11 Mac 2013
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.
"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya.
Sementara itu, Najib berkata perjuangan mulia para patriot dari pasukan, agensi dan perkhidmatan keselamatan negara telah membawa Malaysia berada pada tahap pembangunan dan kemajuan seperti yang dinikmati ketika ini.
“Kata orang, berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Itulah bakti mulia kerana agama, bangsa dan negara,” katanya.
Merujuk kepada lapan wira negara yang telah gugur di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, Najib berkata ia adalah sebuah manifestasi terbaik iltizam para penjawat awam terhadap negara dan amanah yang dipikul.
“Mereka meneruskan tradisi mulia generasi demi generasi yang telah menyarung uniform perkhidmatan PDRM dan ATM.
“Iltizam mereka itulah yang telah membolehkan kita warga Malaysia menjalankan kegiatan seharian tanpa rasa bimbang dan takut, membolehkan anak-anak kita selamat ke sekolah, membolehkan kita mencari rezeki dan pada akhir setiap hari pulang ke rumah kepada keluarga tercinta.
“Hakikatnya mereka telah membolehkan kita terus maju dan makmur,” katanya.
Najib turut mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada setiap keluarga yang terlibat.
“Pengorbanan mereka tidak sia-sia. Mereka pergi dalam rangka menunaikan amanah dan menjalankan tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kesetaraan pangkat perkhidmatan ATM dan PDRM dengan gred perkhidmatan awam ini melibatkan 123,939 anggota ATM dan 109,209 anggota dan pegawai polis.
Dengan penyelarasan dalam PDRM, beliau berkata Konstabel, Lans Koperal, Koperal disetarakan kepada Gred 17, 20 dan 22 manakala Sarjan pula menjadi Gred 29.
Selain itu, beliau berkata Inspektor, Asisten Superintendan Polis (ASP), Superintenden Polis (Supt) disetarakan kepada Gred 41, 44 dan 46A dalam perkhidmatan awam.
"Bagi Asisten Komisioner Polis (ACP) berada pada Gred 52," katanya.
Dalam ATM, Ali berkata Prebet, Lans Koperal, Koperal kini disetarakan kepada Gred 17, 20, 22 manakala Sarjan pada Gred 29, Staf Sarjan Gred 32, Pegawai Waren II Gred 36 dan Pegawai Waren I Gred 38.
Di bawah kesetaraan pangkat, beliau berkata Leftenan Muda akan berada pada Gred 41 manakala Leftenan Gred 41, Kapten Gred 44, Leftenan Kolonel Gred 48 dan Kolonel Gred 52. - Bernama
Seronok tul sapa yg jadi polis ngan tentera. Lain kali kalo jadi kejadian mcm dkt lahad datu ni for sure gaji polis tentera naik lagi. Untungnya depa aku juga yg rugi
BalasPadamUNTUNGLAH POLIS DAN ASKAR..
BalasPadamDULU MASA PA DAPAT 13% MEREKA DAH DAPAT LEBIH
DAPAT PULA ELAUN 200
LEPAS NI BILA SKIM PERKHIDMATAN DI PERTINGKAT GAJI AKAN DISELARASKAN PULA IKUT GRED GAJI LEBIH TINGGI.
DAH TU PULA KUAT KUASA PADA 1 JAN 2013.
PA LAIN PULA YANG DIBER TU KENAIKAN GAJI TAHUNAN YANG DIAWALKAN,DAH TU PULA MULA JULAI 2013..
RENUNG RENUNGKANLAH...
dalam perkhidmatan awam ni yang paling untung skim ptd, cikgu, polis dan tentera. Skim yang lain2 tu dianaktirikan terutamanya skim F walhal cuba check kat mana pejabat kerajaan dalam malaysia ni yang tak ada komputer.. cercite! cercite! cercite!
BalasPadamBiasa le kaki penipu dgn penyangak yg dok atur hal PA.Bagi dlm tangan kanan sapu balik dgn tangan kiri.apa cerita pun semua PA dah kena tipu.Kata PKR di selangor tak tunai janji dlm manifesto tapi ini lagi hebat tipu terus dlm majlis rasmi.Ramai PA balik kosong le n maki hamun je le yg boleh buat kpd kerajaan hari ni.X payah maki x payah marah tukar je pemerintah.kena try PR pulak.Amacam bro......boleh ke?
BalasPadamNo hal bro skali lu & wa kena buang oleh PR nanti, skrg pun x nmpak lg lah klu PR lesapkan kita trus
PadamHASAD DENGKI SEJOK MULO DH TTULIS DLM QURAN TP PAT KITO NIH DTAMBOH NGE BUSUK HATI TAMOK KO DIO BLAKO. TAKLEH KELIH HOK ORE COMEL SIKET MULO NGATO PAKAT CUCOK SUKU SAKAT. KAUM NI JENIS SUKO BALOH SAMO SNDIRI. XCAYO?? DEMO KELIH SNDIRI.
BalasPadamBECI NGE SET KECEK SUPO RIMAU TP KUKU NGE TARING PELESU BLAKO. CELOH2 TU ADO HOK MAKE SORE ANOK BERANOK.
