09 Februari 2013

SYOR COLA SERAGAM RM350

Berita harian
9/2/2013

Kuala Lumpur: Keputusan mengkaji lebih 80 jenis elaun penjawat awam bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela adalah tanda prihatin kerajaan terhadap golongan itu.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata usaha itu pasti membawa kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam, khususnya mereka yang terbabit.
“NUTP mengharapkan keputusan kajian itu dapat diumumkan dalam kadar segera. Sebaiknya sebelum berlangsungnya PRU-13, 20 peratus daripada lebih 80 jenis elaun penjawat awam sudah dikaji dan ditambah baik untuk dimanfaatkan kepada penjawat awam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Beliau mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr Ali Hamsa, semalam mengenai lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji secara terperinci, termasuk elaun sara hidup dan gaji statik bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya.

Beliau, yang juga Naib Presiden (Pendidikan) CUEPACS berkata, antara 20 peratus daripada yang patut diberi keutamaan kajian, termasuk Elaun Sara Hidup (COLA) dan jadual gaji penjawat awam.

“COLA sepatutnya diseragamkan, sama ada kepada mereka yang bekerja di bandar atau luar bandar. Sekarang, ada yang mendapat RM300, RM250 dan RM150.
Ada yang mengatakan perbezaan itu perlu kerana kos hidup di bandar lebih tinggi, manakala di luar bandar lebih rendah.
“Kos sara hidup di luar bandar juga tinggi, tetapi membabitkan aspek lain. COLA sepatutnya diseragamkan kepada RM350 bagi semua penjawat awam,” katanya.

53 ulasan:

  1. Semoga COLA turut diperluaskan ke sabah dan sarawak. Para pemimpin yg kebanyakkan org semenanjung harus memahami kesusahan dan kekurangan yg rakyat kedua2 negeri hadapi. Gaji minimum pun sekadar rm800, harga rumah, kenderaan berbeza ribuan ringgit. Sepatutnya semua sama bukan berat sebelah. Penganiayaan sesama manusia adalah satu dosa besar maka jgn buat perbezaan yg begitu nyata.

    BalasPadam
  2. kaji.....kaji......kaji....kaji.....kaji.....kaji....kaji.....kaji.....kaji.....kaji.....kaji.....sampaaaaaaaiiiiiiiiiiiii....PRU14........cukup2 la...mengkaji..........

    BalasPadam
  3. tu yg dpt cola dan sara hidup tu mcm mana plak yg x dapat ke dua2nya gigit jari jelah....ini tidak adil kata abdul wahub...sepatutnya kasi lah semua penjawat awam...ini tidak sebahagian je yg dapat faedah dari ke dua2 elaun tersebut...sampai bila nak kaji ni tunggu mamak bawa tepung kanji kah......bru ble laksanakan?sudah2 nak tipu org tu bertaubatlah....pintu taubat terbuka luas untuk org yg ingin bertauba........

    BalasPadam
  4. Apa la CUEPACS ni...beri syor seragamkan COLA. Memang la perlu ada perbezaan, tinggal di bandar dengan tinggal di luar bandar banyak bezanya.

    Paling ketara sewa rumah, barangan dapur, belanja anak mengasuh, tadika dan banyak lagi.

    Orang yang tinggal kat luar bandar nak COLA tinggi, datanglah berkhidmat dibandar...baru tahu kesannya.

    Perbezaan COLA antara bandar dan luar bandar sekurang-kurangnya dapat mengubat hati bagi mereka yang gagal bertukar ke luar bandar.

    Kepada yang nak sama ratakan COLA pindahkan mereka dulu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetotwn...baru tahu hakikatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pindah ke Bario sarawak lagilah best, dpt beli gas silinder memasak berharga rm150 setong. Baru anda tahu tinggi rendah bumi dan langit. Jgn buat andaian secara umum tapi buat kajian secara terperinci. Jgn berfikiran spt katak dibawah tempurung. Kamu org semenanjung yg tidak pernah berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman sarawak tak usah buat komen melulu. Hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman sarawak lebih mahal dari hidup di KL atau mana2 bandar besar di malaysia. Sebab itulah org semenanjung tak sanggup berkhidmat di sarawak. Skrg baru tahu ksh?

      Padam
    2. PA di Sabah Sarawak Labuan walaupun tak dibayar elaun COLA mereka dibayar elaun wilayah yg jauh lebih tinggi dr COLA. PA dibenar memilih nak ambil COLA atau Elaun Wilayah.

