08 Februari 2013

KSN MAHU PENJAWAT AWAM AMAL BUDAYA TURUN PADANG

Bernama
8/2/2013


LABUAN, 8 Feb (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mahu penjawat awam mengamalkan budaya turun padang melalui pendekatan "pasang telinga dan buka mata" bagi mengetahui masalah dan keperluan rakyat.
Beliau berkata penjawat awam perlu peka dan memahami perkara yang berlaku di samping perlu ada "sikap segera" dalam tindakan mengatasi sebarang permasalahan ataupun isu awam sebelum ianya menjadi lebih serius.

Katanya penjawat awam perlu lebih sensitif kepada persekitaran dan cabaran-cabaran baharu khususnya daripada kalangan pelanggan yang mempunyai harapan lebih tinggi terhadap kualiti, kecekapan dan keberkesanan khidmat diberikan.

"Mereka (pelanggan) kini sedar akan hak mereka untuk mendapat layanan yang lebih adil dan munasabah daripada agensi-agensi kerajaan," katanya di majlis bertemu penjawat awam Labuan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, Kompleks Ujana Kewangan di sini, Jumaat.

Ketua Setiausaha Negara yang berada di Labuan untuk lawatan kerja sehari, antara lain melawat projek pembinaan stesen teksi dan bas bersepadu berharga RM37 juta, Kedai Rakyat 1Malaysia Tanjung Aru, tapak cadangan Rumah Mampu Milik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan menerima maklum balas daripada pengguna feri.

Oleh itu, Ali berkata adalah penting janji yang ditetapkan oleh agensi dan jabatan ditunaikan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada orang ramai dan perlu sentiasa berusaha ke arah pemberian perkhidmatan melebihi jangkaan pelanggan.

Katanya adalah menjadi harapan kerajaan melihat lebih ramai golongan bijak pandai di kalangan penjawat awam dengan memiliki daya inovasi dan kreativiti yang tinggi seterusnya mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah yang dinamik dan bertunjangkan profesionalisme.

"Penjawat awam harus melaksanakan pemikiran berbentuk kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai dengan sikap positif, peribadi yang mulia dan nilai-nilai yang unggul," katanya.

Ali juga mengingatkan penjawat awam agar terus memberi fokus kepada cabaran dan usaha merealisasikan hala tuju yang telah digariskan iaitu memastikan perpaduan nasional dan jati diri terus diperkukuhkan dengan berpaksikan Gagasan 1Malaysia.

Beliau juga mahu penjawat awam memberi perhatian pada elemen "Ketinggian Peribadi", satu daripada elemen dalam Tonggak 12 yang menjadi dasar dan panduan perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

29 ulasan:

  1. sekreatif dan berinovasi mana pun PA....kalau masih berjawatan gred 17 ke bawah....tak ada gunanya.....ibarat lembu punya susu sapi dapat nama.....gred bawahan jarang di beri peluang mengutarakan pendapat.... kalau ada pun...tak mungkin yang tua bangka tu nak ikut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab anda juga akan tua bangka. Prasan......

      Padam
  2. PTD-PTD tu yg patut turun padang,,, bkn padang golf n sbgainya... bangang... keja nk besarkn buah je sekor2.. bonggok btul laaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PTD = PEGAWAI TANPA DEGREE. Sebab tu mereka enggan turun padang tapi nak gaji besar dan jadi boss2 besar.

      Padam
  3. Budaya turun padang hanya sesuai dengan kerjaya,kalau staf pejabat ,nak keluar minum di sekeliling kawasan pejabat untuk bergaul dengan masyarakat pun tak boleh hanya terperap dikantin,dah rasa nak mual...

    BalasPadam
  4. Dato ali patut turun padang...
    Tengok kt padang ni.... PA dh huru hara dh ni..duk tunggu janji tidak ditepati..

    BalasPadam
  5. Pakai remote control lagilah para BOSS lepas ni nanti. Nama dah boss, org2 bawahan kan ramai.... keluar jak arahan minta office boy yg turun padang jadi mata dan telinga sementara BOSS enjoy sakan dlm bilik berhawa dingin dgn segala gadget ict canggih utk digunakan.

    BalasPadam
  6. PTD....pegawai Tido...suruh PA turun padang apa ke bangang punya idea...sepatutnya Ksn turun...dengar masalah gred 1-17...bg gaji ibarat melepas berak dalam raga....

