Bernama
4/1/2013
4/1/2013
SEREMBAN, 4 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri
Dr Ali Hamsa mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan supaya
kerap turun padang agar dapat memahami keadaan persekitaran kerja
penjawat awam dan masalah pelanggan di bawah jabatan masing-masing.
Beliau berkata usaha turun padang juga adalah kaedah yang lebih baik untuk melihat sendiri secara langsung keadaan dan kebajikan penjawat awam yang memberikan perkhidmatan.
"Saya berharap mulai tahun ini, semua ketua jabatan akan lebih kerap turun padang atau sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penjawat awam Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, Jumaat.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.
Terdahulu, Ali bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kampung Lonek, Jempol, dekat sini.
Selepas itu, beliau mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hingga di sini dan kemudian membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Beliau berkata usaha turun padang juga adalah kaedah yang lebih baik untuk melihat sendiri secara langsung keadaan dan kebajikan penjawat awam yang memberikan perkhidmatan.
"Saya berharap mulai tahun ini, semua ketua jabatan akan lebih kerap turun padang atau sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penjawat awam Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, Jumaat.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.
Terdahulu, Ali bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kampung Lonek, Jempol, dekat sini.
Selepas itu, beliau mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hingga di sini dan kemudian membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
YES, FIRST!!! FIRST!!! FIRST LA WOIII!!!
BalasPadamalamakk..no 2 la..bestnyerr...
BalasPadamketua jabatan klu turun padang banyak songeh. itu tak betol, ini tak kena. pada hal masa depa blm jadi ketua jambantan, 2 x 5 ajer.
BalasPadamlagipon, buat apa nak turun padang dekat2 nak pru ni? Ada udang balik mee kot? Yelah, biasanya liat nak turun padang!
Turun padang.....GOLF....huhuhu
BalasPadamTURUN PADANG PUN SAMA JUGAK...... TETAP NENGOK KRONI KRONI JEK.... YANG NAIK PENTAS AMBIL ANUGERAH CEMERLANG PUN KRONI KRONI JUGAK...ORANG YANG SAMA JUGAK TIAP TIAP TAHUN...TAPI HEMPAS PULAS KITA KITA NI.... ITU HAKIKAT YANG PAHIT TAPI KENA TELAN...... TAK APALAH MUNGKIN KAT DUNIA NI DI KELILINGI DENGAN ORANG ORANG ZALIM TAPI INSYALLAH KAT AKHIRAT SEMUA DAPAT PEMBELAAN SAMA ADIL DAN SAKSAMA...... MANUSIA SELALU SILAP MENILAI... ZALIM MENZALIMI.... YANG DATANG PUKUL 11 KERJA PASTU DUDUK GOYANG KAKI DAPAT MARKAH SKT 89% ...YANG DATANG PUKUL 7:20 DENGAN KERJA BERTIMBUN...MINUM PUN DALAM OFFICE JEK DAN BALIK JAM 5:30 DAPAT MARKAH SKT 89%.....ADIL????????....SEMUA BUAT BUAT TAK NAMPAK.....HAKIKAT !!!!!
BalasPadamBanyak dosa ketua jabatan ni
BalasPadamStaff malas pun diberi anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Itu pasal kat padang mahsyar nanti ketua kena tanya dulu.
Macam boss aku komfem masuk neraka.
1. Pilih bulu
2. Kaki betina
3. Kuat berpeleseran waktu pejabat
4. Menyeleweng tugas.
5. Lain2 lagi.
aku sokong 100%. ketua jbtn skg klu staff x pndai kipas siapla..mcm2 cr depa nk jatuhkn staff tu.list yg atas ni mmg sama ngn ketua jbtan aku.bila adu kt hq, haramle org atas nk ambil pusing..sudahnya kita ni mcm hanjing kurap le..tgulh tatatertib.amek kau.GILA kuasa.ZAlim
PadamYer la Bos..Pangkat kat dunia ni pun tak cukup-cukup.Dari Dato'mau pulak Dato'Seri.Sebab para Dato' pun dah bersepah boleh dijual beli.Yang penting pangkat bos,gaji bos loaded,ramai jugak yang sanggup jadi pencacai.Kalau banyak hal yg tak betul,mati esok bos jawab ler.
BalasPadamTanpa Nama berkata...
BalasPadamBanyak dosa ketua jabatan ni
Staff malas pun diberi anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Itu pasal kat padang mahsyar nanti ketua kena tanya dulu.
Macam boss aku komfem masuk neraka.
1. Pilih bulu
2. Kaki betina
3. Kuat berpeleseran waktu pejabat
4. Menyeleweng tugas.
5. Lain2 lagi.
ish... mana leh tulis begitu... kita sbg hamba Allah tak boleh terus cakap gitu... sdgkan diri kita pun belum tentu...
Amanah yang sangat berat jadi pemimpin... kaki nak langkah kat padang masyar jenuh la terpaut dek akibat fitnah di dunia...
BalasPadamorang-orang yang lemah dah melangkah ke syurga Allah... pemimpin sangkut lagi...
saringan demi saringan...
Last minit boss tu bertaubat...maka masuklah syurga.
BalasPadamKan Tuhan maha pengampun.
Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijil Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?
BalasPadamSehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?
Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :
Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah.
Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.
Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga.
Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-
i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.
ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.
iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.
Hasilnya? Sungguh mengecewakan.
Sambungan...
BalasPadamSekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.
Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.
Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.
Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002:
adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002
sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27.
sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan.
jadi untuk apa diteruskan?
Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30 tahun?
Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.
P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?
siapakah anda untuk menentukan siapa yang masuk syurga dan neraka?
BalasPadamkita diajar tentang apa kebaikan yang dibalas pahala serta masuk syurga serta apa kejahatan yang dibalas dosa dan dihumban ke dalam neraka
TAPI
ajaran serta peringatan tersebut diberi kepada diri kita sendiri supaya kita cermin diri, muhasabah diri serta audit diri sendiri, bukan memandai-mandai untuk menentukan seseorang itu untung atau rugi.
inilah masalah orang sekarang. semuanya berlagak pandai boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka disebabkan mereka nampak dengan mata zahir perilaku seseorang itu. walhal seseorang itu dinilai oleh Allah S.W.T. baik zahir mahupun batin, rohani dan jasmani.
orang yang lalai serta berbuat zalim sedangkan mereka belum diberi peringatan atau belum sedar dari tidur, apabila bertaubat, mereka beruntung, walhal orang yang kononnya rajin beribadat dan beramal soleh, tetapi terdapat secebis dengki khianat serta mempunyai nafsu amarah yang tidak terkawal, belum tentu untung di akhirat kelak.
muhasabahlah diri... jangan mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi pelik yang memandai-mandai menentukan siapa layak masuk syurga siapa bakal masuk neraka.
Peeerah...cakap macam bagus
BalasPadamkan dah kata last minit bila taubat boleh lah masuk shurga
Paham tak makna taubat...
Memang kaki ampu tu...hahaha
BalasPadam