      Padam
  5. Baik bagi ikut bandar dan luar bandar !

    Takkan yang dok Kulim dan Penang nak bagi COLA sama rata ! Bagi yang dok bandar RM 500 dan luar bandar RM 300 !

    Baru adil

    BalasPadam
  6. bersyukur la sikit ada COLA. ingat, COLA tu bukan "imbuhan tetap", boleh ditarik bila-bila masa saja.

    apa pasalla orang malaysia ni susah sangat nak bersyukur. hidup nak 1st class, tapi minda 3rd class.

    BalasPadam
  7. KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


    setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


    nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

    ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

    ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

    jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang...
      Apa nak pelik dengn tangan dan benda2 ghaib ni....memang macam tu perangainyer....
      Yang tk ghaib, jelas batang hidung...bentuk tubuh....jelas buat benda2 diluar akal fikiran...
      Kita masih sanggup letak dipuncak, dipuji2 dan disanjung2....jd ape nk heran dgn tangan ghaib tu bang.

      Padam
    2. Ada lagi yg lebih hebat bro...ada seorang PA tu interview KPSL utk PnP skim perkhidmatan Sosial. Kenyataan diportal SPA DUKACITA ANDA GAGAL DALAM TEMUDUGA tersebut. tapi dengan TANGAN GHAIB selepas 1 bulan dpt ofer dan.lapurdiri utk.jawatan tu.

      Padam
  8. klau nk gaji 1st class,mentality n kerja pun kena 1st class la..

    BalasPadam
  9. Bagi PA yang duduk Rumah Kerajaan Kenapa COLA pun di potong separuh??? Dahla Elaun Rumah di potong kenapa COLA pun dipotong juga???? COLA kan ke Elaun Bantuan Sara Hidup???

    BalasPadam
  10. sokong cola untuk sabah dan serawak ,sbb duduk dikampung disni kos hidup lagi tinggi dari ...

    BalasPadam
  11. kenape sabah sarawak tak ada elaun cola

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak elaun COLA? hilang kelayakan elaun wilayah. ada bran ka?

      Padam
    2. Elaun sbah swak krajan ngeri yg byaq oi....spatut nya cola kami berhak dpt cz cola krjaan pusat yg byaq.....

      Padam
  12. tidak adil sabah sarwak tidak ada elaun cola

    BalasPadam
  13. atas nie mmg banggang....sabah sarawak takde cola sebab telah diberi elaun wilayah, yang mana dah wujud lama dahulu. orang semenanjung baru beberapa thn je dpt cola. kalau cola maksimum rm300 je, itupun di bandar besar, kalau elaun wilayah ikut gaji...member saya gred 41, elaun wilayah sahaja rm700++....banggang punya orang semua dia mau, dah dapat ini nak itu pulak...kalau nak juga cola tu, mai pindah semenanjung...baru tau korang betapa seksa hidup sini...dengan tol la apa la...

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama berkata...

    Jangan lupa kepada perkhidmatan BOMBA dibawah KPKT yang selalu tertinggal dari segi gaji dan elaun.

    Bapak aku kerja BOMBA. Gaji macam kerani gred 17 tapi tugas sangat bahaya. Sebagai anak aku rasa INI TIDAK ADIL. Patutnya Bomba biasa paling tidak Gred KB22. ELAUN KRITIKAL patut DAPAT sebab kerja gila-gila melawan api, melawan arus air, melawan graviti, melawan perasaan simpati, ngeri, takut, loya dan ketahanan diri sebagai manusia biasa, dan tak semua orang sanggup dan hendak buat. Saya harap CUEPACS, SPA, JPA dan KPKT dapat duduk ber Mesyuarat Kajian dan Pelaksanaan Gaji Baru Skim Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya rasa sudah sampai masanya sebab ANGKATAN TENTERA, POLIS, KASTAM, IMIGRESEN telahpun dapat rasa kelebihan semakan gaji dan elaun lebih-lebih CIKGU macam saya.

    BalasPadam
  15. bapok ko belajar takat mana?
    master?
    phd?
    yang ader pun blajar pmr jer...itu pun gagal semua, bm je lulus...nak mintak itu , ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ingat dengan master dan phd tu dah hebatkah.....blm tahu lagi lawan fizikal bomba klu nak rasa sangat ba jadi bomba sukarela lah dulu tengok ko tahan kah tak..tu bru bomba sukarela blm regular lagi tu..becakap mcm org bijak pedahal bongokhahhhhhhah

      Padam
    2. ntah ingat phd tau wat koje ke, cakap pandai ler. Yang wat koje orang mcm die la bodo.