    BalasPadam
  7. Turun...jgn tk turun....
    Pastikan ramai org sambut dato masa turun padang...
    Pastikan orang dipaksa dtang tu penuh padang....

    BalasPadam
  8. BERITA YANG AKU TERKEJUT:
    Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

    MENGAPA AKU TERKEJUT.!
    1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
    2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
    3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
    4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
    5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
    6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
    7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
    8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
    9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
    10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

    SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

    BalasPadam
  9. APA YANG DIMAKSUDKAN BERFIKIR DILUAR KOTAK:

    YAB Timbalan PM dan YBHG KSN baru2 ini ada mengajak semua Penjawat Awam supaya berfikir di LUAR KOTAK. Maksudnya jangan FIKIR biasa tapi kena FIKIR luar biasa. Sebab sekarang ni penjawat awam (PA) telah terdidik bila disebut bertugas ialah punctual datang kad perakam waktu, kerja, rehat jam 10, kerja rehat dan solat tengahari, kerja rehat kopi koner jam 3, kerja dan punctual balik kad perakam waktu termasuklah majlis punctual terakhir persaraan PA. Itu yang disebut di DALAM KOTAK. Maksud berfikir di luar kotak pula contohnya begini. SEBUAH KERETA PERONDA POLIS SEDANG MENGEJAR KERETA PEROMPAK. KEJAR PUNYA KEJAR KERETA PEROMPAK MASUK KE JALAN KAMPONG. POLIS TERUS KEJAR.ELOK2 SUDAH HAMPIR HENDAK DITAHAN, TIBA2 PEROMPAK CAMPAK SEBATANG KAYU BERPAKU-PAKU TAJAM DAN KERETA POLIS TAK SEMPAT ELAK. TAYAR KERETA POLIS KEMPIS TERUS BERHENTI. KERETA PEROMPAK TERUS LAJU DAN LENYAP DARI PANDANGAN POLIS DAN LOLOS BEGITU SAHAJA. Dalam kisah ini siapa yang salah. Kereta polis guna injin turbo, ada siren, ada walkie-talkie, polis kejurulatihan, ada pistol, ada camera-recorder & SOP.
    Bermakna TIADA salah. Cuma perlu INOVASI atau LUAR KOTAK iaitu perlu TAYAR yang tidak kempis apabila tercucuk paku atau benda tajam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada aku. .. Fikir di luar kotak.
      Patut nyer polis tu tk yah kejar, buat penat jerr....rosak kereta. Habis duit kerajaan.
      Yg betul nyer, cepat2 balik balai ambil kon buat sektn j.raya.
      Satu keslhn satu saman, stu lg selesai kt situ, leps tu sman, stu lg slesai kt ctu...senag crita.. Gilir2 ler..... Kerajaan dpt duit, polis pn dpt duit.
      Kalau mls juga buat sektn j/raya....ambil gmbar, sapa pandu perlahan sman.. Laju pn saman, kalau kereta besar jgn sman... Takut2 pak mentri

      Padam
  10. BERFIKIR DI LUAR KOTAK DARI SUDUT GAJI DAN ELAUN-ELAUN PENJAWAT AWAM:

    Saya minta kepada Cuepacs dan Kerajaan jangan buat BANDINGAN dengan pihak swasta ataupun negara lain bila nak semak gaji & elaun2 PA. Penjawat Awam kita adalah yang terbaik jika dibanding dengan negara luar. Sebagai contoh: Saya banyak melawat(cuti persendirian)ke luar negara selalu terjumpa dengan Imigresen yang minta 'tips' atau duit selamat datang ke negara mereka. Perkara sama berlaku apabila balik.Di Malaysia saya tak pernah terbaca atau terdengar ada PA yang secara terang2 minta2 duit begitu. Jadi cara berfikir di LUAR KOTAK di sini ialah perlu ada IMBUHAN diperingkat Jabatan yang berkenaan yang menyumbang kepada kemajuan negara. Misalnya Jabatan perlu beri IMBUHAN kepada UNIT atau BAHAGIAN di dalam sesebuah Jabatan berupa ANUGERAH INOVASI atau ANUGERAH KUALITI. Disinilah baru ada KEPUASAN bekerja. Buat masa ini Anugerah tersebut diberi secara umum atas nama Jabatan bukan Unit atau Bahagian di Jabatan berkenaan. Ini bermakna yang MALAS dan PONTENG dapat iktiraf sama di Jabatan tersebut. Bermakna yang RAJIN sama sahaja dengan yang MALAS bekerja..!
    KERAJAAN dan CUEPACS patut semak dan membuat kajian dan buat rumusan akhirnya keputusan yang saksama.

