21 Februari 2013

CUEPACS MINTA KERAJAAN WUJUD SKIM ELAUN KHAS UNTUK PEMANDU BOMBAJ

Bernama
19/2/2013

 GEORGE TOWN, 19 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim elaun khas untuk pemandu jentera bomba di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata tanggungjawab anggota bomba bukan sekadar memadam kebakaran malah mereka ditugaskan memandu jentera bomba mengikut giliran.

"Mereka ini buat dua kerja dalam satu masa. Pemandu kenderaan bomba terdiri daripada pegawai bahagian lain yang terpaksa melakukan tugas itu, jadi wajarlah mereka dibayar elaun khas.

"Jadi kita harap kerajaan teliti cadangan ini secepat mungkin supaya pengumuman mengenainya dapat dibuat pada tahun ini juga," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba Bayan Baru Selasa.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs meminta kerajaan mengekalkan institusi perbendaharaan sebagai badan yang mengurus pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

"Sehingga kini, kita tak dipanggil untuk taklimat kerana kita tak tahu sistem apa nak diguna pakai oleh pihak bank, dan kita tidak mahu timbul masalah berbangkit nanti," katanya.

Cuepacs turut meminta kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan dari empat kepada satu peratus kerana terlalu tinggi bagi penjawat awam yang berkhidmat kurang 10 tahun dan bergaji di bawah RM3,000.

Beliau berkata lebih 30 tahun kadar itu tidak dikaji, dan ia tidak lagi relevan kerana harga rumah semakin melambung pada masa ini.

Selain itu, Omar menggesa kerajaan melantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu dengan segera selepas perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah ditamatkan sejak 1 Julai lepas.

"Saya menerima banyak SMS daripada penjawat awam berhubung isu ini. Seseorang perlu dilantik segera supaya kami ada ketua di sektor perkhidmatan awam, selain Ketua Setiausaha Negara," katanya.



-- BERNAMA

22 ulasan:

  1. Aku 1st lagi .....hahaha

    BalasPadam
  2. Pak Omar ni tak habis2 menimbulkan isu/cadangan walhal isu2/cadangan tertunggak berkoyan2 banyakknya. Seharusnya pak omar terus perjuamgkan isu2 utama yag telah dibangkitkan sebelum ini. Ini tidak hanya setakat menambah jumlah cadangan yang akhirnya membuat kerajaan pening utk membuat pemilihan isu mana yang harus diselesaikan dahulu. Jangan tamak sangat kerana dikhuatiri semua yang dikendung habis keciciran. Aturlah langkah secara profesional dan elak cara budak2 mentah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro ko tak tahu keja bomba mcm mana! isu ini dah bertahun dah d tanggung oleh anggota yg memandu jentera bomba x selesai2 hinggakan anggota tu dah lama pancen dan dah mati juga masih tak dapat elaun ni...ni blm lagi pemandu kenderaan utiliti ni sama juga menanggung penderitaan x juga d berikan elaun ni sedangkan mereka ni layak utk dpt elaun ni....kesihan anggota bomba ni tugas menyelamatkn nyawa dan harta benda tapi nyawa sendiri tergadai tiada siapa yang bantu....elaun sebegini yg sedikit sebanyak membantu mereka ni sbb gaji yg d berikan tidak setimpal dengan nyawa sebagai taruhan untuk melaksanakan tugas tersebut....renungkan

      Padam
  3. Semua jbtn keje mereka ada risiko gak.

    BalasPadam
  4. memang ada resiko tp askar pakai baju loreng, kau pakai baju loreng konon nak lawan api, tak ada otak ka,

    BalasPadam
  5. menteri Bomba tak kuat bro. tu minta2 tak pandai dapat

    BalasPadam
  6. Kerja bomba tak menentu, takkan setiap kali berlaku kebakaran, tanah runtuh, kemalangan jalan raya, dll semua anggota bomba akan turut serta. Kebakaran bangunan/rumah tak berlaku setiap hari kan? Masa takde pa2 kejadian dah tentu pasukan bomba duduk kat pejabat je. Relaks lah, kan? Jgn risau org kpg pun tahu.

    BalasPadam
  7. Kami Bomba memang ada kat balai..kami tak cari api..kalau ada panggilan api kami pergi la....macam polis..kalau ada kecurian mereka tak pergi..bila ada laporan awam baru bertindak.Kau tahu tak mamat pengutuk..pernah 1 trak penuh peluru launcer terbalik dan terbakar di Slim River...Kami bertindak pantas padam kebakaran tersebut...nasib baik cepat...kalau meletup ..macammana...kau boleh bagi insuran pada janda janda dan anak anak Bomba?bagi butuh bolehla...Kalau terbakar badan macam di Kelantan....parah apa kau boleh buat...MEnteri buat lawatan bolehla....kau nak melawat hampeh...sembang kedai kopi ...mohong sana sini bolehla...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila berlaku malapetaka dan kemalangan semua ahli bomba turun padangkah? Bongok!!!" Sekali sekala sahaja kemalangan berlaku, org awam pun tolong, bomba ada, polis ada. Kebanyakan masa kau org duduk kat balai goyang 2 biji telur. Bahlol... Org kampung pun tahulah..