      Padam
  16. kejab cupeacs syor cola naik ke rm350, kejap tu ke rm300? mana satu nie. dah nyanyuk ke omar? camana ko boleh jadi datok sedangkan ko upsr pun tak lepas? memang kebanyakkan datok/tan sri di malaysia tak skolah tinggi. tengok lah apek2 yg jadi datok/tan sri...cakap melayu betrabur....sebab depa banyak duit...buat aktiviti haram...polis cover...jadi la datok..

    BalasPadam
  17. Aku pelik sungguh kenapa kebanyakkan orang yang beri komen tak berani nak letak nama sebenar atau rupa mereka..

    Baling batu sembunyi tangan...adusss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau lagi pelik...
      Berani letak muka tp tk berani komen pelik2....
      Itu saja komen kau....baik tk payah letak muka dan komen kt sini....
      Pelik sungguh kamu ni.....

      Padam
  18. RAMALAN BANCIAN PRU-13 -
    85% pengundi PULAU PINANG masih kekal DAP PRU-13 nie, 88% pengundi KELANTAN masih kekal PAS PRU-13 nie, 75% pengundi SELANGOR masih kekal PR PRU-13 nie, 92% pengundi KEDAH masih kekal PAS PRU-13 nie, 69% pengundi JOHOR kerajaan baru PR PRU-13 nie, 55% pengundi TERENGGANU kerajaan baru PAS PRU-13 nie, 50% pengundi PAHANG kerajaan campuran BN-PR PRU-13 nie, 63% pengundi MELAKA masih kekal BN PRU-13 nie, 78% pengundi NEGERI SEMBILAN kerajaan baru PR PRU-13 nie, 79% pengundi PERAK kerajaan baru DAP PRU-13 nie, 58% pengundi PERLIS kerajaan baru PAS PRU-13 nie, 58% pengundi PAHANG masih kekal BN PRU-13 nie, 79% pengundi WILAYAH PERSEKUTUAN kerajaan baru PR PRU-13 nie, 58% pengundi SABAH kerajaan baru PR PRU-13 nie dan 67% pengundi SERAWAK masih kekal BN PRU-13 nie..

    KERAJAAN MESTI UMUMKAN KENAIKAN COLA,ITP,EKA,KENAIKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI SEBELUM PRU-13 NIE, SEKIRANYA TIDAK JUGA DIUMUMKAN SEBELUM PRU-13 NIE, UNDI KAMI 1.4 JUTA PA, ADALAH MILIK PAKATAN RAKYAT PRU-13 NIE.. ANDA PA SEMUA SETUJU..?



    BalasPadam
  19. Jangan la kata orang minta cola tu bengong, tp klu kita cadang cola kita tu dibayar sama banyak dengan elaun wilayah tu kira ok gak
    ko guaneeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada elaun wilayah, minta cola.... kau kata ok....
      Cola pulak kau mintak sama dgn elaun wilayah...kau kata ok jugak..
      Memang bengong lerrr....
      Kalau semua dpt....cola sma e.wilayah mcm kau nak
      Dia olang****Elaun wilayah rm1000 + cola rm1000 = rm2000
      Lu olang *****E.wliyah rmo + Cola rm1000 = rm1000
      Lu kata ok ke....
      Lu pkir le kalu lu tdk beng

      Padam
  20. HAIRAN & AJAIB!!! TAHUN INI SEMUA DIVIDEN KOPERASI/AMANAH SAHAM NAIK MENDADAK...GULA-GULA MANIS DITABUR SETIAP HARI...APALAH NASIB PA YG MASIH TERTUNGGU GULA2 NAK DIBAGI....
    TERBARU! DIVIDEN KOPERASI TENTERA NAIK LUARBIASA...