    BalasPadam
  11. LAGI PASAL BERFIKIR DI LUAR KOTAK:

    Ada sebuah cerita begini:
    AWAM: Hallo polis saya nak bagi tahu ada seekor lembu dilanggar lori, mati dan atas jalan, tolong bagi bantuan.
    POLIS: Ya siapa yang cakap, bagi no.IC dan lokasi.
    AWAM: Nama saya, ic nombor lokasi disini sekian-sekian.
    POLIS: Awak cakap benar atau bohong.
    AWAM: Benar tak bohong.
    POLIS: Awak kena datang ke Balai terdekat buat repot, kalau tak ada repot Polis tak dapat bertindak atas arahan.
    AWAM :Terima kasih saje lah...! saya nak bagi tau kalau Polis nak bantu.....letak telefon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pikir dlm kotak la ni...
      Lembu kena lnggr pn tel polis....
      Panggil la kwn2 awak.. alih, gali lubang. Kambus...

      Padam
  12. kalau turun padang main golf dan sebagainya ...majulah kita mcm Negara eropah nak bankrupsi tu...

    BalasPadam
  13. Suruh PA yg kt bawah ni pulak turun padang... PA dh memang duk kt padang dh datok....
    Nk turun mn lg wehhh....
    Suruh lah kawan2 dato2 turun...asyik2 main kt hotel 5 star je....

    BalasPadam
  14. KIH...KIH...KELAKAR PULAK...HE..HE..!
    Pikir dlm kotak la ni...
    Lembu kena lnggr pn tel polis....
    Panggil la kwn2 awak.. alih, gali lubang. Kambus...

    ---Hai Pakcik Aji Bakhil-------
    Mabam mana tak panggil polis tempat tu bukan kampong dia. Dia lalu aje. Kalau berhenti bahaya sebab tempat tu gelap, kat luar bandar kalau kat lebuhraya lagi sangat2lah berbahaya, macam mana nak alih sebab lembu siapa tuannya..nak gali pakai apa tak de cangkul... mana boleh main alih, gali dan kambus... silap2 haribulan awak kena masuk lokap jadi OKT sebab bertindak sendiri. Negara kita ada undang-undang. Rukun Negara yang ke 4 menyebut 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG'.

    BalasPadam
  15. Aku baru je memangku dg44 hakiki di IPG Tawau, Sabah. Aku telah di arahkan oleh Pengarahnya untuk menarik diri daripada pemangkuan kerana isteriku yang mengidap penyakit ketumbuhan kronik disarawak dan aku memohon untuk kembali semula kesarawak selepas tamat tempoh pemangkuan kerana keadaan isteriku yang amat mendesak dan perlukan perhatian dan bantuan daripada aku menemaninya, Anak aku baru je menjejaki kaki ke tahun satu dan perlukan perhatian dan penjagaan daripada aku, pernah juga semasa aku di IPG Tawau pada 28 Jan 2013, isteriku jatuh pengsan dan terpaksa ditahan di hospital kerana pendarahan yang banyak. Anakku terpaksa tidak bersekolah selama 4 hari kerana tiada orang yg menghantar dan menyaranya. Disamping itu aku juga terpaksa menyambung pengajian ku di UPM Serdang secara jarak jauh. Pengarah IPG Tawau tidak mahu mendengar luahan masalah aku ini dan terus mengarahkan aku menulis surat menarik diri daripada memangku dan kembali ke jawatan asal di IPG di Sarawak. Beginikah sikap seorang pemimpin? Aku kini menghadapi kemurungan dan kembali ke Sarawak dan tidak tahu apakah nasib akan mendatang.

    BalasPadam
  16. mangkuk2 p&p trun pdg golf.

    mangkuk2 pra, atendan, pap, pt plak trun pdg bola.

    setellllll!

