13 Mac 2013

CUEPACS SARAN KERAJAAN NEGERI SEDIA TANAH BAGI PEMBINAAN RUMAH UNTUK PENJAWAT AWAM

Bernama
13/3/2013


KUCHING, 13 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan memperuntukkan tanah kerajaan untuk tujuan pembinaan perumahan untuk penjawat awam.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata pembinaan rumah di tanah milik kerajaan negeri akan membabitkan kos lebih murah dan dapat dijual pada harga lebih rendah.

"Kita berharap kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk menyediakan tanah untuk tujuan perumahan penjawat awam," katanya pada sidang sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini mengumumkan kerajaan persekutuan bersetuju untuk memperuntukkan sebidang tanahnya di Putrajaya bagi tujuan pembinaan kawasan perumahan yang kemudiannya dapat dijual kepada penjawat awam pada kos yang lebih rendah.

Lok turut meminta kerajaan mengambil kira peningkatan harga dan sewaan rumah, khususnya di Sarawak yang didakwanya meningkat lebih dua kali ganda, dalam penyemakan semula kadar elaun perumahan penjawat awam yang bakal diumumkan tahun ini.

-- BERNAMA

2 ulasan:

  1. SAYA SETUJU CADANGAN INI SEBAB:

    1. Pesara kerajaan jarang2 ada TANAH sendiri. Kalau ada untuk pacak rumah ialah TANAH pusaka tinggalan ayah dan datok dulu2.
    2. Kalau ada TANAH pun ialah tanah yang dibeli sendiri dan bukan tanah pemberian kerajaan pusat or negeri.
    3. Satu2nya TANAH yang ada di dalam Kerajaan Pusat ialah Kampong Baru KL dan Kampong Pandan KL. Itu pun ada pihak2 yang berkepentingan dengan bukan Melayu nak pecah dan gadai satu2nya tanah maruah Melayu
    di Kuala Lumpur.
    4. Aku yang dah lama menetap 30 tahun di Kampong Baru KL dan pernah sewarumah 10 tahun di Kampong Pandang KL sangat2 berharap agar TANAH WARISAN MELAYU ini jangan sampai jatuh ketangan bukan MELAYU.

    BalasPadam
  2. PASAL HARGA RUMAH MELAMBUNG GILER:

    Sebab utama ialah pemain industri dan saham berkaitan dengan perumahan. Kerajaan seperti tiada 'kuasa' untuk mengawal harga. Kita ada Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti mengenai harga pasaran dan kewangan. Tetapi sudahnya pihak 'lintah darah' tetap berleluasa menghisap darah secara terhormat. Rumah sangat diperlukan oleh setiap rakyat negara kita termasuklah juga penjawat awam. Kalau tahun 1998 harga rumah rm100,000 kini harganya mencecah rm350,000 dengan gaya dan rekabentuk, kualiti dan lokasi yang hampir sama. Kini kita sebagai rakyat patut lancarkan PERANG harga rumah kepada pemaju dan penjual rumah yang tidak ada jiwa 'patriotisme', sebab bila harga barang melambung akan berlaku bermacam2 jenayah seperti manipulasi harga dan menyorok barang keperluan. Diluar negara perbuatan menyorok barang keperluan jika disabitkan dan dibuktikan boleh dihukum BUNUH (MATI)

    BalasPadam