Malaysia Insider
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.Dalam membuat cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau “along” dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan.
“Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian,
persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan
peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma
Cuepacs di sini, hari ini.
Omar berkata melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam
maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam
bulan melalui potongan gaji.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim.Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota
KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200
penjawat awam telah mendaftar sebagai anggota koperasi itu.
Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai
Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint
16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk
tujuan itu.
Omar berkata kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan
secara rasmi April ini. KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan
keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah
pendapatan kumpulan pekerja itu. — Bernama
ya ya ya...keep drifting datok..jawatan senator menanti mu...
BalasPadamCadang...cadang....cadang...kna tpu jelah kite ni..
BalasPadamKAWAN SAYA SUDAH PINJAM 250000.00
BalasPadamDARI MBSP UNTUK JOLI
xsabar nk raya.....
BalasPadam...ada banyak sebab perlu tukar...
BalasPadamcuepacs...cuepacs... cuepacs... apa ke jadah ajar PA buat pinjaman. Ajar le PA buat simpanan bhai!!! Macamana le PA nak senang hidup kalu asik meminjam?? pinjam along ker... pinjam cuepacs ker... suma tu sama aje. Meminjam tak akan menyelesaikan masalah!!! pinjam kena bayor bhaii!! pinjam...bayor...pinjam...bayor...pinjam...bayor...bila nak hidup bebas hutang bhai??? Mati dalam hutang ler kome esok bhai! adoiiii...bengap betol mantle cuepacs nih.
BalasPadamCanteeekkkkkk...aku cadang nak pinjam RM300K. Aku nak sambar BMW sebijik, bakinya buat kahwin. yeeeeeehaaaaaa!
BalasPadamaku pun mau pinjam juga tapi kalau terdesak ja kalau tak byk gi bank bole loan lebih byk gi boleh pinjam tq cuepacs
BalasPadamaku mau jadi ahli tapi mcmna dan kat mana tq
BalasPadamNAIK ELAUNNYA TAK, NAK MINTAK PA BERHUTANG SANA SINI...INILAH SATU2 NYA PRESIDEN DI DUNIA YANG GALAKKAN PA2 BERHUTANG...
BalasPadamDUO SATU KOCIK BONAAAAA
BalasPadamOMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA
AH HA
Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"
BalasPadam