    Sabtu, Februari 16, 2013 11:46:00 PTG

    Betul tue..!! lepas PRU-13 sekiranya BE END menang.. hadiah untuk rakyat malaysia:-
    1. kenaikan harga minyak secara mendadak.
    2. kenaikan cukai jalan, cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan dan insurans kenderaan naik secara mendadak.
    3. kenaikan bil api dan air.
    4. kenaikan harga spare-part kenderaan kereta-motor.
    5. kenaikan kenderaan kereta-motor, barangan elektrik, barangan makanan, barangan keperluan harian spt pakaian,susu,lampin pakai-buang, susu tepung, gula, beras, tepung dan sebagainya.
    6. kenaikan bayaran zakat, zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan dan sebagainya.
    7. kenaikan pembayaran PPTPN, kenaikan kos pembelajaran di IPTA-IPTS.
    8. kenaikan GST ke atas semua barangan di malaysia.
    9. kenaikan harga rumah mampu milik, kenaikan sewa hotel, motel, homestay di seluruh malaysia.
    10. kenaikann tol, kenaikan saman trafik-jpj, kenaikan saman AES.

    BalasPadam
  21. Dividen Koperasi Tentera akan diumumkan yang paling tinggi dalam sejarah ..

    Tak sabar aku nak tunggu bestnya..hidup Menteri Pertahanan, hidup BN.....

    Warga Tentera amat menghargai...

    BalasPadam
  22. AKU TERBACA:
    "bapok ko belajar takat mana?
    master? phd? yang ader pun blajar pmr jer...itu pun gagal semua, bm je lulus...nak mintak itu , ini..."
    - INI MAMAT TEGANU KO KELATE-----
    Mu cakak baik sikik. Keje Bomba bukey maey2 mu reti dok.

    BalasPadam
  23. mu dia...mu tau apo...tau kongkek bini orang jo....

    BalasPadam
  24. Nasib guru kafa sehingga hari ini tidak terbela…….. masih berstatus kontrak … perlukah kita mengundi kerajaan yang memerintah hari ini untuk pilihanrayaa akan datang? fikir2 dan renung2 kan lah.. sedangkan tukang sapu (pembantu am rendah) pun ada gred gaji n menikmati faedah2 seperti penjawat awaam yg lain (tetap dan berpencen).. lagi kan kte yang duk mengajar ilmu agama pada anak2 bangsa langsung tdk aada menikmati faedah… bonus lagi lah.. sedangkan negeri pmbangkang selangor n penang baru2 ni menikmati bonus tp kami negeri BN ada dapat ker?? fikir2 dan renung2 kanlah.

    BalasPadam
  25. Terima Kasih Cuepacs kerana perjuangkan Nasib Kakitangan Awam. Kami setuju Cola diseragamkan bandar dan luar bandar... yang membezakan bandar dan luar bandar cuma rumah sahaja.. faktor2 lain seperti barangan makanan di luar bandar lebih mahal... mai la org bandar duduk di luar bandar kalau nak tau.. nak pg bandar pun 30-40km..minnyak petrol da bp tuh???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org bandar berlagak besar konon kerana duduk kat bandar segala2nya mesti mau lebih dari yg lain. Tapi sbnrnya mereka tahu kesusahan hidup di luar bandar sebab tu mereka tak sanggup tinggal atau berkhidmat di luar bandar. Kalau benar hidup di luar bandar senang dan murah maka mereka itu lah yg berebut berpindah ke bandar. Pemikiran kolot dan songsang jika masih kata hidup dibandar lebih mahal/sukar dari di luar bandar. Buat kenyataan biar berasaskan keadaan dan fakta yg boleh dibuktikan bukan spt cerita kartun/dongeng. Dipersilakan datang ke sarawak dgn tinggal kat kawasan luar bandar/pedalaman sarawak seminggu. Adakah lebih susah drpd hidup di bandar2 besar?

      Padam
  26. syor syor syor...
    duit peruntukannya ada tak
    langsung tak paham
    apa nak di kata

    BalasPadam
  27. copek lah tunaikan, den dah tak dayo boli barang mahal ni,,

    BalasPadam
  28. Ulasan Ini Saya Petik:
    KES BAYI KENA DERA PEMBANTU RUMAH ASING: Aku rasa Pembantu Rumah itu ada sakit jiwa bawaan atau jadian. Sakit jiwa bawaan sejak dari negara asalnya. Sakit jadian sejak tiba di negara kita kerana dilayan seperti hamba, akhirnya jadi tekanan perasaan dan jadi gangguan psikologi, bila dihantar ke rumah majikannya. Tidak puas hati dengan layanan majikan ataupun upah yang tidak setimpal dengan kerja yang dibuat. Bangun seawal 5.00pagi dan kerja hingga lewat jam 1.00pagi tanpa rehat setiap hari.
    Selasa, Februari 19, 2013 2:19pm

    >>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

    Saya sokong ulasan ini dan nak bagi pendapat jugak:

    Bayaran PENGASUH anak sekarang ini patut diselaras oleh Menteri Wanita sebab zaman telah berubah. Zaman 80an dulu sebulan rm150.00 untuk seorang anak mula jam 7.00pagi - 6.00ptg. Kini aku dapat tahu dari kakak aku yang jayga anak kat luar bandar konon rm200.00 jam 7.00pagi - 6.00ptg. Ada ka patut labi.Dalam masa 30 tahun tak de beza. Sedangkan semua harga barang telah naik termasuk belanja kawin. Ini tenaga dan jasa Penjaga/Pengasuh anak tak da harga ka. Kalau jadi apa2 kat anak amboi salahkan Penjaga/ Pengasuh semata2. Salah mak bapak tak nampak.Dulu pernah jadi mak bapak budak salahkan Penjaga/ Pengasuh. Siasat2 punya siasat rupa2nya mak bapaknya yang dera dah lama dari rumah. Kes aniaya jadinya. Jadi diharap sangat supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya jangan asyik PERMATA NEGARA sahaja tapi PENGASUH/ PENJAGA anak tidak didendang/dicanang, tak de KWSP tak de pencen ni apa citer. Kesian kakak aku dari bujang sampai dah kahwin ada anak, dan sekarang masih BERKHIDMAT untuk menjaga/ mengasuh anak2 Wanita yang bekerjaya macam anaknya sendiri.Masa minta tolong sampai macam nak menyembah bila dah ditolong melampau pulak. Kakak aku sakit pun hantar anak. Anak2 Wanita bekerjaya sakit pun dihantar jugak. Kadang2 hari cuti pun hantar jugak. Aku tengok anak kakak aku sendiri terkial-kial ambik makan minum / pakaian sendiri pulak jadinya. Wanita bekerjaya cuti pun hantar anaknya jugak. Kakak aku dah jadi macam PEMBANTU RUMAH jadinya. Tapi bagi duit upah rm200.00 sebulan dapat apa. Yang dapat pencen Wanita yang bekerjaya, abis kakak aku yang selama ini silih berganti dah jaga berpuluh orang anak2 wanita bekerjaya dapat 'pahala' di sana nanti, itu pun jika benar2 ikhlas. Kesian2.Ingatlah duit banyak manapun harta timbun manapun bila mati bukan bawak masuk kubur pun apasal kedekut sangat nak bagi kakak aku sebulan tiga atau empat ratus. Cari harta benda tapi berpada2lah dan timbangrasa pulak kat orang lain.

    BalasPadam
  29. Apa lah teruk sangat ni..sampai anak sendiri pun nak mintak duit ngan orang nak bayar pengasuh...minda yang lemah sering nak subsidi....

    Lebih baik cakap..nak kawen pun kena bagi duit oleh kerajaan huhuhu...

    BalasPadam
  30. Manusia memang tak pernah nak puas hati,hidup selalu pandang kebawah baru puas hati,ni asyik nak mendongak keatas je,mana nak cukup semuanya.Nafsu menguasai semuanya.Muhasabah diri sendiri.

    BalasPadam
  31. Saya setuju dengan statement di atas. Lihatlah alam akhirat yang kekal abadi

    BalasPadam
  32. sblm bg komen bace pekeliling yg ade dulu k..utk makluman semua..EPW cuma layak utk org yg btukar wilayah..pjwt awam yg bkhdmat kt sabah cuma layak ITP,BIW & ITKA xde EPW (utk pjwt yg memg berasal dr sabah) tp pjwt yg berasal drpd smnjung bkhidmat kt sabah akan dpt EPW, BIW & ITKA dan begitu juga sebaliknya tetapi bila tgk jadual, pembayaran adalah tidak sama dan ini terang2 menunjukkan ketidakadilan. Org sabah keje kt semnjung EPW x byk mcm org semnjung dtg keje sabah.so fikir2 kan la yeee

    BalasPadam
  33. sblm bg komen bace pekeliling yg ade dulu k..utk makluman semua..EPW cuma layak utk org yg btukar wilayah..pjwt awam yg bkhdmat kt sabah cuma layak ITP,BIW & ITKA xde EPW (utk pjwt yg memg berasal dr sabah) tp pjwt yg berasal drpd smnjung bkhidmat kt sabah akan dpt EPW, BIW & ITKA dan begitu juga sebaliknya tetapi bila tgk jadual, pembayaran adalah tidak sama dan ini terang2 menunjukkan ketidakadilan. Org sabah keje kt semnjung EPW x byk mcm org semnjung dtg keje sabah.so fikir2 kan la yeee