    BalasPadam
  17. Cuepacs patut perjuangkan nasib pekerja sektor awam dengan lebih teliti.kerajaan sepatutnya memberi subsidi tol pada pekerjanya yang hendak ke tempat kerja.maksimum satu hari rm5-rm10 pon dah cukup meringankan beban pekerja.kerajaan boleh berbincang dengan pihak konsesi tol yang ada di malaysia supaya mewujudkan satu kad atau pas laluan seperti touch n go untuk setiap pekerja sektor awam dan setiap bulan di creditkan secara automatik ke dalam kad tersebut mengikut limit yang di beri.yang pasti pengunaan credit untuk sehari tidak lebih dari rm5-rm10.jika credit tidak digunakan,ianya akan dibawa kehadapan pd bulan berikutnye dan tidak perlu auto reload pada kad tersebut.dengan ada nya pas seperti ini,pekerja sektor awam boleh menjimatkan masa perjalanan dengan melalui tol-tol yang terlibat dan peluang untuk menyalah gunakan pas tersebut agak terhad kerana credit yang di beri juga terhad untuk setiap bulan.saya beri cadangan kerana saya terpaksa melalui dua tol untuk ke tempat kerja dari ampang ke putrajaya untuk mengejar masa supaya tetap sampai ke tempat kerja.ini boleh dijadikan satu lagi tambahan keistimewaan pada pekerja sektor awam yang berulang jauh ke tempat kerja.sekian.

    BalasPadam
  18. Apa ke jadah nak turun padang. Aku bukan kerja cikgu. Kalau cikgu ok la ajak anak murid turun padang main bola sepak. aku kerja posmen naik moto, macamana nak turun padang?

    BalasPadam
  19. SAYA DENGAN INI MENCADANGKAN AGAR SEMUA KAKITANGAN PA DI MALAYSIA INI DILANTIK SECARA "KONTRAK" ...

    HAPUSKAN JAWATAN "TETAP DAN BERPENCEN".... BARU KITA TAHU SIAPA YANG BUAT KERJA TAK BUAT KERJA....

    AMACAM PANDAGAN AKU...NANTI I BUAT SURAT DGN CUEPACS...SOKONG IDEA INI..

    BalasPadam
  20. KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


    setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


    nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

    ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

    ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

    jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

    BalasPadam
  21. Aku baru je memangku dg44 hakiki di IPG Tawau, Sabah. Aku telah di arahkan oleh Pengarahnya untuk menarik diri daripada pemangkuan kerana isteriku yang mengidap penyakit ketumbuhan kronik disarawak dan aku memohon untuk kembali semula kesarawak selepas tamat tempoh pemangkuan kerana keadaan isteriku yang amat mendesak dan perlukan perhatian dan bantuan daripada aku menemaninya, Anak aku baru je menjejaki kaki ke tahun satu dan perlukan perhatian dan penjagaan daripada aku, pernah juga semasa aku di IPG Tawau pada 28 Jan 2013, isteriku jatuh pengsan dan terpaksa ditahan di hospital kerana pendarahan yang banyak. Anakku terpaksa tidak bersekolah selama 4 hari kerana tiada orang yg menghantar dan menyaranya. Disamping itu aku juga terpaksa menyambung pengajian ku di UPM Serdang secara jarak jauh. Pengarah IPG Tawau tidak mahu mendengar luahan masalah aku ini dan terus mengarahkan aku menulis surat menarik diri daripada memangku dan kembali ke jawatan asal di IPG di Sarawak. Beginikah sikap seorang pemimpin? Aku kini menghadapi kemurungan dan kembali ke Sarawak dan tidak tahu apakah nasib akan mendatang.

    Selasa, Februari 12, 2013 4:18:00 PTG


    cadangan supaya pengarah kau di ajar cukup-cukup, baru dia tau langit tue tinggi-rendah :-
    1. kasi santau angin cukup-cukup.
    2. kasi hantar jin ifrit kasi kacau pengarah kau anak-beranak.
    3. kasi tuju-tuju angin sampai pengarah kau meracau.
    4. kau kirimkan jin-jin kat rumah pengarah kau lebih kurang 400 ekor jin.

    Nak tengok, handal sangat pengarah kau, silap hari bulan berak pun tak boleh..!!

    BalasPadam
  22. Sepatutnye pegawai bwhan pun boleh menilai pegawai atasan bkn atas sj yg bleh nilai. Takat ckp je pandai xpyh jd bos . Ada pegawai atasan x pandai menilai spe yg bleh wt kije dan sape yg pandai kipas sj .

    BalasPadam
  23. Jadilah pemain bolasepak, hoki, bola jaring, dll yg selalu turun pdg.

    BalasPadam
  24. Markah yg tinggi utk kerja2 luar. tak perlu buat kerja hakiki kerana markahnya sikit saja. itulah realitinya Penilaian Prestasi dibuat.

    BalasPadam
  25. ini bahasa orang padang ya? hampir tidak mengerti saya

    BalasPadam