      Padam
    2. ini lagisaturang bodoh dan bahalul mcm lah dia tahu keja bomba...natang beruk ko tahu komen keja bomba je....bodoh sampai mati lako ni....hahahaha...bru kothu kena maki.....

      Padam
  8. Rilek??? Rilek ke keje Bomba? Join la kalau nak tau.

    BalasPadam
  9. Memang la ada org awam yg tolong, adakah mereka terlatih? Dlm sestgh kes semua anggota mesti turun bahkan bekerja lebih 48 jam berterusan. Kami tiada OT dan tak layak pun. Polis pun ada, adakah bidang tugas mereka padam api? Ni belum crita lagi hos di bentang tunggang terbalik hasil kerja org awam. Di balai kami pun kerja mcm agensi lain juga, perkeranian, pencuci, pengawal, tukang kebun dll. Semua skali kami lakukan sendiri. Itukah yg dikata tiada kerja di balai. Boleh cuba mana2 agensi lain keraninya di suruh menebas dan cuci longkang??? Pastinya dia kata itu bukan tugas aku!!1 Tukang kebun kan ada!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, baru aku tahu kat balai bomba takde kakitangan sokongan spt kerani, pekerja am. Patutlah selalu merungut bomba ni. Apo celop? Yg pasti kes2 kecemasan yg melibatkan bomba tidak berlaku setiap hari maka tak sama dgn.agensi yg ada pelanggan setiap yg perlu dilayan. Betulkan saya mun salah.

      Padam
  10. bomba kna bsama masyarat,brulah nmpak bt kja,gotong royong,tlg org kg,tmn2,bt kja dlm kem bomba org tk nmpk,

    BalasPadam
  11. Selama ni pun bomba sering bekerjasama dgn masyarakat, tp bila bomba buat kempen pencegahan kebakaran, masyarakat lebih cenderung nk cuba peralatan bomba tak pun pernah trfikir nk tubuhkan bomba sukarela. Kami sedia membantu w/pun anggota kami ada beberapa kerat je kat balai. Peranan ketua2 masyarakat juga amat penting bg memastikan keselamatan anak buah masing2.

    BalasPadam
  12. Tiap2 agensi kerajaan mmg ada pelanggannya sendiri.Bagi anggota bomba bukannya setakat padam api...ungkapan "Ada api ada kerja" dah lapuk dah. Perlesenan, APA, pemeriksaan pili bomba, pemeriksaan bangunan, pendidikan di sekolah2 tadika, kadet sekolah,rondaan dll. Itu melibatkan urusan dgn pelanggan pd setiap hari. Tangkap haiwan liar? Kami sanggup buat w/pun tak pernah dilatih pun. Itu agensi lain yg sepatutnya buat tp kami tetap bantu tanpa minta sesen pun w/pun ia diluar skop tugas kami...Wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcmna nk naik gaji?bila ada naik pangkat,pkai butang bahu bsar2 trus jd sombong pada anggota ahli bomba,tp mgkin syarat2 krajaan uniform,ksianlah pada mereka

      Padam
  13. semua kakitangan awam dapat berita baik daripada PM..saya selaku wakil kakitangan kerajaan yang masih lagi Bergaji Hari (sementara) bila dinaikkan ke jawatan tetap? adakah kami akan berterusan begini...ada juga yang kekal bergaji hari (sementara) sehingga Pencen...apa faedah yang kami dapat jika berlarutan begini sedangkan kami juga bekerja sama seperti kakitangan yang berjawatan tetap...kami berkerja di bawah kerajaan juga tetapi gaji kami begitu kecil....apakah jawatan seperti kami yang bergaji hari(sementara) ini boleh dinaikan ke jawatan yang tetap dan akan mendapat faedah yang sama seperti kakitangan yang berjawatan tetap?

    BalasPadam
  14. semua kakitangan awam dapat berita baik daripada PM..saya selaku wakil kakitangan kerajaan yang masih lagi Bergaji Hari (sementara) bila dinaikkan ke jawatan tetap? adakah kami akan berterusan begini...ada juga yang kekal bergaji hari (sementara) sehingga Pencen...apa faedah yang kami dapat jika berlarutan begini sedangkan kami juga bekerja sama seperti kakitangan yang berjawatan tetap...kami berkerja di bawah kerajaan juga tetapi gaji kami begitu kecil....apakah jawatan seperti kami yang bergaji hari(sementara) ini boleh dinaikan ke jawatan yang tetap dan akan mendapat faedah yang sama seperti kakitangan yang berjawatan tetap?

    BalasPadam
  15. kita sokong pr 5 thn,tgu dan lihat klu ada prubahan PA kita truskan,klu tak ade prubahan kita tukar pulak kerajaan,5thn skejap shj..blm cuba blm tahu..tak kenal maka tak cinta

    BalasPadam
  16. Sial... Sapa yg sokong DAP menang pilihan raya mmg BABI...

    BalasPadam