    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

    Ko yang x paham baca pekekliling tu bro...Org Semenanjung keje sana dapat banyak sebab kos sara idup kat sana tinggi beb, bila ko keje kat semenanjung memg le tak banyak sbb kos sara idup sini rendah..per le...ishh ishhh ishhh huhuhu

    BalasPadam
  34. bagus lh kalau disamaratakan je.. pernah x korang terpikir org kerajaan yg mcm aku ni yg bertugas antara 2 sempadan. Jalan 5 k/m je dah boleh dapat cola 300.. ape lh punye peraturan.. kalau harga sewa, barang dapur lain xpe lah.. ni same je! Lagi pun yg membayar duit kerajaan/duit rakyat.. bukan duit korang lh.. jd xpyhlh nk bantah sgt k..

    BalasPadam
  35. setuju jika ianya diseragam kan..beza mmg byk antara bandar dan luar bandar..dibandar kos sewa rumah dah tinggi,di tambah pula dgn harga barang.tp tak semua tempat di luar bandar yang boleh letak harga sewa rumah yang rendah.berapa kerat je yg boleh kasi harga sewa bawah rm300..yg lain nak kaut untung lebih jugak.nak tak nak,penyewa tetap kne sewa dgn harga yg tinggi..lain lah kalo kerajaan sediakan kuarters yg mencukupi pd semua staff dan wajib duduk dlm kuarters.itu baru save..
    di luar bandar,kemudahan pengangkutan agak susah.beza dgn bandar.di bandar mcm2 ada,lrt,erl,komuter,tp di luar bandar bukan semua tempat ada.kadang2 bus henti2 pon tarak..itu salah satu punca kenaikan kos pd pekerja yg bekerja di luar bandar,kerana mereka terpaksa mgeluarkan duit utk membeli kenderaan sendiri ke tempat kerja.kemudahan seperti bus tidak disediakan.

    BalasPadam
  36. Ko yang x paham baca pekekliling tu bro...Org Semenanjung keje sana dapat banyak sebab kos sara idup kat sana tinggi beb, bila ko keje kat semenanjung memg le tak banyak sbb kos sara idup sini rendah..per le...ishh ishhh ishhh huhuhu

    ###############################
    kalau nk ckp pasal kos hdp..mana2 pun tggi la bro..lainla kalo dok kt utan kan~~ckp jn main bedal jer..awak ckp sbh kos hdp tinggi.. tw pun..tp tgk skala gaji yg dbg pd penjwt awam (org sabah) jelas2 menunjukkan ketidakadilan~per la..lg 1 awk ckp kos hdp kt sem. x tinggi.? dok putrajaya Kl x tggi ker.? pg mn2 kene byr tol..sbh mn der byr tol..ape larrr..mungkin awak x rs tggi la coz myb awk dr golongan atasan..lw dah duk kt atas jn men tutp mata je tgk kt bwh ye~ bole jatu jg bro~~~

    BalasPadam
  37. bila nak kaji cola untuk penjawat kerakyatan sabah/sarawak yang bertugas di semenanjung?should be semua dapat cola,kami pun sara hidup jugak..dapat elaun perumahan wilayah tapi cola tak dapat..x adil macam tu..

    BalasPadam
  38. epw adalah keistimewaan yang diberikan kepada yang bertukar wilayah..ini adalah hak..so jangan pertikai hak..kalau hak nak di samaratakan xdela istimewanya kan..mmg dah lama epw x dikaji..sama dengan itp pun..cola?sepatutnya semua penjawat AWAM dapat..

    BalasPadam
  39. saya menyokong penuh supaya elaun cola diselaraskan . bandarke ... luar bandarke ... masing masing nk guna duit .. yg keja kt bandar tu nasible ... sewa rumah . kos hidup kt luar bandar sama je ...

    BalasPadam
  40. Kalau COLA dinaikkan harap2 tak la dipotong bagi penghuni kuarters. Sekarang ni pun pembelanjaan pun dah meningkat. Pemotongan elaun perumahan yang akan dinaikkan pun dah kira sesuai. Harap cuepacs tak terlepas mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  41. Harap dapat samakan peratus elaun kritikal bagi Kumpulan PnP dan Sokongan. Sekarang Kumpulan Sokongan dapat 10% tp Kumpulan PnP dapat 5% sahaja.

    BalasPadam