AMBO TTP SETIO NGE 1BENDERO
Gred sama mana boleh.Kan gaji dan elaun Polis & Askar, semua orang maklum memang 20% lebih tinggi dari PA yang sama gred.Sepatutnya bukan gred 22 tapi 26.
BalasPadamyang komen kat sini xde 1org pn polis ngn tntera..sb dia org xlayari internet msa tgh keje...yg duk komen kt sini ni adalah pncacai PR dan pencacai BN.....
BalasPadamKo pencacai goyang telur masa bekerja..makhluk macam ko ni tak patut wujud dalam PA
PadamTahniah kpd warga ATM@PDRM. Kpd PA saya turut bersimpati.
BalasPadamRASUAH, SALAH GUNA KUASA, DENGAN TAK BUAT KERJA...JANGAN CAKAP PASAL LAHAT DATU LA...KITA LIHAT SAJA DI KL. BERAPA BANYAK JENAYAH BERLAKU DI KL? SAMPAI ORANG KENA RAGUT BERKALI-KALI DAN DAH FED UP BUAT REPORT....RUMAH DI PECAH MASUK, KES ROGOL/CULIK, DADAH, DISKO, CD LUCAH, MERCUN, GRO, PELACURAN, RUMAH URUT..ITU INI....BOLEH PULAK NAIK GAJI?
BalasPadamKALAU NEGARA LAIN, TERMASUK INDIA, CHINA SEDANG MENEKAN PIHAK KESELAMATANNYA UNT BEKERJA KERAS DAN TINGKATKAN PRESTASI, DI MALAYSIA ITU TAK PENTING, YANG PENTING MASA PRU SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN BERADA DI PIHAK KERAJAAN...PEGAWAI ATM/PDRM 60% PERUT BOROI...BOLEH KE MANGATASI ANCAMANA KESELAMATAN? BARU PENCEROBOH 300 ORANG PUN DAH MERAH MUKA AKU TENGOK....AMIK MASA HAMPIR 2 BULAN UNT MENGATASI 300 ORANG PENGGANAS?...nampaknya PRU KALI INI HANYA PDRM/ATM YANG PANGKAH BN. KESIAN TENGOK ANGGOTA PENJARA/KASTAM/IMEGRESEN...
Bomba jangan dilupa..mereka sentiasa terpinggir
PadamKo duduk jaga banduan diam2 dahlah
PadamHaii bukan banduan laa adk punya fmeli laa
PadamTahniah kepada PDRM dan ATM...yg lain uhh..jgn nak mmPOLITIKKN isu ini...mereka lah yg selama ini menjaga ketenteraman di negara kita Malaysia....lain kali jgn nk sedap ati je nak keluar kn statement bodoh...BANGGA mnjadi anak POLIS!!!
BalasPadamSAYA NAK TANYA KEPADA BIJAK PANDAI.....apa istimewanya bila askar atau polis dinaikkan gred?
BalasPadamSy ambil contoh pasal gaji, Ssjn(ATM) atau Sjn Mejar (PDRM) sekarang mendapat gaji dlm lingkungan 36xx.xx . Gaji ni memang dlm lingkungan gaji pegawai awam gred n32...kalau gred ssjn dinaikkan ke gred32 sekalipun takde keistimewaan apa2pun sebab dari segi tuntutan elaun perjalanan ada lah sama dari gred sebelumnya....so BIJAK PANDAI nak komen tak?
ASKAR
Alangkah adilnya jika ITP dan lain-lain elaun yang dinikmati oleh ATM dan PDRM disetarakan dengan lain-lain perkhidmatan awam. Jika jawabannya masih dikaji, kaji, kaji jangan haraplah, kempunan sehingga PRU Ke-14 pun masih dikaji. Semua penjawat awam menanggung kos rumah bukannya berbeza dengan ATM dan PDRM.
BalasPadamAlangkah adilnya jika ITP dan lain-lain elaun yang dinikmati oleh ATM dan PDRM disetarakan dengan lain-lain perkhidmatan awam. Jika jawabannya masih dikaji, kaji, kaji jangan haraplah, kempunan sehingga PRU Ke-14 pun masih dikaji. Semua penjawat awam menanggung kos rumah bukannya berbeza dengan ATM dan PDRM.
