20 Mac 2013

SISTEM SARAAN TRANSFOMATIF: CUEPACS MAHU BUTIRAN TERPERINCI

Sinar Harian
20 Mac 2013

SERDANG - Cuepacs meminta supaya dapat diadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Transformatif (SST).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak SST diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu lepas, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai skim baharu itu.
Bagaimanapun menurutnya Cuepacs tidak dapat memberi jawapan tepat kepada pelbagai isu yang yang ditimbulkan mengenai sistem saraan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia itu kerana pihaknya sendiri, masih samar dalam pelbagai aspek mengenainya.

Menurutnya antara yang sering dibangkitkan ialah soal kumpulan perkhidmatan baharu, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya.

"Kalau secara rambang kami tahulah, tapi kami nak lebih terperinci, supaya dapat kami jawab soalan-soalan dari anggota kesatuan," katanya dalam persidangan media di pejabat Kesatuan Kakitangan Am UPM (Kepertama) di Universiti Putra Malaysia di sini, selepas menyampaikan wang insurans kepada dua balu anggota Kepertama di sini.

SST yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 di Putrajaya awal minggu lepas ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

8 ulasan:

  1. yes.. saya first.. perkara ini, perli diberitakan awal pada penjawat awam, supaya mereka lebih bersyukur dengan pada yang mereka dapat.

    BalasPadam
  2. nanti harap sebelum julai telah keluar pekelilingnya.. nak tengok apa yang baru.

    BalasPadam
  3. saya menyokong penuh sekiranya muhyiddin menjadi PM.

    BalasPadam
  4. Ha ha ha... Jusa C dapat kenaikkan cukup tinggi, saperti SBPA nampaknya. Gred 54 berbeza gaji mati dengan jusa C hampir RM 4500.00 . Sedangkan Beza gaji mati gred 54 dan gred 52 cuma RM 600.00 sahaja. Mengapa beza gaji besar sangat. Sah sama macam SBPA dulu saja.

    BalasPadam
  5. ala yg pasti indah khabar dari rupa......aritu pun ckp ada berita baik utk penjawat awam,last2 ape pun x de....just utk jwtn terpilih je....ini semua poyooooooooooo

    BalasPadam
  6. DUO SATU KOCIK BONAAAAA


    OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

    AH HA

    BalasPadam
  7. Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"

    BalasPadam
  8. Ape cite perubahan gred 1 hingga 10 ....ade kah benar dihapus kan

    BalasPadam