
tip-tip untuk menjadi perkerja cermerlang:-
BalasPadam1. mengampu dan menjilat bos.
2. katakan bos is always right, walaupun bos maki-hamun kau dgn kata-kata spt:- babi-anjing kau, pukimak, haram-jadah punya anak dan paling ringan makian bodoh betul kau nie.
3. sentiasa ikut bos ke sana-sini walaupun ke jamban.
4. jadi pencaicai bos hingga ke hujung nyawa.
5. sembunyikan kesalahan dan keburukan bos walaiupun bos ke paradise, blue waves, deluxe dan disco bersama gro-gro.
6. menyokong bos menerima rasuah, katakan bos itu duit komisen dan syer.
7. katakan setiap pagi, bos handsome, bergaya dan stylo, bos nampak muda, walaupun bos tua nak mampus, kubur kata mari, rumah kata pergi.
8. buat tak nampak jea, walaupun bos datang lewat, usik anak dara orang, simpan gundik, mohon tanah berpuluh ekar dan sapu projek.
9. katakan bos boleh buat ape saja, dunia nie bos punya, sape berani lawan bos, sape lawan pasti maut.
sekiranya anda berjaya mengikuti 9 perkara di atas, markah anda mesti 99.9%. anda cermerlang,gemilang dan terbilang..
saya nak tanya satu soalan. bolehkah pihak atasan memaksa staf bawahan buat kerja lebih masa dalam pekara yang bukan kritikal? contohnya menghantar/mengambil orang atasan ke lapangan terbang? sedangkan orang atasan tersebut telah diberi kenderaan jabatan? lagi pun bukannya tidak boleh mengambil teksi dan claim kemudian.kerja lebih masa bukan waktu kerja biasa. orang bawahan pun perlukan masa untuk keluarga sendiri.
BalasPadamBila lagi kerajaan nak selesaikan isu PTK dan umum penambahbaikan sistem SSM? Pru13 dah tak lama lagi.
BalasPadam