BalasPadam___________________________________
VERY WELL SAID. INI LAH CONTOH PEMIKIRAN ARAS TINGGI. TAK RAMAI PA2 KITA BOLEH BERHUJAH MACAM INI. ELAUN PASUKAN KESELAMATAN GRED 17 ADALAH LEBIH TINGGI DRP GRED 41 PA BIASA...SO WHY NOT DISETARAKAN....TAKKAN DIA JE DISETARAKAN DENGAN KITA, KITA PUN NAK DISETARAKAN DENGAN DIA...KAN3?
askar hanya boleh kerja sehingga perkhidmatan ke 21-22 tahun, umur dlm lingkungan 40-41 tahun dh pencen..bayangkan kalau lah askar ikut gaji mcm kakitangan awam..berapa sgt pencen yang dapat? anak2 masih kecik..harap pencen kecik..bayar duit rumah..kereta..perbelanjaan harian...nak cari kerja biasanya bersaing dgn fresh graduate memang susah lah
BalasPadamCUEPACS & penjawat awam sekalian, terutamanya penjawat awam kumpulan pelaksana / kumpulan sokongan , sila lihat baca & fahami Pekeliling Perkhidmatan bilangan 2 tahun 2013 . perhatikan mukasurat 65 (lampiran A 57 ) dan mukasurat 71 contoh:5 (Lampiran C ). Lihat kenaikan gaji tahunan (KGT) yang amat mengkagumkan .Sama sama lah beri pendapat samada perkara ini wajar atau pun tidak , demi kebaikan perkhidmatan awam secara keseluruhan.
BalasPadampada yg rasa xpuas hati kt askar dan pdrm tu elok la benti dan mintk askar atau polis klu nk sgt gji mcmtu..janji snggup berkorban utk agama,bangsa dan negara.sggup mati klu xsggup jgn complain mcm2...jgn ikut sdp mulut nk ckp..kami ni dh cop 10jari tanda sedia mati utk negara.jgn ckp lebih2 faham x!!!!!
BalasPadamKastam Lagi teruk tertinggal...apala..Mana CUEPACS??
BalasPadamMaritim (APMM) termasuk sekali ke x dlm pelarasan ni? Padahal di lahad datu kapal maritim pun terlibat sekali.. ada sape2 boleh bgtau
BalasPadamtak puas hati...tak puas hati...tak puas hati....
BalasPadam1) tumpang tanya... mana pekeliling yg mengatakan ttg pelarasan gred nih?
BalasPadam2) Pada yg tanya apa istimewa gred ni di naikkan...
-ia melibatkan pembayaran Elaun.. di pekeliling perbendaharaan elaun ditafsir mengikut gred penjawat awam am.. so bg polis dan atm yg terbabit.. akan ada kenaikan di Elaun² seperti bayaran saguhati penceramah sambilan...
-Azrizan
Aku ni JUSA C bila nak naik gaji? Susah la mcm ni kerja kerajaan.
BalasPadamTanpa Nama
JUSA C
Apmm semasa ops lahad datu cm mengaburi
BalasPadammata je mn ada pghargaan buat anggota yg p sana . . . . . cm dpt penat lelah je
Apmm semasa ops lahad datu cm mengaburi
BalasPadammata je mn ada pghargaan buat anggota yg p sana . . . . . cm dpt penat lelah je
Assalamu'alaikum.,
BalasPadamTerlebih dahulu tahniah Polis ATM.
Disini ingin di naikkan masalah di Jab Pertanian. Pada Julai 2013 dikuatkuasakan semua pemegang Sijil Institut Pertanian (SIP) dinaikkan gred dari G17, G22 & G26 kepada G27. Tahniah, tetapi lulusan Diploma dari Universiti & lulusan KPSL yang memegang jawatan G27 masih di Gred yang sama walau telah lama bertugas dan tidak ada anjakan apa-apa Gred samada G27 ini kepada G32 atau G36 kepada yang lebih atas. Diharap pihak Tuan Presidan CUEPACS ambil maklum tentang perkara ini. Terima kasih.
Assalamualaikum. Suara suara tak puas hati tentang gaji ni dah memang makanan orang yang ada masalah hati.
BalasPadamCubalah sesekali renung dengan hati yang jernih. Pertama memadaikah hanya kerana kita tak dapat dan orang lain yang dapat? maka kita kata tak adil?
Kenapa tak mohon jadi askar atau polis? kalau Guru naik gaji kita tanya pula kenapa tak minta jadi guru?
Sebenarnya berniaga biasanya lebih banyak pendapatan berbanding makan gaji jadi kenapa tak niaga saja.
Penjual nasi lemak tepi jalan kekadang lebih lumayan dari gaji pegawai kerajaan termasuk Polis maupun Tentera.
Selagi tidak tahu bersyukur banyak mana pendapatan pun tidak akan cukup.
No komen, ala dunia je ni ok bye
BalasPadamInilah dunia , masing-masing nak yang lebih....cuba fikir orang kampung yang mengharapkan pendapatan hasil tak menentu. harga getah, kelapa sawit lama merundum...kos hidup semakin tinggi...kesian anak-anak dibangku sekolah..IPT hidupnya terseksa. Jangan kita fikirkan asyik-asyik nak naik gaji ye....Kesian lah mereka ni...dia juga saudara kita.
BalasPadamJabatan kastam kutip hasil negara pun masih dok ditakuk lama...menanti perubahan gred sampai kesudah tukar kerajaan habuk pun x de...gred tok sah cakap sampai skrg masih kebelakang...harap cuepacs bukak mata la sikit...perjuangkan hak pekerja² kerajaan...kami kastam dipandang sepi.
BalasPadamJika hati nak tenang jangan tengok yang diatas.. tengok yang dibawah kita.. selamat dunia akhirat..
BalasPadam